Taking Off Report Latihan Industri

50 %
50 %
Information about Taking Off Report Latihan Industri
Education

Published on March 4, 2014

Author: simatacoklat

Source: slideshare.net

Bab 4 Pengukuran Kuantiti (Taking off) 4.1 Pengenalan Secara amnya, senarai kuantiti adalah satu dokumen yang mengandungi senarai item binaan berserta kuantiti-kuantitinya yang disediakan mengikut prinsip-prinsip yang telah ditetapkan. Dalam senarai kuantiti, item binaan serta kuantitinya akan disenaraikan dalam satu kertas khas yang dibahagikan kepada beberapa ruang, iaitu ruang untuk keterangan, ruang untuk kuantiti, ruang untuk kadar harga dan ruang untuk jumlah harga. Senarai kuantiti disediakan dengan menggunakan kaedah tertentu untuk mengukur dan menyenaraikan item-item binaan. Bagi menyeragamkan dan mengalakkan kekeliruan pengguna senarai kuantiti seperti kontraktor, arkitek dan jurutera juruukur bahan menyediakan senarai kuantiti jurutera,

berdasarkan Kaedah Pengukuran Setara (Standard Method of Measurement - SMM). SMM adalah dokumen yang mengandungi butir-butir dan peneranganpenerangan mengenai cara mengambil ukuran, menulis huraian dan menyenaraikan item-item binaan. Bagi kerja bangunan digunakan SMM kerja bangunan manakala bagi kerja-kerja kejuruteraan awam digunakan SMM untuk kerja kejuruteraan. 4.2 Maksud Pengukuran adalah proses dimana ukuran bagi item-item binaan diambil dari lukisan yang telah disediakan dan dicatitkan ke dalam kertas khas. Ukuran-ukuran ini kemudian didarabkan dan dicampurkan untuk mendapat kuantiti dalam unityang ditetapkan. Ianya adalah sama dengan senarai pembelian untuk membeli keperluan rumah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4.2.1 yang mengandungi senarai barang keperluan berserta dengan kuantiti masing-masing. Setelah senarai tersebut disediakan, kadar harga bagi setiap barang-barang perlu dimasukkan untuk mengetahui anggaran belanjawan keperluan rumah.

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 Perkara Beras Tepung gandum gula Minyak masak Bawang merah Bawang putih Bawang besar Cili kering halia Kunyit Lengkuas Serai Cili hidup Kicap Sos tomato Sos cili Susu pekat Susu tepung Unit kg Kg Kuantiti 50 20 Harga 1.10 0.75 RM 55.00 15.00 Kg Kg Kg Kg Kg Kg Kg Kg Kg Kg Kg Botol Botol Botol Tin Kg 10 10 2 1 3 2 1 1 1 1 1 3 3 3 6 3 1.50 1.20 2.00 3.00 3.50 2.00 0.80 0.70 0.60 0.80 2.50 1.75 1.95 1.75 1.50 2.00 15.00 12.00 4.00 3.00 10.00 4.00 0.80 0.70 0.60 0.80 2.50 5.25 5.85 5.25 9.00 30.00 Jumlah 178.75 Jadual 4.2.1 : Contoh senarai barang-barang keperluan yang biasa disediakan pada setiap akhir bulan. Berasaskan prinsip yang sama juga senarai kuantiti disediakan untuk mendapatkan jumlah pembinaan bangunan cadangan. Contoh muka surat senarai kuantiti yang lengkap boleh dirujuk pada jadual 4.2.2. Dalam rajah memaparkan dua perkara utama yang berkaitan dengan senarai kuantiti, iaitu huraian bagi item binaan dan kuantiti. Huraian sesuatu kerja perlu ditulis dengan penuh dan jelas supaya dapat menggambarkan kerja yang sebenar. Kuantitinya diberikan dengan tepat dalam unit-unit yang mudah. Dalam perkataan lain, senarai kunatiti merupakan perkataan dan bilangan mengenai sesuatu bentuk binaan.

Kadar No Huraian Unit RM SENARAI LUAR NO Sen 6-DINDING Untuk huraian bagi bahanbahan dan mutu kerja yang digunakan bagi senarai ini, lihat Bahagian B - “ Bahan-bahan, mutu Kerja dan Awalan kepada semua“ Tukangan” a. Konkrit tetulang Gred 25-20mm M3 egregat seperti dihuraikan didalam tiang pengukuh. b. 30 TETULANG ROD KELULI SEDERHANA seperti yang dihuraikan c. Rod 12 mm garis pusat didalam tiang pengukuh. Kg 412 Kg 152 Kotak bentuk kayu tak berketam M2 13mm tebal pada sisi tiang pengukuh. 288 Rod 8 mm pengikat. ditto sebagai d. KERJA BATA DARIPADA BATA BIASA DENGAN TURAP BERTOLOK seperti yang telah dihuraikan e. Dinding bata setebal setengah M2 bata diikat dengan tetulang anyaman seperti yang telah dihuraikan. Jumlah Kuantiti 355 Jadual 4.2.2 : Jadual senarai kuantiti yang lengkap RM Sen

4.3 Kegunaan Senarai Kuantiti a) Untuk memperlawa tender Merupakan kegunaan utama senarai kuantiti. Tujuan mempelawa tender adalah untuk memilih kontraktor yang layak untuk melaksanakan sesuatu projek yamg dicadangkan. Kontraktor akan dipelawa untuk membuat tender bagi sesuatu projek yang dicadangkan. Untuk mendapatkan harga tender, terlebih dahulu penender-penender perlu mengisi kadar harga kepada kuantiti item binaan yang terdapat didalam senarai kuantiti. Seterusnya mereka akan membuatpendaraban bagi mendapatkan kos pembinaan atau harga tender bagi projek yang dicadangkan. Senarai kuantiti yang telah dihargakan itu akan dihantar kepada Juru Ukur bahan untuk membuat penilaian dan pemilihan berdasarkan kepada harga-harga tender yang dikemukakan. b) Untuk menyediakan bayaran kemajuan Biasanya dari semasa ke semasa, jurukur bahan akan menyediakan Sijil Penilaian kemajuan Kerja untuk Bayaran Kemajuan bagi kerja-kerja yang telah disiapkan. Untuk menyediakan sijil ini jurukur bahan perlu menilai kerja-kerja yang telah disiapkan oleh kontraktor dari semasa ke semasa. Bagi membuat penilaian ini, terlebih dahulu jurukur bahan akan melawat tapak bina bagi membuat penilaian dan merekodkan kerja-kerja yang telah disiapkan. Berpandukan rekod tersebut, jurukur bahan boleh mengenal pasti dan mengeluarkan kuantiti dan harga bagi item-item binaan yang telah disiapkan dari senarai kuantiti. Kemudian dengan mencampurkan harga-harga tersebut, suatu nilai yang akan dimasukkan dalam Sijil bayaran kemajuan akan diperolehi.

c) Untuk menilai pindaan kerja Apabila arkitek atau jururtera mengeluarkan arahan pindaan kerja, jurukur bahan akan menilai kerja-kerja yang terlibat bagi menentukan perbezaan kos antara kerja asal dan kerja pindaan. Kos kerja asal boleh diambil daripada senarai kuantiti kerana semua butir mengenai bahan, buruh, kuantiti dan kadar harga bagi kerja asal boleh didapati didalamnya. Kos bagi kerja pindaan boleh dinilai dengan menggunakan kadar harga daripada senarai kuantiti. Kadar harga ini samada yang asal atau yang diwajarkan, akan dimasukkan kepada kuantiti kerja-kerja pindaan dan kemudiaa pengiraan akan dibuat. d) Untuk memesan dan membeli bahan-bahan Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, kuantiti bagi sesuatu item binaan yang terdapat dalam senarai kuantiti ialah kuantiti kerja seperti yang telah siap dibina. Untuk tujuan memesan dan membeli bahan binaan, kuantiti bahan-bahan yang diperlukan boleh didapati dengan menganalisis kuantiti item binaan yang terdapat dalam senarai kuantiti.

4.4 Jenis-jenis Senarai Kuantiti Senarai kuantiti perlu disediakan mengikut susunan yang logik dan mudah difahami. Untuk mendapat suatu senarai yang tersusun dan mudah difahami, biasa item binaan dihuraikan dibawah tajuk-tajuk yang berkaitan dengan binaan bangunan, tukang atau operasi. Cara item binaan itu dihuraikan menentukan jenis senarai kuantiti. Jenis-jenis senarai kuantiti yang biasa didapati adalah seperti berikut : a. Senarai Kuantiti mengikut tukang Dalam senarai kuantiti jenis ini item binaan disenaraikan mengikut tukang yang membuat atau mengerjakan binaan tersebut. Cara ini merupakan kaedah tradisional berdasarkan kaedah pengukuran setara. Semua item binaan yang berkaitan dengan sesuatu tukangan itu disenaraikan dibawah tajuk/nama tukang itu. Contoh : Item binaan seperti tingkap dan pintu kayu , daun pintu kayu, dinding sekat kayu, jenang dan kambi lantai kayu. Disenaraikan dibawah tajuk tukang tanggam. Item binaan seperti dinding bata, tiang bata dan lantai bata disenaraikan dibawah tajuk tukang bata. Berikut adalah antara senarai tajuk-tajuk tukang yang ada dalam kerja binaan: Tukang konkrit Tukang gali Tukang kayu Tukang bumbung Tukang Lepa

b. Senarai kuantiti mengikut elemen Item-item binaan disenaraikan mengikut bahagian atau elemen bangunan. Item binaan yang berkaitan dengan sesuatu bahagian itu disenaraikan dibawah tajuk atau nama bahagian atau elemen itu. Contoh : Elemen Rangka Elemen Bumbung Item binaan seperti kekuda, gelegar bumbung, perabung, genting, papan tumpu kasau dan lapis kalis tiris. Item binaan seperti tiang, rasuk lantai, rasuk bumbung, lantai atas, acuan untuk tiang dan rasuk serta tetulang untuk tiang, rasuk dan lantai. Secara amnya pecahan-pecahan elemen adalah seperti berikut : a) Elemen cerucuk b) Elemen Kerja di bawah Aras Kemasan Lantai c) Elemen rangka Elemen bumbung d) Elemen tangga e) Elemen dinding luar f) Elemen pintu dan tingkap luar g) Elemen pintu dan dinding dalam dan lain – lain.

c. Senarai Kuantiti Penunjuk Senarai kuantiti yang dipecahkan mengikut elemen atau tukang biasanya mengandungi huraian mengenai jenis dan kualiti bahan serta kuantiti, jadi kadang-kadang lokasi sebahagian daripada item binaan yang disenaraikan tidak dapat dipastikan walaupun dengan merujuk pada lukisan yang lengkap. Untuk mengatasi masalah ini, nota-nota yang menunjukkan lokasi yang dimasukkan kepada item binaan yang terdapat dalam senarai kuantiti penunjuk. d. Senarai Kuantiti Operasi atau Kerja Dalam senarai kuantiti jenis ini, projek binaan dipecahkan mengikut operasi sebenar di tapak bina. Pecahan dibuat berdasarkan analisis rangkaian kerja yang menunjukkan operasi-operasi penting. Penyediaan senarai kuantiti ini melibatkan pelencongan dari kaedah pengukuran setara. Di sini keperluan buruh dan loji disenaraikan sebagai suatu kerja atau operasi yang perlu, sementara bahan binaan yang diperlukan bagi tiap-tiap operasi itu disenaraikan secara berasingan. e. Senarai Kuantiti Peruntukan Kadang-kadang kerana kesuntukan masa, arkitek dan jurutera tidak sempat menyediakan lukisan kerja yang lengkap yang membolehkan jurukur bahan menyediakan senarai kuantiti yang tepat sebelum tender dipelawa. Biasanya dalam keadaan begini jurukur bahan akan menyenaraikan senarai kuantiti peruntukan. Kuantiti-kuantiti yang terdapat dalam senarai kuantiti jenis ini ialah kuantiti kasar dan merupakan kuantiti peruntukan. Apabila kerja sebenar telah dijalankan, jurukur bahan perlu membuat pengukuran semula di tapak bagi mendapatkan kuantiti sebenar dan seterusnya membuat penilaian yang sewajarnya.

4.5 Proses Pengukuran dan Unit-unit Pengukuran Kuantiti a) Proses Pengukuran / Penyediaan Senarai Kuantiti i. Terima lukisan dan lain-lain maklumat yang ada dan kaji berkaitan rekabentuk, saiz, bahan binaan, sekil lukisandan lain-lain.Bagi kerja-kerja arahan pinda kerja atau pengukuran semula pengukuran boleh dilakukan berdasarkan rekodrekod kerja ditapak bina atau diukur dari kerja yang telah disiapkan. ii. Pengukuran / “taking off” ialah proses dimana dimensidiukur atau dibaca dari lukisan dan dicatitkan diataskertas khas dinamakan kertas dimensi. iii. Working-up ialah proses mendarab (squaring) dimensi,mencampur dan menukar dimensi kepada unitunitukuran (billing). iv. Draf senarai kuantiti sebelumditaip mengikut ataupertukaran. disediakan dan pecahan elemen disunting bangunan b) Unit-unit Pengukuran Kuantiti Seperti mana yang telah dimaklumkan, penyediaan senarai kuantiti melibatkan pengukuran kuantiti item-item binaan yang terlibat. Berpandukan unit-unit pengukuran tertentu kuantiti item binaan dapat dikira. Unit-unit pengukuran ini telah ditetapkan di dalam Kaedah Pengukuran Setara. Unit-unit berikut adalah digunakan didalam menyatakan kuantiti:

Ukuran Unit 1. Panjang Meter panjang ( ) 2. Luas Meter persegi ( ) 3. Isipadu Meter padu ( ) 4. Berat Kilogram (kg) 5. Bilangan Nombor (no) 6. Mata benda kerja yang Item tidak dapat diukur dengan manamana unit ukuran. Jadual 4.5 (b)(i) : Unit-unit Pengukuran Kuantiti Proses pengukuran kuantiti melibatkan penggunaan borang yang tertentu, salah satunya adalah Borang Dimensi. Rajah 4.5(b)(ii) menunjukkan kaedah bagaimana ukuran yang diambil dicatitkan di dalam Borang Dimensi.

Unit Panjang (meter) 0.92 Cuma satu ukuran sahaja yang perlu diambil dan dicatatkan. Di bawah tiap- tiap ukuran yang dicatatkan itu dilukiskan suatu garis pemisah Unit Luas (meter persegi) 0.90 2.45 Dua ukuran ( sepasang ) yang perlu diambil dan dicatatkan. Dibawah tiap-tiap pasang ukuran yang dicatatkan itu dilukiskan satu garis pemisah. Unit Isipadu (meter padu) 0.15 0.23 3.00 Tiga ukuran yang perlu diambil dan dicatatkan. Dibawah satu set ukuran itu dilukiskan satu garis pemisah. Unit Bilangan (Nombor) 6 Cuma jumlah bilangan item binaan yang perlu dicatatkan. Dibawah setiap bilangan dilukiskan satu garis pemisah Rajah 4.5(b)(ii) : Ukuran yang diambil dicatitkan di dalam Borang Dimensi

4.6 Borang Dimensi Borang dimensi adalah borang yang digunakan untuk mencatatkan ukuran yang diambil daripada lukisan berserta dengan huraian yang berkaitan. Borang ini direka bentuk mengikut keperluan British Standard 3327 : 1961. Borang Dimensi boleh dibahagikan kepada dua bahagian dimana tiap bahagian mengandungi empat ruang. Rajah 4.6.1 : Contoh Borang Dimensi

Setiap ruang dalam borang dimensi mempunyai fungsi yang tertentu. 1 2 1) 2) 3) 4) 3 4 1 2 3 4 Ruang Angkali(timesing column) Ruang untuk mencatatkan angka pendaraban jika terdapat lebih daripada satu butiran kerja diukur. Ruang Ukuran(dimension column) Ruang untuk mencatatkan ukuran sebenar yang diukur atau diambil terus dari lukisan. Ruang Hasil Kiraan(squaring column) Ruang untuk mencatatkan hasil pendaraban angka-angka diruang pertama dan ruang kedua Ruang Keterangan(description column) Huraian bagi butiran kerja yang diukur akan ditulis diruang ini. Contoh aplikasi penggunaan ruang angka, ruang ukuran dan ruang hasil kira-kira dalam borang dimensi. Mencatatkan ukuran 2.00 1.00 0.50 1.00 Catatan ini menunjukkan pengiraan seperti berikut : 2.00 × 1.00 × 0.50 = 1.00 Ukuran 2.00 adalah panjang, 1.00 adalah lebar dan 0.50 adalah dalam Mencatatkan bilangan Catatan ini menunjukkan pengiraan seperti berikut : 2 2.00 1.00 0.50 2.00 2 × 2.00 × 1.00 × 0.50 = 2.00 Tanda ( / ) menunjukkan darab atau kali. Angka 2 dalam ruang angka menunjukkan terdapat tiga butiran yang serupa.

Mencatatkan tambahan pada bilangan 2 1.00 1.00 0.50 2.00 Catatan ini menunjukkan pengiraan seperti berikut : (2 + 3) × (1.00 × 1.00 × 0.50) = 2.00 Tanda nokhtah/titik ( . ) diantara nombor 2 dan 3 menunjukkan tambah. Secara amnya kemahiran dan kecekapan sangat diperlukan untuk membentuk keterangan atau huraian yang lengkap dan dengan seringkasnya.Ini merupakan aspek pengukuran kuantiti yang paling susah dan memerlukan penguasaan pengetahuan teknik yang mendalam. Secara amnya, perkara-perkara yang dimasukkan kedalam huraian bagi sesuatu butiran kerja yang diukur adalah seperti berikut : a) b) c) d) e) Nama item binaan yang diukur. Saiz item binaan ( jika unit pengukuran adalah dalam bilangan, panjang atau luas) Jenis, kualiti dan saiz ( jika ada ) bahan yang digunakan. Sebarang perlakuan atau perbuatan terhadap item binaan tersebut. Cara item binaan itu diletakkan, disambung dan dipasangkan di tempatnya.

Keterangan konkrit bertetulang gred 25 - 20mm batu - baur di dalam asas papak 3 1.20 1.45 0.30 3 1.20 1.45 0.30 1.50 Dalam 1.50 0.46 Keterangan ditulis bersebelahan atau atas sedikit dari pada ukuran pertama yang dicatatkan. Ia ditulis semasa ukuran sesuatu butiran kerja itu di ambil. Keterangan konkrit bertetulang Sekiranya pengiraan gred 25 - 20mm pendek atau ringkas batu - baur di perlu dibuat bagi dalam asas pad mendapat sesuatu ukuran, mestilah dibuat di sisi sebelah 0.775 kanan ruang F1a] –0.320 keterangan dan bukan di atas kertas 0.455 yang berasingan. Pengiraan sisi membolehkan kita melihat bagaimana sesuatu ukuran itu didapati dan dari mana puncanya.

Catatan di atas menunjukkan menunjukkan ukuran 0.46 bagi asas F1a dengan membuat pengiraan pendek yang terdapat pada ruang sebelah kanan ruang keterangan. Tanda kandungan 3 1.20 1.45 0.30 2 1.20 1.20 0.45 Konkrit bertetulang gred 25 – 20 mm batu baur di dalam asas pad. Biasanya untuk satu butiran kerja beberapa set butiran terpaksa diambil. Kadang – kadang bilangan ukuran yang di ambil untuk sesuatu butiran kerja adalah banyak. Apabila dicatatkan diatas borang dimensi, kita akan mendapat sebaris ukuran dibawah satu huraian ( rujuk sebelah ). 1.50 1.50 ` 0.30 Bagi menunjukkan ssesuatu baris ukuran itu adalah bagi satu item binaan sahaja, maka satu garis kandungan menegak dilukiskan dari atas baris pertama huraian hingga ke ukuran yang terakhir. 3.20 2.10 Lepaan setebal 20 mm daripada simen dan pasir (1:3) seperti yang dihuraikan Selain itu, garis kandungan boleh juga digunakan untuk membezakan satu item binaan dengan item binaan yang lain,sekiranya terdapat terdapat lebih daripada satu item binaan yang diukur dalam satu muka surat.

4.7 Huruf Khas Dalam menulis huraian penggunaan huruf ringkas adalah dibenarkan. Ia bertujuan untuk menjimatkan ruang dan masa . Contohnya perkataan konkrit boleh ditulis sebagai konk, tebal ditulis sebagai tbl dan panjang ditulis sebagai pjg. Penggunaan huruf ringkas ini hanya digalakkan untuk perkataan yang mempunyai huruf ringkas yang seragam sahaja. PerkataanDitto 1.20 1.45 `1.50 1.20 1.45 1.10 Korekan untuk asas papak tidak melebihi 1.50m dalam, keluarkan dan sebahagiandaripada bahan korekan digunakanuntuk meninmbus,dipadatkan dan diratakan,selebihnya diangkut dan dibuang ke tempat lain. Ditto melebihi 1.50 m tetapi tidak melebihi 3.00 m Kadang – kadang huraian bagi satu item binaan adalah sama dengan huraian item binaan yang sebelumya. Dalam hal ini huraian tidak perlu ditulis sekali lagi. Bagi menjimatkan perkataan ditto yang bermakna sama seperti di atas boleh digunakan ( Sila rujuk contoh disebelah ). Perkataan ditto hanya boleh digunakan jika huraian yang sama ditulis dalam ruangan yang sama dalam satu halaman. Perkataan ditto tidak boleh digunakan jika huraian tersebut ditulis dalam ruangan yang lain tetapi di halaman yang sama. Dalam keadaan ini gunakan ayat seperti telah dihurakan.Tiap halaman baru mesti dimulakan dengan huraian penuh. Perkataan ditto dan seperti telah dihuraikan tidak boleh digunakan sebab belum ada huraian yang boleh dirujuk

4.8 Kaedah Pengukuran Kuantiti 1.50 5000 2500 Dalam amalan biasa, ukuran panjang dicatatkan di atas sekali, ukuran lebar selepas atau dibawah ukuran panjang dan diikuti akhirnya dengan ukuran tebal , tinggi atau dalam. 3000 5500 Rajah 4.8.1 : ukuran yang diambil Ukuran bagi rajah A perlulah dicatatkan seperti yang ditunjukkan dibawah : 5.50 2.50 Ukuran-ukuran yang dicatatkan ini menunjukkan 5.55 ialah ukuran panjang dan 2.50 ialah ukuran lebar Ukuran bagi rajah B pula hendaklah dicatatkan seperti berikut : 3.00 5.00 1.50 Ukuran-ukuran yang dicatatkan ini menunjukkan 3.00 ialah ukuran panjang, 5.00 ialah ukuran lebar dan 1.50 ialah ukuran dalam, tinggi atau lebar.

Mencari Isipadu 1.20 1.45 0.30 Konkrit tetulang Gred 25 – 20mm batu baur di dalam asas papak. Merujuk jadual ketiga-tiga dimensi iaitu panjang, lebar dan dalam dicatatkan di dalam ruangan ukuran. Manakala dalam ruangan tidak perlu dicatatkan apaapa dimensi lagi. Contoh item binaan yang dikira dalam unit isipadu adalah: a. Kerja Korekan seperti korekan untuk asas papak dan rasuk tanah. b. kerja korekan seperti kerja konkrit untuk asas papak, tiang asas dan rasuk tanah. Pengukuran isipadu untuk dua butiran kerja diatas bergantung kepada kedalaman/ketebalan.seki ranya kedalamannya kurang daripada 300mm, maka pengukurannya dalam unit luas (berdasarkan kepada Kaedah Pengukuran Setara)

Mencari Luas 3.20 2.10 20mm Tebal lepaan simen dan pasir di atas lantai konkrit. Merujuk jadual item binaan yang diukur dalam persegi, dua dimensi iaitu panjang dan lebar dicatatkan dalam ruangan ukuran, manakala dimensi untuk tebal dicatatkan bersama keterangan di dalam ruangan keterangan. Contoh item binaan yang dikira dalam unit luas adalah : a. kerja korekan seperti korekan pembersihan permukaan b. kerja acuan seperti kerja acuan untuk sisi asas papak, sisi tiang asas dan sisi rasuk tanah. c. konkrit pemarasan seperti konkrit pemarasan dibawah asas papak dan rasuk tanah.

Mencari Panjang 2.40 3.50 100 × 50mm tebal kayu bergergaji yang diawet untuk kasau bumbung. Bagi item binaan yang unit ukurannya adalah panjang, ukuran panjang sahaja perlu dicatatkan di dalam ruang ukuran, manakala ukuran lebar dan tebal/tinggi/dalam dinyatakan dalam huraian dalam ruangan huraian. Bagi item binaan yang mempunyai dua dimensi (panjang dan garis pusat sahaja) seperti besi tetulang dimensi yang perlu dicatatkan dalam ruangan keterangan hanyalah garis pusat sahaja

2 ITEM 2 MencariBilangan 100mm × 100mm × 12mm Tebal plat kaki daripada keluli lembut mengikut B.S 15 Mengukur Item Membenarkan untuk penyediaan semua peralatan yang diperlukan oleh cerucuk, loji, alat dan peralatan sampingan dan kenderaan mereka ke tapak, pengendalian, pemasangan, mendirikan dan rombakan dan penyingkiran dari tapak selepas selesai operasi cerucuk. Bagi item binaan yang unit ukurannya ialah bilangan, huraiannya mestilah mengandungi ukuran-ukuran panjang, lebar dan tebal, tinggi atau dalam. Dalam ruang ukuran hanya perlu dicatatkan bilangan atau nombor butiran yang diukur. Unit item digunakan untuk mengukur item-item binaan yang tidak dapat ditentukan kuantitinya menggunakan unit-unit ukuran seperti isipadu, luas, panjang atau bilangan diperingkat pengukuran. Penggunaan unit item biasanya untuk kerja-kerja cerucuk dan juga kerjakerja pembersihan tapak.

4.9 Kesimpulan Kerja-kerja pengukuran kuantiti adalah asas yang penting untuk menyediakan senarai kuantiti, di samping untuk menyediakan anggaran kasar kos pembinaan sesebuah projek binaan.Pengukuran kuantiti merupakan asas yang sangat penting bagi setiap pelajar jurusan ukur bahan sebelum mempelajari sesuatu yang lain. Pelajar juga harus memahami tentang kaedah mengambil ukuran dengan betul

Add a comment

Related presentations

Related pages

Taking Off Report Latihan Industri - Education

... (Taking off)4.1PengenalanSecaraamnya,senaraikuantitiadalahsatudokumenyangmengandungi senarai item binaan berserta ... Taking Off Report Latihan Industri
Read more

REPORT LATIHAN INDUSTRI POLITEKNIK - Scribd

REPORT LATIHAN INDUSTRI POLITEKNIK ... We were requested to do some taking off for construction drawing and contract drawing. 9. ... Contoh Report L,Industri.
Read more

Report Latihan Industri 2016 | News and Events Broadcast 2016

report latihan industri politeknik ( Bab 1 ) - SlideShare report latihan industri politeknik ( Bab 1 ) 1. AT401 Latihan Industri 02DTK11F1020 BAB 1 ...
Read more

Cara Menulis Laporan Latihan Industri 2016 | Happy St ...

Taking Off Report Latihan Industri 1. Bab 4 Pengukuran Kuantiti (Taking off) 4.1 Pengenalan Secara amnya, senarai kuantiti adalah satu dokumen yang read ...
Read more

REPORT LATIHAN INDUSTRI POLITEKNIK - scribd.com

... by nabilahh_22 in Types > School Work and #politeknik #latihan #industri #report # ... adjusted by taking into ... cater the run-off water ...
Read more

Report Latihan Industri Bab 1 - Documents - DOCSLIDE.NET

48133972 Report Latihan Industri Bab 2 ... Taking Off Report Latihan Industri 1. Bab 4 Pengukuran Kuantiti (Taking off)4.1PengenalanSecaraamnya, ...
Read more

Contoh Resume Untuk Latihan Industri - Documents

Contoh Resume Untuk Latihan Industri ... Taking Off Report Latihan Industri 1. Bab 4 Pengukuran Kuantiti (Taking off) ...
Read more