RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK

0 %
100 %
Information about RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK
Education

Published on November 28, 2008

Author: zakion7

Source: authorstream.com

RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK : RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK Posted by Dr. Mahathir Mohamad at November 25, 2008 12:56 PM | RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK : 1. Saya bersetuju dengan pendapat Dato Seri Najib Tun Razak bahawa usaha membanteras politik wang perlu keazaman politik.2. Soalnya - keazaman politik siapa?3. Apakah keazaman politik mereka yang ingin dicalonkan dan sudah hulur wang sogokan? 4. Apakah keazaman pemimpin UMNO untuk lihat UMNO bersih daripada politik kotor?5. Jika pemimpin yang perlu banteras, yang mana satukah pemimpin yang perlu berazam; pemimpin cawangankah, bahagian, Majlis Kerja Tertinggi atau Presiden parti?6. Saya akui di masa saya jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri pun sudah ada politik wang. RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK : 7. Ia amat ketara semasa saya dan Tun Ghafar Baba dicabar pada tahun 1986.8. Walaupun saya dapat pencalonan yang terbanyak (70 peratus) tetapi saya menang dengan kelebihan undi hanya 43 sahaja. Jelas perwakilan tidak undi ikut pencalonan oleh Bahagian.9. Untuk mengelak perwakilan dipengaruhi semasa bersidang maka perlembagaan dipinda supaya 10 undi bonus diberi apabila dicalon oleh Bahagian.10. Malangnya ada calon yang berjaya mendapat begitu banyak pencalonan sehingga lawannya terpaksa tarik diri. RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK : 11. Lepas itu dibatalkan undi bonus dan diganti dengan kuota 30 peratus bagi jawatan Presiden dan peratusan tertentu bagi jawatan-jawatan lain.12. Dalam pencalonan untuk pemilihan kali ini ternampak jelas yang kuota tidak berjaya membanteras politik wang.13. Ya, memang pun semasa saya dahulu sudah ada politik wang. RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK : 14. Tetapi peristiwa sogokan secara terbuka dan besar-besaran sehingga ramai dalam masyarakat pandang jijik akan politik UMNO tidak berlaku dahulu.15. Tidak pernah terjadi yang Presiden parti didakwa terlibat dengan politik wang melalui laporan kepada polis dan Badan Pencegah Rasuah.16. Tidak pernah Lembaga Disiplin parti menerima sehingga 900 laporan berkenaan politik wang.17. Tidak pernah BPR terima banyak laporan rasuah untuk pencalonan bagi jawatan dalam UMNO. RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK : 18. Membuat alasan bahawa dulu pun ada rasuah tidak menghalalkan rasuah sekarang, terutamanya rasuah terbuka dan besar-besaran.19. Sesungguhnya hari ini di mana-mana juga rakyat bercakap berkenaan rasuah dalam pencalonan kepimpinan UMNO. Ini tidak berlaku dahulu.20. Juga dahulu rakyat tidak pernah tolak sebahagian besar calon UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999 seperti yang berlaku pada pilihanraya umum 2008. Jika rasuah dahulu tidak berbeza dengan sekarang kenapakah BN menang majoriti 2/3 tiap pilihanraya umum dari tahun 1982-1999?21. Dahulu rakyat/pengundi tidak anggap UMNO sebagai parti pimpinan perasuah seperti hari ini.22. Kerana tidak suka pada kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, BN sudah ditolak di lima buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan. Hari ini bukan RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK : Presiden sahaja yang dianggap tidak layak, tetapi seluruh kepimpinan UMNO tidak disukai dan tidak dianggap layak memimpin negara kerana pencalonan mereka adalah hasil sogokan oleh mereka. Memilih mereka bermakna memilih perasuah untuk mendirikan Kerajaan. Masyarakat yang mana yang mahu terima Kerajaan perasuah?23. Ramalan saya ialah UMNO akan kalah teruk pada pilihanraya umum ke-13. Mendapat sokongan daripada parti (melalui rasuah) tidak akan menjamin kemenangan dalam pilihanraya umum.24. Yang memberi kemenangan kepada calon-calon UMNO dahulu ialah undi ahli bersama dengan penyokong luar, penyokong bukan UMNO. Jangan fikir hanya dengan undi ahli UMNO sahaja kemenangan akan diperolehi. RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK : 25. Dalam pilihanraya umum ke-12 ramai ahli UMNO-pun tidak undi calon BN. Dan amat ramai daripada penyokong-penyokong (bukan ahli) UMNO yang undi parti lawan. Itulah yang memberi keputusan yang buruk bagi BN dalam pilihanraya umum ke-12.26. Ingatlah kelebihan undi bagi calon UMNO yang menang tidak sebesar dahulu. Jika hanya separuh lebih sedikit daripada kelebihan kecil ini berpaling tadah dan mengundi parti lawan UMNO akan kalah dimana dahulu ia menang.27. Mereka yang ghairah menggunakan wang untuk dicalon oleh bahagian harus ingat jika parti UMNO kalah, kemenangan jadi pemimpin UMNO tidak bermakna. Lihat ketua-ketua perhubungan Kedah, Perak, Kelantan dan Selangor dan mereka yang dicalon bertanding pilihanraya umum ke-12. Di mana mereka? RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK : 28. Jika BN kalah, Presiden UMNO tidak akan jadi Perdana Menteri, Timbalan Presiden tidak akan jadi Timbalan Perdana Menteri dan lain-lain pemimpin UMNO jika menang pun tidak akan jadi Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen atau pengerusi-pengerusi syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dan lain-lain dan ketua-ketua bahagian tidak akan dapat kontrak dan lain-lain.29. Lebih buruk lagi UMNO akan hancur. Pengasas-pengasas UMNO akan kutuk mereka yang kerana tamak telah musnahkan UMNO.30. Orang yang terkenal menyogok wang untuk jadi pemimpin UMNO, jika mereka dipilih akan menyebabkan UMNO ditolak dalam pilihanraya umum. RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK : 31. Rakyat tahu siapa mereka walaupun sukar bagi mendapat bukti yang mereka ini adalah perasuah.32. Perwakilan UMNO yang menerima sogokan dan memilih orang yang dikenali sebagai perasuah, harus ingat apabila mereka memilih orang ini, mereka sebenarnya mengkhianati bangsa, agama dan negara hanya kerana sedikit wang yang akan habis dibelanjakan dalam sekelip mata. Kamu dan zuriat kamu akan dikutuk oleh bangsa kamu tiap kali mereka menderita kerana kamu telah jual bangsa dan negara kamu untuk sedikit wang. RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK 544 Comments : By rushskeith on November 25, 2008 1:12 PM at last dapat jugak saya komen ... agreed with Tun .. UMNO perlu keluar dari kepompong Rasuah yang sejak kebelakangan ini makin berleluasa .. memang lah ada orang cakap pemilihan MT kali ini milik orang UMNO .. tetapi sebagai parti pemerintah rakyat biasa akan melihat siapa yang akan memimpin UMNO selanjutnya memimpin BN ... mereka tidak mahu mengundi parti yang dikelilingi oleh pemimpin rasuah .. kepada perwakilan, undilah pemimpin yang berwibawa .. bukan pemimpin yang boleh bawa anda melancong .. hehehe 544 Comments 544 Comments : By luqmann on November 25, 2008 1:12 PM for da 1st time...i'm da first hu3. tk cre Tun By satD on November 25, 2008 1:18 PM Salam Tun How much money is involved in the whole UMNO election process? And if we were to compare this with the amount of money after the prospective candidates is in a position of power.... The after-election money itself forms the major leakage of our Government Expenditure....should policy makers out there have the courage and the political will to do without the "dangling fruit of temptation" to the delegates....perhaps only then the "micro" issue in UMNO can be eradicated with greater success... http://satdthinks.blogspot.com/2008/11/defragmenting-money-politics.html WassalamsatD 544 Comments 544 Comments : 544 Comments By ParpuKari on November 25, 2008 1:19 PM Saya sungguh2 setuju Tun..... Your wish is my command Tun... LOve u forever Tun, I was waiting for your posting for the past 5 days....aduh terseksa rasanya nak menunggu artikel dari Tun ni. Hopefully, you will post more sir. TQ May Allah Bless you with health and wellness. Amiin 544 Comments : 544 Comments By Fazrulls on November 25, 2008 1:24 PM Salam Tun, Jadi bagaimana caranya membentras gejala politik wang ini? Adakah dengan membubarkan UMNO dan mewujudkan satu parti yang baru??? adakah cara ini dipikirkan dapat mendidik para perasuah tegar yang ada? Apa nak jadi jika perkara rasuah ini dibiarkan berterusan.??? Kena perlu cepat bertindak jika ingin menyelamatkan UMNO... Sila lawatati - Blogger pembela negara (http://pena-picisan.blogspot.com/) untuk sama-sama meluahkannya.. 544 Comments : 544 Comments By hamzah on November 25, 2008 1:26 PM akum tun saya setuju dgn pendapat tun.pak lah sepatutnya malu yg teramat sgt dgn apa yg berlaku ari ni.patutkah dia biarkan rasuah di dpn matanya berlaku sedangkan dia anak seorang ulama terkenal.dan dia sendiri di laporkan mengamalkan rasuah.apa yg akan berlaku pada nasib org melayu di tanahair mereka sendiri.jika pemimpin melayu sudah lemah dan bangsa lain mengambil kesempatan atas kelemahan ini.apa yg pak lah dan kroninya buat utk mengatasi masaalah ini.hanya bercakap saje lebih.apakah nanti bila perang saudara berlaku baru pemimpin melayu baru nak tersedar?dah terlambat.so sedarlah sekarang wahai pemimpin melayu 544 Comments : 544 Comments By asmah omar on November 25, 2008 1:26 PM MMM,,,rasuah,rasuah dan rasuah.memang x habis2 klu nk cita pasal rasuah ni. yg penting kena cantas bapak rasuah dulu pastu cantas anak die, pastu menantu die..ops...tolonglah org2 melayu diluar sana bersatulah kita untuk masa depan genarasi akan datang,,,siapa yg nk bela nasib kta kalau x kita sendiri.atau nak tunggu OBAMA MALAYSIA baru nak sedar... 544 Comments : 544 Comments By jacko on November 25, 2008 1:29 PM Salam Tun.. Pada pendapat saya UMNO sekrang ni bukan sahja perlu di reformasi..bahkan ia memerlukan revolusi di mana sistem yg ada perlu di tukar..yg menakutkan ialah sebagai parti utama ia secara tidak lgsg memberi gambaran bahawa sistem di negara kita juga adalah menggunakan cara yg sama seperti UMNO..iaitu berleluasanya rasuah..Sebgai pengundi yg rasional..kita harus sedar bahwa arah tuju negara ialah terletak di tgn kita..dan pemimpin yg dipilih harus mempunyai arah tuju yg jelas serta bersih...rakyat malaysia masih lagi tersenyum dgn kenyataan bahwa indeks rasuah di negara kita adalah rendah jika dibandingkan dgn india atau indonesia..sedangkan hakikatnya kita semakin parah jika kenyataan Tun diambil kira..sebgai mana masalah kewangan dunia yg harus berpaksikan kepada Islam untuk mengatasinya...sistem pentadbiran malaysia juga harus tidaklari dari nilai-nilai ni...terutamanya para pemimpin yg lebih takut kepada Allah dari yg lain.. 544 Comments : 544 Comments By nyzam on November 25, 2008 1:30 PM Salam untuk Tun Sekeluarga.....Dahulu kita boleh menterjemah individu (ahli UMNO)sebagai seorang "pejuang politik" dalam menegakkan keadilan bangsa,agama dan negara.Dalam senario politik sekarang "pejuang politik" tidak lagi sinonim malah ianya lebih sesuai digantikan sebagai "PEMAIN POLITIK" yang hanya memikirkan kepentingan peribadi,kepentingan kroni-kroni.Sekian. 544 Comments : 544 Comments By megat on November 25, 2008 1:32 PM Syabas Tun, Memang benar apa yang diperkatakan. Oleh yang demikian..wahai orang UMNO..dari atas sampailah ke bawah..INGATLAH..SEDARLAH..FIKIRKANLAH..ADAKAH ORANG YANG MACAM KHAIRY kita nak sokong..? orang Melayu kena kuat..pemimpinnya mesti kuat..berfikiran jauh..bukannya nak cekik darah..kaut kekayaan..Berlagak... By Mas Merah on November 25, 2008 1:33 PM Salam Tun Yg Dikasihi 1 PARA 30 DAN AKHIR PARA 32 MENARIK PERHATIAN SAYA2 KEPADA PARA PERWAKILAN, SEDARLAH ANDA SEMUA BERURUSAN UNTUK AGAMA, BANGSA, DAN NEGARA.3 SEKALI UMNO JATUH JANGAN HARAP UNTUK UMNO BANGKIT KEMBALI.4 WANG RASUAH YG ANDA TERIMA ADALAH HARAM DAN WANG YG DIPEROLEHI DENGAN CARA MUDAH BEGITU AKAN LESAP PULA DENGAN MUDAHNYA PULA.5 KEPADA PEMIMPIN DAN PERWAKILAN UMNO YG TERLIBAT DENGAN POLITIK SAYA UCAPKAN SELAMAT MAMPUS DAN SELAMAT MASUK NERAKA PASTINYA.6 ANDALAH BERTANGGUNGJAWAB SEKIRANYA UMNO BERKUBUR DALAM PRU 13 NANTI.TERIMA KASIH 544 Comments : 544 Comments By nusaybahasri on November 25, 2008 1:37 PM memang seronok bila dapat tahu tentang kejadian2 yang tidak kita ketahui selama inikotornya politik Malaysiatambah2 semasa kerajaan yang ditadbir oleh DSAABsekarang memang semua orang boleh buka mata dan sedardengan apa sebenarnya terjadi dalam kerajaan initerima kasih Tun kerana mendedahkan perkara2 ini;p 544 Comments : 544 Comments By man2462 on November 25, 2008 1:38 PM Salam Tun Umno perlu sedar Pembangkang sedang giat mengambil hati rakyat dengan dengan program yang diatur dengan teratur contoh guru kafa diberi perlindungan Takaful Kelompok percuma dan dinaikan gaji, warga tua diberi khairat kematian. Mereka pergi ke masjid-masjid jemput orang-orang miskin beri bantuan. Tak lupa juga mereka akan membuat ceramah dan berkempen dari semasa. Gantung sempanduk dan kain rentang kutuk ISA boikot Utusan dan macam-macam lagi. Umno buat apa, sibuk kempen sana sini cari undi sampai bulan mac ni. Umno terusan leka berkempen untuk rebut jawatan. Rafidah yang dah tak jadi menteri pun sibuk nak tahan jawatan tak nak beralah. Jawatan Timbalan Presiden pun tak kurang hebat sampai tiga orang terpilih jadi calon. Tak di nafikan ramai calon yang rebut jawatan diperingkat bahagian sama ada menang atau kalah kehabisan duit. Yang menang akan guna kuasa buat duit, yang kalah jadi abu. Tak tahulah apa nak jadi. Tun teruskan bersuara ingatkan mereka supaya sedar jangan esok kita bangsa melayu menang sorak kampung tergadai. Wasalam.man 544 Comments : 544 Comments http://kedai-takaful.blogspot.com By jesselabu on November 25, 2008 1:39 PM Dear Tun, Harap2 DSN membaca, faham dan sedar akan perkara yg Tun tulis ini. Apabila DSN menjadi PM Mac nanti, beliau harus lah memikirkan bagaimana mau membenteras gejala rasuah yg Tun nyatakan. Atau cara yang paling mudah ialah dengan melantik Tun sebagai penasihat negara. Itulah saja yg saya fikir dapat membantu meyakinkan rakyat tentang keazaman BN dalam memperbetulkan kesilapan lalu. Kemudian barulah kita lihat samada usaha ini membuahkan hasil atau tidak selepas keputusan PRU13 diumumkan. JL 544 Comments : 544 Comments By chefrt on November 25, 2008 1:40 PM Assalamualaikum Tun,Memang betul tu, rasuah akan menghancurkan UMNO dan BN.Rasuah juga akan hancurkan negara dan telah pun terbukti, banyak negara jadi papa kedana dan huru-hara.Mari-lah semua rakyat Malaysia, kita tolak semuga orang yang mengamalkan rasuah, supaya kita dapat orang yang benar-benar berhikmat untok UMNO, rakyat dan negara, bukan untok poket dan kesenangan sendiri. Salam Tun By ayubi on November 25, 2008 1:44 PM Asalamualaikum Ayahanda Tun, Setuju dengan pandangan Tun. 544 Comments : 544 Comments By ndlaw on November 25, 2008 1:44 PM if the goverment is not from BN. how the malay will survive? TUN can u explain the effect of the losing of BN in future. IF the BN , UMNO lossing. tq By rizaladnan on November 25, 2008 1:45 PM Salam Tun, This is not relevant to subject matter of your topic. I wonder if the trend of the current polictical scenario may lead to coup d’état (as occured in Fiji)in Malaysia if there is a change of Government.For those who are taking for granted peace in Malaysia may continue constantly do their challenging and provoking jobs.Never know, the constitution can be revamp in unexpected way one day...result of coup d'etat? Our choice actually... 544 Comments : 544 Comments By nora on November 25, 2008 1:46 PM salam Tun,Seminggu tak buka blog Tun. Tun dan keluarga apa khabar? Saya selalu mendoakan kesejahteraan pemimpin yang amat saya hormati ini. Tun dan kawan-kawan yang lain, saya suka nak mengambil Razak Baginda sebagai contoh orang yang baru keluar dari penjara. Perubahan yang amat ketara kepada beliau. Allah swt telah memberikan beliau taufik dan hidayah kepada beliau semasa berada didalam penjara. Kelihatan cahaya yang terpancar dari wajah beliau jelas menunjukan bahawa beliau menerima dan redha atas segala yang berlaku.Beliau akan meninggalkan 'his first chapter in his life'. Sepertimana Hamka berterimakasih kepada Sukarno kerana memberi beliau peluang untuk mentafsirkan AlQuran semasa dalam tahanan. Tetapi amat malang sekali bagi pemimpin yang sentiasa memperjuangkan Islam dan pandai berkata-kata DSAI merupakan perosak bangsa dan agama. Pemimpin begini wujud pada saat rakyat tidak dapat berpegang pada mana-mana pemimpin. Buat semua pembaca blog ini, semoga kita mendapat hidayah dan pengajaran dari pilihanraya umum ke 12 seperti yang Tun katakan. Sekali lagi terima kasih Tun. 544 Comments : 544 Comments By damien on November 25, 2008 1:47 PM Dear Tun, Throw away the current system of selecting UMNO leaders. Allow every UMNO member has the right to vote party leaders. I am sure this will help to reduce money politic. UMNO is just a dinosaur, so difficult to change in line with current situation. I don't see how a very smart but poor ordinary UMNO member can become a Prime Minister one day if current UMNO selection of UMNO leaders did not change. In fact there were no democracy at all in choosing the UNMO leaders as practice by UMNO presently. If UMNO has no intention to practice what they preach(democracy), i don't see they (UMNO) will practice democracy to all malaysian citizen. That is what we are in today. MANA ADA DEMOKRACY.PANTAI CAKAP CAKAP SAHAJA and treat us (the majority) like a fool. I like this article of yours.You need to wake up UMNO.as UMNO is always in 'sleep mode' Best regards to Tun. 544 Comments : 544 Comments By saifulraziff on November 25, 2008 1:49 PM Salam Tun...Benara kata Tun, rakyat sekarang sudah muak, jelik dgn perangai pemimpin2 UMNO. pemberi dan penerima rasuah akan merosakkan bangsa..dan UMNO malang sungguh kami rakyat di era sekarang...harapnya pemimpin2 UMNO sedar yg mereka sedang merosakkan apa yg telah dibina oleh pemimpin UMNO dahulu. Nyatanya PKR tidak mampu memimpin dan mentadbir Negara, jika UMNO dan BN berterusan begini, maka kacau bilau lah negara..siapa yg menjadi mangsa? rakyat...Saya benar@ berharap agar pemimpin UMNO sedar apa yg berlaku sekarang. polisi kerajaan makin merepek, even org tak sekolah pon tahu polisi2 yg merepek sekarang... Tun, tolong kami!! 544 Comments : 544 Comments By Maruti on November 25, 2008 1:50 PM Tun yang terhormat, Memang rakyat tahu siapa diantara calon-calon tersebut ialah perasuah.Jangan kira disebabkan mereka tidak tertangkap dan terhukum oleh mahkamah mereka dianggap bersih dari rasuah. Ada juga yang telah menjadi rahsia umum bahawa dia adalah perasuah tetapi terlalu licik untuk tertangkap. Bangkai gajah bukan senang mahu disorok. Sebagai pemimpin mereka bukan sahaja harus bersih tetapi mesti kelihatan bersih. Jadi pandang-pandanglah calon-calon yang menawar diri untuk bertanding dalam pemilihan tersebut. Jangan disebab nila setitik dua rosak susu sebelanga. Siapakah diantara mereka yang perasuah? Tepuk dada, tanya....... Yang pasti saya juga sependapat dengan Tun sekira orang yang saya anggap perasuah terpilih juga, maka berakhirlah sokongan saya untuk UMNO di PRU akan datang! 544 Comments : 544 Comments By temabu on November 25, 2008 1:52 PM Salam Tun Money politics got worse the day when UMNO rejected bonafide leaders such as teachers and adored corporate figures who basically believe money can buy everything..Nevertheless it is not too late to stop the rot.. By AZIF on November 25, 2008 1:53 PM Tun, DSN masih tidak faham, masih tidak mahu atau tidak bolih bertindak demi untuk kebaikan UMNO?Banyak pandangan dan perhatian telah pun diberikan, tetapi tidak ada tindakan. March 2009 semasa pilihan UMNO nanti akan berlakulah kejutan yang akan memeranjatkan Rakyat. Politik wang dahulu dan sekarang masih wujud.Wang yang akan menentukan siapa akan menang.DSN, MT UMNO telah berkali kali berkata susah dan makan masa yang lama untuk membanteras jejala Politik Wang.Suatu kejutan perlu berlaku demi untuk kebaikan UMNO.Tindakan segera perlu berlaku pada masa sekarang hingga Dec 2008 ini. AAB perlu di turunkan 544 Comments : 544 Comments dengan segera, terus adakan percalunan UMNO tanpa menunggu March 2009.Ini adalah keputusan yang amat baik untuk UMNO.Apa pun AAB mesti dan harus setuju sebab ini masaalah parti dan bukan masaalah peribadi.Kenapa DSN & MT UMNO begitu peka dan tidak mahu bertindak dengan cepat.Maka dengan masa yang singkat ini bolih menukarkan keputusan pimilihan pucuk pemimpin UMNO. Jika pandangan ini tidak bolih diterima dan masih dipertahankan olih AAB maka March 2009 ini UMNO terus terkubur buat selama lama nya dan susah dan tidak bolih memerintah Malaysia lagi. Ini kerana yang akan di pilih kelak adalah daripada mereka yang kotor dan ada kepentingan diri serta keluarga, maka huru 544 Comments : 544 Comments ara lah Malaysia, sebab keluhan Tun, Rakyat yang sayangkan UMNO tidak langsung di berikan perhatian dan tindakan yang wajar.Tun, telah luahkan kesemuanya, hanya tindakan cepat dan tepat tidak lagi di ambil olih DSN & MT UMNO kerana masih lagi menunggu saat kejutahan UMNO, AAB telah gagal,kenapa masih hendak disanjung dan keluarga nya, cronies adalah punya kejatuhan AAB, UMNO & BN. DSN & MT UMNO fahamlah apa yang tersirat dan tersurat.Tun hanya hendak pulihkan UMNO, dan AAB tidak bolih diberikan muka lagi.Kalau AAB bolih derhaka pada Tun, DSN & MT UMNO sekian bukalah mata dengan terang,dengarlah dengan jelas,kajilah apa yang telah berlaku semasa AAB berkuasa.Bijaklah bertindak, Tun tahu akan apa yang akan berlaku.Hormatilah Tun, Mintalah maaf dengan cepat dengan Tun, AAB telah derhaka kepada Tun, yang telah Tun pilih sebagai pengantinya telah banyank membuat kesilapan tanpa rujukan Tun langsung dan sombong, angkuh mendengarkan nasihat daripada ahli keluarganya saja.Maka ingatlah Tun, sayangkan UMNO lebih daripada menyangi AAB. 544 Comments : 544 Comments By Azril on November 25, 2008 1:54 PM Sya sokong apa yang tun cakap.. saya yang berumur 25 thun yang tergolong dalam generasi muda, rasa terpinggir dengan apa yang berlaku dan ada dalam umno.. kami tidak ada platform untuk bekerja dan membantu umno kerana kebanyakannya terlalu politiking dalam mana2 perstuan belia.. harap2, tun dapat tubuhkan satu badan di bawah yayasan kepimpinan perdana supaya anggota2nya terdiri golongan seperti saya yang boleh menabur bakti menolong org melayu tanpa politiking... sesungguhnya, permohonan saya ini tun dapat pertimbangkan.. 544 Comments : 544 Comments By Sh_Daw on November 25, 2008 1:54 PM Assalamualaikum Tun, saya bersetuju dengan pendapat Tun. Pada zaman kegemmilangan Tun, walaupun wujuk poltik wang dalam UMNO tetapi tidak ketara seperti sekarang. walaupun saya bukan warganegara Malaysia, saya adalah peminat setia Tun sejak 1990. PadA zaman Tun semua urusan di pejabat kerajaan sungguh muda tetapi sekarang disebabkan biokrasi amat susah untuk berurusan dalam pejabat kerajaan. TUN, YOU ARE THE BEST! For me youare the best PM ever i known in the WORLD. The End… : The End…

Add a comment

Related presentations

Related pages

RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK | Pingje

Tun Dr Mahathir Mohamad blogtunm.blogspot.comcerita lawak ceritalawakje.blogspot.competua seharian petuaseharian.blogspot.comMelaka Bandaraya Warisan Dunia ...
Read more

RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK ←

4. Apakah keazaman pemimpin UMNO untuk lihat UMNO bersih daripada politik kotor? 5. Jika pemimpin yang perlu banteras, yang mana satukah pemimpin yang ...
Read more

RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK | Pingje

Pingje.org adalah laman perkongsian pelbagai jenis artikel terutamanya berita terkini,isu semasa,sukan,hiburan,infomasi,teknologi,lawak kelakar,tutorial ...
Read more

Rasuah: Kedudukan M'sia merosot lagi - Malaysiakini Berita

... sementara usaha memerangi rasuah dalam sektor awam memerlukan kekuatan keazaman politik ... supaya meningkat usaha membasmi rasuah dan bukan ...
Read more

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia - Politik

Memberi kesedaran kepada ahli-ahli politik tentang tafsiran rasuah dan bentuk rasuah menurut undang-undang Malaysia;
Read more