advertisement

Teks Juruacara Majlis Graduasi Sekolah

100 %
0 %
advertisement
Information about Teks Juruacara Majlis Graduasi Sekolah
Education

Published on March 1, 2014

Author: valerie_sinti

Source: slideshare.net

advertisement

TEKS JURUACARA MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG & GRADUASI 2013 Ketibaan VVIP Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia NAMA & JAWATAN dan semua tetamu kehormat, masuk ke dalam dewan. Majlis dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, Sabah Tanahairku dan Lagu Sekolah. Hadirin dan hadirat mohon berdiri. Alu-Aluan Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera. 1. Yang berbahagia NAMA & JAWATAN. 2. Yang berusaha NAMA, Guru Besar SK ___________ merangkap Pengerusi Pelaksana Hari Anugerah Cemerlang Dan Graduasi 2013. 3. Yang Dihormati, NAMA, Yang DiPertua Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) SK ___________ 4. Yang dihormati NAMA, Penolong Kanan Kurikulum, NAMA Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, NAMA Penolong Kanan Ko-Kurikulum, NAMA Penolong Kanan Petang SK ___________. 5. Guru-guru, warga sekolah, ibu bapa serta murid-murid SK ___________ seterusnya tuan-tuan dan puan-puan para hadirin yang dihormati sekalian. Selamat datang ke Majlis Anugerah Cemerlang & Graduasi SK ___________ bagi sesi 2013. Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Page 1 of 14

Saya ______________ Dan saya ______________ Akan menemani hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan sepanjang majlis ini berlangsung. Bacaan Doa Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan izin limpah kurnia-Nya pada hari ini, kita dapat bersama-sama berhimpun di dewan gemilang SK ___________ bagi meraikan MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG & GRADUASI SK ___________ tahun 2013. Terlebih dahulu bagi pihak majlis, kami amat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia NAMA & JAWATAN, para tetamu jemputan serta hadirin-hadirat sekalian. Semoga dengan kesudian kalian meluangkan masa pada majlis kali ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kita khasnya bagi murid-murid, ibu bapa dan warga sekolah amnya. Sayang kumbang mencari makan, Terbang seiring di tepi kali; Selamat datang kami ucapkan, Moga diiring restu Ilahi. Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, moleklah kiranya kita bersamasama menadah tangan memohon limpah rahmat dan barakah daripada Yang Maha Esa. Jesteru, majlis dengan segala hormatnya menjemput Al Fadhil Ustaz _______________ untuk memimpin bacaan doa. Dengan limpah takzimnya, majlis mempersilakan. Ucapan GB Amin ya rabbal alamin. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustaz _______________ di atas bacaan doa itu tadi. Semoga dengan kalimah doa ini, diberkati hendaknya segala hasrat yang direncanakan. InsyaAllah. Page 2 of 14

Terbang di awan burung jentayu, Kerana penat gugur ke bumi; Tampillah tuan kami merayu, Bersama amanat bekalan kami. Jesteru majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha NAMA, Guru Besar SK ___________ merangkap Pengerusi Pelaksana Majlis Anugerah Cemerlang & Graduasi sesi 2013 untuk memberikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan. Ucapan YDP Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Guru Besar SK ___________ atas ucapan sebentar tadi. Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Dihormati, NAMA Yang DiPertua Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) SK ___________ untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan. Ucapan Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan itu tadi. Seterusnya majlis Murid mempersilakan Adik NAMA selaku Ketua Murid SK ___________ untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan. Ucapan Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan, Perasmian Kalau tuan pikat kenari, Jangan patahkan batang jerami, Kepada tuan sembah diberi, Mohon rasmikan majlis kami. Page 3 of 14

Dengan ini, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Yang Berbahagia NAMA & JAWATAN bagi memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang & Graduasi 2013. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia NAMA atas ucapan dan penyempurnaan perasmian Majlis Anugerah Cemerlang & Graduasi 2013 sebentar tadi. Dengan berakhirnya ucapan itu tadi maka rasmilah sudah MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG & GRADUASI 2013 SK ___________. Persembahan Awan bersua citra berkisah, Tarian Joget Ukiran sukma kilauan kelisa, Ucapan perasmian selesai sudah, Persembahan murid menyusul pula. Kini marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan pembuka yang akan dipersembahkan oleh murid-murid Tahun 1 di bawah bimbingan NAMA & JAWATAN. Para penari kecil molek ini akan mempersembahkan Tarian Joget yang merupakan sejenis tarian Melayu tradisional yang cukup popular pada masa kini. Majlis mempersembahkan. Penyampaian Demikianlah tadi tarian yang sungguh menghiburkan yang telah dipersembahkan Sijil Graduasi oleh kanak-kanak cilik yang sungguh berbakat. Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan, Page 4 of 14

Majlis seterusnya adalah penyempurnaan Graduasi kepada murid-murid Tahun 6 SK ___________ bagi sesi 2013. Untuk makluman para hadirin dan hadirat sekalian, seramai _____ murid Tahun 6 yang akan menamatkan sesi persekolahan dan menerima sijil graduasi pada hari ini. Seraya itu, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Yang Berusaha NAMA, Guru besar SK ___________ untuk menyampaikan sijil graduasi. Dipersilakan. Penerima Sijil Graduasi: ...................... Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha NAMA, Guru besar SK ___________ kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil graduasi kepada murid-murid Tahun 6 sesi 2013 sebentar tadi. Penyampaian Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada murid-murid Sijil Tahun 6 Tahun 6 sesi 2013. Dengan itu, majlis mempersilakan NAMA, Yang DiPertua PIBG SK ___________ untuk menyampaikan sijil. Dipersilakan. Berikut adalah penerima Sijil Penghargaan Tahun 6: ...................... Dengan itu, sekali lagi majlis mempersilakan Adik NAMA selaku Ketua Murid SK ___________ bagi mewakili kesemua penerima sijil penghargaan Murid Tahun 6 sesi 2013. Tahniah diucapkan. Terima kasih diucapkan kepada NAMA, Yang DiPertua PIBG kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan kepada murid-murid Tahun 6 sesi 2013 sebentar tadi. Penyampaian Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan, Sijil Kedudukan Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil bagi Kedudukan Terbaik Dalam Tahap 1 Kelas bagi Tahun 1, 2 dan 3. Dengan ini, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan NAMA & JAWATAN untuk naik ke pentas bagi menyampaikan sijil. Dipersilakan. Page 5 of 14

Penerima Sijil Kedudukan Dalam Kelas Tahap 1: ...................... Terima kasih diucapkan kepada NAMA & JAWATAN kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil sebentar tadi. Penyampaian Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan, Sijil Kedudukan Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan hadiah bagi Kedudukan Terbaik Tahap 2 Dalam Kelas bagi Tahun 4, 5 dan 6. Dengan ini, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan NAMA & JAWATAN untuk naik ke pentas bagi menyampaikan sijil. Dipersilakan. Penerima Hadiah Kedudukan Dalam Kelas Tahap 2: ...................... Terima kasih diucapkan kepada NAMA & JAWATAN kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil sebentar tadi. Persembahan Pergi berhuma di Tanjung Rokan, Nyanyian Sebelum pulang mengail ikan, Kehadiran tuan-puan kami alu-alukan, Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan. Bagi menyemarakkan lagi majlis kita pada pagi yang berbahagia ini, sama-sama kita saksikan persembahan nyanyian duet oleh murid-murid Tahun 6 di bawah bimbingan NAMA & JAWATAN Turut disajikan dengan petikan gitar oleh muridmurid Tahun 6 dengan lagu yang dikhaskan untuk para ibu. Terimalah UNTUKMU IBU. Dipersilakan. Page 6 of 14

Penyampaian Begitulah tadi persembahan nyanyian yang cukup beremosi dan mendayu-dayu Sijil Mata daripada murid-murid Tahun 6. Pelajaran Terbaik Pohon ciku pohon bacang, Tahap 1 Tumbuh berapit dengan pulasan, Berdegup jantung bertambah kencang, Berdebar hati menunggu keputusan. Kita teruskan majlis kita pada pagi ini dengan upacara penyampaian sijil kepada murid-murid terbaik Tahap 1 dalam setiap mata pelajaran melalui Peperiksaan Akhir Tahun 2013. Bagi menyempurnakan acara ini, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan NAMA & JAWATAN untuk menyampaikan sijil. Dipersilakan. Penerima Mata Pelajaran Terbaik Bahasa Melayu: ...................... Penerima Mata Pelajaran Terbaik Matematik: ...................... Penerima Mata Pelajaran Terbaik Bahasa Inggeris: ...................... Terima kasih diucapkan kepada NAMA & JAWATAN kerana telah Penyampaian Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan NAMA & JAWATAN untuk menyempurnakan penyampaian sijil sebentar tadi. Sijil Mata menyampaikan sijil kepada penerima mata pelajaran terbaik seterusnya. Pelajaran Dipersilakan. Terbaik Tahap 1 Penerima Mata Pelajaran Terbaik Dunia Sains & Teknologi: ...................... Penerima Mata Pelajaran Terbaik Pendidikan Agama Islam: ...................... Terima kasih diucapkan kepada NAMA & menyempurnakan penyampaian sijil sebentar tadi. Page 7 of 14 JAWATAN kerana telah

Penyampaian Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan NAMA & JAWATAN untuk Sijil Mata menyampaikan sijil kepada penerima mata pelajaran terbaik seterusnya. Pelajaran Dipersilakan. Terbaik Tahap 1 Penerima Mata Pelajaran Terbaik Bahasa Arab: ...................... Penerima Mata Pelajaran Terbaik Pendidikan Moral: ...................... Penerima Mata Pelajaran Terbaik Dunia Muzik: ...................... Terima kasih diucapkan kepada NAMA & JAWATAN kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil sebentar tadi. Penyampaian Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan NAMA & JAWATAN untuk Sijil Mata menyampaikan sijil kepada penerima mata pelajaran terbaik seterusnya. Pelajaran Dipersilakan. Terbaik Tahap 1 Penerima Mata Pelajaran Terbaik Pendidikan Kesihatan: ...................... Penerima Mata Pelajaran Terbaik Pendidikan Jasmani: ...................... Penerima Mata Pelajaran Terbaik Pendidikan Seni Visual: ...................... Terima kasih diucapkan kepada NAMA & JAWATAN kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil sebentar tadi. Penyampaian Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian sijil kepada murid-murid terbaik Sijil Mata dalam semua mata pelajaran bagi Tahun 4, 5 dan 6. Bagi menyempurnakan Pelajaran acara ini, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan NAMA & JAWATAN Terbaik untuk menyampaikan sijil. Dipersilakan. Tahap 2 Penerima Mata Pelajaran Terbaik Bahasa Melayu Pemahaman: ...................... Penerima Mata Pelajaran Terbaik Bahasa Melayu Penulisan: ...................... Penerima Mata Pelajaran Terbaik Matematik: ...................... Penerima Mata Pelajaran Terbaik Bahasa Inggeris: ...................... Page 8 of 14

Terima kasih diucapkan kepada NAMA & JAWATAN kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil sebentar tadi. Penyampaian Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan NAMA & JAWATAN untuk Sijil Mata menyampaikan sijil kepada penerima mata pelajaran terbaik seterusnya. Pelajaran Dipersilakan. Terbaik Tahap 2 Penerima Mata Pelajaran Terbaik Pendidikan Agama Islam: ...................... Penerima Mata Pelajaran Terbaik Bahasa Arab: ...................... Penerima Mata Pelajaran Terbaik Pendidikan Moral: ...................... Penerima Mata Pelajaran Terbaik Pend. Sivik & Kewarganegaraan: .................. Terima kasih diucapkan kepada NAMA & JAWATAN kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil sebentar tadi. Penyampaian Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan NAMA & JAWATAN untuk Sijil Mata menyampaikan sijil kepada penerima mata pelajaran terbaik seterusnya. Pelajaran Dipersilakan. Terbaik Tahap 2 Penerima Mata Pelajaran Terbaik Kajian Tempatan: ...................... Penerima Mata Pelajaran Terbaik Kemahiran Hidup: ...................... Penerima Mata Pelajaran Terbaik Pendidikan Muzik: ...................... Penerima Mata Pelajaran Terbaik Pendidikan Kesihatan: ...................... Terima kasih diucapkan kepada NAMA & JAWATAN menyempurnakan penyampaian sijil sebentar tadi. Page 9 of 14 kerana telah

Penyampaian Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan NAMA & JAWATAN untuk Sijil Mata menyampaikan sijil kepada penerima mata pelajaran terbaik seterusnya. Pelajaran Dipersilakan. Terbaik Tahap 2 Penerima Mata Pelajaran Terbaik Pendidikan Jasmani: ...................... Penerima Mata Pelajaran Terbaik Pendidikan Seni Visual: ...................... Penerima Mata Pelajaran Terbaik Sains: ...................... Terima kasih diucapkan kepada NAMA & JAWATAN kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil sebentar tadi. Persembahan Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan, Kompang dan Koir Kita akan berehat seketika. Dan sekarang kita akan dihiburkan dengan Persembahan Paluan Kompang oleh murid-murid lelaki Tahun 2 dan 3 di bawah bimbingan NAMA & JAWATAN. Dan selanjutnya akan diteruskan dengan persembahan Nyanyian Koir daripada murid-murid Tahun 2 dan 3 dengan lagu “Standing in the eyes of the world” di bawah bimbingan NAMA & JAWATAN. Sama-sama kita saksikan. Penyampaian Begitulah tadi paluan kompang dan nyanyian koir yang cukup bertenaga Sijil daripada murid-murid Tahap 1. Kehadiran Terbaik Kita teruskan majlis kita pada pagi ini dengan penyampaian sijil kepada penerima Kehadiran Terbaik 2013. Bagi menyempurnakan acara ini, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan NAMA menyampaikan sijil. Dipersilakan. Penerima Kehadiran Terbaik Tahap 1: ...................... Penerima Kehadiran Terbaik Tahap 2: ...................... Page 10 of 14 & JAWATAN untuk

Penyampaian Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada penerima Sijil Terbaik Kem Bestari Solat 2013. Bagi menyempurnakan acara ini, majlis dengan Terbaik Kem penuh takzimnya mempersilakan NAMA & JAWATAN untuk menyampaikan sijil. Bestari Solat Dipersilakan. 2013 Penerima Terbaik Kem Bestari Solat 2013: ...................... Terima kasih diucapkan kepada NAMA & JAWATAN kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil sebentar tadi. Persembahan Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan, Tarian Twist Majlis kita disemarakkan sekali lagi oleh adik cilik kita dengan persembahan tarian di bawah bimbingan NAMA & JAWATAN yang akan dipersembahkan oleh murid-murid Tahun 1. Anak kecil kita ini akan mempersembahkan tarian Twist yang merupakan tarian klasik yang popular pada tahun 60-an. Majlis mempersembahkan DARA MUDA. Penyampaian Begitulah tadi persembahan tarian yang cukup menghiburkan daripada muridSijil murid Tahun 1. Terbaik Dari Yang Terbaik Kita teruskan lagi majlis kita pada pagi ini dengan penyampaian sijil kepada penerima Anugerah Terbaik Dari Yang Terbaik bagi tahun 2013. Bagi menyempurnakan acara yang berprestij ini, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Yang Berbahagia NAMA & JAWATAN untuk menyampaikan sijil. Dipersilakan. Penerima Terbaik Dari Yang Terbaik 2013: ...................... Page 11 of 14

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia NAMA & JAWATAN kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil sebentar tadi dan tahniah kepada semua penerima terbaik SK ___________ bagi tahun 2013. Persembahan Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan, Medley Majlis kita sekali lagi disajikan dengan persembahan terakhir pada pagi yang berbahagia ini dengan satu persembahan khas daripada graduan-graduan Tahun 6 SK ___________ 2013 di bawah bimbingan NAMA & JAWATAN dan NAMA & JAWATAN. Dengan nyanyian medley Joget Si Pinang Dua, Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang dan Kenangan Terindah dengan selitan SAJAK, sama-sama kita hayati dan saksikan persembahan medley daripada murid-murid Tahun 6. Majlis mempersembahkan. Penyampaian Begitulah tadi persembahan koir yang cukup bertenaga dan penuh penghayatan AJK PIBG daripada Graduan Tahun 6 SK ___________ 2013. Semoga lagu-lagu ini tadi dan akan menjadi kenangan terindah buat semua warga sekolah yang pasti akan AJK HAC merindui kalian. Terbang helang di hujung salang, Hinggap berdua di dahan sena, Guru cemerlang negara terbilang, Menjunjung setia seiring tema. Majlis seterusnya adalah penghargaan kepada warga pendidik serta ibu bapa SK ___________ iaitu penyampian Sijil Penghargaan kepada Ahli Jawatan Kuasa PIBG SK ___________ 2013 dan Ahli Jawatan Kuasa Kerja Majlis Anugerah Cemerlang dan Graduasi 2013. Page 12 of 14

Bagi menyempurnakan acara ini, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan NAMA & JAWATAN untuk menyampaikan sijil penghargaan. Dipersilakan. Penerima Sijil PIBG 2013: ...................... Wakil Sijil HAC 2013: ...................... Terima kasih diucapkan kepada NAMA & JAWATAN kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil. Penutup Semua anugerah di terima sudah. Semua acara terlaksana sudah. Hari ini TARIKH, tercatat lagi dalam buku sejarah kecemerlangan murid-murid SK ___________ bahawa sesungguhnya untuk mencapai sesuatu kejayaan itu azam dan usaha adalah penentu. Yang kuat azam dan usahanya, maka, bangkitlah dia sebagai seorang pejuang yang bakal menggenggam kejayaan. Namun yang leka, malas dan alpa, kaki tidak akan jauh melangkah kerana baru setapak dua dia pasti akan mengalah dan akhirnya kecundang. Oleh itu anak-anak didik sekalian, kuatkan azam di dada juga minda. Tingkatkanlah usaha agar mampu berdiri megah sebagai seorang yang berjaya Amin ya rabbal alamin. Majlis merakamkan sekalung tahniah kepada semua penerima anugerah cemerlang, manakala yang tidak berjaya di harapkan tidak berputus asa dan cuba lagi pada tahun hadapan untuk memperolehi kecemerlangan. Majlis anugerah dirai bersama, Kecemerlangan diidam menjelma lagi, Akhir di sini noktah bersama, Di lain masa bersua kembali. Page 13 of 14

Penutup Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita, Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta. Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan, Bagi pihak warga kerja majlis sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih kepada tetamu kehormat dan hadirin-hadirat sekalian yang telah sudi memeriahkan majlis pada hari ini. Akhir kata, maaf jua dipinta sekiranya terdapat kekasaran mahupun kesilapan tutur kata dan perbuatan yang menyinggung perasaan. Seterusnya dijemput yang berusaha NAMA & JAWATAN untuk mengiringi Yang Berbahagia NAMA & JAWATAN dan tetamu-tetamu jemputan untuk ke majlis jamuan ringan di tempat yang telah disediakan. Dipersilakan. Penutup Dengan itu maka berakhirlah sudah Majlis Anugerah Cemerlang dan Graduasi 2013 SK _____________. Segala yang baik adalah datang dari Allah dan yang buruk itu adalah dari kami jua. Dengan itu kami sudahi dengan wassalamualaikum w.b.t dan terima kasih. .............. Pengumuman ................ Page 14 of 14 wabillahitaufik walhidayah

Add a comment

Related presentations

Related pages

PUSAT SUMBER SEKOLAH: TEKS PENGACARA MAJLIS HARI GRADUASI ...

teks pengacara majlis hari graduasi tahun 6 dan pra sekolah tahun 2012
Read more

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN - Santai

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ... kepada anak-anak dan pihak sekolah. ... dan seterusnya merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan & Graduasi Prasekolah ...
Read more

Qaseh Qistina: TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH ...

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKPBS 2010 ... bagi meraikan ‘Majlis Hari Anugerah Cemerlang’ Sekolah KebangsaanPadang Besar ...
Read more

cikgukeaku: TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN ...

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN ... Terima kaseh la yer.. so aku pun cecepat balik dan edit nama sekolah dan para pentadbir. Tapi teks ni ...
Read more

TEKS PENGACARA MAJLIS - nyaringnora.blogspot.com

Di sekolah, walaupun beliau ... TEKS PENGACARA MAJLIS HARI PERSARAAN PENGARAH IPGIK 26 OKTOBER 2010 DEWAN DATO RAZALI ISMAIL 10.30 PAGI Bil Teks ... SKRIP ...
Read more

Teks Pengacaraan Majlis Perasmian Penutup Karnival ...

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KARNIVAL PENDIDIKAN ... Teks Juruacara Pertandingan Bercerita ... TEKS PENGACARA MAJLIS HARI GRADUASI 2010.
Read more

Skrip Pengacara Majlis

TEKS EMCEE MAJLIS MENANDATANGANI MOU ... Skrip Majlis Karnival Pembestarian Sekolah Penutupan. Publish at Scribd or explore others: ...
Read more

NO 25 SRI PILAH BM: Contoh Skrip Juruacara

contoh skrip juruacara majlis anugerah pelajar cemerlang sekolah menengah kebangsaan bahasa malaysia saratok di dewan sri semerbak 2005
Read more