advertisement

Pilihan Raya di Malaysia (Slide)

0 %
100 %
advertisement
Information about Pilihan Raya di Malaysia (Slide)
News & Politics

Published on March 12, 2014

Author: hisham93amir

Source: slideshare.net

Description

Perjalanan Pilihan Raya di Malaysia
advertisement

PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

P E N G E N A L A N  Umum menyifatkan pilihan raya sebagai cara buat pilihan politik melalui undian  Pilihan raya sebagai cara memilih calon pemimpin untuk selesaikan isu-isu masyarakat  Di Malaysia, sistem pilihan raya berdasarkan satu kawasan satu wakil • Calon dengan undian terbanyak diisytihar menang • Calon tunggal menang tanpa bertanding • Pakatan parti dengan kerusi terbanyak akan menguasai dewan atau Parlimen

SEJARAH PILIHAN RAYA MALAYSIA

FUNGSI PILIHAN RAYA  Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi  Mengekalkan pucuk pimpinan  Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan  Menguatkan kestabilan dan legitimasi dalam sebuah organisasi dan komuniti politik  Memilih wakil-wakil untuk menerajui pemerintahan Negara

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PILIHAN RAYA  Perlembagaan persekutuan  Perlembagaan negeri  Akta pilihan raya 1958 (akta 19)  Akta kesalahan pilihan raya 1954 (akta 5).  Peraturan-peraturan (penjalanan pilihan raya) pilihan raya, 1981  Peraturan-peraturan (pendaftaran pemilih) pilihan raya, 2002  Peraturan-peraturan (pengundian pos) pilihan raya, 2003

ELEMEN–ELEMEN PENTING PILIHAN RAYA Bahagian Pilihan Raya Bilangan bahagian pilihan raya dan Persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya Pemilih/Pengundi Pendaftaran pemilih, Hilang kelayakan pemilih dan Semakan daftar pemilih Calon Bertanding Kelayakan calon Proses Pilihan Raya

Proses Pilihan Raya PENGELUARAN WRIT PENAMAAN CALON KEMPENHARI MENGUNDI PENGIRAAN UNDI PENJUMLAHAN RASMI UNDI PENGUMUMAN KEPUTUSAN

W R I T  Surat kuasa jalankan pilihan raya  Dikeluarkan SPR kepada Pegawai Pengurus  Notis pilihan raya diwartakan  Notis mengandungi tarikh penamaan dan tarikh pengundian P E N A M A A N C A L O N  Hari ditetapkan SPR bagi calon kemukakan borang penamaan  Diserahkan kepada Pegawai Pengurus pada 9-10 pagi hari penamaan  Sertakan deposit pilihan raya  Dipamerkan pada 10-11 pagi hari penamaan untuk diteliti dan dibuat bantahan sekiranya perlu  Pencalonan dibatalkan sekiranya lewat  Calon menang tanpa bertanding sekiranya hanya seorang yang bertanding

K E M P E N  Hanya bermula selepas proses penamaan calon dan dihentikan 12 tengah malam sebelum hari mengundi  Akta Pilihan Raya 1958 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 perlu dipatuhi. Pegawai Penguatkuasa akan dilantik untuk memantau perjalanan kempen  Deposit bahan kempen serta berkaitan kempen perlu dibayar  Wang deposit dipulangkan jika calon menanggalkan bahan kempen dalam tempoh 14 hari selepas hari mengundi  Hari membuang undi  Bermula 8 pagi hingga 5 petang seluruh negara  Waktu berbeza mengikut kawasan  Pengundian dibuat di lokasi berdasarkan alamat pengundi ketika mendaftar  Setiap tempat mempunyai seorang Ketua Tempat Mengundi dibantu kerani yang terlibat H A R I M E N G U N D I

PENGIRAAN UNDI  Diketuai Ketua Pusat Mengundi di pusat mengundi yang ditetapkan  Semasa pengiraan undi hanya anggota SPR, kerani, calon, ejen dan wakil calon sahaja dibenarkan berada di pusat pengiraan undi  Ejen-ejen calon berperanan memastikan pengiraan undi adalah adil dan telus mengikut peraturan PENJUMLAHAN RASMI UNDI  Selepas pengiraan undi selesai, keseluruhan hasil undian akan dijumlahkan  Bertujuan menentukan pemenang PENGUMUMAN KEPUTUSAN  Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya akan mengisytiharkan calon yang dapat undian majoriti sekaligus mengesahkannya sebagai wakil rakyat bahagian pilihan raya berkenaan

ELEMEN-ELEMEN LAIN PILIHAN RAYA  DEPOSIT  PENGGUNAAN SIMBOL  BARUNG SPR  KEBENARAN MEMASUKI TEMPAT MENGUNDI  CARA-CARA MENGUNDI  UNDI POS  EJEN MENGUNDI  PETISYEN PILIHAN RAYA  PENYATA PERBELANJAAN PILIHAN RAYA  PENYIMPANAN DAN PELUPUSAN

D E P O S I T  RM 10,000 untuk Parlimen dan RM 5,000 untuk DUN  Diserahkan selewat-lewatnya 10 pagi pada hari penamaan calon  Calon kehilangan wang deposit jika dapat kurang 1/8 jumlah keseluruhan undian  Calon akan menggunakan simbol yang merupakan logo parti politik masing- masing  Calon-calon bebas perlu menggunakan simbol yang disediakan SPR P E N G G U N A A N S I M B O L

BARUNG SPR  Bilik Operasi parti-parti politik mesti terletak di luar 50 meter dari pusat mengundi  Barung SPR didirikan untuk bantu pemilih semak senarai nama pemilih, pusat mengundi dan saluran mengundi agar undian berjalan lancar KEBENARAN MEMASUKI TEMPAT MENGUNDI  Hanya pemilih yang tersenarai dalam daftar pemilih di pusat mengundi berkenaan dibenarkan masuk  Kad pengenalan dikeluarkan JPN perlu ditunjukkan  Bagi kerahsiaan undi, hanya pegawai SPR, Ketua Tempat Mengundi dan kakitangannya, calon, wakil calon dan ejennya. Kerani mengira undi dan mereka yang dibenarkan SPR sahaja boleh masuk ke tempat mengundi

CARA MENGUNDI  Hanya boleh pilih seorang calon sahaja  Pangkah ‘X’ di sebelah nama calon  Lipat dan masukkan dalam peti undi  Untuk pilihan raya serentak, 2 kertas undi disediakan (Parlimen dan DUN) EJEN MENGUNDI UNDI POS  Undian jarak jauh  Mengundi lebih awal berbanding pengundi biasa  Kertas undi sampai kepada Pegawai Pengurus selewat-lewatnya 5 petang hari mengundi  Biasanya melibatkan anggota polis tentera, petugas pilihan raya  Menjaga kepentingan calon sepanjang masa  Memantau dan melihat proses pengundian  Memastikan proses pengundian mengikut undang-undang dan peraturan

PETISYEN PILIHAN RAYA  Cara untuk mencabar keputusan pilihan raya dan dibawa ke mahkamah  Dikemukan di Mahkamah Tinggi, 21 hari selepas keputusan diwartakan  Hanya boleh dibuat jika ada bukti berlaku sogokan, peras ugut hingga jejaskan pilihan raya, ketidakpatuhan undang- undang, calon atau ejen tidak layak sertai pilihan raya PENYATA PERBELANJAAN  Perbelanjaan tidak melebihi RM 200,000 (Dewan Rakyat) dan RM 100, 000 (DUN)  Penyata perbelanjaan diberi kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri dalam masa 31 hari selepas tarikh keputusan diumumkan  Jika gagal, kemenangan ditarik dan tidak layak sertai pilihan raya 5 tahun akan datang

PENYIMPANAN DAN PELUPUSAN  Dokumen-dokumen berkaitan pilihan raya akan disimpan di dalam peti-peti khas dan dikunci dengan disaksikan ejen- ejen calon  Disimpan selama 6 bulan dibawah pengawasan Pegawai Pengurus  Dibuka hanya atas arahan Hakim Mahkamah Tinggi jika ada kes-kes petisyen  Selepas tempoh itu, atas arahan SPR. Pegawai Pengurus akan melupuskan dokumen-dokumen berkenaan  Sijil pelupusan akan dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri

PERBEZAAN PRU DENGAN PRK

RUMUSAN  Pilihan raya penting dari segi praktis demokrasi  Parti politik yang memperoleh kerusi terbanyak akan membentuk kerajaan. Jika tidak ada, maka boleh ditubuhkan sebuah kerajaan campuran  Warganegara Malaysia adalah bebas menyertai mana-mana parti politik  Rakyat boleh mempelajari dan memahami makna sebenar demokrasi di peringkat akar umbi  Rakyat boleh menentukan sendiri hala tuju pambangunan di kawasan mereka  Dana awam dijamin akan digunakan secara berhemah dan telus

Add a comment

Related presentations

Cfbp barometre octobre

Cfbp barometre octobre

November 10, 2014

VITOGAZ vous présente: CFBP baromètre gpl carburant

Ata Escrita da 16ª Sessão Ordinária realizada em 16/10/2014 pela Câmara de Vereado...

Ata Escrita da 10ª Sessão Extraordinária realizada em 16/10/2014 pela Câmara de Ve...

Rx1 nasil kullanilir

Rx1 nasil kullanilir

November 8, 2014

Rx1 zayiflama hapi, kullanimi nasildir, yan etkileri var mi? yan etkiler var ise h...

Esposto del MoVimento 5 Stelle sul Patto del Nazareno

Slide Servizi postali

Slide Servizi postali

November 7, 2014

Slides per i servizi postali presentati in occasione dell'incontro azienda e organ...

Related pages

Pilihan raya umum Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu ...

Pilihan Raya Umum Malaysia (sebelum kemerdekaan Malaya) ... Senarai pilihan raya di Malaya dan Malaysia [sunting sumber] No. Tahun Kerajaan* Pembangkang Jumlah
Read more

DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN PROSES PILIHAN RAYA by nurin ...

pemilihan perwakilan melalui pilihan raya pemenang di peringkat kawasan Parlimen akan menjadi wakil rakyat parlimen ... Pilihan Raya kecil ...
Read more

PENGAJIAN AM STPM & PENGAJIAN MALAYSIA: Demokrasi ...

Sistem demokrasi berparlimen mengadakan proses pilihan raya ... yang belajar di luar negara semasa pilihan raya. ... Sistem Pemerintahan di Malaysia;
Read more

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

... Mahkamah Tinggi Kuching berkenaan Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya Negeri Sarawak didengari pada hari ini di ... PILIHAN RAYA MALAYSIA No ...
Read more