Tamadun Yunani

50 %
50 %
Information about Tamadun Yunani
Education

Published on July 19, 2013

Author: hilmiqimie

Source: slideshare.net

Yunani merupakan sebuah wilayah yang terletak di sekitar kawasan utara dan timur laut Mediterranean bentuk muka buminya bergunung-ganang dan berpulau Hanya sebahagian kecil kawasan muka buminya boleh diusahakan dengan pertanian di kawasan dataran sempit, tanaman jagung,anggur dan zaitun diusahakan Di lereng-lereng bukit ,kegiatan menternak kambing dan biri-biri dijalankan

Semua negara Kota subur kecuali Sparta sebab muka bumi tidak subur gunung-ganang Athens merupakan negara kota yang mengutamakan perdagangan dan perindustrian Pada abad ke-4 Masihi, negara kota Athens terpaksa mengimport 75% daripada jumlah gandum yang digunakan

Kurang tanah ,makanan Athens dan Corinth perlu dibawa dari luar.Athens dapat dari Selatan dan Laut Hitam. Jadi pusat pengumpulan barangan dari timur Gandum dan ternakan diimport dari Thrace dan kawasan Laut Hitam

Athens juga mengimport bekalan lain contoh: ikan, daging,garam, buah-buahan , arak dan bahan-bahan mentah Bahan mentah yang diimport adalah seperti bahan galian, kain bulu, pakal yang dibuat daripada damar untuk menutup celah-celah papan dan fleks Athens mengimport bahan-bahan mewah dan hamba abdi dari dunia timur. Athens mengeksport minyak zaitun, perak, batu marmar, bahan buatan dan lukisan.

Peningkatan perdagangan lalui jalan laut seperti dengan Mesir,syria,Phonecia Athens telah beralih kepada perdagangan di laut kerana: i) bentuk muka buminya yang sempit tidak memeri peluang kepada aktiviti pertanian secara giat ii) sistem perhubungan darat yang agak buruk iii) tidak ada daerah dalamYunani yang jaraknya lebih dari 160 kilometer dari laut, maka perdagangan laut ini berkembang secara semula jadi

Perdagangan luarnya berkembang pesat sekitar abad ke-8 dan ke- 7 S.M. Jalan-jalan laut yang digunakan dalam perdagangan selalunya di sepanjang pantai kerana kapal-kapal yang digunakan pada masa itu amat kecil dan bergantung kepada kuasa angin untuk pelayaran. Perdagangan laut turutnya dibantu oleh koloni-koloni yang berada di selatan dan di sekitar Laut Hitam, Mesir, Syria dan Phoenicia. Masyarakat Sparta pada ketika itu, tidak digalakkan menjalani aktiviti ekonomi dari aspek perdagangan dan perniagaan, walaupun rata-rata negerinya subur dengan bahan mentah yang lumayan seperti bijih besi.

Kerajaan sebenarnya lebih menggalakkan rakyatnya terlibat dalam latihan ketenteraan dan peperangan. Oleh itu, setiap warga Sparta dipastikan dilahirkan dan dibesarkan dalam masyarakat militer. Justeru, masyarakatnya diarah memberi tumpuan kepada aktiviti pertanian dan ekonomi sara diri. Kerajaan beranggapan bahawa aktiviti perdagangan dengan dunia luar terutama bagi setiap bentuk kemewahan boleh menyebabkan moral penduduknya tercemar.

Pertumbuhan ekonomi Yunani pada asalnya disumbang oleh perkembangan pelabuhannya, dasar perdagangan bebas, sistem bank, insurans dan beberapa faktor lain yang berkaitan. Pelabuhan-pelabuhan utama di Yunani memainkan peranan penting. Barangan ekonomi diagih-agihkan ke kawasan-kawasan lain di sekitarnya melalui pelabuhannya. Pelabuhan terpenting ialah pelabuhan Peiraens di Athens. Cukai sebanyak 2% dikenakan ke atas semua barangan yang diimport dan dieksport. PEMBANGUNAN EKONOMI TAMADUN YUNANI

Add a comment

Related presentations

Related pages

Sejarah Tamadun Yunani

Tamadun Yunani berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitamya yang dikelilingi oleh Laut Aegean dan Laut Mediterranean. Yunani, nama ...
Read more

TAMADUN YUNANI | Prof Najri - Academia.edu

tugasan esei tajuk : tamadun yunani disediakan oleh : nazree bin munir d20141067419 diperiksa oleh: abdul halim bin saad 1 senarai kandungan bil ...
Read more

Sejarah: Tingkatan 4 Bab 2 : Peningkatan Tamadun

TAMADUN YUNANI 1. Ahli falsafah ialah manusia yang menggunakan akal untuk berfikir secara berterusan bagi mencari jawapan yang logik dan rasional terhadap ...
Read more

Sejarah Tamadun Prasejarah: Peningkatan Tamadun

Tamadun Yunani Tamadun Yunani berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitarnya. Kawasan ini adalah dikelilingi oleh Laut Aegan dan laut ...
Read more

Yunani Purba - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Siri Sejarah Greece; Tamadun Aegea: Sebelum 1600 SM: Yunani Mycenaea: k.k. 1600–1200 SM: Zaman Kelam Yunani: k.k. 1200–800 SM: Yunani Purba: 776–323 SM
Read more

Kelas Cikgu Shahir: Latar Belakang Tamadun Yunani, Rom ...

Tamadun Yunani F1. Tamadun Yunani berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitamya yang dikelilingi oleh Laut Aegean dan Laut Mediterranean.
Read more

BAB 2 : PENINGKATAN TAMADUN - saku30.tripod.com

BAB 2 : PENINGKATAN TAMADUN Latar Belakang Tamadun . Peningkatan tamadun bermaksud penggunaan pemikiran manusia untuk mengawal dan guna alam sekitar ...
Read more