advertisement

proses persenyawaan sem3

50 %
50 %
advertisement
Information about proses persenyawaan sem3
Education

Published on March 18, 2014

Author: khaiRul3

Source: slideshare.net

Description

Proses pensenyawaan manusia
advertisement

1.0 PENDAHULUAN Di antara peringkat perkembangan yang teramat penting dalam kehidupan manusia ialah sewaktu dalam kandungan ibu atau pun dipanggil peringkat prenatal. Jangka waktu prenatal ialah tempoh sebaik sahaja selepas persenyawaan sehingga bayi dilahirkan iaitu berlangsung selama kira-kira 266 hari selepas persenyawaan atau 280 hari dari pertama haid yang terakhir sebelum seseorang hamil. Pada tahap ini, proses pembahagian sel, pembentukan organ-organ dalaman dan fizikal berlaku secara amat aktif. Perkembangan bayi sewaku prenatal terdiri daripada tiga fasa iaitu fasa germa yang berlangsung lebih kurang tiga minggu,fasa embrionik yang berlangsung dalam tempoh dua minggu hingga dua bulan selepas persenyawaan, akhir sekali ialah fasa fetal. Sewaktu fasa kedua, bayi dipanggil embrio manakala pada fasa ketiga bayi di panggil fetus. 2.0 PERSENYAWAAN Persenyawaan adalah suatu proses di mana sperma lelaki dan ovum perempuan bersatu untuk membentuk satu sel yang dipanggil zigot. Zigot iaitu suatu sel yang cukup lengkap. Zigot manusia mempunyai 23 pasangan kromosom yang di dalamnya terkunci seluruh maklumat yang akan mengendalikan perkembangan dan sifat-sifat seseorang manusia sehingga berakhir riwayatnya. Di samping itu, di peringkat zigot inilah juga terkandungnya sepasang kromosom yang menentukan kejantinaan seseorang sama ada seorang lelaki atau perempuan. Proses persenyawaan ini biasanya berlaku di sekitar kawasan saluran falopio. Persenyawaan berlaku apabila seorang wanita dilahirkan lebih kurang 40,000 ovum. Sewaktu dilahirkan ovum yang tidak matang ini terdapat pada kedua-dua ovari. Ovum ini terkandung dalam satu bungkusan. Bagi wanita yang telah matang, penghasilan folikel-folikel yang telah matang daripada ovum berlaku sekali dalam masa 28 hari. Walaubagaimanapun, jangka masa ini berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Ovum ini dibawa dari uterus oleh rambut-rambut halus disekitar saluran atau tiup falopio yang dipanggil cilia ke dalam rahim. Persenyawaan biasanya berlaku sewaktu ovum ini melalui saluran falopio. Sperma antara sel terkecil yang terdapat di dalam badan manusia, dihasilkan oleh testis seorang lelaki matang. Terdapat berjuta-juta sperma dihasilkan dalam satu proses ejakulasi. Sperma-sperma ini akan masuk ke saluran falopio melalui 1

servik dan akan berenang mendapatkan ovum. Persenyawaan berlaku apabila sperma berjaya menembusi ovum dan proses ini berlaku pada hari ovulasi atau lima hari sebelum ovulasi. 3.0 PROSES KEHAMILAN Terdapat 3 fasa dalam proses kehamilan iaitu fasa germa yang berlangsung lebih kurang tiga minggu,fasa embrionik yang berlangsung dalam tempoh dua minggu hingga dua bulan selepas persenyawaan dan yang terakhir ialah fasa fetal. Sewaktu fasa kedua, bayi dipanggil embrio manakala pada fasa ketiga bayi di panggil fetus. 3.1 TRIMESTER PERTAMA Peringkat pertama dipanggil Fasa Germa yang berlangsung selama lebih kurang dua minggu iaitu beberapa jam selepas persenyawaan antara sperma (benih lelaki) dengan ovum (telur perempuan), pertumbuhan manusia pun bermula. Hasil percantuman sperma dengan ovum menghasilkan zigot. Zigot yang terhasil mewarisi kebanyakan ciri-ciri kedua-kedua ibu bapa dan nenek moyangnya. Zigot yang terbentuk mula membahagikan kepada dua sel, kemudian setiap sel tersebut membahagikan kepada dua sel untuk menghasilkan empat sel seterusnya 4 sel tadi membahagi lagi untuk menghasilkan 8 sel dan seterusnya sehingga terbentuk 16 sel, 32 sel dan seterusnya sehinggalah terbentuknya selonggok sel-sel yang tersusun tidak ubah sepeti sebiji bola. Struktur 16 ini disebut 2

sebagai morula. Kulitnya terdiri dari dua bahagian sel, iaitu lapisan kulit luar dan kelompokan sel-sel di satu bahagian. Lapisan kulit luar adalah bakal yang akan membentuk uri, iaitu lapisan tisu-tisu yang menyediakan permukaan yang akan menghubungkan lembaga dengan rahim ibunya. Kelompokan sel-sel pula adalah bakal lembaga itu sendiri. Ruang yang dibendungi oleh sel-sel tersebut dipernuhi dengan cecair yang juga dikeluarkan oleh sel-sel tersebut. Cecair ini dipercayai mempengaruhi atau mencetuskan perkembangan lembaga selanjutnya. Pembahagian zigot ini berlaku sewaktu dalam perjalanan ke rahim iaitu sekitar tiga hingga empat hari. (Rajah 2.0). Sementara lembaga sedang mengalami proses pembelahan sel-selnya, ia juga perlahan-lahan bergerak menuruni salur ovum menuju ke dalam rahim dengan pertolongan silia-silia dan cerutan salur ovum. Peringkat ini berakhir kira-kira dalam 3-4 hari setelah persenyawaan berlaku. Dalam tempoh 3-4 hari berikut pula, lembaga itu seolah-olah sedang bersiap sedia untuk membenamkan dirinya ke dalam dinding rahim. Kini, sel-sel dari kelompokan dalam sekali lagi bertukar corak untuk membentuk sel-sel yang bakal melahirkan lembaga manusia yang sebenarnya. Sehingga ke sat ini saiz keseluruhan lembaga itu masih lagi sama besar dengan telur asalnya dan ia masih lagi dibendungi oleh selaput telur. Pembahagian sel menukarkan zigot kepada morula yang berbentuk bola tiga hari selepas persenyawaan. Persenyawaan dan pembentukan morula ini berlaku di dalam salur rahim. Kemudian satu ruang terbentuk di dalam morula dan menukarkan morula kepada blastosista. Blastosista digerakkan secara lembut ke arah rahim dan kemudian terbenam ke dalam dinding rahim. Semasa proses pembenaman, blastosista di penuhi cecair yang memisahkan kepada dua lapisan sel iaitu lapisan luar yang bertanggungjawab bagi proses pembenaman dan lapisan dalam yang membentuk embrio. Perjalanan blastosista sehingga sampai ke dinding rahin mengambil masa lima hingga enam hari. Menjelang hari ke dua belah, blastosista telah terbenam sepenuhnya di dalam dinding rahim. Biasanya perkembangan zigot kepada blastosista berlaku tanpa disedari. Pada ketika ini, seorang wanita tidak mengalami apa-apa tanda bahawa dia telah hamil. 3.2 TRIMESTER KEDUA 3

Di kenali sebagai fasa embrio ( 4 hari hingga 3 bulan). Pada kira-kira hari ke-7 selepas persenyawaan, selaput telur mulai terkoyak dan kini lembaga yang berkeadaan telanjang bulat itu mula merapatkan dirinya ke dinding rahim dan seterusnya tertanam perlahan-lahan sehingga terbenam ke dalam dinding rahim yang berkeadaan lembur dan basah itu. Bermula dari detik inilah lembaga beransur- ansur membesar dan berubah dari peringkat demi peringkat. Menjelang hari ke-12 blastosista telah terbenam sepenuhnya di dalam dinding rahim. Pembenaman blastosista dan perlekatan embrio ke dinding rahim berlaku dari akhir minggu pertama sehingga akhir minggu ketiga. Perkembangan zigot kepada blastosista berlaku tanpa disedari. Pada ketika ini, seseorang wanita yang hamil tidak mengalami apa-apa tanda yang menunjukkan bahawa dia telah hamil. Perkembangan pesat lembaga atau embrio berlaku dari minggu ke-3 hingga minggu ke-8. Embrio manusia yang sebenar muncul kira-kira pada minggu ke-3. Ia bermula sebagai lipatan beberapa lapisan bakal yang berubah perlahan-lahan menjadi embrio yang sempurna. Dalam minggu ke-4, embrio telah menunjukkan bakal kepala dan ekor yang jelas. Kini, ia berkeadaan melengkung seperti tanda koma; tali pusatnya kelihatan terjulur keluar berhampiran dengan ekor, menghubungkannya dengan uri. Kira-kira 3 arau 4 hari kemudian, muncul pula bayangan-bayangan mata dan tunas-tunas anggota. Perkembangan embrio bermula pada bahagian otak dan kepala. Sistem saraf yang mencukupi penting untuk membolehkan sistem-sistem yang lain berfungsi. Perkembangan cepat otak menyebabkan perkembangan kepala telah berkembang sehingga mencapai satu pertiga daripada panjang embrio. Panjang seluruh tubuh adalah kira-kira setengah inci iaitu hampir 10,000 kali berbanding dengan ovum yang telah bersenyawaan. Perkembangan jantung dan anggota juga berlaku di peringkat ini. Jantung mula bekerja atau berdenyut pada akhir minggu ke-3. Semua organ utama dibentuk semasa minggu ke-4 hingga minggu ke-8. Dalam minggu ke-6, bahagian kepala dan matanya semakin berubah, sementara anggota hadapannya muncul perlahan-lahan. Anggota belakangnya muncul kemudian. Ketika ini, walaupun perubahan -perubahan telah banyak berlaku, lembaga itu masih lagi tidak menunjukkan sifat - sifat seorang manusia. Bayangan atau susuk seperti seorang manusia hanya kelihatan setelah kira -kira 3 hingga 4 hari kemudian dan beransur - ansur mencapai kesempurnaan dalam minggu ke-7. Kini panjang lembaga itu telah meningkat lebih 4

kurang 2 cm (3/4 incin) dan rahim manusia agak membesar sedikit, tetapi tanda- tanda mengandung pada si ibu masih lagi tidak jelas kelihatan. Bayangan seorang manusia semakin jelas menjelangnya minggu ke-8. Kepalanya agak besar sedikit dibandingkan dengan saiz badannya. Di bahagian kepala juga kini telah muncul cuping telinga, hidung dan mulut. Anggota-anggota hadapan (tangan) dan belakang (kaki) kini hampir mencapai kesempurnaan setelah mengeluarkan jari-jari kecil yang lengkap (lima jari) serta berkeadaan terbuka. Perkembangan-perkembangan selanjutnya di bahagian kepala dan otak serta kepupusan bahagian ekornya dipercayai mencapai kesempurnaan pada akhir bulan kedua. Sementara itu, organ-organ utama seperti jantung, usus, buah pinggang dan sebagainya telah juga wujud serta memulakan kerjanya. Ketika ini, rupa paras dan sifat-sifat lembaga itu tidak lain dan tidak bukan seperti manusia, cuma saiznya sahaja terlalu kecil, iaitu kira-kira 2.5 cm (1 inci). Selepas daripada tarikh ini, perubahan-perubahan yang berlaku kepada lembaga hanyalah bertujuan untuk membesar bahagian-bahagian dan organ-organ yang telah sedia wujud itu sahaja dengan lain perkataan, perubahan-perubahan besar tidak lagi berlaku selepas ini. Peringkat tian (bayi yang masih lagi dalam kandungan) bermula pada akhir minggu ke-8. Menjelangnya bulan ke-3, tanda-tanda kehamilan semakin jelas terbayang di bahagian bawah pusat. Tian ketika ini kian membesar, tetapi tubuhnya masih lagi kecil dibandingkan dengan kepalanya. Panjang badannya setelah berakhir bulan ke-4 adalah kira-kira 7 inci dan berat badannya dianggarkan 100 gram (4 oz.). Dalam bulan-bulan tersebut juga kuku di dapati keluar dari jari-jarinya. Ia kini telah menunjukkan tanda-tanda gerak alih, lantaran kerjasama antara otot- otot dan sistem-sistem sarafnya semakin baik. Dalam bulan ke-3, alat-alat kelaminnya masih lagi tidak dapat dibezakan sama ada jenis lelaki atau jenis perempuan, tetapi keadaan ini berubah setelah menjelangnya bulan keempat. Pada akhir minggu ke-8, embrio sudah dilengkapi dengan sistem pendengaran, penglihatan, tulang, daging, kulit dan organ-organ asas, tetapi tidak berfungsi lagi. Embrio telah mempunyai organ pembiakan, iaitu testis pada embrio lelaki dan ovari pada embrio perempuan. Embrio ketika ini berukuran kira-kira 30 mm panjang dan mempunyai bentuk manusia. 3.3 TRIMESTER KETIGA 5

Peringkat tiga di panggil peringkat janin atau fetus, atau juga dipanggil fasa fetal. Peringkat ini bermula dari minggu ke-9 kehamilan sehingga bayi dilahirkan. Bermula dengan embrio yang sekecil buah walnut, janin membesar sehingga 50 kali ganda. Pada peringkat ini, organ yang terbentuk semasa peringkat embrio berkembang terus. Badan, kepala, lengan dan kaki berkembang dengan cepat. Begitu juga organ bagi peredaran darah, pernafasan dan pencernaan semuanya berkembang dengan pesat. Perkembangan saraf dan otot juga turut berlaku. Jantung mengepam darah melalui salur darah. Perkembangan otak berlaku dengan pesat. Janin lambat laun bertukar rupa seperti bayi. Pada awal minggu ke-9, ukuran kepala janin adalah separuh panjang badannya. Selepas itu, pertumbuhan badan janin pesat berlaku sehingga ahkir minggu ke-12, panjangnya meningkat dua kali ganda. Berat janin adalah kira-kira 4 gram. Pada peringkat ini, organ utama tubuh telah terbentuk, jantung berdegup cepat, darah beredar melalui salur darah, perut janin mula aktif dan ginjal mula berfungsi. Perubahan yang berlaku seterusnya ialah pertambahan dari segi saiz dan fungsinya. Uri kian membesar dan ketika ini mempunyai berat 6 kali ganda janin. Apabila organ seks telah terbentuk, maka jantina janin mungkin dapat dikenalpasti melalui ultrasound. Adakalanya lengan, kaki dan jari janin mula membuat pergerakan spontan tetapi tidak begitu dirasai oleh ibunya. Janin kini berukuran lebih kurang 18 cm (7 inci) panjang dan mempunyai berat kira-kira 100 gm (minggu ke-13 hingga ke-16). Kepala janin masih besar jika dibandingkan dengna tubuhnya. Jantungnya berdegup cepat dan otot-ototnya kini kian aktif. Biasanya jantina janin sudah dapat dikenalpasti ketika peringkat ini. Pada ketika ini juga (bulan ke-4), uri telah lengkap terbentuk dengan sempurna dan melekat pada dinding rahim. Bagaimanapun, perkebangan uri tidaklah sepesat sebelumnya. Berat uri hampir sama dengan berat janin. Janin dihubungkan ke uri melalui tali pusat. Tali pusat terdiri daripada salur darah yang membawa darah kaya zat makanan daripada ibu kepada janin dan juga darah yang mengandungi hasil sisa daripada janin kepada ibu untuk dikumuhkan. Janin kini mempunyai rupa bentuk manusia (minggu ke-17 hingga ke-20). Panjangnya lebih kurang 25 cm iaitu lebih kurang 10 inci, manakala beratnya kira- kira 300 g. Bulu roma halus disebut Lanugo mula tumbuh pada kulitnya. Rambut juga mulai tumbuh di kepalanya. Kuku mulai kelihatan pada jarinya. Pada bulan 6

kelima, janin mula bergerak aktif dalam cecair amnion. Janin pada ketika ini menghisap jari, berpusing, sensitif terhadap cahaya dan juga menggerak-gerakkan kelopak mata. Si ibu pula mula terasa gerakan dalam rahimnya sepertu tendangan lembut janin. Gerakan ini lebih awal dirasai oleh ibu- ibu yang telah hamil. Bagi sesetengah wanita, gerakan ini lebih kerap terasa pada waktu malam. Rahim beransur-ansur membesar selaras dengan pembesaran tian dalam bulan-bulan berikutnya. Dinding perut si ibu jelas sekali mengembang hingga ke aras pusat menjelangnya bulan ke-5, kemudian melampauinya dalam bulan ke-6. Kini, walaupun tian semakin membesar,urinya semakin mengecil. Ini bukanlah bermakna, kerja-kerja uri untuk membekal serta menukarkan oksigen, makanan dan bahan-bahan kotor menjadi lemah, malah kerja-kerjanya semakin cekap sehinggalah ke saat-saat kelahiran bayi tersebut ke dunia. Zat nutrien dan oksigen disampaikan kepada janin melalui tali pusat, bahan buangan juga dikeluarkan dari tubuh janin melalui tali pusat. Pada peringkat ini, perkembangan uri semakin perlahan, manakala janin terus membesar sehingga dibawah aras pusat. Janin kini lebih berat daripada uri. Walaubagaimanapun, kandungan masih berasa ringan. Pada minggu ke-21 hingga ke-26, janin berukuran lebih kurang 32 cm panjang dan mempunyai berat kira- kira 650 g. Kulit janin kelihatan kurang kemerahan dan diliputi bulu roma. Matanya mula membuka dan mengatup. Otak pada lengan dan kaki semakin kuat dan kental. Dalam bulan-bulan tersebut, gerakalih dan keadaan-keadaan diam-aktif tian semakin dirasai oleh si ibu. Rupa parasnya pada ketika ini betul-betul menyerupai manusia, peralatan-peralatan badannya hampir-hampir mencapai kesempurnaan. Tetapi, walau bagaimanapun paru-parunya masih lagi tidak boleh digunakan Jadi, tidaklah mungkin baginya hidup jika dilahirkan pada peringkat ini. Pada penghujung bulan ke-6, keseluruhan badannya diselaputi oleh rerambut-rerambut halus; kepalanya mulai ditumbuhi oleh rambut-rambut dan bulu keningnya juga muncul. Saiz tian kini meningkat kepada 3 cm (13 inci). Aktiviti janin semakin meningkat dari segi kekerapan dan kekuatannya. Janin semakin membesar. Pada masa ini juga, bahan yang membantu pengembangan peparu selepas lahir mula dihasilkan. Walaubagaimanapun, Sistem pernafasan belum lagi matang. Sekiranya kelahiran berlaku ketika ini, bayi tidak dapat hidup. Selera makan ibu juga bertambah baik. Dari bulan ke enam sehingga lahir, panjang keseluruhan tubuh janin meningkat dua kali ganda. 7

Kandungan rahim semakin besar dan dinding perut terus menonjol keluar sehingga hampir ke aras dada menjelangnya bulan-bulan ke-7, 8 dan 9. Dalam bulan-bulan ini si ibu boleh merasai dengan jelas gerakan-gerakan kandungannya yang agak cergas itu. Badan tian semakin berisi dengan tisu-tisu lemak. Kulit mukanya beransur-ansur menjadi licin dengan tisu-tisu tersebut. Sehingga bulan ke- 9, panjang badannya telah mencapai kira-kira 45 cm (18 inci) dan beratnya kira-kira 5lb. Tian mempunyai peluang besar untuk hidup jika dilahirkan dalam bulan-bulan ke-7 dan 8. Ketika ini, walaupun semua organ-organ tubuh badan dan kelengkapan- kelengkapan luarnya telah sempurna, paru-parunya masih lagi tidak boleh digunakan dengan sepenuhnya., tambahan pula tulang-tulang serta tengkorak masih lembut. Pada masa ini, janin berukuran kira-kira 35 cm panjang dan mempunyai berat lebih kurang 1000 g. Bulan ke-7 atau minggu ke-8 dianggap masa yang penting. Janin yang dilahirkan selepas 28 minggu berkemungkinan hidup kerana peparu dan salur darahnya telah berkembangang untuk membenarkan pertukaran gas. Pada peringkat ini, perkembangan peparu terus berlaku dan jumlah bahan yang membantu pengembangan peparu selepas lahir semakin meningkat. Pertumbuhan otak juga masih berlaku dengan cepat dan pantas. Badan janin kurus, manakala kulitnya masih kemerahan dan diliputi oleh lapisan pelindung yang dihasilkan oleh kelenjar kecil di kulit dikenali sebagai verniks kaseosa. Janin kini sudah mampu membuka matanya. Degupan jantung janin sudah dapat didengari dengan jelas oleh doktor. Janin aktif bergerak di dalam rahim dan ibunya terus merasai tendangan bayi dalam kandungannya. Ibu ketika peringkat ini cepat terasa lapar. Oleh itu, mereka dinasihatkan supaya makan lebih kerap tetapi tidak terlalu banyak bagi mengelakkan rasa senak perut kerana rahim mereka juga semakin membesar ke atas. Ketika minggu ke-32, janin dianggarkan 42 cm panjang dan 1800 g berat. Kulitnya masih kemerahan, tetapi agak berkedut. Tulang kepalanya lembut. Peparunya juga sudah berkembang baik dan boleh mula berfungsi. Janin sudah mampu mendengar bunyi yang kuat dan memberi respons dengan menambah pergerakan kaki dan lengan. Pada minggu ke-36, janin dianggarkan berukuran 46 cm panjang dan 2500 g berat. Berat badannya bertambah agak banyak dalam jangka masa 4 minggu. Ini kerana lebih banyak lemak terendap di bawah kulit dan di sekitar bahu. Kehadiran lemak ini penting dalam membantu mengawal suhu tubuh. 8

Dengan bertambahannya lemak di bawah kulit, rupa janin yang dahulunya seperti orang tua yang berkulit nipis dan kelihatan berkedut berubah menjadi seorang bayi yang berisi. Pada minggu ini juga, berat dan juga lemak. Penurunan testis ke dalam skrotum berlaku pada waktu ini bagi janin lelaki. Perkembangan sistem saraf terus berlaku. Selepas cukup bulan, janin telah mempunyai kesemua organ yang penting untuk menjalankan kehidupan selepas lahir tanpa bergantung kepada ibu. Rahim telah membesar sehingga mencapai aras bawah tulang sternum di hadapan. Janin sekarang hanya menunggu saat untuk dilahirkan ke dunia. Si ibu menunggu dengan gelisah manakala berakhirnya bulan ke 10 (mengikut peredaran bulan). Bulan ini atau minggu ke-40 merupakan detik-detik kematangan isi kandungannya. Dalam saat-saat ini, hampir 96 peratus isi kandungan itu berkedudukan normal, 3-4 peratus berkedudukan sonsang dan kira-kira 1 peratus berkedudukan mengiring. Saiz tian telah meningkat hampir-hampir dua kali ganda dan berat badannya kira-kira 7 ½ lb. Tian perempuan agak ringan sedikit. Permukaan bdannya licin, tetapi bulu-bulu roma halus masih lagi terdapat disekitar bahunya. Rambut-rambut juga kelihatan di kepala yang kini telah mencapai keseimbangan dengan saiz badannya, iaitu saiznya lebih kurang sesuku daripada saiz badan. Semua peralatan luar tubuh badan seperti telingan luar (termasuk cuping telinga), mata, hidung, mulut dan alat-alat kelaminnyatelah berseda menghadapi suasana di luar rahim. Tian ketika ini seolah- olah sedang menunggu saat yang baik saja untuk keluar ke dunia. 4.0 KEPERLUAN ASAS IBU MENGANDUNG Semasa mengandung apa sahaja yang si ibu makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi dalam kandungannya. Pemakanan si ibu berkait 9

rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan si ibu supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol dan merokok. Si ibu dinasihatkan memakan makanan yang seimbang dan diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika si ibu mengamalkan pemakanan yang sihat, anak yang lahir nanti akan turut sihat dan cerdas. Senaman semasa hamil banyak membantu meningkatkan serta merangsang peredaran darah, memelihara postur yang baik, memperkuatkan ototo dan menambahkan keupayaan berehat si ibu. Terdapat banyak jenis senaman yang sesuai yang boleh dilakukan oleh ibu yang mengandung. Salah satunya yang paling mudah adalah berjalan. Ibu mengandung perlu mendapatkan rawatan dan khidmat nasihat di klinik secara berkala bagi penjagaan diri dan kandungannya. Bayi di dalam kandungan juga akan dipantau bagi memastikan perkembangan kandungan tersebut dalam keadaan baik. Biasanya ibu mengandung perlu ke klinik prenatal sekurang- kurangnya lapan kali sepanjang tempoh kehamilannya. Beberapa perubahan emosi yang mungkin berlaku semasa hamil perlu di fahami oleh orang yang terdekat seperti suami dan ahli keluarganya. Personaliti ibu mempengaruhi corak perubahan emosinya semasa proses kehamilan. Suami perlu memahami perubahan emosi isterinya dengan bersabar dan memberi sokongan serta keyakinan bahawa kehamilan ialah peristiwa semula jadi. Setiap ahli keluarga juga perlu membantu menjaga kesejahteraan ibu mengandung. Selain itu juga, ibu yang mengandung juga memerlukan rehat yang mencukupi. Ibu yang mengandung perlu tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari. 10

Bibliografi 1. www.babycenter.com.my 2. www.comelnya.com 3. www.salindah.com 4. www.ratuhati.com.my 5. www.amalanibuhamil.blogspot.com 6. www.anizyn.blogspot.com 11

LAMPIRAN 12

Add a comment

Related presentations

Related pages

proses persenyawaan ganda 2 - Documents

Proses persenyawaan dan kehamilan 1. PROSES PERSENYAWAAN DAN KEHAMILAN 2. • Semasa pengovulan, ovari melepaskan ovum ke dalam tiub falopio.
Read more

Proses persenyawaan dan kehamilan - Education

proses persenyawaan sem3 1. 1.0 PENDAHULUAN Di antara peringkat perkembangan yang teramat penting dalam kehidupan manusia ialah sewaktu dalam kandungan ibu ...
Read more

Kerja Kursus Pendek an Kanak - Scribd - Read Unlimited Books

Semasa proses persenyawaan. ... 44517273 Pen Gurus an Bilik Darjah Sem3. 44517273 Pen Gurus an Bilik Darjah Sem3. 05 Pro-Forma WAJ3107 Seni Dalam Pendidikan.
Read more

Entrepreneurship Persekitaran Makro

invitro di mana ianya melibatkan persenyawaan yang dilakukan di ... Proses penyahkuman yang dilakukan oleh ... Nota Pengajian Am Sem3 : ...
Read more