KEBERKESANAN MENDRAF POLA TERUS PADA FABRIK BAGI BAJU KURUNG PESAK BULUH DAN KAIN OMBAK MENGALUN SEBAGAI ALAT BANTU PDP

100 %
0 %
Information about KEBERKESANAN MENDRAF POLA TERUS PADA FABRIK BAGI BAJU KURUNG PESAK BULUH...
Education

Published on March 22, 2014

Author: HanizahTalip

Source: slideshare.net

Description

Objektif am modul ini adalah supaya pelajar-pelajar akan dapat memahami dan mneguasai perkara-perkara seperti berrikut:-
i) Mengetahui dan mengenali cara lain dalam mendraf pola
ii) Menghasilkan pakaian dalam tempoh yang singkat
iii) Dapat memberi impak pada perusahaan pakaian

PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN DALAM PDP TAJUK: KEBERKESANAN TEKNIK MENDRAF POLA TERUS PADA FABRIK BAGI BAJU KURUNG PESAK BULUH DAN KAIN OMBAK MENGALUN SEBAGAI ALAT BANTU PDP DISEDIAKAN OLEH : HANIZAH BINTI TALIP KOLEJ KOMUNITI BUKIT MERTAJAM

1.1Latar Belakang Kajian Kolej Komuniti berperanan menjadi sebuah gedung ilmu untuk member peluang latihan dan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat serta memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi. Program Sijil Fesyen di Kolej Komuniti Bukit Mertajam merupakan Program dalam menyalurkan ilmu kepada masyarakat setempat. Terdapat beberapa kursus dalam program ini untuk melayakkan pelajar mendapt sijil Fesyen dan Pakaian Kolej Komuniti. Kursus membuat Baju Kurung Pesak Buluh dan Kain Ombak Mengalun merupakan modul yang dipelajari oleh pelajar SMK 1 Pakaian Tradisonal Wanita Sijil Modular Kebangsaan Fesyen dan Pakaian, Kolej Komuniti.Pendekatan teknik PDP modul ini berfokus untuk member pendedahan kepada pelajar. Objektif am modul ini adalah supaya pelajar-pelajar akan dapat memahami dan mneguasai perkara-perkara seperti berrikut:- i) Mengetahui dan mengenali cara lain dalam mendraf pola ii) Menghasilkan pakaian dalam tempoh yang singkat iii) Dapat memberi impak pada perusahaan pakaian Kursus Kursus membuat Baju Kurung Pesak Buluh dan Kain Ombak Mengalun banyak melibatkan proses amali yang memerlukan pelajar berkemahiran dengan lebih baik lagi. Teknik pengajian dan penilaian untuk modul ini lebih bertumpukan kepada penghasilan pakaian secara mudah tampa menggunakan kertas minyak.

1.2 Pernyataan Masalah Kebanyakan pelajar Fesyen dan Pakaian tidak menunjukkan minat dan lemah dalam mendraf pola.Alasan yang sering diberikan oleh pelajar adalah mereka tiada minat dan kemahiran mendraf pola asas.Antara alasan lain ialah mereka perlu berfikir dengan mendalam untuk memahami formula-formula asas mendraf pola. Kebanyakan pelajar pula lemah dalam penguasaan metematik semudah tambah , tolak dan bahagi dalam membuat pola asas. Alasan ini boleh diketegorikan sebagai tahap motivasi pelajar untuk belajar yang rendah disebabkan oleh penentuan objektif atau matlamat yang kabur dan rasa tidak yakin. Penyelidikan Keberkesanan Teknik Mendraf Pola Terus Pada Fabrik Bagi Baju Kurung Pesak Buluh Dan Kain Ombak Mengalun Sebagai Alat Bantu PDP,akan berfokus kepada menyelesaikan permasalahan yang timbul iaitu adakah tingkahlaku pelajar untuk belajar akan berubah daripada tidak mahir dalam subjek ini kepada lebih menumpukan kepada subjek ini atas keperluan untuk mencapai objektif yang ditetapkan? Bagi mencapaikeputusan kajian, satu topik di dalam SMK 1 Pakaian. 1.3Objektif Kajian Objektif kajian tentang respon pelajar SMK 1 Pakaian Tradisional Wanita bagi Arena Pembelajaran Keberkesanan Keberkesanan Teknik Mendraf Pola Terus Pada Fabrik Bagi Baju Kurung Pesak Buluh Dan Kain Ombak Mengalun Sebagai Alat Bantu PDP. 2.1.1 Mengenalpasti tahap kreativiti dan kemahiran pelajar dalam mendraf pola bagi Baju Kurung Pesak Buluh dan Kain Ombak Mengalun. 2.1.2 Melihat keberkesanan pelajar dalam mendraf polapola bagi Baju Kurung Pesak Buluh dan Kain Ombak Mengalun terus pada fabrik dengan lebih mudah dalam masa yang singkat.

1.4Soalan Kajian Berdasarkan objektif –objektif di atas , kajian ini diharap dapat menjawab soalan- soalan berikut: 1.4.1 Apakah tahap kemahiran pelajar terhadap pembelajaran 1.4.2 Apakah Penggunaan Mengaplikasikan Teknik Mendraf Pola Terus Pada Fabrik Bagi Baju Kurung Pesak Buluh Dan Kain Ombak Mengalun Sebagai Alat Bantu PDP bantu mengajar dengan mudah 1.4.3 Apakah ganjaran rangsangan daripada pensyrah menyuntik minat pelajar dalam mendraf pola Baju Kurung Pesak Buluh Dan Kain Ombak Mengalun 1.5Kerangka Teori Pavlov, E.L Thorndike dan B.F Skinner telah mengemukan pelbagai jenis teori dan implikasi pembelajaran kepada guru.Ahli-ahli psikologi Behavoris berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkahlaku. Perubahan tingkah laku semasa proses pembelajran adalah kerana wujudnya perhubungan rangsangan (stimulasi) dengan tindak balas (respon) organism. Berasaskan pelaziaman (conditioning), berkaitan rangsangan dan tidak balas akan membentuk sesuatu perhubungan sesuatu perrhubungan baru. Oleh itu, untuk kajian ini, kerangkan teorinya hanya akan menumpukan kepada teori perubahan tingkah laku seperti yang dihuraikan di dalam Teori Behavorisiatu, tindakbalas pelajar terhadap pembelajaran dalam proses mendraf secara terus Pola baju Kurung Pesak Buluh dan Kain Ombak Mengalun setelah melihat cara dan teknik mendraf terus pada fabrik sebagai salah satu cara PDP . Tindak balas yang dimaksudkan adalah, sama ada pelajar-pelajar akan lebih memahami dan menumpukan kepada pembelajaran mereka untuk modul ini

walaupun setelah didapati tidak meminati modul tersebut. Kajian mendapati bahagian teori untuk modul ini sangat penting bagi membentuk asas pengetahuan pelajar tentang mendraf pola. Oleh itu pendekatan rangsangan dan tidakbalas pelajar ini akan dikaji bagi menentukan apakah pendekatan pengajaran yang sesuai untuk mendapatkan hasil pembelajaran seperti yang dikehendaki. 2.0KAEDAH KAJIAN Kaedah Kajian Teknik Mendraf Pola Terus Pada Fabrik Bagi Baju Kurung Pesak Buluh Dan Kain Ombak Mengalun Sebagai Alat Bantu PDP ini adalah berdasarkan kepada kaedah kajian berbentuk kajian kes. Kajian kes adalah kajian tentang sesuatu kes atau beberapa kes yang berkaitan dengan manusia, kumpulan manusia, peristiwa kritikal, projek , komuniti atau sebahagian daripada program ini. Satu kes adalah satu unit asas analisis.Data Kes termasuk data temuduga, data pemerhatian, data rekod dan penyertaan daripada mana-mana ambilan mengenai kes tersebut.Teknik utama yang digunakan ialah pemerhatian lapangan, temuduga dan analisis dokumen. Bagi Kajian yang sedang dijalankan, sampel kajian terdiri daripada pelajar- pelajar SMK 1 Sijil Fesyen dan Pakaian sesi Januari 2011.Kes yang dikaji di mana pelajar-pelajar tidak mempunyai kreativiti dalam mendraf pola terus pada fabrik.Oleh itu beberapa kaedah pengumpulan data dilaksanakan untuk menghasilkan dapatan dan cadangan penyelesaian bagi kajian yang sedang dijalankan.

2.1 Penilaian Dokumen – Dokumen merujuk kepada borang pentaksiran berterusan (PB) pelajar yang merekod keputusan pelajar sepanjang semester pengajian bagi membuat Baju Kurung Pesak Buluh dan Kain Ombak Mengalun. Kajian dibuat dengan tugasan Amali dengan 3 jenis ukuran badan.. Dapatan kajian berkenaan dengan perubahan tingkah laku pelajar iaitu sama ada terdapat perubahan positif atau negatif akan dilihat menerusi markah penilaian pelajar yang terkandung dalam borang PB tersebut. 2.2Instrumen – Ujian pantas dilakukan sebanyak dua kali iaitu sebelum dan selepas selesai peringkat tugasan yang bersaskan pada pelbagai saiz badan. Bagi mencapai dapatan untuk mengetahui tahap minat pelajar terhdap topik ini , ujian pantas dengan mentukan keputusan samada mereka dapat menyiapkan pola terus diatas fabrik dalam masa 45 minit bagi menentukan tahap kemahiran dan kefahaman pelajar. Dapatan menerusi temuduga ini diperolehi dengan menggunakan instrument seperti berikut:- 2.2.1 Borang Penilaian Ujian Pantas. Soalan yang dibangunkan bertujuan untuk mendapatkan respon yang spesifik. 1. Pelajar dapat mendraf terus pola Baju Kurung Pesak Buluh dan Kain Ombak Mengalun diatas fabrik  Sangat baik  Baik  Memuaskan  Sangat Tidak Baik 2. Pelajar dapat menyiapkan pola baju kurung pesak Buluh dan Kain Ombak Mengalun dalam masa 45 minit.  Sangat baik  Baik

 Memuaskan  Sangat Tidak Baik 3. Adakah sesi PDP yang dijalankan dengan teknik mendraf pola terus pada fabrik ini pelajar dapat menyediakan dengan baik dan sempurna.  Sangat baik  Baik  Memuaskan  Sangat Tidak Baik 2.2.2 Proses Menganalisis Data i. Tahap pra-analisi, semua ujian , disemak dan dinilai ii. Tahap Kemasan data, ditranskripsikan dalam word processing atau dalam format analisis tekstual menggunakan komupter iii. Tahap persembahan data : Data dipersembahkan dalam bentuk carta pai dan huraian diberikan untuk menghasilkan sesuatu dapatan yang menepati kehendak kajian. iv. Tahap verifikasi data, semua prosedur yang membawa kepad kesimpulan dinyatakan dengan tepat v. Tahap dapatan (termsuk interprestai) perbincangan dan interprestasi dapatan. 3.0 DAPATAN KAJIAN Bagi kajian yang dijalankan perrbincangan perbincangan dibuat dengan merujuk kepada dapatan kajian yang sedia ada tentang teori behaviorsme yang telah mengemukan pelbagai jenis teori dan implikasi pembelajaran kepada kaum

pendidik.Soroton kajian ini diharap akan membantu mencpai dapatan yang diperlukan untuk kajian tentang Keberkesanan Teknik Mendraf Pola Terus Pada Fabrik Bagi Baju Kurung Pesak Buluh Dan Kain Ombak Mengalun Sebagai Alat Bantu PDP . 3.1 BAHAGIAN A Bahagian ini membincangkan dapatan secara kuantitatif berkenaan kajian 3.1.1 Pelajar dapat mendraf terus pola Baju Kurung Pesak Buluh dan Kain Ombak Mengalun diatasfabrik. Rajah 3.1.1 3.1.2 Rajah 3.1.1 menunjukkan peratus pelajar dapat mendraf terus pola Baju Kurung Pesak Buluh dan Kain Ombak Mengalun diatasfabrik. Hasil daripada ujian pantas 63% menunjukkan tahap memuaskan. Peratus ini merupakan peratus yang tertinggi menunjukkan tahap kebolehan pelajar mengadaptasikan teknik mendraf pola Baju Kurung Pesak Buluh terus SANGAT BAIK 12% BAIK 17% MEMUASKAN 63% LEMAH 8% PERATUS PELAJAR DAPAT MENDRAF TERUS POLA BAJU KURUNG PESAK BULUH DAN KAIN OMBAK MENGALUN DIATAS FABRIK.

pada fabrik. Peratusan bagi tahap baik adalah 17 % dan 8% lemah dalam mendraf pola terus pada fabrik. 3.1.3 Pelajar dapat menyiapkan pola baju kurung pesak Buluh dan Kain Ombak Mengalun dalam masa 45 minit. Rajah 3.1.2 Rajah 3.1.2 mengambarkan seramai 63% memuaskan dapat meyiapkan mendraf pola terus pada fabrik dalam masa 45 minit.Manakala 17% adalah baik dan sangat baik 12% dan paling rendah 8 %.Ini menunjukkan pelajar boleh mendraf pola dengan memuaskan terus pada fabrik.Dengan sedikit latihan ulangan pasti pelajar dapat menjadi lebih baik. SANGAT BAIK 12% BAIK 17% MEMUASKAN 63% LEMAH 8% PELAJAR DAPAT MENYIAPKAN POLA BAJU KURUNG PESAK BULUH DAN KAIN OMBAK MENGALUN DALAM MASA 45 MINIT.

3.1.4 Adakah sesi PDP yang dijalankan dengan teknik mendraf pola terus pada fabrik ini pelajar dapat menyediakan dengan baik dan sempurna. Rajah 3.1.3 SANGAT BAIK 12% BAIK 17% MEMUASKAN 63% LEMAH 8% Adakah sesi PDP yang dijalankan dengan teknik mendraf pola terus pada fabrik ini pelajar dapat menyediakan dengan baik dan sempurna.

4.0 Cadangan dan kesimpulan Selaian dari teknik pembelajaran yang baru ini dalam mendraf pola terus pada fabrik pensyarah perlu member motivasi kepada pelajar seperti member kata-kata pujian dan samangat kepada pelajar. Contoh kata pujian yang boleh kita gunakan ialah : “Syabas!Jawapan yang anda beri tepat sekali.Anda memang telah menumpukan perhatian pada isi pelajaran yang diajar. Teruskan Usaha anda.”: Dalam memberi pujian, sesuatu ganjaran yang baik tidak hanya memberi pujian kepada jawapan yang betul sahaja. Bagi jawapan yang salah, respon negatif yang diberi mestilah berbentuk positif agar pelajar tidak merasa putus asa untuk mencuba menjawab soalan yang lain. Ini adalaha kerana, respon negatif yang diberi boleh digunakan sebagai motivasi untuk menaikkan semanagat pelajar agar berusaha dengan lebih gigih lagi. Oleh itu,Keberkesanan Teknik Mendraf Pola Terus Pada Fabrik Bagi Baju Kurung Pesak Buluh Dan Kain Ombak Mengalun Sebagai Alat Bantu PDP dapat menambah kemahiran pelajar dan boleh menjimatkan masa. Dari segi sudut ekonomi ianya menguntungkan.Namun begitu jangan dilupakan pujian dan perhatian sewajarnya hasrus diberikan. Kekangan masa untuk menghasilkan kajian yang lebih mendalam terhadap topik ini haruslah diperbincangkan di masa akan datang.

RUJUKAN / BIBILIOGRAPHY 1. John.RAnderson.(1995). Learning and Memory , An Intergrate Approach.John Wiley & Sons 2. Stephen M.Kosslyn .(2004).Psychology.The Brain the Person The World Library of Cataloging-in Publication Sdn.Bhd 3. Syarifah Akman Syed zakaria .(2006) panduan dan strategi Motivasi Diri. Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. 4. Nicholas J.Machintosh & Andrew M> Colman (1995). <learning and Skilla. Longman London & New York.

Add a comment

Related presentations

Related pages

Pola baju kurung pesak gantung - Education

KEBERKESANAN MENDRAF POLA TERUS PADA FABRIK BAGI BAJU KURUNG PESAK BULUH DAN KAIN OMBAK MENGALUN ... dari Mesir di mana ia diertikan sebagai baju ...
Read more

syauqah wardah: baju kurung pesak buluh

... bernama ombak mengalun, ... BAJU KURUNG PESAK GANTUNG DAN KAIN KIPAS ... baju kurung pesak buluh, baju kurung pesak gantung dan proses ...
Read more

Fesyen & Pakaian Kolej Komuniti : Pengenalan

... membuat pola pakaian, potong fabrik dan ... Baju Kurung Pesak Buluh dan Kain Ombak Mengalun, ... serta Baju Choli dan Skirt Kembang bagi ...
Read more

Fesyen & Pakaian Kolej Komuniti

... membuat pola pakaian, potong fabrik dan ... Baju Kurung Pesak Buluh dan Kain Ombak Mengalun, Baju Kurung Pesak Gantung dan Kain ...
Read more

Cara Jahit Baju Kurung l Buat Baju Kurung

Anda akan ditunjukkan cara mudah bagi menyiapkan span untuk dijahit pada ... dikenali sebagai baju kurung pesak ... pola dan memotong kain.
Read more