Panduan Menulis Karangan

50 %
50 %
Information about Panduan Menulis Karangan

Published on January 31, 2009

Author: Ajumaina

Source: slideshare.net

PANDUAN MENULIS KARANGAN NARATIF

TUJUAN Memberikan gambaran atau menceritakan semula sesuatu peristiwa atau pengalaman yang telah dialami.

Memberikan gambaran atau menceritakan semula sesuatu peristiwa atau pengalaman yang telah dialami.

STRUKTUR KARANGAN PENDAHULUAN ISI PENUTUP

PROSES MENULIS AKTIVITI PRAMENULIS MENULIS PENDAHULUAN MENULIS ISI MENULIS PENUTUP

AKTIVITI PRAMENULIS

MENULIS PENDAHULUAN

MENULIS ISI

MENULIS PENUTUP

PROSES MENULIS AKTIVITI PRAMENULIS Memahami tajuk Baca dan fahami kehendak soalan. Lihat urutan gambar dengan teliti dan fahami cerita yang ingin disampaikan. Kumpulkan idea Fikirkan dan catatkan idea-idea.

AKTIVITI PRAMENULIS

Memahami tajuk

Baca dan fahami kehendak soalan.

Lihat urutan gambar dengan teliti dan fahami cerita yang ingin disampaikan.

Kumpulkan idea

Fikirkan dan catatkan idea-idea.

SUSUNAN PERISTIWA DALAM CERITA Bila ,di mana ? Siapa ? Apa yang terjadi ? Mengapa ia terjadi ? Bagaimana perasaan watak/watak-watak? Bagaimana masalah itu diatasi ? Apa yang terjadi di akhir cerita? Pengajaran ? Pendapat ? Latar Watak Plot (Masalah) Peleraian Masalah Penutup

Tajuk : Suatu Peristiwa Yang Mencemaskan Rumah, sambutan hari lahir Nenek, Ibu, Ayah, Penulis, Saudara-mara Menyambut hari lahir Nenek. Nenek tiba-tiba sesak nafas dan tidak sedarkan diri. Keadaan menjadi kelam-kabut. Semua berasa cemas. Ayah segera menelefon ambulans. Nenek dibawa ke hospital. Nenek sedarkan diri. Nenek perlu banyak berehat. Bersyukur, berjajni akan menjaga Nenek. Tidak ingin peristiwa itu terjadi lagi. Latar Watak Plot (Masalah) Peleraian Masalah Penutup

Tajuk : Gambar Bersiri Hari Sabtu, di rumah, ibu bapa tiada di rumah Penulis,Ibu, Ayah, perompak Dua orang perompak menyerbu masuk, mengikat tangan dan menyumbat mulut penulis. Perompak menggeledah rumah dan mencuri barang-barang kemas dan peralatan elektrik. Penulis berasa takut, tidak dapat berbuat apa-apa . Ibu dan Ayah pulang dari pasar raya. Terperanjat melihat penulis dan keadaan rumah . Ayah segera menelefon polis. Perompak berjaya ditangkap. Penulis berjanji tidak akan membuka pintu sembarangan. Latar Watak Plot (Masalah) Peleraian Masalah Penutup

PROSES MENULIS MENULIS PENDAHULUAN Mulakan dengan pengenalan yang dapat menarik perhatian pembaca. TEKNIK-TEKNIK DIALOG “ Selamat hari lahir, nenek!” kataku lalu memeluk tubuh nenek dan mencium pipinya yang sudah berkeriut. KESAN BUNYI “ Ding!Dong!” kedengaran loceng pintu berbunyi tanpa henti. BOOM! Bunyi guruh bak halilintar membelah bumi.

MENULIS PENDAHULUAN

Mulakan dengan pengenalan yang dapat menarik

perhatian pembaca.

TEKNIK-TEKNIK

DIALOG

“ Selamat hari lahir, nenek!” kataku lalu memeluk tubuh nenek dan mencium pipinya yang sudah berkeriut.

KESAN BUNYI

“ Ding!Dong!” kedengaran loceng pintu berbunyi tanpa henti.

BOOM! Bunyi guruh bak halilintar membelah bumi.

PEMERIAN (DERIA) Sudah sejam aku mengulangkaji Matematik. Mataku semakin kabur melihat nombor-nombor yang banyak. Cuaca panas merimaskan. Sesekali terasa juga angin meniup dari tingkap yang terbuka. SOALAN “ Mengapa ibu belum pulang lagi?” bisik hatiku. Pernahkah kamu berasa cemas? Saya pernah. Ceritanya bermula begini… IMBAS KEMBALI (BERMULA DENGAN PENUTUP) Aku menyesal. Menyesal kerana tidak menurut nasihat ibu. Kalau aku mendengar nasihatnya, sudah pasti peristiwa buruk itu tidak akan berlaku. Tanggal 12 Disember, hari itulah nenekku dimasukkan ke hospital akibat kelalaianku.

PEMERIAN (DERIA)

Sudah sejam aku mengulangkaji Matematik. Mataku semakin kabur melihat nombor-nombor yang banyak. Cuaca panas merimaskan. Sesekali terasa juga angin meniup dari tingkap yang terbuka.

SOALAN

“ Mengapa ibu belum pulang lagi?” bisik hatiku.

Pernahkah kamu berasa cemas? Saya pernah. Ceritanya bermula begini…

IMBAS KEMBALI (BERMULA DENGAN PENUTUP)

Aku menyesal. Menyesal kerana tidak menurut nasihat ibu. Kalau aku mendengar nasihatnya, sudah pasti peristiwa buruk itu tidak akan berlaku. Tanggal 12 Disember, hari itulah nenekku dimasukkan ke hospital akibat kelalaianku.

PROSES MENULIS MENULIS ISI (1) Gunakan kata-kata adjektif untuk menerangkan tentang watak dalam cerita. Farid membuka pintu. Dia ternampak dua orang pemuda yang berpakaian kemas di luar rumahnya. Salah seorang daripada mereka berambut keperang-perangan dan berkaca mata hitam. Seorang lagi berambut hitam dan wajahnya yang bujur sireh kelihatan cengkung sedikit. Di tangannya ada sebuah bungkusan besar yang dibalut dengan kertas balut yang berwarna biru. Mereka berdua tersenyum melihat wajah Farid.

(2) Pastikan karangan kamu menceritakan semula peristiwa yang telah dialami. Gambarkan peristiwa dalam cerita kamu dengan jelas. “ Ikat tangannya!” perintah pemuda yang berkaca mata hitam itu. Suaranya amat garau. Badanku ditarik lalu aku dipaksa duduk di kerusi makan di dapur. Tanganku ditarik ke belakang. Pemuda yang berambut hitam itu pula segera mencapai seutas tali dari dalam bungkusan itu lalu mengikat tangan dan badanku dengan kuat.Aku tidak dapat bergerak langsung!

(2) Pastikan karangan kamu menceritakan semula peristiwa yang telah dialami. Gambarkan peristiwa dalam cerita kamu dengan jelas.

“ Ikat tangannya!” perintah pemuda yang berkaca mata hitam itu. Suaranya amat garau. Badanku ditarik lalu aku dipaksa duduk di kerusi makan di dapur. Tanganku ditarik ke belakang. Pemuda yang berambut hitam itu pula segera mencapai seutas tali dari dalam bungkusan itu lalu mengikat tangan dan badanku dengan kuat.Aku tidak dapat bergerak langsung!

(3) Setiap isi haruslah berkait antara satu sama lain dan harus relevan. Badanku ditarik lalu aku dipaksa duduk di kerusi makan di dapur. Tanganku ditarik ke belakang. (4) Yang pentingnya isi harus dapat diterima oleh akal;logikal. (5) Jangan ulangi isi yang sama.

(3) Setiap isi haruslah berkait antara satu sama lain dan harus relevan.

Badanku ditarik lalu aku dipaksa duduk di kerusi makan di dapur. Tanganku ditarik ke belakang.

(4) Yang pentingnya isi harus dapat diterima oleh akal;logikal.

(5) Jangan ulangi isi yang sama.

Penggunaan Bahasa Gunakan ayat-ayat mudah dan juga ayat-ayat yang kompleks dengan seimbang. - Farid diam membatu. - Kalau aku mendengar nasihatnya, sudah pasti peristiwa buruk itu tidak akan berlaku. Gunakan simpulan bahasa, peribahasa atau perbandingan semacam yang sesuai. - Adam amat berbesar hari dengan pertolongan yang dihulurkan oleh rakannya itu. - Memang betul kata gurunya, genggam bara api biar sampai menjadi arang . Segala usahanya selama ini membuahkan hasil. - Amir berasa amat takut. Wajahnya yang tadi riang menjadi pucat macam mayat .

Gunakan ayat-ayat mudah dan juga ayat-ayat yang kompleks dengan seimbang.

- Farid diam membatu.

- Kalau aku mendengar nasihatnya, sudah

pasti peristiwa buruk itu tidak akan

berlaku.

Gunakan simpulan bahasa, peribahasa atau perbandingan semacam yang sesuai.

- Adam amat berbesar hari dengan

pertolongan yang dihulurkan oleh

rakannya itu.

- Memang betul kata gurunya, genggam bara

api biar sampai menjadi arang . Segala

usahanya selama ini membuahkan hasil.

- Amir berasa amat takut. Wajahnya yang

tadi riang menjadi pucat macam mayat .

Gunakan frasa-frasa yang menarik - Suria muda memancarkan sinarnya. - Mentari tinggi di kepala. - Langit cerah secera-cerahnya pada pagi itu. Tidak ada tanda hujan akan turun. Gunakan kosa kata yang tepat - menggendong beg sekolah - beg sekolahnya disandang di bahu - mengulum senyuman - peristiwa itu masih segar di ingatan

Gunakan frasa-frasa yang menarik

- Suria muda memancarkan sinarnya.

- Mentari tinggi di kepala.

- Langit cerah secera-cerahnya pada pagi itu.

Tidak ada tanda hujan akan turun.

Gunakan kosa kata yang tepat

- menggendong beg sekolah

- beg sekolahnya disandang di bahu

- mengulum senyuman

- peristiwa itu masih segar di ingatan

PROSES MENULIS Menulis Penutup Pengakhiran cerita perlu menghuraikan konflik/masalah dalam cerita. Boleh mengakhiri cerita dengan; (1) “happy ending” – penutup yang menggembirakan Sejak hari itu, Naqib dan Kamal menjadi sahabat yang akrab. Tidak mungkin mereka berdua dapat melupakan pengalaman itu. Saya telah mendapat pujian daripada pihak polis kerana keberanian saya. Sebenarnya saya tidak mengharapkan sebarang balasan kerana keikhlasan adalah sesuatu yang sungguh mulia.

Menulis Penutup

Pengakhiran cerita perlu menghuraikan konflik/masalah dalam cerita.

Boleh mengakhiri cerita dengan;

(1) “happy ending” – penutup yang menggembirakan

Sejak hari itu, Naqib dan Kamal menjadi sahabat yang akrab. Tidak mungkin mereka berdua dapat melupakan pengalaman itu.

Saya telah mendapat pujian daripada pihak polis kerana keberanian saya. Sebenarnya saya tidak mengharapkan sebarang balasan kerana keikhlasan adalah sesuatu yang sungguh mulia.

(2) “surprise ending” – penutup yang mengejutkan “ Ibu! Ayah!” Aku menjerit sekuat-kuatnya. Ibu dan ayahku terkejut melihat keadaanku yang berpeluh-peluh. Mereka hanya mampu tercengang-cengang tatkala mendengar pengalamanku itu. (3) Penutup yang berakhir dengan tragedi Sayangnya, kata-kata Harun terkabul. Kawan karibku telah pergi buat selama-lamanya. Yang tinggal hanya secebis nota dan kenangan manis bersamanya.

(2) “surprise ending” – penutup yang mengejutkan

“ Ibu! Ayah!” Aku menjerit sekuat-kuatnya. Ibu dan ayahku terkejut melihat keadaanku yang berpeluh-peluh. Mereka hanya mampu tercengang-cengang tatkala mendengar pengalamanku itu.

(3) Penutup yang berakhir dengan tragedi

Sayangnya, kata-kata Harun terkabul. Kawan karibku telah pergi buat selama-lamanya. Yang tinggal hanya secebis nota dan kenangan manis bersamanya.

(4) Penutup yang menggambarkan penyesalan Aku benar-benar menyesal dan bertekad tidak akan buat lagi. Aku berdoa agar diberi peluang untuk memulakan lembaran baru dalam hidupku. Aku sesal dan bersedih. Aku telah memalukan kedua-dua orang tuaku ayng telah banyak berjasa. Aku berjanji dan berazam akan berusaha untuk menjadi budak yang baik dan rajin berusaha.

(4) Penutup yang menggambarkan penyesalan

Aku benar-benar menyesal dan bertekad tidak akan buat lagi. Aku berdoa agar diberi peluang untuk memulakan lembaran baru dalam hidupku.

Aku sesal dan bersedih. Aku telah memalukan kedua-dua orang tuaku ayng telah banyak berjasa. Aku berjanji dan berazam akan berusaha untuk menjadi budak yang baik dan rajin berusaha.

SEMOGA MAJU JAYA DALAM PSLE! JUMAINA AMAN KCPPS 2006

Add a comment

Related presentations

Related pages

PANDUAN MENULIS KARANGAN - karanganbagus.blogspot.com

Pelancongan telah dilihat sebagai satu bidang ekonomi yang menguntungkan buat mana-mana negara di dunia ini. Contohnya, pelancongan yang berdasarkan ...
Read more

KARANGAN CEMERLANG - cikguramsulbmspm.blogspot.com

INSYAALAH SAYA AKAN LAMPIRKAN CONTOH KARANGAN PELAJAR TERBAIK SEBAGAI PANDUAN PELAJAR. ... dan menyelitkan frasa menarik, dan cara menulis karangan penutup.
Read more

PANDUAN PENULISAN KARANGAN - bmspm.net

PANDUAN PENULISAN KARANGAN (Bahagian 2 ... Menggambarkan pendirian dan juga keseluruhan karangan yang ... yang menulis atau mengira ataupun ...
Read more

Cikgu Dins.net

KARANGAN JENIS UCAPAN,SYARAHAN, DAN CERAMAH . PANDUAN MENULIS. 1. Karangan ini disampaikan dalam sesuatu majlis atau situasi. 2. Isi dan fakta mestilah ...
Read more

PANDUAN MENULIS KARANGAN UPSR - BAHASA NADI BANGSA

Dalam peperiksaan, sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita ...
Read more