Ujian bulanan mac bm 2014

50 %
50 %
Information about Ujian bulanan mac bm 2014
Education

Published on March 13, 2014

Author: rogayahsurom

Source: slideshare.net

UJIAN BULANAN (MAC) BAHASA MELAYU TINGKATAN 3 TARIKH : 3 MAC 2014 BAHAGIAN A(30 MARKAH) Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang punca-punca penyakit sosial dalam kalangan remaja. Panjang ringkasan anda hendaklahtidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. (20 MARKAH) Penyakit atau masalah sosial dalam kalangan remaja bukan sesuatu yang luar biasa dalam masyarakat hari ini. Malah, gejala penyakit sosial ini semakin menjadi-jadi setiap hari. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong fenomena ini semakin berleluasa. Gejala kurang sihat ini berlaku kerana para remaja kurang perhatian daripada ibu bapa, khususnya ibu bapa yang bekerja di bandar. Ibu bapa kini sibuk bekerja sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka. Akibat kesibukan dan keletihan, mereka langsung tidak mahu mengambil tahu tentang pelajaran anak-anak, apatah lagi untuk mendengar masalah mereka. Hal ini pasti menimbulkan rasa bosan, sekali gus menyebabkan anak- anak mencari jalan keluar untuk menghiburkan hati. Selain itu, mereka terjebak dalam gejala negatif tersebut akibat daripada pergaulan bebas dengan kumpulan yang salah. Ada sesetengah ibu bapa pula berpendapat bahawa memberi wang yang secukupnya kepada anak-anak sudah memadai. Mereka seharusnya tahu bahawa kasih sayang tidak dapat dibeli dengan wang. Ada segelintir remaja pula mengambil jalan mudah dengan melakukan perbuatan yang tidak baik kerana hendak melarikan diri daripada masalah yang menimpa keluarga mereka, contohnya perceraian antara ibu bapa mereka. Pengaruh rakan sebaya juga merupakan antara punca berlakunya gejala sosial di negara kita. Remaja yang bergaul dengan rakan yang bersikap negatif juga akan turut bersikap negatif. Para remaja yang buntu dengan masalah yang dihadapi keluar dari rumah lalu mencari kebebasan dengan bergaul dengan kumpulan yang tidak senonoh. Dalam hal ini, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing. Guru-guru, misalnya boleh memainkan peranan penting untuk membentuk peribadi para pelajar di sekolah. Kaunseling kepada para pelajar yang bermasalah tentunya dapat membantu mereka mengatasi masalah yang dihadapi dengan lebih tenang dan rasional. Aktiviti-aktiviti kokurikulum juga patut dijalankan dengan berkesan supaya para pelajar dapat melibatkan diri dan mengelakkan mereka melepak. Di samping itu, pendidikan agama haruslah diterapkan kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi. Langkah ini amat perlu kerana semua agama mengajar penganutnya supaya berkelakuan baik. Tegasnya, anak-anak muda atau golongan remaja ini haruslah dididik dan dijaga dengan baik kerana mereka merupakan bakal pemimpin negara suatu hari nanti.

Bahagian A (ii) Pemahaman 1. Berikan maksud tidak mahu mengambil tahu dalam petikan. [2 markah] 2. Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk membendung gejala sosial dalam kalangan remaja? [4 markah] 3. Pada pendapat anda, sebagai pelajar dan juga remaja apakah yang patut golongan remaja lakukan untuk mengatasi gejala sosial ini? [4markah] BAHAGIAN B (20 MARKAH) 1.Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya.

Pantun Nasihat Bersatu Hati Gunung Tahan sama didaki, Sungai Pahang sama direnang, Jikalau semua bersatu hati, Kerja yang payah menjadi senang. Melangir keris pusaka hikmat, Keris sejarah sejak bahari, Kalau gadis ingin selamat, Jangan murah menjual diri. Menanam bunga di dalam pasu, Bunga melati, bunga pandan, Jangan ikut hawa nafsu, Kelak nanti binasa badan. Nyiur muda dibuat pengat, Mari makan bulan puasa, Wahai pemuda hendaklah ingat, Kerana mulut badan binasa.

Orang berkelah di Tanjung Rhu, Sambil memanggang si ikan sepat, Hendaklah banyak mengadap guru, Supaya terang jalan makrifat. Rendang sungguh pohon ara, Tumbuh subur tepi telaga, Tidak salah berkenal mesra, Tatasusila perlu dijaga. (Dipetik daripada antologi Harga Sebuah Lukisan, Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka)

1. Mengapakah kita perlu menuntut ilmu dengan berguru? A supaya mengetahui perkara yang benar . B supaya digelar orang yang pandai. C supaya mudah mendapat kerja. D supaya dihormati oleh masyarakat. 2. Apakah maksud rangkap kedua pantun? A Seseorang gadis hendaklah menjaga kehormatan diri jika ingin selamat. B Seseorang gadis dapat dijaga dengan mudah dan selamat. C Kepentingan menjaga keselamatan seseorang gadis. D Maruah seorang gadis mudah tergadai dengan harga murah. 3. Berikut ialah imej alam yang digunakan dalam pantun, Kecuali A pohon ara C ikan sepat B bunga melor D nyiur 4. Apakah unsur gaya bahasa yang terdapat dalam baris pantun di atas? A Simile C Metafora B Repitisi D Peribahasa 5. Berikut merupakan ciri pantun ini, kecuali A Terdiri daripada enam rangkap. B Setiap rangkap mempunyai empat baris. C Lapan hingga sepuluh suku kata sebaris. D Empat hingga enam patah perkataan sebaris. Soalan 6-10 Kerana mulut badan binasa

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya. Semasa pada awal darjah enam, adik tiba-tiba mewartakan suatu hasrat yang tidak terduga. Betapa gelabahnya kami. Pipi cengkung bonda dibasahi air mata. Adik telah membakul sampahkan impian bonda. Adik telah mencincanglumatkan jantung bonda. “Adik nak berhenti sekolah. Bosanlah kena belajar selalu. Mana boleh paksa- paksa. Adik meluat betul dengan buku-buku dan cikgu yang semuanya garang.”, Begitulah lontaran ayat adik. Selamba. Saya kepalkan tangan. Saya awasi diri. Saya takut kalau waras saya tidak daya dikekang, akan melayanglah tangan ini. Kalau UPSR pun tidak sempat nak ambil, nak buat apa? Jadi kuli? Makan tidur,makan tidur? Sanggup turun ke bendang?S anggup menoreh? Atau lebih berminat nak jadi kutu merewang? “ “Hoi.....Kak Cik apa tahu? Orang dah malas nak belajarlah. Malas tak fahamkah? Lagi pun, kilangkan banyak? Susah apa? “, Jerkah adik biadap. Bonda hanya menggelengkan kepalanya yang beruban. “Adik... sedarkah keputusan ini boleh menghancurkan masa depan adik? Hanya orang berilmu dipandang mulia, nak,” Sopan berhikmah pujukan bonda. Adik berdengus kasar. Berlalu ke bilik menghempas kuat daun pintu sebagai tanda protes. Ada pendaman impian yang tersimpan di atma bonda. Bonda berhajat menghantar adik ke sekolah agama setelah menamatkan sekolah rendahnya. Bonda mahu adik bergelar Ustaz Mohd Harraz. Bonda mahu adik mewarisi kealiman suaminya, Lebai Sidi. Bonda mahu adik berjuang hingga ke liang syahid seperti arwah ayahnya. Harapan bonda ini bukan sekadar mencangkul angin. Dayung sudah di tangan, sampan sudah ke tengah lautan. Namun, bonda tidak mampu melawan ombak kedegilan adik. (Dipetik daripada cerpen Mutiara Bonda antologi Harga Sebuah Lukisan, Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka) 6. Apakah yang menyebabkan adik ingin berhenti sekolah? A Adik ingin meringankan beban bonda. B Adik ingin berkerja di kilang. C Adik takut akan gurunya yang garang. D Adik tidak mahu membuat kerja sekolah 7. Perwatakan adik berdasarkan petikan cerpen ialah A penyayang C rajin B suka menolong D panas baran

8. Mengapakan pipi cengkung bonda dibasahi air mata? A Bonda terkenang akan suaminya yang telah meninggal dunia akibat serangan penyakit jantung. B Adik mengeluarkan kata-kata kesat apabila permintaannya tidak dituruti. C Adik menjadi semakin liar sejak berhenti sekolah. D Impian bonda untuk menghantar adik ke sekolah agama telah terkubur. 9. Unsur gaya bahasa peribahasa yang terkandung dalam petikan di atas bermaksud A angan-angan kosong B percakapan yang baik C cita-cita murni D perbuatan yang tidak berfaedah 10. Berikut ialah pengajaran yang kita dapati daripada cerpen Mutiara Bonda kecuali A kita hendaklah tabah menghadapi pelbagai dugaan hidup. B Kita hendaklah sedar bahawa kejayaan terhasil melalui peng orbanan. C kita hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya. D kita hendaklah berserah kepada Tuhan tanpa perlu berusaha. Harapan bonda ini bukan sekadarmencangkul angin

Add a comment

Related presentations

Related pages

Ujian Bulan Mac 2014 Matematik Tahun 4 Kertas 2 - dokumen.tips

Share Ujian Bulan Mac 2014 Matematik Tahun 4 Kertas 2. ... (Kertas 2) â Ujian Mac 2015 Nama : _____ Kelas : _____ 1. [1 ...
Read more

Ujian Bulanan Mac 2015 Bm Tahun 1 - pt.scribd.com

ujian bulanan mac 2015. bahasa malaysia ... guru bm tahun 1 ketua panitia bm ujian bulanan mac 2016 bahasa malaysia ... plan strategik jpn-ppd-sekolah 2014 ...
Read more

Ujian Mac 2015 Tahun 6 - Matematik Kertas 1 - scribd.com

Ujian Mac 2015 Tahun 6 - BM Penulisan. Percubaan UPSR 2014 - Temerloh - Matematik ... Percubaan UPSR 2014 - Terengganu - Tambah Nilai - Matematik - Kertas 1.
Read more

2015/2016: Soalan Matematik Tahun 4 - 034241.blogspot.com

Soalan Ujian Bulanan Mac Matematik 2014 Soalan Ujian Bulanan Mac Matematik 2014 ... Koleksi Bank Soalan Sekolah: Latihan Matematik Tahun 4
Read more

Soalan Ujian Bulanan Mac Matematik 2014 - kssr.org

E-BM T1; E-B.Inggeris T1; ... Soalan Ujian Bulanan Mac Matematik 2014 ... Soalan Ujian Bulanan September 2014 [Update] ...
Read more

2015/2016: Bank Soalan Bahasa Melayu Tahun 2 Kssr

... UJIAN BULANAN BAHASA MALAYSIA KSSR TAHUN 1 ... Mac 2012 4:52 PTG. ada x instrumen bm kssr sjk tahun 2 ... [28.5 KB] Download ... 09 OKT 2014 ...
Read more

Ujian Bulanan BM Tahun 3 Kertas 1 - scribd.com

Ujian Bulanan BM Tahun 3 K1 Untuk SJK. Browse. Upload Sign in Join. Books Audiobooks Comics Sheet Music. ... Lesson Plan 2014. Aturcara Pendaftran Murid ...
Read more