Pj huraian dan tafsiran

100 %
0 %
Information about Pj huraian dan tafsiran
Education

Published on March 8, 2014

Author: viniyasih

Source: slideshare.net

Description

PJM

Bersepadu dan kesepaduan bermaksud bersatu, bercantum dan bersama, bukannya terpisah, terasing, tercerai atau terpencil. Menurut kamus dewan Edisi ke-4, kesepaduan merupakan keadaan bersepadu, perihal bersepadu menjadi kesatuan yang utuh.

Kesepaduan merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran di mana konsepnya bersepadu dengan mata pelajara yang lain. Kesepaduan juga merupakan perjalinan dan pengadunan unsur-unsur ilmu pengetahuan kemahiran, bahasa serta nilai-nilai dalam semua matapelajaran secara integrasi dan menyeluruh.

Contohnya, mendedahkan konsep pergerakan, sistem otot, sistem tulang dan fungsi tubuh manusia yang terdapat dalam mata pelajaran Sains dapat diserahkan secara bersepadu dalam PJ secara langsung. Guru mestilah menekan aspek kesepaduan dalam merancang strategi pembelajaran agar membantu murid menguasai kemahiran atau ilmu yang lain.

Jika unsur kekerapan nilai-nilai murni atau bahasa Melayu merentas kurikulum tidak dimasukkan, PdP ini tidak ada kesepaduan. Kaedah pelaksanaannya boleh melibatkan kesepaduan dari segi bahan PdP, kesepaduan komponen utama dalam PJ sendiri (Intra) serta kesepaduan dua ilmu pengetahuan yang berbeza mata pelajaran (Inter).

Penggabungjalinan bermaksud menggabungkan pelbagai kemahiran dalam satu masa. Contohnya, menggabungkan kemahiran lisan dengan membaca dan kemahiran menulis, penggabungan aktiviti dalam kelas, secara berkumpulan atau individu serta penggunaa alat dan bahan bantu mengajar yang pelbagai bersesuaian dengan proses PdP.

Dalam konteks KBSR, penggabungjalinan dalam PdP dibahagikan kepada dua iaiu penggabungjalinan kemahiran-kemahiran dalam satu mata pelajaran dan penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran. Ciri-ciri penggabungjalinan : berasaskan kepada konsep mengintegrasikan beberapa kemahiran. Kemahiran utama menjadi fokus kepadanya.

Contohnya, kemahiran lisan digabungkan dengan kemahiran membaca. Kaedah penggabungjalinan bersandarkan kepada perkara pokok seperti mengenalpasti kemahiran utama dan kemahiran sampingan. Di mana kemahiran utama yang menjadi fokus pembelajaran perlulah disusuli dan dikuasai dengan kemahiran-kemahiran sampingan untuk kukuhkan kemahiran utama.

Kemahiran utama digunakan di peringkat perkembangan pelajaran. Strategi penggabungjalinan kemahiran hendaklah dirancangkan berdasarkan objektif pelajaran, kebolehan dan pencapaian murid.

Integrasi adalah merupakan penggabungan, dua atau beberapa kaum (unsur, hubungan dll) menjadi satu kesatuan. Integrasi dalam PJ dapat dilaksanakan dengan menggabungkan unsur-unsur seperti kaum dan sebagainya.

Ia menjadi satu integrasi Malaysia yang saling menghormati kepelbagaian dalam meraikan ciri-ciri budaya kaum masingmasing. Integrasi juga mampu memupuk dan mengembangkan budaya nasional. Dalam Penyata Razak (1956), menyatakan berkenaan integrasi yang perlu bermula daripada murid-murid di sekolah. Antara tumpuan utama ialah memastikan bahasa dan kebudayaan lain dipelihara.

 Daya tahan kardiovaskular  Daya tahan otot  Kekuatan  Kelenturan  Komposisi badan  Koordinasi  Imbangan  Ketangkasan  Kuasa  Masa tindakbalas  Kepantasan

 Tunjang kemahiran meliputi aspek-aspek yang memberi pendedahan kepada murid-murid untuk menonjol dan mengembangkan kemahiran mereka ke tahap yang lebih baik khususnya bakat terpendam.  Kebiasaannya, proses PdP tunjang kemahiran mendedahkan murid-murid untuk berfikir dan bermain dengan keseronokan.

Pergerakan Kreatif Pergerakan Asas Kesenggangan Permainan Olahraga Rekreasi Gimnastik

 Tunjang kesukanan memberi tumpuan kepada amalan pendidikan yang perlu diketahui oleh murid-murid di sekolah sebagai persediaan untuk mereka melibatkan diri dalam kegiatan kesukanan.

Keselamatan Pengurusan Kerjaya Etika Isu PJ dan sukan

 Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hieraki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.

 Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu.

 Standard prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya.

 Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band).  Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih “qualifier” menggunakan perkataan atau rangai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

 Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditafsir dan dicapai.

 Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor.  Instrumen : Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dll.

 Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.

• http://www.moe.gov.my/lp/files/penerbitan/DSP/Tahun1 /7%20DSP%20Pendidikan%20Jasmani%20Tahun%201.pdf • http://www.moe.gov.my/lp/files/penerbitan/DSP/Tahun2 /7%20DSP%20P%20Jasmani%20Tahun%202.pdf • http://amirafarhanah.blogspot.com/2012/11/tajuk-4huraian-dan-tafsiran-sukatan.html • http://udienbudakpj-ipik.blogspot.com/2011/11/tajuk-4huraian-dan-tafsiran-sukatan.html?zx=c6ec3378f3352b35 • http://www.slideshare.net/IlyaAdira/kssr-tahun-2sukatan-pelajaran

Add a comment

Related presentations

Related pages

Tajuk 4 : Huraian dan Tafsiran Sukatan Pelajaran PJ KBSR

" Gantunglah azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan "
Read more

Pj huraian dan tafsiran - Education - documents.tips

1. Bersepadu dan kesepaduan bermaksud bersatu, bercantum dan bersama, bukannya terpisah, terasing, tercerai atau terpencil. Menurut kamus dewan Edisi ke ...
Read more

HURAIAN DAN TAFSIRAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KBSR

·HASIL PEMBELAJARAN 1. Pelajar dapat memahami konsep kesepaduan, penggabunjalinan dan integrasi dalam PJ. 2. Pelajar dapat memahami Huraian Sukatan ...
Read more

Pj huraian dan tafsiran - HubSlide

Pj huraian dan tafsiran ...
Read more

Nota PJM 3110 - Tajuk 4 huraian dan tafsiran sukatan ...

Nota PJM 3110 - Tajuk 4 huraian dan tafsiran sukatan pelajaran pj kbsr
Read more

Huraian Dan Tafsiran Sukatan Pelajaran Kbsr - Documents

pj. Documents.tips. Upload Login / Signup. Leadership; Technology; Education; Marketing; Design; ... Share Huraian Dan Tafsiran Sukatan Pelajaran Kbsr.
Read more

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian - scribd.com

Menghubungkaitkan serta menjelaskan teori-teori dan ... kurikulum 2 5 Huraian dan tafsiran sukatan pelajaran ... dan perkembangan pj ...
Read more

info pendidikan jasmani kesihatan: pendidikan jasmani suaian

tanpa aktiviti fizikal yang direka khas dan diubah suai, ... sp pj SR dan SM; sp pj SR dan SM; huraian sukatan pelajaran. hsp pj SR;
Read more

~FarhaAmiraFarha~: Tajuk 1 : Sejarah dan Perkembangan PJ

" Gantunglah azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara ... November 7, 2012. Tajuk 1 : Sejarah dan Perkembangan PJ
Read more