Tugasan isl 5 (viniy)

40 %
60 %
Information about Tugasan isl 5 (viniy)
Education

Published on March 8, 2014

Author: viniyasih

Source: slideshare.net

Description

EDU 3105 Teknologi dlm PDP

Disediakan Oleh : Asihwiniy A/P Francisco PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL SEM 4

• Perkataan grafik sebenarnya berasal dari perkataan Greek “graphikos” bererti lukisan. "Graphier" pula ialah perbuatan. Maka, grafik bererti menulis dengan perkataan. • Grafik (Greek) merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan jenama, pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. (wikipedia)

• Kamus Dewan Edisi Keempat – maklumat atau paparan yang terdiri daripada lukisan, gambar rajah, simbol, imej grafik dll. • Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambanglambang , simbolsimbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang yang dijadikan satu media untuk memberi satu konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat

• Grafik ialah kombinasi gambar, lakaran, lukisan, huruf, angka, lamban g, perkataan atau citra yang menjadi satu media pengajaran untuk memberikan dan menterjemahkan konsep atau idea daripada penghantar kepada penerima maklumat dalam situasi tertentu (PdP).- (Noriati et. al, 2009)

• Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. • Grafik juga merupakan bayangan atau perkara yang wujud dalam dunia sebenar. • Grafik boleh menjadi suatu bentuk komunikasi visual yang menggunakan teks atau gambar untuk menyampaikan informasi atau mesej. • Penggunaan grafik (kini) diterapkan dalam media elektronik seperti grafik interaktif (interactive graphics) atau grafik multimedia (multimedia graphics)

• Elemen grafik bermakna bahan-bahan asas yang digunakan untuk membentuk sesuatu komposisi visual. • Elemen grafik terdiri daripada :       Titik Garisan (line) Permukaan (Surface) Bentuk Ruang (Space) Warna

Titik • • • • • • • Penggerak utama sesuatu bentuk. Menandakan kedudukan di dalam ruang. Tidak mempunyai ukuran panjang atau lebar. Bersifat statik. Tidak mempunyai arah. Menjadi pusat sesuatu unsur. Percantuman dua titik yang mempunyai jarak tertentu menghasilkan garisan.

Garisan (line) • Elemen yang paling ringkas. • Kombinasi garis boleh mewujudkan pelbagai imej yang kraetif, abstrak, subjektif dan representatif. • Mempunyai ukuran panjang, tetapi tidak mempunyai sifat lebar dan tinggi. • Pertemuan titik penghujung sesuatu garisan dengan titik permulaan menghasilkan rupa.

• Terdapat dua jenis rupa : a) Rupa Geometri : Rupa-rupa yang mempunyai sempadan yang tetap. b) Rupa Organik : Rupa-rupa yang bebas, tidak bersudut dan tanpa sempadan yang tetap. Rupa Geometri Rupa Organik

Permukaan (surface) • Beberapa garisan pada sesuatu kedudukan, sama ada menegak atau mendatar akan mewujudkan unsur permukaan. • Contoh permukaan :  Permukaan di atas (bumbung rumah)  Permukaan menegak (dinding)  Permukaan di bawah (lantai dan permukaan bumi)

Bentuk • Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan. • Terdapat dua jenis bentuk :  Bentuk Dua Dimensi (2D) – Shape : Hanya mempunyai dimensi panjang dan lebar. Terdapat tiga jenis bentuk dua dimensi, iaitu bentuk geometri, bentuk abstrak dan bentuk gambaran.

 Bentuk Tiga Dimensi ( 3D) – Form: Mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi. Ia boleh didapati dalam dua kategori, iaitu bentuk tiga dimensi sebenar dan bentuk tiga dimensi tiruan.  Bentuk Tiga Dimensi Sebenar : Bahan sebenar yang mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi, (meja, kerusi, dll).  Bentuk Tiga Dimensi Tiruan : Kelihatan seolah-olah mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi atau tebal (gambar foto dan lukisan yang diberi bayang).

Ruang (Space) • Kawasan kosong yang berada di sekeliling sesuatu objek. • Dirujuk sebagai jarak antara dua abjek atau rongga yang terdapat dalam sesuatu benda. • Ruang dikatakan positif jika ruang itu digunakan, manakala negatif jika dibiarkan kosong. • Terdapat dua jenis ruang :  Ruang Nyata  Ruang Tampak

• Ruang Nyata : Ruang yang terdapat pada bentukbentuk konkrit, iaitu bentuk objek sebenar yang bersifat 3D. • Ruang Tampak : Ruang ilusi yang timbul dalam seni tampak, catan dan cetakan setelah unsur –unsur jalinan, warna, ton dan garisan digunakan.

Warna • Tujuan warna dalam grafik adalah untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan visual. • Perbezaan warna antara latar (elemen negatif) dengan visual (elemen positif) akan menimbulkan kontras yang baik. • Warna dibahagikan berdasarkan suhu warna kepada dua jenis :   Warna jenis panas Warna jenis sejuk/dingin

a) Warna Panas : • Digolongkan warna panas kerana dikaitkan dengan warna matahari dan api. • Mempunyai kesan aktif. • Menimbulkan kesan kedekatan, semangat, kegarangan, kekuatan dan keceriaan. b) Warna Sejuk : • Sama dengan warna langit, tumbuh-tumbuham, laut dan air. • Memberikan kesan pasif. • Menimbulkan suasana ketenangan, kelembutan, kedamaian, kesayuan, kejauh an dan nostalgik.

• Warna dalam seni grafik berperanan untuk :  Melahirkan kesan atau pengaruh tertentu  Mewujudkan perasaan harmoni – menimbulkan suasana yang dikehendaki (warna-warna terang mencetuskan rasa keriangan, kedamaian, selesa dan tenteram)

• Prinsip asas penyusunan bahan visual hendaklah dibuat secara susunan kasar terlebih dahulu yang memuatkan cadangan perletakan bahan visual. • Menggunakan enam prinsip asas reka letak sebagai panduan yang dikenali sebagai CASPER.

• CASPER terdiri daripada elemen : C – Contrast (kontras) A – Alignment (seimbang) S – Simplicity (simplisiti/mudah) P – Proximity (Penyatuan) E – Emphasis (Dominan) R – Repetition (Pengulangan)

Contrast (kontras) • Idea utama prinsip kontras adalah untuk mengelakkan unsur dalam suatu muka surat kelihatan hampir sama. • Cara berkesan untuk menambahkan tarikan dan tumpuan terhadap sesuatu reka bentuk. • Ada kaitan dengan imej, warna, atau tipografi. • Kreativiti mengadun elemen kontras akan menjadikan reka letak visual lebih representatif dan memudahkan menyampaikan sesuatu mesej.

CONTRAST (KONTRA): (warna, imej dan fon)

Contoh kontras warna yang baik : Hijau tua pada putih Merah tua pada putih Unggu pada putih Hitam pada kuning Hitam pada putih Kuning pada unggu Putih pada coklat kemerahan Kuning pada biru muda Biru tua pada putih

Alignment (seimbang) • Setiap item (teks, imej, atau kedua-dua teks dan imej) harus mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain pada setiap paparan. • Elemen grafik perlu disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk. • Terdapat dua bentuk alignment, iaitu : Seimbang Formal Seimbang Tidak Formal

• Seimbang Formal – Susunan reka bentuk yang sama antara dua bahagian visual sama ada kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. • Seimbang Tidak Formal - Pembahagian yang tidak sama rata antara item kiri dengan kanan atau atas dengan bawah.

• Penempatan bahan-bahan visual haruslah seimbang dari perletakan gambar hingga kepada elemen penghurufan dan memuatkan objek sama saiz. • Pemberatan grafik di dalam visual saling melengkapi.

Simplicity (simplisiti/mudah) • Sesuatu bahan grafik perlu nampak mudah (simple). • Prinsip KISS, iaitu Keep It Simple and Stupid perlu dijadikan sebagai panduan untuk merancang persembahan grafik. • Maksud KISS : Bahan grafik yang disediakan hendak mudah difahami walaupun oleh pelajar yang lembam. • Mengelakkan memasukkan banyak grafik animasi dalam persembahan multimedia kerana boleh mengganggu tumpuan pelajar.

• Pempersembahkan satu perkara pada satu masa kerana idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan.

• Visual perlu mengandungi elemen yang sedikit kerana mudah dilihat. • Hadkan perkataan-perkataan yang ditayangkan kepada 15 atau 20 patah perkataan sahaja dalam satu visual tayangan.

• Lukisan hendaklah jelas dan terang. • Garisan luar (outline) hendaklah dibuat dengan garisan tebal. • Garisan-garisan kecil harus ditinggalkan kerana garisan-garisan kecil yang terlalu banyak akan mengelirukan.

Proximity (Penyatuan) • Penyatuan ialah perhubungan yang lahir di antara elemen-elemen visual apabila elemenelemen tersebut berfungsi bersama sebagai satu kesuluruhan. • Kumpulan (group) item yang berkaitan bersama, gerakkan mereka secara fizikal supaya berdekatan antara satu sama lain supaya item yang berkaitan dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak terpisah.

• Elemen-elemen seperti penghurufan, warna, bahan-bahan lain hendaklah saling melengkapi di antara satu dengan yang lain untuk mengukuhkan idea dasar yang hendak disampaikan. • Penyatuan dapat diperolehi dengan menggunakan anak panah, kotak, garisan, bentuk-bentuk tertentu, warna dan sebagainya.

Emphasis (Dominan) • Dominan merupakan pusat penumpuan atau minat. • Reka grafik harus fokus kepada item utama sahaja. Item utma mestilah lebih dominan daripada item-item lain. • Item tersebut menjadi pusat penumpuan atau boleh menarik minat.

Terdapat pelbagai cara untuk mencapai dominan, antaranya ialah : a) Menggunakan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Third) - Peraturan satu pertiga berdasarkan kajian bagaimana manusia menyaring sesuatu visual. Daripada kajian itu, didapati perhatian tertumpu lebih di sudut atas kiri daripada tempat-tempat lain. b) Warna dan bentuk yang kontras

c) Saiz yang lebih besar. d) Menggunakan anak panah yang menunjuk ke arah item utama. e) Menggunakan garis-garis yang menunjuk ke arah item utama. f) Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual seperti pergerakan cecair, guli atau kipas. g) Menggunakan lampu atau cahaya yang memancar.

Repetition (Pengulangan) • Tekalkan sesuatu aspek reka bentuk pada tempat tertentu. • Unsur tang ditekalkan mungkin berupa fon yang dihitamkan, garis kasar, bullet yang serupa, warna, unsur reka bentuk, format tertentu, hubungan ruang dan sebagainya. • Reka letak dan reka bentuk perlu konsisten sepanjang persembahan. • Elakkan banyak repetition kerana boleh menyebabkan grafik tidak menarik.

Fotograf Lukisan

Kartun Diagram

Graf dan Carta Tipografi

Poster Logo, Ikon dan Simbol

• Mempunyai nilai kandungan - visual yang terdapat pada bahan grafik dapat:  Membawa makna yang tersurat dan tersirat  Meringkaskan maklumat  Menyampaikan maklumat dengan tepat • Mempunyai nilai seni - penggabungan kesemua unsur seni, seperti garisan, warna, bentuk, rupa, dan ruang yang memberi kesan keindahan dan membangkitkan emosi.

• Mudah dan jelas difahami • Mesej dapat ditafsir tanpa terlalu bersusah payah • Mendorong interaksi yang aktif antara pelajar, guru dan maksud yang terdapat dalam visual • Membantu memfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual.

• Bahan grafik yang digunakan harus mengambilkira perkara-perkara berikut:          Menepati fakta yang disampaikan Konsep bahan grafik yang betul Sesuai dan bertepatan dengan teks Logik Terkini dan relevan Jelas dan lengkap Mempunyai saiz perkadaran yang betul Mempunyai perspektif yang betul Menggunakan gambar foto yang bermutu tinggi (tidak kabur)

• Memberi peluang kepada guru untuk memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid (fokuskan pembelajaran dalam masalah sebenar dan meletakkan pelajar sebagai penyelesai masalah). • Pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif (kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data, pembentangan, gunakan alat teknologi dll).

• Mudah dan jelas difahami. • Murid diberi peluang menggunakan kesemua pancaindera semasa proses pembelajaran berlaku. • Menjadikan bahan pengajaran lebih mudah, jelas dibaca dan difahami. • Pentafsiran mesej tidak terlalu sukar dan tidak membosankan pelajar.

• Objek grafik mudah difahami walaupun menghadapi halangan komunikasi yang berbeza. • Mendorong interaksi yang aktif dalam bilik darjah. • Wujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. • Bahan pengajaran menjadi pusat penumpuan dan menguasai pemerhatian murid.

Rujukan • Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Wan Kamruddin Wan Hasan. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. • Chin Yoon Poh. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

• http://www.moe.gov.my/bbt/bukuteks_bahangrafik. php • http://edu-rosnahaz.com/index.php/teknologipendidikan/3-prinsip-asas-grafik • http://www.scribd.com/doc/14164275/prinsip-asasgrafik • http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/tajuk-5asas-grafik.html • http://ms.wikipedia.org/wiki/Grafik • http://www.slideshare.net/artventure/teknologipendidikanasas-grafik

Add a comment

Related presentations

Related pages

Tugasan ISL.docx

LITERASI NOMBOR WAJ3105. Tugasan ISL Kump 2 Soalan Kump. 2 – Rajah 2D mempunyai perimeter dan luas tertentu. Apabila bentuk rajah tersebut
Read more

WAJ3106 Hubungan Etnik: TUGASAN ISL

TUGASAN ISL Fail ISL hendaklah diserahkan pada/sebelum kuliah/interaksi terakhir Fail hendaklah kemas/divider fail mengikut minggu ISL Nota ISL ...
Read more

PISMP PENDIDIKAN PEMULIHAN SEM 4, JAN 09' INTAKE IPGM ...

EDU 3105 ( TUGASAN ISL) NUMERICAL LITERACY WAJ 3105 Tugasan BMM3102 : Pembahagian oleh Azlan bin Musta ... Isl :sher. Week 5. Access the website of NCTM.
Read more

SENARAI BACAAN UNTUK ISL WAJ3105 M1-3

SENARAI BACAAN UNTUK ISL WAJ3105 (LITERASI NOMBOR) TOPIK 1: MINGGU 1-3 Minggu Kuliah Tugasan ISL Catatan 1 TSK Write reflective log Reading task: Burwood ...
Read more

PISMP PENDIDIKAN PEMULIHAN SEM 4, JAN 09' INTAKE IPGM ...

EDU 3105 ( TUGASAN ISL) WRITTEN BY pemulihan Monday, October 11, 2010 No / week. Tajuk isl. Nama. 1. Teknologi pendidikan . Yanti. 2. ... 5. Asas Grafik ...
Read more

sara-jpjk

PJM3102 Tugasan ISL 1-5. Tugasan ISL 1. Mendapatkan maklumat dari bahan bacaan dan multimedia berkaitan pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor tanpa ...
Read more