Pengenalan Pendidikan Moral (IPTS) - Bab 1

100 %
0 %
Information about Pengenalan Pendidikan Moral (IPTS) - Bab 1
Education

Published on February 26, 2014

Author: n_izzuddin

Source: slideshare.net

Description

Pendidikan moral. Pengenalan kepada moral, etika, nilai. Pernyataan normatif serta deskriptif. Menggunakan buku:

Muthualagan et. al (2009). Pendidikan Moral. Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Pemahaman Konsep Moral Disediakan oleh: Nor Izzuddin Bin Norrahman Pensyarah Pengurusan, Perbankan dan Kewangan Islam Kolej Astin, Puchong

 Pemahaman     Konsep Moral Etika, Nilai dan Moral Pernyataan Normatif & Deskriptif Prinsip asas nilai Perbezaan asas nilai etika

 Etika atau ethics berasal dari perkataan yunani iaitu ‘ethos’ yang bermaksud adat atau kegunaan.  Etika membawa maksud perwatakan, tingkah laku dan SEKUMPULAN PRINSIP MORAL yang mempengaruhi KELAKUAN.  Etika juga didefinisikan sebagai suatu SET nilai, norma serta asas moral yang menentu dan MEMBEZAKAN SESUATU TINDAKAN MANUSIA itu sama ada betul atau salah, baik atau buruk.  Berdasarkan definisi etika tersebut, maka kod etika ditakrifkan sebagai etika yang dibentuk secara formal, ditulis dengan jelas dan dinyatakan dalam bentuk yang sistematik.

 Perkataan Moral berasal dari Bahasa Latin iaitu ‘mores’ yang ditakrifkan sebagai kesusilaan, adab, sopan santun dan tradisi.  Moral merupakan pengetahuan tentang budi pekerti manusia yang beradab. Moral juga bererti ajaran yang baik dan buruk perbuatan dan kelakuan (akhlak).  Moralisasi, bererti huraian (pandangan, ajaran) tentang perbuatan dan kelakuan yang baik.  Demoralisasi, bererti kerosakan moral.

 Kamus Dewan (1995) mendefinisikan Nilai sebagai taksiran harga, harga sesuatu dibandingkan dengan harga benda yang lain, darjat, kualiti, mutu, taraf dan sifat ketinggian, contohnya pemikiran, agama, kemasyarakatan dan lain-lain.  Nilai adalah sesuatu yang abstrak, bukan konkrit.  Nilai hanya boleh difikirkan, difahami, dan dihayati.  Nilai juga berkaitan dengan cita-cita, harapan, keyakinan, dan hal-hal yang bersifat batiniah.  Menilai bererti menimbang, iaitu kegiatan manusia yang menghubungkan sesuatu dengan sesuatu yang lain untuk mengambil satu keputusan.

 Moral juga bersifat praktikal kerana moral merupakan disiplin yang memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat  Etika pula bersifat teoretikal kerana etika mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut.

 Pernyataan  Normatif Boleh dikategorikan kepada dua:   Normatif Moral Normatif bukan moral

 Pernyataan normatif moral adalah penegasan atau pernyataan yang melahirkan atau menyatakan pertimbangan nilai kita.  Menggunakan pernyataan ini untuk menegaskan bahawa sesuatu itu baik atau jahat, benar atau salah.

 Mengigit telinga adalah salah  Mencuri adalah salah  Menderma ialah baik  Membantu merupakan perbuatan yang baik

 Menurut Abd. Rahman Aroff (1999) : terdapat 2 cara untuk menggunakan istilah baik, buruk, benar, salah dan sebagainya.  2 Cara tersebut ialah: a) Menilai PERBUATAN individu b) menilai CIRI perwatakan ataupun MOTIF

 Juga dikenali sebagai pertimbangan nilai obligasi atau deontic  Tidak mengambil kira KESAN perbuatan tersebut.  Contoh:   Kita sepatutnya menepati janji Kita tidak boleh paksa orang untuk ikut arahan

 Juga dikenali sebagai pertimbangan moral aretaic.  Contoh:   Ali ialah seorang budak yang baik Menggantung penjenayah adalah perbuatan yang baik.

 Terdapat dua kaedah apabila membuat pernyataan normatif ini. a) Menasihati / menentukan patut atau tidak “Jangan malas berusaha” b) Memerintahkan / arahan “Peraturan kolej ini mesti dipatuhi”

 Pernyataan atau ayat yang mempunyai nilai selain dari nilai moral.  Domain bukan moral. Domain yang merujuk kepada:        Agama atau rohani Estestika (keindahan/keselesaan) Ekonomi Intelek Kebendaan dan fizikal (Keselamatan/pembangunan) Politik Sosial

 Frankena (1973) : istilah-istilah nilai bukan moral digunakan untuk menilai sesuatu BENDA lain.  Contoh:  Buku ini sangat baik

 Abd.      Rahman Aroff (1999): Pernyataan deskriptif = Pernyataan Bukan Normatif BEBAS daripada sebarang NILAI atau tidak berkatian dengan nilai moral Pernyataan value-neutral Berbentuk LAPORAN Pernyataan yang menyatakan FAKTA atau LOGIK

 Contoh   bagi pernyataan deskriptif: Bas ini berwarna kuning Bas ini besar

 Moral = Nilai, tetapi bukan semua nilai adalah moral.  Rokeach, M. (1973): Nilai boleh BERUBAH tetapi masih stabil dalam kehidupan seseorang dan masyarakat.  Contoh:  Nilai masyarakat di Malaysia berbeza dengan masyarakat di England.

 Eow B.H. (2001) – Nilai mempunyai pelbagai fungsi.  Fungsi-fungsi nilai:    Sebagai satu KRITERIA, piawaian, garis panduan (Standard) Sebagai satu TUNJUK ARAH, rujukan dan panduan. Sebagai BATASAN (Restriction).

Dalam asas nilai etika, terdapat banyak CARA atau konteks dalam menggunakan sesuatu nilai.  Berikut merupakan tiga konteks utama yang membantu seseorang itu memahami sesuatu nilai:   Nilai yang digunakan untuk menunjukkan HUBUNGAN antara nilai:    Nilai yang menunjukkan PANDANGAN:    Nilai instrumental / Ekstrinsik Nilai Intrisik Nilai subjektif Nilai Objektif Nilai untuk menunjukkan APA YANG DINILAI:   Nilai Relatif Nilai Absolute / Mutlak

 Kualiti yang diterima / ditolak sebagai alat untuk mencapai matlamat.  BERGANTUNG kepada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat.  Nilai peringkat kedua (Second order value) seperti berani, rajin dan sebagainya.  Contoh:  Mengenakan hukuman bunuh (1) kepada pengedar dadah bagi menghapuskan kegiatan dadah(2).

 Kualiti yang diterima atau ditolak semata-mata kerana PERBUATAN itu baik atau buruk TANPA mengira KESAN.  Tidak bergantung kepada nilai lain untuk mencapai matlamat. Nilai tersebut sendiri adalah matlamat akhir.  Dipanggil sebagai first order value  Contoh:  Membunuh ialah perbuatan yang tidak baik.

 Kualiti yang diterima atau ditolak melalui pandangan INDIVIDU.  Pandangan PERIBADI menentukan sesuatu itu baik ataupun buruk.  Contoh:  Ali tidak menyukai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

 Kualiti yang bernilai atau sebaliknya yang bebas daripada pandangan peribadi.  Ditentukan dengan PANDANGAN UMUM/ORANG ramai tentang baik atau buruk sesuatu nilai tersebut.  Contoh:  Masyarakat Malaysia tidak bersetuju dengan pencerobohan Israel dalam negara Palestin.

 Nilai yang diterima atau ditolak oleh PERATURAN sesuatu MASYARAKAT untuk mencapai matlamat masyarakat tersebut.  Ianya tidak sempurna, berbeza-beza dan selalu berubah-ubah.  Contoh:  Di Belanda (Netherlands) membolehkan rakyatnya berkahwin sesama jenis.

 Nilai yang TIDAK TERIKAT dengan peraturan umum masyarakat.  Nilai ini diterima umum pelbagai masyarakat dan TERBUKTI sebagai baik atau buruk.  Contoh:  Mengambil dadah itu perkara yang tidak baik.

 Berikan maksud Moral.  Berikan maksud Etika.  Berikan perbezaan antara moral dan etika.

 Tuliskan 2 pernyataan normatif tentang rumah tersebut.  Tuliskan 2 pernyataan deskriptif tentang rumah tersebut.

Bab 1

Add a comment

Related presentations

Related pages

MPW2153 PENDIDIKAN MORAL BAB 1 KONSEP ASAS ETIKA | Jim ...

mpw2153 pendidikan moral bab 1 konsep asas etika pengenalan bab 1 pengertian etika, nilai dan moral • etika (ethics) ...
Read more

Pendidikan Moral Tingkatan 5 Bab 1 - Documents

Pengenalan Pendidikan Moral (IPTS) - Bab 1 Pendidikan moral. Pengenalan kepada moral, etika, nilai. Pernyataan normatif serta deskriptif.
Read more

STRATEGY PENGAJARAN PENDIDKAN MORAL- BAB 1 PENGENALAN ...

1 strategy pengajaran pendidikan moral sekolah rendah bab 1- pengenalan pendidkan moral bab question answer 1 pengenalan pendidikan moral 1 apakah ...
Read more

Pengenalan Pendidikan Moral - PENDIDIKAN MORAL

1.0 PENGENALAN PENDIDIKAN MORAL Manusia selalunya mudah tertarik kepada kehidupan yang ... “ Moral relates to the standards of good or bad ...
Read more

Pendidikan Moral Tingkatan 5 Bab 1 - Scribd - Read books ...

Bab 1 : KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN. Manusia dan Alam Semesta Ciptaan Tuhan ... Similar to Pendidikan Moral Tingkatan 5 Bab 1. Pendidikan Moral Tingkatan 4.
Read more

Pengenalan moral assignment - Documents

Pengenalan Pendidikan Moral (IPTS) - Bab 1 Pendidikan moral. Pengenalan kepada moral, etika, nilai. Pernyataan normatif serta deskriptif.
Read more

PENDIDIKAN MORAL

BAB 1 : DEFINISI MORAL , ETIKA, NILAI, AKHLAK, ADAB, UNDANG-UNDANG & KEPENTINGAN PENDIDIKAN MORAL. PENGENALAN MORAL ... 1. Moral merupakanperkara yang ...
Read more

Bab 1- Pengenalan Falsafah - Scribd - Read books ...

Topik 1: Teori-teori pendidikan seni Oleh: ... dari bahasa Latin Ethos disebut Mores yang berasal daripada kata moral ... Similar to Bab 1- Pengenalan Falsafah
Read more