Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg ke 39

67 %
33 %
Information about Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg ke 39
Education

Published on March 11, 2014

Author: rainsya

Source: slideshare.net

Description

Teks ucapan pengacara majlis

BIL AGENDA TEKS 1 KATA-KATA ALUAN Pengacara ( RUSYA ) Bismillahirrahmanirrahim…. Yang Berusaha Puan Hajah Sa’adiah binti Alang Abdullah Pengetua Cemerlang SMK Raja Chulan, merangkap Penasihat PIBG SMK Raja Chulan Yang Dihormati, Encik Zul Safaruddin bin Mat Yang DiPertua PIBG SMK Raja Chulan Yang Dihormati, Encik Abdul Rahim bin Haji Abdullah Azizi Naib Yang DiPertua PIBG SMK Raja Chulan Tuan Haji Mahd Sharipuddin bin Shaffie Penolong Kanan Pentadbiran Puan Ruhaida binti Nordin Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Cik Latizah binti Tan Kofli Penolong Kanan Kokurikulum Puan Kalthum binti Abdul Gani Penolong Kanan Petang Puan Zuraini binti Che Embi Penolong Kanan Tingkatan Enam Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SMK Raja Chulan sesi 2013/2014 Guru-guru Kanan, Ibu bapa dan guru-guru yang dihormati sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera. Kompang Bergema Pusaka Bangsa Dipalu oleh Si Anak Muda Hadir Tuan Puan meriah suasana Kami menyambut penuh gembira. Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan keredhaanNya dapat kita berkumpul pada petang ini bagi menyempurnakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Raja Chulan kali ke - 39 bagi sesi 2013/2014.

2 BACAAN DOA Pengacara ( HASMALINA ) Lebat kemiri pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa; Sepuluh jari kami menadah, Mohon berkat yang Maha Esa Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, majlis menjemput Ustaz Nik Abdul Malek bin Nik Hussain bagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan. (Doa) Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Nik Abdul Malek bin Nik Hussain atas bacaan doa tadi. 3 UCAPAN YDP Pengacara ( RUSYA ) Emas tempawan buatmu puteri Busana indah buat rupawan Sudilah tuan tampilkan diri Bersama madah kata aluan Hadirin dan hadirat, Majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Zul Safaruddin bin Mat, Yang DiPertua PIBG SMK Raja Chulan, untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan. (Ucapan) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Zul Safaruddin bin Mat, Yang DiPertua PIBG SMK Raja Chulan di atas ucapan yang telah disampaikan tadi. 4 UCAPAN PENGETUA Pengacara ( HASMALINA ) Sirih junjung penuh bererti, Indahnya adat tidak terperi; Tibalah saat masa dinanti, Mendengar amanat ucapan perasmi. Majlis diteruskan dengan menjemput Puan Hajah Sa’adiah binti Alang Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK Raja Chulan bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK Raja Chulan kali ke-39. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. (Ucapan) Dengan Bismillah kita mulai, Alhamdulillah wassola tannabi; Dengan takbir llahi Rabbi, Selesailah sudah upacara merasmi.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Hajah Sa’adiah binti Alang Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK Raja Chulan di atas ucapan dan perasmian sebentar tadi. 5 PENYAMPAIAN SIJIL DAN CENDERAMATA Pengacara ( RUSYA ) Hadirin sekalian, Kait kelapa kukur kelapa, Kupas ubi buat pengat; Hendak kulupa tak terlupa, Kerana budi sudah terpahat. Majlis pada petang ini diteruskan dengan Penyampaian Sijil dan Cenderamata kepada Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SMK Raja Chulan sesi 2013/2014. Bagi menyempurnakan penyampaian sijil dan cenderamata, majlis dengan hormatnya menjemput Yang Berusaha Puan Hajah Sa’adiah binti Alang Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK Raja Chulan, diiringi Tuan Haji Mahd Sharipuddin bin Shaffie, Penolong Kanan Pentadbiran bagi menyempurnakan acara. Majlis mempersilakan. (Pengetua bersedia di pentas) Majlis dengan ini menjemput AJK PIBG sesi 2013/2014. Dipersilakan…. 1) Encik Zul Safaruddin bin Mat Yang DiPertua PIBG 2) Encik Abdul Rahim bin Haji Abdullah Azizi Naib Yang DiPertua PIBG 3) Cik Norasmah binti Wahid Naib Setiausaha PIBG 4) Tuan Haji Mohd Anwar binti Khalid Bendahari PIBG Seterusnya AJK Wakil Ibu Bapa, dijemput… 1) Encik Abdul bin Jamaludin 2) Encik Azmi bin Ibrahim 3) Encik Khiruddin bin Ahmad Tahir 4) Encik Noor Azman bin Hj Zainuddin 5) Encik Ahmad Redzuan bin Othman dan 6) Puan Rohaya binti Mohamed

Dijemput pula AJK Wakil Guru untuk menerima sijil dan cenderamata. Dijemput…. 1) Puan Ablin a/p Davadason Peter 2) Puan Norol Wahoda binti Othman 3) Encik Nor Azman bin Ahmad 4) Puan Nur Sabrina binti Abdul Hadi Dijemput pula Juruaudit PIBG iaitu 1) Encik Wan Halim bin Wan Khalid, wakil bagi ibu bapa dan 2) Puan Mardiah binti Sari, wakil bagi guru Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Hajah Sa’adiah binti Alang Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK Raja Chulan dan Tuan Haji Mahd Sharipuddin bin Shaffie, Penolong Kanan Pentadbiran di atas kesudian menyempurnakan acara tadi. (Pengetua duduk) 6 CABUTAN BERTUAH Pengacara ( HASMALINA ) Majlis pada petang ini diteruskan dengan acara cabutan nombor bertuah. Para hadirin boleh melihat nombor pada muka hadapan buku program masing-masing. Dijemput Yang Berusaha Puan Hajah Sa’adiah binti Alang Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK Raja Chulan, diiringi Tuan Hj Mahd Sharipuddin bin Shaffie, Penolong Kanan Pentadbiran bagi menyempurnakan acara. Dipersilakan. Dipersilakan Tuan Pengetua untuk mencabut 11 nombor yang bertuah. ( Cabutan 11 nombor dan nombor diberikan kepada pengacara ) Dijemput pemegang nombor bertuah untuk naik ke pentas menerima hadiah. Nombor bertuah yang pertama ….. Seterusnya nombor….. ( sehingga 11 nombor dibacakan ) Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Hajah Sa’adiah binti Alang Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK Raja Chulan dan Tuan Hj Mahd Sharipuddin bin Shaffie, Penolong Kanan Pentadbiran di atas kesudian menyempurnakan acara sebentar tadi. Tahniah kepada semua pemenang cabutan nombor bertuah. Untuk pengetahuan para hadirin, acara cabutan nombor bertuah akan disambung selepas tamat Mesyuarat Agung PIBG.

7 JAMUAN RINGAN Pengacara ( RUSYA ) Hadirin dan hadirat, Majlis akan berhenti rehat seketika untuk kita bersama – sama menikmati jamuan ringan yang telah disediakan di kantin sekolah. Mohon para hadirin untuk berkumpul semula di dewan ini pada jam ……….. untuk meneruskan majlis. Dengan ini, dipersilakan tuan-tuan dan puan-puan untuk menikmati jamuan ringan di kantin sekolah. ( Jamuan ) 8 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 39 Pengacara ( HASMALINA ) Hadirin sekalian, Majlis diteruskan dengan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39. Bagi meneruskan, majlis dengan ini diserahkan kepada Encik Zul Safaruddin bin Mat, Yang DiPertua PIBG SMK Raja Chulan. Dipersilakan. ( Pengacara mengundur diri sementara ) 9 UCAPAN TAHNIAH PENGACARA Pengacara ( RUSYA ) Sekalung tahniah kepada barisan baru Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Raja Chulan sesi 2014/2015. Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu, permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan dalam usaha menjana modal insan yang berdaya saing dalam melayari bahtera kehidupan yang semakin mencabar ini. Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh guru dan ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan murid yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang akademik, kokurikulum, bahkan sahsiah diri yang cemerlang. 10 CABUTAN BERTUAH Pengacara ( HASMALINA ) Seterusnya majlis diteruskan dengan cabutan nombor bertuah yang kedua. Bagi menyempurnakan majlis, dijemput ………………………………………………………………………………………… Yang DiPertua PIBG SMK Raja Chulan sesi 2014/2015, diiringi oleh Puan Hajah Sa’adiah binti Alang Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK Raja Chulan, bagi menyempurnakan acara. Dipersilakan.

Dipersilakan Tuan Yang DiPertua untuk mencabut 11 nombor yang bertuah. ( Cabutan 11 nombor dan nombor diberikan kepada pengacara ) Dijemput pemegang nombor bertuah untuk naik ke pentas menerima hadiah. Nombor bertuah yang pertama ….. Seterusnya nombor….. ( sehingga 11 nombor dibacakan ) Majlis mengucapkan terima kasih kepada ………………………………………………………………………………………, Yang DiPertua PIBG SMK Raja Chulan, dan Puan Hajah Sa’adiah binti Alang Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK Raja Chulan di atas kesudian menyempurnakan acara sebentar tadi. ( Yang DiPertua duduk ) Tahniah diucapkan kepada semua pemenang cabutan nombor bertuah. 11 PENUTUP Pengacara ( RUSYA ) Dengan berakhirnya acara cabutan nombor bertuah tadi, maka berakhirlah sudah Majlis Mesyuarat PIBG SMK Raja Chulan kali ke – 39 bagi tahun 2014. Madah diungkap santun bitara, Pantun dilantun mengusik hati, Salah dan silap tutur bicara, Pohon diampun seikhlas hati Bintang barat terbitnya petang, Bintang timur terbitnya pagi; Jika tidak melarat panjang, Tersisa umur bertemu lagi. Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini. Dengan ini, sekian, Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..

TEKS PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 39 BAGI TAHUN 2014 TEMPAT : SMK RAJA CHULAN TARIKH : 7 MAC 2014 MASA : 3 – 6 PETANG PENGACARA : 1) PN RUSYA AZNITA YAHAYA 2) PN HASMALINA BINTI MAT SAID

Add a comment

Related presentations

Related pages

Teks Pengacara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Sekolah

Saya yakin, banyak mesyuarat PIBG yang dijalankan pada bulan ini dan bulan Mac nanti. Oleh itu, cikgu yang dilantik menjadi pengacara majlis sibuk hendak ...
Read more

Teks Pengacara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Sekolah

Teks Pengacara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBGSekolah Assalamualaikum. Alhamdulillah, ... Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 tahun 2014 ini.
Read more

Teks Pengerusi Majlis Mesyuarat Agung Pibg

Scribd is the world's largest social reading and publishing site.
Read more

Teks Pengacara Majlis Perasmian Bangunan Baharu & Pibg

sekolah kebangsaan lb johnson 71760 seremban. majlis perasmian bangunan tambahan baharu sk lb johnson dan mesyuarat agung pibg kali ke-39 tahun 2011
Read more

Teks Pengacara Majlis Perasmian Bangunan Baharu & Pibg ...

Contoh Teks Ucapan Pengacara Majlis Perasmian Mesyuarat Agong PIBG 2013 Contoh Teks Ucapan Pengacara Majlis Perasmian Mesyuarat Agong PIBG 2013 TEKS ...
Read more

Skrip Pengacara Majlis Mesyuarat Agung PIBG

Skrip Pengacara Majlis Mesyuarat Agung PIBG ... Majlis mengucapkan selamat datang kepada semua hadirin ke MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU DAN GURU SK ... 39 ...
Read more

CIKGU ANNA S.R: SKRIP PENGACARA MAJLIS -PIBG

MESYUARAT AGUNG PIBG SMKPNZ KALI KE-4 (1) ... Majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK ... KOLEKSI PANTUN PENGACARA MAJLIS Sirih berlipat sirih ...
Read more

SKAR: MINIT UCAPAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 40

MINIT UCAPAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 40. Tarikh : 24 Mac 2012. Hari ... § Terima kasih kepada Pengacara Majlis ...
Read more

MESYUARAT AGUNG PIBG KE-39 ~ Laman SMK Sultan Omar, Dungun ...

Toggle navigation Menu. ANJUNG; Profil; Pengurusan. Carta Organisasi; Kurikulum; Kokurikulum. Unit. Uniform; Sukan dan Permainan
Read more