Pendahuluan yang baik dan berkesan

100 %
0 %
Information about Pendahuluan yang baik dan berkesan
Education
apa

Published on February 5, 2014

Author: izzuddin71

Source: slideshare.net

Description

Cara menulis pendahuluan yang berkesan

PENDAHULUAN MEMBINA PENDAHULUAN YANG BAIK DAN BERKESAN

Bagi membina pendahuluan yang baik yang mengandungi idea utama yang kemas, soalan yang berikut harus dikemukakan sebelum menulis perenggan itu. Soalan ini ialah: * Apa? * Mengapa? * Bagaimana? * Kesimpulannya?

Kerajaan telah memperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara. Antara tujuan program ini diperkenalkan termasuklah bagi melahirkan rakyat yang berkualiti. Bincangkan.

Perpaduan Kaum Perpaduan kaum sinonim dengan keharmonian dan persefahaman yang wujud dalam kalangan rakyat pelbagai keturunan di negara ini. Perpaduan kaum penting dalam menentukan kejayaan sesebuah negara. Tanpa perpaduan yang kukuh, negara kita akan menjadi porak poranda. Persoalannya, adakah perpaduan kaum semakin terhakis? Beberapa tindakan perlu diambil bagi mengukuhkan ikatan hubungan kaum di negara ini. 52 patah perkataan

Kesimpulannya, soalan tersebut menjawab perkara seperti ini, iaitu: Apa? Apakah perpaduan kaum? Mengapa? Mengapa pentingnya perpaduan? Bagaimana? Bagaimana perpaduan dapat membentuk kesejahteraan rakyat? Kesimpulannya? Harapan kita, menjurus kepada kehendak soalan? Masukkan contoh yang sesuai.

Kesimpulannya, soalan tersebut menjawab perkara seperti ini, iaitu: Apa? Apakah khidmat negara? Mengapa? Mengapa program diperkenalkan? Bagaimana? Bagaimana program ini dapat membentuk rakyat yang berkualiti? Kesimpulannya? Harapan kita?

PENDAHULUAN  Berdasarkan teknik di atas, perenggan pendahuluan karangan yang merangkumi kehendak soalan dapat dibentuk.

Program Latihan Khidmat Negara ialah program yang dibentuk bagi melahirkan rakyat yang berdisiplin dan membentuk jati diri sebagai bangsa Malaysia. PLKN penting kepada generasi muda bagi menerapkan semangat perpaduan antara kaum di Malaysia. PLKN melibatkan pelajar lepasan SPM daripada sekolah-sekolah kerajaan. Apakah pentingnya PLKN? Dengan adanya PLKN, ia dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum seperti Cina, Melayu dan India, seperti kata pepatah, bersatu teguh, bercerai roboh. Ini kerana aktiviti yang dilaksanakan melibatkan kerjasama dan toleransi dalam satu kumpulan. ( p.p)

Konsep sambutan rumah terbuka yang diamalkan semasa perayaan juga membantu mewujudkan perpaduan kaum. Sambutan hari raya, tahun baru Cina, Tadau Kaamatan dan Deepavali sering diadakan dengan cara menjemput jiran dan rakan taulan, berupaya mewujudkan persefahaman dalam masyarakat Malaysia. Melalui program rumah terbuka, masyarakat dapat memahami budaya dan adat kaum lain. Dengan adanya rumah terbuka, ia akan menggalakkan interaksi antara jiran tetangga, seterusnya memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai etnik. ( p.p)

Selain itu, aktiviti sukan juga mampu melahirkan rakyat yang bersatu padu. Sukan seperti bola sepak, badminton dan seumpamanya, mampu menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda pelbagai kaum di Malaysia. Melalui sukan, perbezaan warna kulit, bahasa dan budaya akan diatasi oleh semangat untuk menang dalam pertandingan yang disertai. Ingatkah kita, pada tahun 1992, skuad badminton negara berjaya menjulang Piala Thomas? Dengan adanya aktiviti sukan, ia dapat memupuk semangat perpaduan dalam masyarakat, seperti perumpamaan, seikat bagai lidi, serumpun bagaikan serai. ( p.p)

Program Khidmat Negara ialah program yang dibentuk bagi melahirkan golongan remaja yang berkualiti. Program ini diperkenalkan bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai perasaan cinta terhadap negaranya, di samping mempunyai daya tahan yang kuat. Bagi merealisasikan matlamat ini, kerajaan telah menggunakan kurikulum yang tersusun. Menjadi harapan masyarakat, melalui program ini sahsiah dan peribadi remaja akan dapat dibentuk dan akhirnya sebuah rakyat yang berkualiti dapat dibentuk. (61 p.p)

Add a comment

Related presentations

Related pages

Proses Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan

yang baik dan seimbang dari ... 690210-11-5297 2 PENDAHULUAN Tugas utama seorang ... 690210-11-5297 berkesan dan objektif yang telah disasarkan oleh ...
Read more

Perenggan Pendahuluan yang Menarik dan Berkesan | BAHASA ...

... Respon Terbuka > Perenggan Pendahuluan yang Menarik dan Berkesan ... Oleh itu,kita perlulah menjaga kesihatan agar berada dalam keadaan yang baik.
Read more

Pengucapan Awam Yang Berkesan « Ulasan Buku

... .Pengucapan Awam Yang Berkesan. ... dalam menyediakan satu wadah dalam penyampaian ucapan yang lebih baik dan berkesan. ... pendahuluan, tujuh elemen ...
Read more

Perenggan Penutup yang Menarik dan Berkesan | BAHASA ...

Bagaimana membina perenggan penutup yang menarik dan berkesan? ... kepada karangan seperti mana fungsi pendahuluan ... berada dalam keadaan yang baik.
Read more

TEKNIK PENYIASATAN YANG BERKESAN

SKOP Pendahuluan Keperluan Asas Teknik ... PENDAHULUAN Penyiasatan yang baik : Lengkap, rapi dan adil Cukup keterangan ... YANG BERKESAN Author: Gih Boon ...
Read more

Buku “Penulisan Berkesan: Media Cetak, Elektronik dan ...

... Penulisan Berkesan, Media Cetak, Elektronik dan ... terdapat beberapa kaedah bagaimana untuk mendapatkan rupa paras pendahuluan yang baik seperti ...
Read more