advertisement

Kepegawaian Dalam Sukan Bola Tampar

50 %
50 %
advertisement
Information about Kepegawaian Dalam Sukan Bola Tampar
Education

Published on March 13, 2014

Author: sandracillarinduh

Source: slideshare.net

Description

Volleyball
advertisement

PENGENALAN

• Skor pengadilan bagi sesuatu perlawanan akan mengandungi pegawai-pegawai berikut: 1. Referi pertama 2. Referi kedua 3. Pencatat skor 4. Empat (dua) pengadil garisan

PROSEDUR

1. Mereka boleh meniupkan wisel semasa suatu gangguan permainan bagi menandakan sama ada mereka membenarkan atau menolak sesuatu permintaan pasukan. 2. Selepas sahaja referi meniupkan wisel untuk mengisyaratkan tamatnya sesuatu rali, dia mesti menunjukkan dengan syarat rasmi tangan • Jenis kesalahan yang berlaku • Pemain yang melakukan kesalahan • Pasukan yang akan membuat servis

3. Hanya referi pertama dan referi kedua boleh meniup wisel semasa perlawanan: i. Referi pertama Memberi isyarat untuk servis memulakan rali ii. Referi pertama & referi kedua Mengisyaratkan tamatnya perlawanan dengan syarat: ‒ yakin kesalahan telah berlaku ‒ mengenal pasti jenis kesalahan itu.

PENGADIL 1 & PENGADIL 2

KEDUDUKAN 1. Pengadil 1 berdiri di hujung jaring yang membahagikan gelanggang bola tampar 2. Sudut pandangannya haruslah kira-kira 50cm di atas jaring

BIDANG KUASA 1. Menjaga perlawanan dari awal hingga akhir 2. Mempunyai kuasa ke atas semua pegawai dan pasukan yang bertanding 3. Keputusannya adalah muktamad 4. Berhak menggantikan seorang pegawai yang tidak menjalankan tugasnya dengan betul 5. Mengawal tugas dan kerja pengutip-pengutip bola 6. Tidak membenarkan sebarang perbincangan tentang keputusannya

TANGGUNGJAWAB • Sebelum mulanya permainan:- i. Menyemak keadaan kawasan bermain bola dan lain-lain peralatan ii. Manjalankan lambungan syiling dengan kedua- dua kapten pasukan iii. Mengawal sesi memanaskan badan kedua-dua pasukan

• Semasa perlawanan hanya referi pertama berkuasa untuk: i. Mendenda salah laku dan kelengahan ii. Membuat keputusan terhadap kesalahan: ₋ servis dan posisi-posisi pasukan yang membuat servis, termasuk lindungan. ₋ bermain bola ₋ yang dilakukan pada bahagian atas jaring dan atas parasnya.

PENGADIL 2

LOKASI Menjalankan tugasnya berdiri berhampiran tiang di luar gelanggang bermain pada sebelah yang bertentangan dan menghadap referi pertama.

BIDANG KUASA 1. Menolong referi pertama 2. Menggantikan referi pertama jika referi pertama tidak dapat meneruskan kerjanya 3. Memberi isyarat kesalahan di luar kuasanya tanpa membunyikan wisel tanpa berkeras terhadap referi pertama 4. Mengawal tugas pencatat skor

5. Menyelia ahli-ahli pasukan yang berada di bangku pasukan dan melaporkan salah laku mereka kepada referi pertama 6. Membenarkan gangguan, mengawal tempoh dan menolak permintaan yang tidak wajar 7. Mengawal masa berhenti yang digunakan oleh setiap pasukan 8. Melaporkan masa rehat kedua dan penggantian yang kelima dan keenam kepada referi pertama dan jurulatih yang berkenaan

9. Megawalpemain-pemain yang berada di dalam kawasan memanaskan badan 10. Bagi kes kecederaan, dia membenarkan penggantian pemain itu atau masa untuk memulih 11. Memeriksa keadaan lantai, terutamanya di zon depan 12. Memeriksa bola semasa perlawanan, sama ada masih memenuhi peraturan atau tidak

TANGGUNGJAWAB 1. Menyemak sama ada kedudukan sebenar pemain di dalam gelanggang sepadan dengan yang berada dalam borang barisan utama. 2. Semasa perlawanan, referi kedua memutuskan, meniupkan wisel dan mengisyaratkan: i. Kesalahan-kesalahan posisi pasukan yang menerima servis. ii. Sentuhan pemain dengan jaring dan antenna pada sebelah gelanggangnya.

iii. Bola yang melintasi satah jaring di luar lintasannya atau yang menyentuh antena pada sebelah gelanggangnya iv. Penembusan ke dalam gelanggang dan ruang lawan di bawah jaring v. Sentuhan bola dengan objek luar atau dengan lantai

PENCATAT SKOR

TANGGUNGJAWAB 1. Mengisi borang skor mengikut peraturann dan bekerjasama dengan referi kedua. 2. Sebelum mulanya suatu perlawanan: i. Mendaftar data perlawanan dan pasukan mengikut prosedur ii. Mendapatkan tandatangan kapten dan jurulatih 3. Jika dia gagal menerima borang barisan utama, dia hendaklah dengan segera memberitahu perkara ini kepada referi kedua 4. Barisan utama ini tidak boleh ditunjukkan kepada sesiapapun, melainkan referi-referi.

Semasa perlawanan: 1. Merekodkan skor dan memastikan papan skor menunjukkan skor yang betul. 2. Mengawal susunan servis setiap pasukan dan memberitahu sebarang kesilapan kepada referi-referi dengan serta-merta selepas sahaja pukulan servis dibuat. 3. Merekodkan masa henti dan penggantian pemain, mengawal bilangannya, dan memberitahu referi kedua.

4. Memberitahu kepada referi-referi tentang permintaan bagi gangguan yang tidak mengikut peraturan 5. Mengumumkan kepada referi-referi berkenaan akhirnya setiap set dan pencapaian poin kelapan dalam set penentuan 6. Merekodkan denda, amaran dan penalti

Akhir perlawanan : 1. Merekodkan keputusan muktamad 2. Selepas menandatangani borang skor, dapatkan tandatangan kapten pasukan dan kedua-dua referi 3. Bagi kes bantahan, menulis atau membenarkan kapten pasukan menulis di dalam borang skor suatu pernyatan tentang peristiwa bantahan

PEMBANTU PENGIRA MATA

LOKASI Pembantu pengira mata duduk di sebelah pengira mata di meja pengiraan mata

BIDANG TUGAS 1. Mencatat penggantian libero di dalam lembaran pengesanan libero 2. Memaklumkan apa-apa kesalahan penggantian libero 3. Mengendalikan papan mata manual 4. Memeriksa mata pada papan mata dengan lembaran mata yang terdapat pada pegawai pengira mata.

PENJAGA GARISAN

1. Penjaga-penjaga garisan memerhati garis hujung dan garis tepi gelanggang 2. Memberi isyarat kepada pengadil untuk membuat panggilan kehakiman 3. Penjaga garisan dibolehkan untuk menggunakan bendera untuk membuat isyarat. 4. Antara isyarat yang akan dilakukan oleh penjaga garisan adalah semasa bola ‘masuk’ atau ‘keluar’, menyentuh bola ‘keluar’ oleh penerima bola, bola menyentuh antena, kedudukan pemain yang membuat servis dan apabila bola menyentuh kaki

ISYARAT-ISYARAT TANGAN RASMI

REFERI 1 MEMBENARKAN SERVIS DIBUAT SALAH LAKU, AMARAN ATAU PENALTI PEMECATAN PEMBATALAN KELAYAKAN

BOLA TIDAK DILAMBUNG ATAU DILEPASKAN PADA KETIKA PUKULAN SERVIS DIBUAT. AMARAN KELENGAHAN KELEWATAN DALAM SERVIS. PEGANG BOLA KESALAHAN SERENTAK

ISYARAT REFERI I DAN II PASUKAN YANG AKAN MEMBUAT SERVIS MASA HENTIAN PENGGANTIAN AKHIRNYA SET PENUKARAN GELANGGANG KESALAHAN MENGADANG

KESALAHAN POSISI ATAU PUTARAN BOLA “DALAM” BOLA “KELUAR” EMPAT SENTUHAN DUA SENTUHAN PUKULAN LARANGAN

JARING DISENTUH OLEH PEMAIN ATAU BOLA SERVIS MENJANGKAU MELEPASI JARING PUKULAN SERANGAN PENEMBUSAN KE DALAM GELANGGANG LAWAN BOLA DISENTUH

TERIMA KASIH KERANA MENDENGAR

Add a comment

Related presentations

Related pages

Kepegawaian Dalam Sukan Bola Tampar - Education

Kemahiran Merejam dalam Bola Tampar Kemahiran Merejam OLEH :NURUL HAFAZAH BINTI MUSTAFA PISMK 5.01 ( PA) Asal Usul Kemahiran Merejam Di Manila, Orang asli ...
Read more

Bola Tampar - scribd.com

Scribd is the world's largest social reading and publishing site.
Read more

BAB 1 DASAR 1 MURID 1 SUKAN BAB 2 PENGURUSAN KELAB SUKAN ...

Bola Tampar 10 BAB 2 PENGURUSAN KELAB SUKAN Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat muhibah, kesefahaman, toleransi ...
Read more

PERMAINAN BOLA TAMPAR - ameeroza.blogspot.com

Pelajar dapat menguasai kemahiran asas dalam sukan dan permainan. ... UNDANGUNDANG/PERATURAN BOLA TAMPAR RASMI FIVB.
Read more

Sejarah dan Perkembangan Bola Tampar Dunia - pt.scribd.com

Aktiviti sukan bola tampar tergendala semasa ... Series Men's Circuit. satu usaha untuk memupuk minat dalam sukan ini ... Kepegawaian Bola Tampar.
Read more

Bola Tampar Sekolah Rendah - ml.scribd.com

... KELAB SUKAN Pengenalan Penubuhan Kelab Sukan Organisasi Kelab Sukan Bidang Tugas Jawatankuasa Kelab Sukan LATAR BELAKANG SUKAN BOLA TAMPAR Sejarah Dan ...
Read more