Lembayung senja (full edition)

100 %
0 %
Information about Lembayung senja (full edition)
Books

Published on July 19, 2013

Author: hilmiqimie

Source: slideshare.net

Cerpen LembayungSenja Lembayung Senja Ufuk Fajar baru sahaja memunculkan diri.Tahun baru, baru sahaja bermula sambil diiringi azam dan harapan yang masih segar. Aliya bangun dan melangkah ke dapur untuk ke bilik air bagi mempersiapkan diri untuk ke pejabatnya. Dengan harapan dan azam yang masih menyala di dada, Aliya melangkah setapak demi setapak dengan harapan yang masih membara ke bilik air. Usai mempersiapkan diri, Aliya menghirup udara segar dan bersedia untuk solat Subuh. Selepas solat Subuh, Aliya berdoa memohon apa-apa yang dihajatinya. Dalam doanya, Aliya memohon kepada Tuhan yang maha Esa Allah S.W.T agar memanjangkan umur dan di permurahkan rezeki bagi menghadapi tahun baru yang mencabar ini. Selaku seorang CEO yang baharu di Syarikat Unity Jaya, Aliya menuju ke pejabatnya di ibu kota seawal jam 6.45 pagi. Sambil memandu kereta “ porsche 198 Spyder” nya, Aliya terkenang suatu masa dahulu bagaimana dia boleh menjadi ahli korporat yang berjaya. Aliya bukan seorang yang senang lenang, hidup bertuankan wang ringgit sebaliknya Aliya hanya seorang manusia yang hidup susah dan hanya bertemankan teratak buruk di hujung Kampung Parit, Kuala Pilah. Dahulunya, Aliya hanya menolong ibu bapanya menjual air soya dan kuih muih ke setiap penduduk kampung. Sehinggalah ada seorang pemuda dari Bandar datang ke kampung untuk mencari seorang pemuda kampung yang berbakat besar. Sedang asyik mengenangkan kisah silamnya, secara tiba-tiba, muncul sebuah kereta Perodua Kancil dari simpang sebelah kanan. Kereta yang dipandu Aliya hilang kawalan dan secara tidak sengaja terlanggar kereta kancil tersebut. Aliya terus keluar dan melihat keadaan kereta dan pemandu kereta kancil tersebut. Seputik cinta mekar di hati Aliya sebaik melihat wajah pandang pertama pemuda yang memandu kereta KAncil tersebut. “ A..A..Awak, sa..sa..ya minta maaf terlanggar kereta A…A…wak” kata Aliya sambil tergagap-gagap. Pemuda yang memandu kereta Kancil tersebut mirip iras pelakon terkenal Aaron Aziz. Aliya yang masih terperanjat dengan kejadian seumpama itu, terus meminta maaf sambil menyatakan bahawa dia sudah lambat untuk ke tempat kerja “ Awak, saya minta maaf. Saya sudah lambat untuk ke tempat kerja. Saya tinggalkan kamu kad saya, awak call saya selepas

Cerpen LembayungSenja waktu pejabat” . Pemuda yang memandu kereta kancil tersebut tekedu dengan tindakan anak gadis yang melanggar keretanya. Di pejabat, Aliya mengeluh dengan sikapnya yang suka mengelamun ketika memandu. Tindakannya mengelamun ketika memandu pagi tadi telah menyebabkan nyawanya hampir berada dalam bahaya. Aliya terus memanggil rakannya untuk meminta nasihat dan pandangan. “ Anis, masuk ke dalam bilik saya”, katanya dengan suara yang lembut melalui telefon pejabatnya. Anis melangkah ke dalam pejabat Aliya dengan senyum yang melekat di bibir. Sambil tersenyum, Aliya memulakan percakapannya bersama Anis, “Anis aku nak minta pandangan engkaulah, tadi aku terlanggar seorang mamat. Dia pandu kereta kancil, tapi aku terlanggar dia. Aku rasa aku suka dialah aku tengok dia macam orang baik je.”, kata Aliya bersungguh sungguh. “ Aliya, macam mana boeh jadi macam tu? Ko okey tak? Dia okey tak? Kalau kau suka dia kau cakap je lah kat dia” kata Anis terperanjat. Jam di tangan menunjukkan jam 5.00 petang. Aliya masih menunggu panggilan telefon dari pemuda yang memandu kereta kancil pagi tadi. “kring, kring, kring” telefon bimbit Aliya berbunyi, tangkas Aliya menjawab panggilan tersebut. Sangkaan Aliya ternyata benar kerana pemuda yang membawa kereta kancil tersebut yang memanggil. Aliya telah dijemput untuk ke sebuah restoran di ibu kota untuk membincangkan masalah yang mereka berdua hadapi. Tanpa berfikir apa-apa, Aliya terus menerima pelawaan pemuda tersebut untuk makan malam di restoran makanan laut bersebelahan Pasaraya “SOGO”. Sebaik sahaja Aliya meletakkan telefon, Aliya berbisik di hati sendiri “ Macho juga suara pemuda tu ya..”. Setibanya di rumah, Aliya melihat jam di tangan. Tepat jam 6.30 petang. Aliya masih belum menunaikan solat fardu Asar. Lantas Aliya mengambil wudhu dan menyelesaikan solatnya. Kemudian, Aliya masuk ke dalam bilik dan bersiap untuk makan malam bersama pemuda yang ditemui pagi tadi. Usai mempersiapkan diri, Aliya mengintai di luar tingkap untuk melihat suasana senja. Sambil bertemankan lembayung senja, kelihatan kanak-kanak berlari pulang ke rumah sambil ditemani ibu bapa yang bercekak pinggang di hadapan pagar rumah. Sungguh cantik pemandangan pada waktu senja di hadapan mata Aliya. Azan baru sahaja berkumandang menandakan waktu maghrib telah tiba. Aliya lantas bangun untuk menyelesaikan solatnya. Selepas memastikan pintu rumah di tutup rapi, Aliya melangkah ke kereta Porsche nya yang kemik di bahagian depan. Kereta itu di pandunya secara berhati hati supaya tidak mahu mengulangi kejadian yang telah menimpanya pagi tadi. Setibanya di restoran yang dijanjikan, Aliya terus mencari pemuda idaman nya itu. Nun jauh di sudut restoran terletaknya pemuda tersebut sambil hidangan makan malam penuh di atas meja. Pada fikiran Aliya, ianya seperti satu date dengan pemuda yang kacak idamannya. Setibanya Aliya di meja tersebut, Aliya disambut seperti puteri yang disinari sinar bulan. Penuh sopan pemuda tersebut memperkenalkan dirinya, “ Assalamualaikum, saya Izham. Minta maaflah manyusahkan awak malam malam ni. Semuanya untuk menyelesaikan masalah antara kita. Boleh saya tahu apa nama awak?”. Aliya menjawab dengan tenang, “Nama saya Aliya binti Kassim. Awak boleh panggi saya Aliya”. Mereka terus berbincang sambil menikmati hidangan yang disediakan oleh Izham. Perbincangan mereka terhenti selepas telefon bimbit

Cerpen LembayungSenja Aliya berdering. “ Ya, Aliya bercakap. Ok, saya gerak sekarang, di mana? Baiklah saya akan sampai dalam masa setengah jam” balas Aliya dengan muka cemas. Izham terkejut dengan riak muka Aliya yang berubah secara tiba tiba. Aliya kemudiannya meminta Izham menemankannya ke Hospital Jalan Darau. “Maksu saya memang dah lama sakit, tapi..” sengaja Aliya tak nak menghabiskan kata katanya. Aliya menitiskan air mata kerana berasa bersalah kerana meninggalkan maksunya berseorangan di rumah sedangkan dia sendiri tahu Maksunya menghidap penyakit barah hati. “Aliya, kamu tak perlu rasa bersalah. Ini semua kerja Tuhan, Dia dah menetukan hala tuju kita sejak azali lagi!” tegas Zahari sepupunya iaitu anak Puan Rogayah yang sedang terlantar. “Ya Aliya, kamu tidak perlu rasa bersalah kerana ini semua adalah ujian kepada kita yang masih hidup. Yang lepas, biarkan sahaja lepas” pujuk Izham yang menemani Aliya ke hospital. Dalam wad yang sama, Aliya barau sahaja mengetahui bahawa Izham dan Zahari sebenarnya sudah lama berkenalan semenjak di IPTA lagi. Jadi, tidak asinglah sekiranya Aliya melihat Zahari dan Izham bersembang sepanjang waktu lawatan. Aliya sekali lagi menitiskan air mata kesedihannya apabila mahu pulang. Rasa kesalannya masih tersimpan dalam hatinya. 5 tahun yang lepas… “Assalamualaikum, makcik, pakcik, saya pegawai dari Jabatan Sumber Manusia. “Saya sedang mencari seseorang yang bernama Aliya binti Kassim” sergah pemuda itu. Pemuda yang lagaknya berumur 21 – 25 tahun itu menunjukkan surat yang dkeluarkan oleh Syarikat Unity Jaya. “ Aliya, jangan pergi… nak, maksu taka da apa apa selain kamu. Anak Maksu semua dah ke kota mencari rezeki. Sekarang kamu sahaja yang menjadi peneman maksu” rayu Maksu. Aliya terus mengambil surat daripada pemuda yang katanya dari Kementerian Sumber Manusia itu. Ditatapnya sebaris demi sebaris, Gaji pokoknya sahaja ialah RM 80,0000. Matanya terpana tidak berkelip, lantas menerima tawaran untuk bekerja di Syarikat Unity Jaya sebagai pembantu peribadi CEO. Tahap kesihatan Maksunya yang tidak menentu diendahkan oleh Aliya. Aliya yang memang berhasrat untuk mendapatkan kerja di kota tidak dapat menolak tawaran yang diberi. Tepat jam 5 petang, Aliya mengikut pemuda tersebut untuk ke rumah yang diberikan khas oleh Syarikat Unity Jaya. Air mata Maksu tidak berhenti henti meleleh sejak itu. Tinggallah Maksu seorang diri bertemankan kucing peliharaannya Si Merah. Keadaan Maksu menampakkan positifnya dan boleh balik ke rumah dalam jangka masa yang terdekat. Penyesalan Aliya berakhir apabila beliau sendiri yang membiayai segala kos pembedahan dan rawatan maksu. Aliya berhasrat untuk membawa Maksu ke rumahnya di Ibu Kota. Dengan keizinan yang telah di beri oleh Zahari, Aliya membawa Maksu ke rumahnya untuk di jaga dengan rapid an terurus. Izham yang boleh diibaratkan amat suka akan Aliya turut berada di hospital. Mereka akan membawa Maksu ke rumah Aliya. “Makcik, Saya Izham kawan Aliya. Mari saya tolong angkat beg Makcik” ramah Izham. Tidak disangka, pertemuan Izham dan Aliya di persimpangan jalan menjadi ikatan

Cerpen LembayungSenja persahabatannya kuat dan menunjukkan sifat semula jadi cinta. Cinta pandang pertama telah menyebabkan Aliya mahupun Izham menjadi angau dan miang. Setelah beberapa bulan berlalu, barulah Maksu perasan bahawa Aliya sedang dilamun cinta. “Aliya, Maksu tengok Aliya macam orang yang bercinta je..” kata Maksu memulakan bicara. “Eh! Mana ada, Aliya mana ada bercinta. Aliya sibuk bekerja je.” Sanggah Aliya. “Kalau dah balik malam, pakai wangian, bawa balik berjambak jambak bunga bukan tengah bercinta namanya tu..” bidas Maksu yang tidak memberi ruang kepada Aliya untuk bercakap. “Aliya kawan je dengan Izham tu. Kalau dia menunjukkan kasih dan sayangnya, saya akan terimanya.” Kata Aliya berterus terang. “ kalau dah bercinta tu baguslah. Jangan lama lama sangat nanti membawa ke aarah maksiat” nasihat Maksu kepada Aliya. Aliya tersenyum mendengar kata kata yang di lontarkan oleh Maksu. “Aliya cakap je kat Izham supaya masuk meminang. Boleh kahwin dengan cepat. Maksu pun dah lama nak menimang cucu.” Tertawa maksu dan Aliya bersama. Aliya beranggapan nasihat yang diberikan oleh maksunya itu merupakan nasihat yang di berikan oleh arwah ibunya dahulu. Sungguh, Aliya mengikut nasihat yang diberikan oleh maksunya. Malam keesokan harinya, Aliya makan malam dengan Izham seperti biasa. “Izham, are you serious with this friendship? Or we‟ll be only just friend?” soal Aliya usai menjamah hidangan yang disediakan. “Aliya, walau hatiku digigit semut merah, walau hatiku dibakar panas api, aku masih boleh berfikir dengan waras. Aku mencintaimu melebih aku menyayangi diriku. Kiranya itu yang kau harapkan, aku berjanji akan membimbing mu sebagai isteriku” lembut gigi dari lidah. “my mom told I that you must masuk meminang dengan cepat” pujuk Aliya. “Kalau begitu, saya akan cuba berurusan dengan cepat.” Kata Izham. Kadangkala Aliya tidak menyukai sikap terkutuk izham yang suka mengelap tangan yang basah di alas meja makan. Memang terkutuk, namun dalam hati Aliya ad ataman yang penuh dengan bunga bunga dan rerama yang cantik. Lagak orang bercinta, semua yang salah jadi betul. Kini, semua persiapan sudah berjalan dengan lancar. Aliya masih menunggu pengantin lelakinya. Aliya yang pertama kali naik ke pelamin berasa sedikit takut dan gusar dengan kehadiran Izham. Sesuatu yang tidak disangka, jadual perancangan majlis telah diatur. Semua hadirin yang datang menantikan pengantin lelaki dan perempuannya bersanding. Aliya cuba membuat pangilan kepada Izham namun tiada siapa yang mengangkatnya. Kebarangkalian telefon bimbitnya tertinggal di rumah pengantin lelaki. Aliya berasa resah dan gelisah, memikirkan Izham. Tiba tiba rentak lagu „kosong‟ nyanyian Najwa Latif berkumanang di bilik Aliya. Dilihatnya skrin di telefon bimbitya, Izham memanggil. “Assalamualaikum, cik, saya daripada ibu pejabat polis Dang Wangi, boleh saya tahu siapa yang bercakap dan hubungan cik dengan Izham?” soal pegawai polis tersebut. Hancur luluh hati Aliya apabila dia mengetahui Izham terlibat dalam kemalangan. “Izham! Bangunlah! Jangan buat macam ini! Bangun!” tangis Aliya. Air matanya mengalir di pipinya yang gebu. Rasa pilu dan hiba muncul kepada setiap pelawat. Dengan masih memakai pakaian pengantinnya, Aliya menggagahkan dirinya untuk ke hospital. Begitu parah keadaannya. Sehinggakan doktor yang merawat Izham mengatakan

Cerpen LembayungSenja keberangkalain untuk hidup itu rendah kerana Izham telah benyak kehilangan darah. Sebanyak 40 % darahnya telah tiada dalam badan. Nyawa Izham seratus peratus berada dalam tangannya. Kiranya, ia tidak mampu menahan segala siksaan atau tidak tabah dalam melawan segala kesakitan, bila bila masa sahaja Izham akan pergi. Pergi yang buat kali terakhir yang tidak akan dapat kembali. Hampir setiap hari Aliya menangis mengenangkan nasibnya yang tidak baik. Segala harta yang dia ada, akan digunakan untuk memulihkan Izham daripada tidurnya yang lena. Segala tanggungan untuk membiayai kos rawatan untuk hari yang ke tiga telah mencapai RM 1000. Maksu Aliya cuba memujuk Aliya dengan mengingatkan dia kepada Tuhan yang maha Esa. Akhirnya, masuk hari keempat Izham terlantar, Aliya sudah boleh menerima takdir yang ditentukan oleh Allah. Mulai hari itu, Aliya cuba untuk mendekatkan diri kepada Allah. Aliya fikir dengan mendekatkan dirinya kepada Allah lebih membuatkan ia tenang dan tenteram. Walaupun keadaan Izham masih pada tahap yang membimbangkan, namun doktor berpendapat Izham merupakan orang yang tabah kerana degupan jantungnya berada dalam keadaan yang normal seperti orang kebiasaan. Kadar degupan jantungnya boleh dikatakan seperti jantung orang yang sedang bersukan di padang kata doktor Andy yang merawat Izham. Kini, sudah dua bulan Izham terlantar di hospital. Izham yang masih tidur lena dibuai mimpi yang indah. Kehidupan Aliya kembali semula kepada asalnya, Aliya kembali bekerja untuk mendapatkan wang bagi membiayai keperluan Izham. Setiap hari selepas waktu pejabat, Aliya akan ke hospital dan melawat Izham. Sebagai seorang isteri yang bertanggungjawab, Aliya membacakan surah Yaasin dan ayat suci Al Quran yang lain. Aliya sentiasa menanti nantikan saat dia boleh bercakap dengan Izham semula. Setelah berfikir masak masak, Aliya cuba untuk membawa Izham ke rumah untuk mengurangkan kos pembiayaan bagi merawat Izham di hospital. Dengan cara begitu, Aliya tidak perlu membuang wang dan masa ke hospital setiap hari. Sekiranya Aliya peri kerja, Maksu akan menjaga Izham. Maksu yang sudah pulih daripada sakit barahnya juga memerlukan rawatan sekurang kurangnya satu bulan sekali. Alhamdulillah, Maksu memberikan kerjasama kepada Aliya untuk menjaga suaminya itu. Namun, satu perkara sahaja yang membuatkan Maksu tidak sanggup iaitu melihat wayar wayar yang diikat dan di masukkan melalui mulu, hidung dan sebahagian tubuh Izham. Aliya melangkah masuk rumahnya yang tidak kunci dari dalam. “Maksu! Oh Maksu, kenapa tak kunci pintu ni? Orang masuk tahulah.” Jerit Aliya seraya melihat pintu rumahnya tidak dikunci. Maksu keluar dari dapur sambil membawa satu senduk kecil. “Maksu buat apa tu?” Tanya Aliya kehairanan. “ni, Maksu masak makanan kegemaran Aliya. Tomyam dan ikan masin goreng bersama petai.” Balas Maksu sambil mengangkat angkat senduknya yang besar. “Wah, makin comel la maksu ni, tahu tahu je Aliya nak makan tomyam” Kata Aliya sambil tersengih. “Abang Izham ok tak?” tanya Aliya. “tiada perubahan, gerakan satu pun tiada” balas Maksu sambil tertunduk sedih. Aliya kemudian masuk ke biliknya untuk membersihkan diri dan solat Asar. Selepas menyelesaikan solatnya, Aliya bergerak ke bilik Izham dan mendekatkan dirinya ke katil Izham. Aliya mula menitiskan air mata dan membaca ayat suci Al Quran. Dengan harapan Izham akan kembali sembuh seperti sediakala.

Cerpen LembayungSenja Setelah genap empat bulan Izham terlantar, Aliya masih menunjukkan semangat kasih sayang beliau kepada Izham. Bagi Aliya, biarpun Izham tidak terjaga dari tidurnya yang lena, namun Aliya masih bercakap dengan Izham yang kaku. Aliya baru pulang dari tempat kerja dan terus masuk ke bilik Izham. Kali ini, masuknya bukan lagi sia sia. Izham sudah tersedar daripada tidurnya yang lena. Namun masih tidak boleh bercakap. “Maksu!! Masuk sini! Izham dah bangun.” Jerit Aliya kegembiraan. Maksu pun berlari lari anak ke bilik Izham. Di pandangnya ke dalam bilik, Izham sedang termenung memandang syiling rumah, matanya tidak berkelip. Kemudian maksu terpandang sesuatu yang aneh, matanya membulat lantas di sentuhya ibu jari kaki Izham. “Cepat ajar Izham mengucap, nak” pinta Maksu tanpa disangkal. Setelah berhempas pulas selama 3 minit, Izham meninggalkan Aliya dan Maksu. “Maksu!!! Abang Izham dah pergi...” jerit Aliya sambil menangis teresak esak. “sudahlah nak, biarkan dia pergi dengan tenang. Doakan kesejateraan dia” pinta Maksu sedih. Aliya masih menangis kerana tidak dapat menerima apa yang telah berlaku. Walaupun Arwah Izham telah disemadikan dua jam lalu, Aliya masih boleh mengeluarkan air matanya yang murah itu. Harapan sebenarnya ialah mahu Izham sembuh dan boleh didakapnya untuk menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab. Namun, segalanya telah berubah. Aliya yang pastinya akan kekal berseorangan kerana dalam perjanjiannya kepada Izham, bahawa dia tidak akan meninggalkan suaminya walaupun mereka berbeza tempat. Apakah nasib Aliya selepas ketiadaan Izham? Adakah nasib Aliya baik atau buruk? Begitulah akhirnya kehidupan yang senang dan harapan yang baru. Kematian dan kecelakaan tidak datang mengikut waktu sebaliknya datang tanpa diduga. Sesuatu yang indah tidak semestinya akan berakhir dengan sesuatu yang indah. Kehidupan yang terang dan indah (lembayung senja) akan berakhir dengan pengakhiran hari (malam) dan disebalik malam ada hikmahnya yang tersembunyi. Ada sinar yang menyala agar menjadi pengajaran kepadasetiapinsan yang masihmempunyaipeluanguntukbernafas di mukabumiini. CerpenlembayungsenjainimemaparkankisahcintaAliyadanIzham yang berakhirdengantragedi.Disebalikkegelapanmalam, adacahayabulandanbintanguntukdijadikanpedomankepadasetiapinsan di mukabumiini.Untukmengetahuisambungannya, dapatkan „MentariSenja‟.

Cerpen LembayungSenja Lembayungsenja, Damainyahatikalakulihatdirimupulang, Dianataarakanawankomulus yang memerah, Tertimpacahaya mu, Di iringihembusan sang bayu, Yang kianmenyamarkansenjamu, Hinggahadirkanpekat di malamku, Sekian, Wassalam. Pengarang : HilmiQimie : hilmi_navyboy37@yahoo.com

Add a comment

Related presentations

Related pages

Lembayung Senja - Scribd - Read books, audiobooks, and more

senja itu selalu indah bak memutar memori kenangan lalu tanpa rasa malu ... Lembayung Senja. by RagilWibowo. 3 views. Embed. ... The Hemingway Library Edition.
Read more

Lembayung Senja | Facebook

Lembayung Senja is on Facebook. Join Facebook to connect with Lembayung Senja and others you may know. Facebook gives people the power to share and makes...
Read more

Lembayung Senja | LinkedIn

View Lembayung Senja’s professional profile on LinkedIn. LinkedIn is the world's largest business network, helping professionals like Lembayung Senja ...
Read more

Lembayung Senja - YouTube

Standard YouTube License; ... Sejarah PSHT TVRI full - Duration: ... vs lembayung senja sudut biru - Duration: 12:37. budy nizam 228 views.
Read more

Read LEMBAYUNG SENJA - (ICHLIEBEDICH) - Wattpad

LEMBAYUNG SENJA:(ICHLIEBEDICH) - Tout le monde sait que, I'm just sick of pretending to be happy. Temukan . Jelajahi; ... Spammer Edition, 8:52 pm-Nadine.
Read more

Lembayung Senja - YouTube

Lembayung Bali by Saras Dewi ... 4:45 Chrisye - Pergilah Kasih Full Album (Side B ... Purwokerto membara,,,LEMBAYUNG SENJA band ...
Read more

Download Lembayung Senja - Anugerah - EP Full Album (2016 ...

Assalamualaikum Lembayung Senja - Anugerah - EP Full Album (2016) Mp3 Informasi Artis : Lembayung Senja Album : Anugerah - EP Genre : Pop Tahun : 2016 ...
Read more

Download Lembayung Senja - Anugerah - EP (2016) Full Album ...

Download Secara Gratis Lagu-Lagu Dari Lembayung Senja - Anugerah - EP (2016) (Full Album) Di Wap Ini Hanya Sekedar Review/Promosi Saja Silahkan Beli CD/DVD ...
Read more