Piramid makanan / Food pyramid

33 %
67 %
Information about Piramid makanan / Food pyramid

Published on May 12, 2007

Author: madam_sarcastic

Source: slideshare.net

Description

A lesson prepared for my P5 practicum class to teach on the food pyramid in Malay language. Seems like a science lesson coz theres some scientific facts which my pupils had to chew on. Definitely one of my favourite lessons.
(I am sorry that I will not be giving out permission to download my slides due to the nature of my job and copyright laws. However, if you want to, you may visit my educational blog for more lesson ideas. http://onlythebest4ourpupils.blogspot.com )
Thank you for your understanding.

Mari belajar bersama Robots

Pada suatu hari di Bandar Robot…

Helo Rodney. Awak kelihatan pucat hari ini. Awak sakit lagikah? Ya, Fender. Saya rasa kurang sihat. Saya tidak tahu kenapa kebelakangan ini saya sering jatuh sakit. Hmmm, saya rasa awak tidak menjaga kesihatan awak dengan bersenam dan memakan makanan yang sihat serta seimbang. Kalau begitu, bolehkah awak membantu saya?

Piramid makanan Saya ingin membantu awak tetapi saya mempunyai masalah. Piramid makanan saya tidak lengkap. Saya perlu meminta bantuan daripada murid-murid darjah 5 dahulu untuk membina semula piramid makanan saya.

Wahai murid-murid yang bijaksana, mari kita menjelajah Bandar Robot dan bertanya teman-teman saya yang lain mengenai piramid makanan. Dengan cara itu, kita sama-sama dapat membina piramid makanan Fender itu.

- Destinasi pertama - Rumah Encik Bigweld

Piramid makanan adalah panduan bagi memilih makanan secara sihat. Piramid makanan mempunyai empat aras atau tingkat. Makanan yang dimakan seharian perlu diambil paling banyak daripada kumpulan makanan di bahagian paling bawah piramid, dan yang paling sedikit daripada kumpulan makanan di bahagian paling atas. Kita perlu memakan makanan yang pelbagai kerana tiada satu makanan boleh membekalkan kesemua nutrien serta vitamin yang diperlukan badan. Beginilah piramid makanan: Aras 1 Aras 2 Aras 3 Aras 4

- Destinasi kedua - Rumah Piper

Aras 1 piramid makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks yang merupakan sumber tenaga yang utama . Makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Dalam sehari, makanan daripada kumpulan ini perlu dimakan paling banyak iaitu 8-12 sajian . Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, mi, roti, hasil bijirin, tepung gandum, biskut, capati dan lain-lain lagi. Aras 1

- Destinasi ketiga - Rumah Cappy

Aras 2 piramid makanan pula mengandungi makanan yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat . Dalam sehari, makanan daripada kumpulan ini perlu dimakan sekurang-kurangnya 5 sajian . Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah sayur-sayuran dan buah-buahan seperti tomato, kubis, pisang dan anggur . Aras 2 buah-buahan sayur-sayuran

- Destinasi keempat - Rumah Ratchet

Aras 3 mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zinc dan magnesium . Dalam sehari, makanan daripada kumpulan ini perlu dimakan dengan sederhana iaitu 1-2 sajian sahaja. Contoh makanan daripada kumpulan ini adalah daging, ikan, ayam, kacang soya, kacang dhal, hasil tenusu seperti susu dan keju dan lain-lain lagi. Aras 3

- Destinasi kelima - Rumah Crank

Aras 4 mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan lemak, minyak dan gula . Makanan daripada kumpulan ataupun aras ini hanya boleh dimakan sedikit sahaja . Contoh makanan daripada kumpulan ini adalah gula, mentega, minyak sapi dan lain-lain lagi. Aras 4

Wah, banyaknya informasi. Bolehkah murid-murid bantu saya melengkapkan piramid makanan berdasarkan apa yang telah dipelajari? Dengar arahan Cikgu Nur Ain supaya kamu dapat melaksanakan tugasan kumpulan ini dengan baik. Semoga berjaya!

Kerja kumpulan

Aras 4 Aras 3 Aras 2 Aras 1 Makan sedikit sahaja Makan dengan sederhana (1-2 sajian) Makan lebih banyak (sekurang- kurangnya 5 sajian) Makan paling banyak (8-12 sajian)

Yay! Syabas murid-murid kerana telah berjaya melengkapkan piramin makanan saya. Hingga berjumpa lagi!

Add a comment

Related presentations

Related pages

Food pyramid (nutrition) - Wikipedia, the free encyclopedia

A food pyramid or diet pyramid is a pyramid-shaped diagram representing the optimal number of servings to be eaten each day from each of the basic food groups.
Read more

Food Guide Pyramid Becomes a Plate - KidsHealth - the Web ...

Goodbye, Food Guide Pyramid! Hello, MyPlate! The USDA's divided plate is designed to make it easier to understand healthy eating.
Read more

What is a Food Pyramid? - Information on different Food ...

A food pyramid is graphical representations of a dietary guideline or a food guide. There are food pyramids for different diets, so let´s take a look.
Read more

Diabetes Food Pyramid - BD: Medical Supplies, Devices and ...

Diabetes Food Pyramid. You are probably familiar with the Food Guide Pyramid that was created by the U.S. Department of Agriculture to help people choose a ...
Read more

The Food Guide Pyramid - Sonoma State University

The Food Guide Pyramid Meg Sundseth May 2002 So what is this Food Pyramid? (Click on the button that you think fits best) An Egyptian refrigerator.
Read more

Piramid Makanan - Portal 1Klik

Piramid Makanan. Apakah dia Piramid Makanan? Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan ...
Read more

Vegetarian Food Pyramid - International Congress on ...

The Vegetarian Food Pyramid Guidelines for Healthful Vegetarian Diets Variety of plant foods in abundance Emphasis on unrefined foods
Read more