Syair

50 %
50 %
Information about Syair
Education

Published on March 13, 2014

Author: fazriljumi

Source: slideshare.net

APA ITU SYAIR ? Perkataan Syair berasal daripada bahasa Arab Syi’ir yang bermaksud ‘perasaan yang menyedari’. Oleh itu, syair memberi penekanan kepada kesan perasaan dan nasihat. Syair juga dikenali sebagai puisi Naratif. Syair merupakan salah satu daripada Puisi Melayu Tradisional warisan Islam iaitu warisan daripada tradisi sastera Arab atau Parsi. Ciri-ciri syair : a.Mengandungi 4 baris dalam serangkap b.Dalam satu baris terdapat 4 perkataan dan mengandungi 8-12 sukukata c.Rima akhir syair adalah a-a-a-a d.Satu rangkap syair tidak dapat berdiri sendiri sepertimana satu rangkap pantun. e.Syair tidak mengandungi pembayang dan maksud seperti pantun

Cara Mendendangkan Syair Irama Syair 13 jenis irama untuk dilagukan, antaranya adalah seperti yang berikut; Irama mayang Irama siti zubaidah Irama dodoi Irama batu belah PUCUK KELUMPANG Irama narasi/SARAWAK Irama perindu Irama hiasan Irama selendang delima

Syair Pemberontakan Patani Maksud Rangkap 1: Laksamana telah dititahkan oleh betara ke negeri Patani dengan segera untuk pergi mendapatkan panji-panji atau perintah daripada Raja Senggora tentang peraturan dan hukuman. Rangkap 2: Mereka yang dikenakan hukuman harus menerimanya. Mereka boleh memohon agar diberikan pengampunan daripada pegawai yang berkenaan. Rangkap 3: Setelah mendengar titah betara, laksamana tidak lagi risau kerana negeri yang ditinggalkannya akan tetap terpelihara daripada huru-hara Rangkap 4: Pada masa yang sama bonda Duli Mahkota Indera iaitu emak saudara laksamana, sudah lama gering dan laksamana tidak sanggup meninggalkan baginda. Rangkap 5: Walaupun dengan berat hati, laksamana tetap menjunjung perintah betara.

Rangkap 10: Maka laksamana melaksanakan titah seri betara dengan segera bagi mendapat panji- panji/perintah Raja Senggora. Rangkap 8: Dalam menjalankan tugas, laksamana tetap tidak melupakan bonda yang gering meskipun dalam hati kecilnya kemungkinan tidak dapat bertemu dengan bondanya. Rangkap 9: Sudah tersurat bahawa masalah yang dihadapi dalam negeri lebih berat berbanding dengan masalah bondanya yang sakit seorang diri kerana melibatkan rakyat jelata. Rangkap 6: Laksamana tidak dapat berkata apa-apa kerana dia terpaksa menurut perintah dan laksamana menyerahkan segala- galanya pada Allah. Rangkap 7: Harapan laksamana agar dapat mendaulatkan nama baginda demi keamanan negara walaupun laksamana terpaksa berkorban.

Tema & Persoalan Tema : tanggungjawab seorang laksamana melaksanakan perintah raja. Persoalan : •Persoalan kesetiaan terhadap pemimpin. •Persoalan mematuhi arahan pemerintah. •Persoalan kepentingan negara menjadi keutamaan bagi setiap rakyat. •Persoalan keamanan negara tanggungjawab kita.

Rangkap : Syair ini mengandungi sepuluh rangkap Baris : Setiap rangkap mengandungi empat baris Patah Perkataan : Jumlah perkataan antara tiga hingga lima patah kata setiap baris Suku Kata : Jumlah suku kata antara sembilan hingga tiga belas suku kata setiap baris Rima : Rima akhir aaaa BENTUK GAYA BAHASA Diksi (Bahasa Melayu Klasik) Contoh: masyghul, dura, pegari, peri. Asonansi Contoh: Laksamana dititahkan betara (pengulangan vokal ’a’) Aliterasi Contoh: Barang yang hendak dihukumkan (pengulangan konsonan ’n’) Kata ganda Contoh: Huru-hara, terkata-kata, bersegera-segera.

Nilai Nilai kesetiaan Contoh: Setia kepada pemerintah dan negara Nilai amanah Contoh: Laksamana melaksanakan amanah betara. Nilai cinta akan negara Contoh: Laksamana sanggup tinggalkan bondanya yang sakit demi negara. Pengajaran Kita hendaklah melaksanakan amanah yang diberikan Kita haruslah akur dengan arahan pemimpin demi kepentingan negara Kita perlulah mengutamakan kepentingan negara daripada kepentingan diri. Kita hendaklah setia kepada raja dan negara.

Syair Makna Riak (Maksud Setiap Rangkap) Rangkap 1: Riak merupakan satu perbuatan atau sifat baik untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai. Perbuatan ini dibenci oleh tuhan kerana mendatangkan syirik. Rangkap 2: Kadang-kadang perbuatan riak ini ditunjukkan dengan cara berpuasa, bercakap dengan lemah lembut dan melakukan sesuatu perkara tanpa menghiraukan kepentingan diri. Rangkap 4: Kadang-kadang riaknya dilakukan dengan meninggi-ninggikan kelebihan ilmunya. Dia sentiasa membaca al-quran dan memberi ceramah. Namun perkara yang betul dan salah semua dicampur aduk. Rangkap 3: Dia melakukan perkara itu agar orang menganggap dirinya wali yang tidak peduli hal dunia. Perbuatannya nampak baik tetapi sebenarnya dia sekadar berpura- pura.

Rangkap 5: Kadang-kadang dia bercakap seolah- olah idea/fikirannya logik. Seolah-olah telah membuat penyelidikan supaya dia disangka cerdik. Oleh itu, banyak orang ingin menjadikannya sebagai menantu. Rangkap 6: Kadang-kadang orang riak dengan cara berpakaian. Mereka berserban dan sejadah sentiasa terletak di bahunya serta di tangannnya memegang tasbih. Rangkap 8: Riak boleh mendatangkan bala. Amalan kita akan ditolak dan Allah tidak suka dengan sifat riak. Rangkap 7: Duduk bersila dan mata terpejam sambil berzikir menyebut nama Allah. Gayanya keterlaluan seolah-olah dialah ketua.

Add a comment

Related presentations

Related pages

Syair.org | Buka Mata, Buka Hati, Stop AIDS!

Syair.org atau Syair Untuk Sahabat Foundation merupakan yayasan kepedulian terhadap HIV dan AIDS yang menggalakan kampanye kepedulian ke berbagai sektor ...
Read more

Syair - Wikipedia, the free encyclopedia

Syair (Jawi: شعير) is a form of traditional Malay poetry that made up of four-line stanzas or quatrains. The syair can be a narrative poem, a didactic ...
Read more

Syair - Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas

Syair adalah salah satu jenis puisi. Kata "syair" berasal dari bahasa Arab syu’ur yang berarti "perasaan". Kata syu’ur berkembang menjadi kata syi’ru ...
Read more

Syair-Syair Sufi - Facebook

Syair-Syair Sufi. 3,514 likes · 10 talking about this. Johar Buang Seorang Penyair Singapura South East Asia Write Award 2010 (Thailand) Anugerah Tun...
Read more

PANTUN DAN SYAIR | Artisbali's Blog

PANTUN DAN SYAIR PENGERTIAN PANTUN Pantun adalah bentuk puisi lama yang terdiri atas empat baris yang bersajak bersilih dua-dua yaitu berpola ab-ab dan ...
Read more