Motivate Me!!!

50 %
50 %
Information about Motivate Me!!!
Spiritual

Published on March 5, 2014

Author: theHadzif

Source: slideshare.net

Description

Motivasi amat perlu dalam kehidupan. Ada cara mudah untuk memotivasikan diri.

MOTIVATE ME!!! 5 TRIK MUDAH UNTUK MOTIVASIKAN DIRI Kadang kala, kita akan merasakan diri tidak memiliki motivasi diri untuk melakukan aktiviti-aktiviti seharian. Rasa malas, letih, bosan, dan rendah diri yang melampau menyebabkan kita hilang fokus dalam sesuatu aktiviti. Namun, kita harus segera bangkit daripada perasaan tersebut dan tidak membiarkannya menyelubungi hidup secara total. 5 trik ini dapat dipraktikkan dan diaplikasikan kepada semua untuk membina semula motivasi diri.

#1 BERSOAL JAWAB DENGAN DIRI Setiap pagi, sebelum melakukan sebarang aktiviti, kita boleh bertanya beberapa soalan yang POWER tentang:  Apa yang saya nak capai hari ini?  Adakah saya gembira dengan kehidupan saya sekarang?  Bagaimana saya nak memperbaiki kehidupan hari ini supaya lebih baik dari semalam? Dengan bertanyakan soalan-soalan ini, anda tahu FOKUS anda pada hari tersebut dan berusaha untuk mencapainya serta perancangan hari tersebut dapat diatur dengan baik.

#2 BUAT SESUATU DAN SECARA BERTERUSAN Sekiranya anda merasa tidak bermotivasi dalam melakukan sesuatu, lebih elok sekiranya anda mulakan sesuatu yang mudah dahulu seperti membersihkan meja kerja, mengemas bilik dan aktiviti mudah yang lain. Anda perlu memulakan sesuatu kerja dan lakukannya secara berterusan. Sekiranya anda selesai melakukan tugasan, anda akan lebih PEKA untuk melakukan aktiviti seterusnya. Justeru, MULAKAN adalah perkara terbaik untuk memastikan momentum motivasi anda sentiasa meningkat.

#3 KELUAR DARI ZON SELESA Manusia biasanya bosan melakukan aktiviti yang biasa dan tiada pembaharuan. Oleh itu, penting untuk kita keluar dari zon selesa dan RILEX dengan melakukan sesuatu aktiviti yang mencabar. Contohnya dengan belajar memasak, bermain gitar, melukis atau melakukan aktiviti riadah seperti Calisthenics yang bakal memberi dimensi baharu dalam hidup. Banyak manfaat yang diperoleh apabila mempelajari sesuatu yang baharu. Selain dapat berkenalan dengan rakan baharu, kita juga dapat meningkatkan kemahiran diri secara OPTIMUM.

#4 TULIS SASARAN DAN TANYA SEBAB MELAKUKANNYA Kita semua mempunyai azam yang ingin dicapai namun motivasi diri yang tidak menentu menyebabkan sasaran atau GOAL dalam hidup kita tersasar. Cara yang paling mudah ialah dengan menulisnya. Minda kita tidak dapat menyimpan semua data sekaligus. Dengan menulis sasaran atau azam, kita dapat melihat dan mengingatkan anda tentang azam dan sebab anda inginkan perkara tersebut. Contohnya, anda berazam untuk mendapat badan yang sihat dan berketul-ketul (bagi lelaki aje), Tulis di tempat yang mudah dilihat seperti di cermin, almari baju dan sebagainya. Apabila anda melihat nota tersebut, semangat untuk memiliki badan yang diidamkan sentiasa berkobar-kobar.

#5 KETAHUI APA YANG ANDA GEMAR LAKUKAN Amat penting bagi seseorang untuk mengenali dirinya sendiri berkenaan apa yang disukai dan apa yang dibenci. Hal ini bagi membolehkan anda tahu aktiviti untuk dilakukan sekiranya motivasi diri mulai menurun. Sesetengah orang gemar mendengar muzik, membaca majalah dan beriadah untuk meningkatkan motivasi. Justeru, LAKUKAN. Ambil sedikit masa untuk melakukan apa-apa sahaja aktiviti kegemaran supaya tahap motivasi anda sentiasa SUKSES.

PEOPLE OFTEN SAY THAT MOTIVATION DOESN’T LAST. WELL, NEITHER DOES BATHING- THAT’S WHY WE RECOMMEND IT DAILY ZIG ZIGLAR

Add a comment

Related presentations

Related pages

Motivate Me - Overcome Procrastination

Motivate Me! helps people conquer procrastination. It contains practical advice to help you motivate yourself or motivate someone who would benefit from ...
Read more

motivate-me - Anmelden

Willkommen bei motivate-me. motivate-me ist dein Begleiter rund um das Thema Fitness und bietet folgende Kernfunktionen an: Übungsdatenbank - finde neue ...
Read more

Motivate Me Podcast - Motivate Me Podcast

WELCOME TO Motivate Me! Welcome! Motivate Me! is an interactive podcast where the goal is to interview guests who have incorporated a passion into their ...
Read more

Motivate Me - Welcome & Overview

Overview Of Site, People, Education & Business Training and Contact Details For Motivate Me
Read more

Home - MOTIVATE ME

Motivation the act or process of giving someone a reason for doing something.
Read more

MotivateMe NZ | Believe, Belong, Become

Motivate Me has upgraded! We're in the middle of relaunching our exciting new website here: motivateme.nz
Read more

Motivate Me - Challenge

The 100 day challenge: Life change program and action workbook contains 220 pages, with 100 individual challenges, questions to consider and actions to ...
Read more

Motivate Me

Скачать бесплатно обои для Вашего рабочего стола. Выберите разрешение Вашего ...
Read more

Job Interview Question: What Motivates You?

Examples of the best answers for the job interview question, "What motivates you?" with tips and advice for answering.
Read more

Motivate Me NZ - Facebook

Motivate Me NZ, Auckland, New Zealand. 107,131 likes · 6,951 talking about this. The MMNZ FB page is here to share insight of what its like to be a...
Read more