Karangan kelas 6 a7

33 %
67 %
Information about Karangan kelas 6 a7

Published on June 28, 2014

Author: ayurohaya

Source: slideshare.net

2012-05-16 20:39 Laporan Sambutan Hari Guru Pada hari Isnin,17 Mei 2011 yang lalu,Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru bersempena dengan Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei 2011.Sambutan tersebut diadakan di Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma. Semua murid dan guru telah berkumpul di Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma pada jam 8.00 pagi.Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Murid Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma.Dalam ucapannya,Ketua Murid yang mewakili semua murid menyampaikan ucapan Selamat Hari Guru dan ucapan terima kasih kepada guru- guru,serta mendoakan mereka. Majlis kemudian diteruskan dengan acara sukaneka yang bermula pada pukul 9.00 pagi.Guru-guru dan murid-murid Tahap Satu menyertai pelbagai acara seperti membaling belon air ke dalam gawang,berjalan dengan memakai terompoh gergasi,membawa telur di dalam sudu dan sebagainya.Suasana begitu meriah kerna guru-guru dan murid masing- masing memberikan sokongankepada pasukan pilihan mereka. Pada jam 10.30 pagi,semua murid menerima bungkusan makanan,sumbangan daripada pihak sekolah dan guru.Kira-kira jam 11.15 pagi,persembahan pentas diadakan.Acara dimulakan dengan persembahan koir oleh murid-murid Tahap Satu.Puan Rohaya turut berduet dengan Ketua Murid ketika mendendangkan lagu Seroja. Majlis sambutan berakhir kira-kira jam 12.00 tengah hari dengan acara pemberian cenderamata daripada murid kepada guru masing-masing. Laporan disediakan oleh, 19 MEI 2011 (AHMAD SYAKIR BIN JAMLI) Setiausha, Sambutan Hari Guru, Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma ...

RABU, 16 MEI 2012 7.30 pagi Semua guru dan murid berkumpul di dewan sekolah untuk meraikan majlis sambutan Hari Guru 2012. Lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu rasmi sekolah dinyanyikan sebelum bacaan Ikrar oleh Mohd Rafiq bin Sabaruddin, selaku Ketua Pengawas. Kemudian, bacaan doa dibacakan oleh Ustaz Azril. 7.40 pagi Acara dimulakan dengan ucapan GPK 1 iaitu Pn. Hajah Puspa Dewi, sebelum beliau membacakan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Kemudian Tuan Guru Besar, En. Awang Satip bin Md. Salleh menyampaikan ucapan dan seterusnya membacakan Yang Berhormat Menteri Pelajaran. 8.40 pagi Semua guru dan murid berkumpul di padang sekolah untuk acara sukaneka. Guru dan murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan tetapi tidak semua murid terlibat, sebaliknya mereka hanya menjadi penonton. Seterusnya, sukaneka dijalankan dengan beberapa acara yang menarik. Aktiviti berjalan lancar dan semua kelihatan gembira dan mengambil bahagian. 10.00 pagi Majlis berhenti rehat. Murid-murid dan para guru menikmati ais krim dan pelbagai jenis kuih-muih yang disediakan di kantin sekolah. 10.40 pagi Acara persembahan diadakan di dewan sekolah. Beberapa orang murid dan guru mengambil bahagian dalam acara nyanyian dan lakonan. Setiap persembahan mendapat tepukan gemuruh daripada semua murid. 12.00 tengah hari Upacara penyampaian hadiah bagi acara sukaneka . Kumpulan 5 telah menjadi johan bagi keseluruhan acara. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Abu Kasim bin Kamat. 12.40 tengah hari Murid yang berminat beratur untuk menyampaikan hadiah masing-masing kepada guru-guru mereka. Kemudian, semua murid beratur untuk bersalaman dengan para guru secara bergilir-gilir. 01.10 tengah hari Semua murid dibenarkan balik . Para guru diraikan pula dalam satu jamuan makan tengah hari sempena Hari Guru.

KARANGAN JENIS CEREKA Hujan turun dengan lebat, kilat sabung-menyabung. Jam menunjukkan ke angka 1.00 pagi. Kelibat ayah dan ibu masih belum kelihatan. Aku semakin takut. Sayup-sayup kedengaran salakan Bobo, anjing Pak Cik Lim jiran belakang rumahku. Aku menggigil. Entah, adakah kerana kesejukan atau kerana ketakutan. Tiba-tiba deringan telefon bimbit jenama Sony Ericson model W995 ku memecahkan suasana sunyi. Terkejut aku dibuatnya. Lantasku mencapai telefon bimbitku. Pada skrin telefon tertulis “satu mesej diterima”. Perasaan takutku berunsur sedikit. Mungkinkah mesej itu datang dari ayah atau ibuku. Aneh sekali. Sejak petang tadi, ayah dan ibu telah keluar rumah tanpa memberitahuku ke mana arah tuju mereka berdua. Lebih membimbangkan,ayah dan ibu masih belum pulang. Namun, jauh di lubuk hati aku berdoa agar ayah dan ibu selamat. Mesej tersebut aku baca dengan teliti. Setelah selesai membaca, aku tersenyum sendiri. Pengirim mesej tersebut bukanlah seperti yang aku jangkakan tadi. Mesej itu datang daripada sahabatku, Shin Dongho. Isi kandungan mesej tersebut menyatakan “Selamat Hari Jadi”. Pada saat itu, barulah aku sedar bahawa aku sudah pun berumur 16 tahun satu jam yang lalu. Jam di dinding masih lagi aku tenung. Ah! Aku melepaskan satu keluhan. Ke mana agaknya ayah dan ibu pergi? Mengapa mereka masih belum pulang lagi? Ah! Aku melepaskan keluhan sekali lagi. Telefon bimbitku aku tekan. Aku cuba mendail nombor telefon ayahk. Panggilan telefon yang aku buat kini merupakan panggilan kali ke enam. Dengan perasaan hampa, panggilanku tetap tidak dijawab. Begitulah juga dengan ibu. Aku berusaha untuk menenagkan diriku dan hanya mampu bertawakal agar tiada apa-apa yang menimpa ayah dan ibu. Aku mulai tenang untuk seketika. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk melelapkan mata. Walau bagaimanapun, niatku berbuat demikian terhalang. Lampu bilik tidurku terpadam. Pendingin hawa turut padam. Nampak gayanya aku terpaksa tidur tanpa bekalan elektrik. Beberapa minit kemudian, keadaan bilikku mulai berasa panas. Aku bangun dari katil lalu menuju ke arah tingkap. Langsir bilikku aku buka dengan perlahan. Kemudian, aku membuka tingkap untuk membenarkan angin pagi masuk ke ruang bilikku. Sedang aku membuka tingkap, aku berasa amat hairan. Rumah jiran-jiran di sekeliling ada yang masih bercahaya. Lampu halaman rumah Pak Cik Eli masih gah bernyala. Apakah rumah aku sahaja yang terputus bekalan elektrik? Namun demikian, aku cuba untuk melelapkan mataku buat kali kedua. Badanku aku rebahkan dengan lemah ke atas katil. Malang sekali, percubaan aku untuk menutup mata terganggu sekali lagi. Oh, kali in lebih menyeramkan! Kedengaran dari sudut ruang bilikku, bunyi pinggan jatuh datang dari arah ruang makan. Aku mulai panik. Dapat aku rasakan titik peluh menuruni mukaku lalu menyentuh bibirku. Masin rasanya. Aku yang berada dalamkeadaan cemas bertambah semakin cemas. Siapa agaknya yang berada di dapur? Pada pendapatku, tidak mungkin pinggan itu boleh jatuh dengan sendiri. Pencuri! Bagaimana kalau pencuri yang masuk ke dalam rumah? Persoalan demi persoalan mula meracuni mindaku untuk menguatkan semangatku dan pergi menjenguk sekiranya ada pencuri atau tidak. Dalam genggaman tanganku kini adalah senjata.Aku berusaha mencari lampu suluh tetapi gagal. Tangan kiriku, kayu hoki milikku yang dihadiahkan oleh ibu. Tangan kananku pula, sebilah

gunting yang tajam. Sebelum melangkah keluar bilik, aku berdoa.Aku berharap agar tidak berlakunya perkara ayng melibatkan pertumpahan darah dan sebagainya. Pintu bilikku aku buka dengan perlahan agar tidak menghasilkan apa-apa bunyi. Bagi mengelakkan didengar oleh pihak musuh, aku berjalan menggunakan hujung kaki. Aku berjalan dengan cukup cermat agar tidak terlanggar mana-mana barang di sebelah-menyebelahku. Ketika menuruni tangga, aku mengawal langkahku. Setip langkah aku kira. Sebenarnya, sebelum ini aku telah mengira bilangan anak tangga rumahku. Entah, mungkinkah tabiat gemar mengiraku membuatkan aku mengira setiap benda yang aku lihat. Kini, aku bakal menuruni anak tangga yang terakhir. Jantungku mulai berdebar-debar. Aku meneruskan langkah menuju ruang makan. Dengan perlahan, tombol pintu ruang makan aku pusing. Tiba-tiba, bekalan elektrik rumahku berfungsi semula. Aku mendapat tahu kerana terdengar bunyi yang dihasilkan oleh pendingin hawa bilikku. Lampu di dapur aku pasang. Perlahan-lahan suis lampu aku tekan. Klik! “Surprise!” Satu jeritan beramai-ramai terdengar. Kelihatan wajah ayah dan ibu. Bukan itu sahaja, saudara-mara aku juga turut berada di samping ayah dan ibu.Kemudian, dari penjuru ruang makan, aku lihat sahabatku, Shin Dongho menatang sebiji kek coklat dihiasi enam belas batang lilin. Aku ketawa. Tawaku diiringi air mata. Terharu. Mereka semua menyanyikan lagu selamat hari jadi. Setelah selesai menyanyi, aku meniup lilin pada kek hari jadiku. Kemudian, ibu menghulurkan sebilah pisau pemotong kek kepadaku. Aku melepaskan genggaman eratku pada kayu hoki dan gunting. Ketika aku berbuat demikian, kesemua mereka hanya mampu tersenyum. “Apa yang kamu fikirkan?” tanya ayah. “Aku sangkakan pencuri tadi, rupa-rupanya tidak.” balasku beserta tawa kecil. Pisau pada jari ibu cepat-cepat aku ambil lalu memotong kek tersebut. Jam di dinding kini menunjukkan pukul 3.00 pagi. Aku menanya ibu, “Mengapa bersusah payah menyambut hari jadiku pada waktu begini?” Ibu tersenyum sambil berkata, “Tepat pada 3.00 pagi, pada 2 Januari 1994, kamu telah selamat dilahirkan.” Wah, aku berasa sungguh kagum dan terharu! Lantas aku memeluk ibu. Pelukkan aku disambut oleh ibu dengan tangisan. Kesemua rancangan ini dirancang oleh ibu dan dibantu oleh saudara-mara dan sahabat andai. Aku bersyukur kerana ayah dan ibu selamat. Aku gembira kerana ayah dan ibu serta yang lain snaggup melakukan majlis hari jadiku pada tengah pagi. Sepanjang hidupku, hari jadiku sering disambut lambat kerana semua pihak sibuk menyediakan diri untuk sesi persekolahan. Setahuku, akulah insan yang paling bertuah pada ketika itu. Tidak pernah dalam sejarah, orang yang menyambut hari jadi pada awal pagi. 2 Januari 2010, tarikh yang akan terus tersemat dalam sanubariku sebagai lipatan memori yang sukar dilupakan.

ngkapkan Cerita......Aku berdoa semoga adik selamat dan berjanji akan menjaga adikku dengan baik pada masa hadapan Hari ini ibu dan ayahku pergi melawat datuk saudara yang sakit di kampung. Aku disuruh tinggal di rumah dan menjaga adikku yang berusia enam tahun. Kami bermain permainan video bersama-sama. Tidak lama kemudian adikku mula berasa bosan. Dia mengajak aku bermain di luar rumah. Kami mengayuh basikal di halaman rumah. Setelah lama bermain, aku berasa penat lalu mengajak adikku masuk ke rumah. Namun, dia enggan kerana masih belum puas bermain. Aku menjadi marah lalu meninggalkannya seorang diri di luar rumah. Aku terus masuk ke bilikku. Aku ingin menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru. Tiba-tiba aku terdengar bunyi dentuman yang amat kuat. Aku segera berlari ke luar rumah untuk melihat apa yang berlaku. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat adikku telah dilanggar sebuah kereta. Kepala dan kakinya berlumuran darah. Adikku tidak sedarkan diri. Nafasnya turun naik. Jiranku segera membawa adikku ke hospital. Sampai di hospital, adikku dikejarkan di wad kecemasan. Aku merasa amat takut di luar wad. Jiranku telah menghubungi ibu dan bapaku. Tidak lama kemudian mereka pun tiba. Aku terus berlari memeluk mereka sambil memohon maaf atas kecuaianku. Adikku dibawa keluar wad kecemasan dalam keadaan kepala dan kakinya berbalut. Keadaan adikku kurang stabil dan dia dihantar pula ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU). Aku berdoa semoga adikku selamat dan berjanji akan menjaga adikku dengan baik pada masa hadapan. at 8:15 AM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest Monday, October 1, 2012 Aku Sepasang Baju Kurung Aku ialah sepasang . baju kurung . Badanku bewarna biru berbunga putih amat menawan . Aku dibuat di sebuah kilang pakaian di Shah Alam , Selangor . Pada suatu hari , aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah butik pakaian di Kuala Lumpur . Kami digantung di rak kaca butik itu . Kami digantung supaya dapat dilihat oleh orang ramai yang lalu lalang di situ . Pada badan kami diletakkan tanda harga . Pada suatu hari , seorang wanita datang mengunjungi butik tersebut . Dia memegang dan membelek-belek kami sambil melihat tanda harga di badan kami . Aku terpesona memandang wajahnya yang cantik itu . Akhirnya , dia membeliku dengan harga RM99.99 . Aku berasa sungguh

gembira kerana memilihku dan memepunyai seorang tuan yang cantik . Aku dibawa pulang dan disangkutkan ke dalam almari pakaiannya bersama dengan baju baju yang lain . Pada keesokannya aku dipakai olehnya ke tempat kerja . Rupa-rupa dia seorang guru . Rakan- rakannya asyik memuji kecantikan aku . Aku berasa sungguh bangga dengan kecantikan diriku itu . Sejak hari itu aku sering dipakai olehnya kerana aku adalah warna kegemarannya . Beberapa bulan kemudian warnaku semain pudar . Kepudaran warnaku itumenyebabkan dia jarang memakaiku lagi . Kini , tuan aku telah membeli baju lain yang lebih cantik . Aku berasa amat sedih . Aku telah dipilih dan dimasukkan ke dalam almari . Pada suatu hari , aku dan rakan-rakan yang senasib denganku telah dimasukkan ke dalam sebuah kotak . Kami dihadiahkan kepada mangsa banjir di Kota Tinggi , Johor . Aku amat bersyukur kerana aku mendapat tuan baru lagi dan aku terus dipakainya olehnya walaupun warnaku sudah pudar . at 6:20 AM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest Monday, June 27, 2011 Kepentingan Memelihara Alam Sekitar Alam sekitar adalah alam di sekeliling kita seperti sungai,tumbuh-tumbuhan,dan bukit-bukau.Kita perlu memelihara keseimbangan alam sekitar.Alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik. Alam sekitar adalah anugerah Tuhan kepada kita.Alam sekitar yang terpelihara akan dapat mendamaikan jiwa kita.Persekitaran bersih dan indah sesuai dijadikan tempat tinggal.Selain itu,alam sekitar yang tidak tercemar akan dapat menarik kedatangan ramai pelancong.

Tumbuh-tumbuhan perlu dipelihara kerana ia menjadi unsur penting dalam keseimbangan alam.Tumbuh-tumbuhan mengeluar kan gas oksigen.Gas oksigen ini diperlukan oleh manusia untuk pernafasan.Haiwan juga memerlukan tumbuh- tumbuhan untuk dijadikan suber makanan. Selain itu,bukit-bukau dan gunung-ganang juga perlu dipelihara.Hutan tebal yang menghijau dijadikan sebagai kawasan tadahan hujan.Kawasan hutan menjadi habitat pelbagai jenis haiwan seperti harimau,singa dan gajah.Aktiviti pembalakan dan pertanian perlu dikawalkan agar tidak menjejaskan keseimbangan alam sekitar. Sungai dan lautan juga adalah sebahagian daripada alam sekitar yang perlu dipelihara.Sungai yang bersih merupakan sumber air kepada kita.Lautan yang terbertang luas menjadi tempat nelayan menangkap pelbagai jenis ikan.Kita perlu memelihara sungai dan lautan agar tidak tercemar supaya pelbagai jenis ikan dapat terus membiak. Sesungguhnya,kita perlu memelihara alam sekitar daripada pencemaran.Alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik.Alam sekitar yang terpelihara

merupakan hadiah yang tidak ternilai kepada generasi akan datang at 6:13 AM 4 comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest Thursday, March 31, 2011 Peristiwa yang tidak dapat dilupakan Hari ini sekali lagi aku berdiri di hadapnn kelas . Aku masih lagi gagal menghafal sifir tujuh dan sifir lapan sepertimana rakan-rakanku yang lain. Cikgu Rahman memandangku dengan dengan muka yang merah padam tanda marah. Tiba-tiba Cikgu Rahman menyuruh aku menadah tangan. Cikgu Rahman merotan tapak tanganku sebanyak dua kali. Merah mukaku menahan kesakitan. Bertambah sedih hatiku apabila ada beberapa orang rakan kelasku bertepuk tangan. Mereka mengejek aku. Sebelum aku pulang ke tempat dudukku, sekali lagi aku diingatkan supaya menghafal kedua-dua sifir tersebut. Jika aku masih gagal menghafalnya, aku akan dirotan lagi. Pada hari itu, sebaik sahaja pulang dari dari sekolan aku terus masuk ke bilikku sambil menangis. Ibu yang melihat aku menangis terus mendekati dan bertanya mengapa aku menangis. Aku menceritakan kepada ibu tentang peristiwa yang berlaku di sekolah tadi. Aku menunjukkan kesan tapak tanganku yang masih berbekas merah akibat dirotan. Ibu tidak menyalahkan Cikgu Rahman sebaliknya menyuruh aku mengubah sikapku dan berusaha menghafal sifir tersebut. Pada petang itu, ibu membantu aku menghafal kedua-dua sifir tersebut. Aku menghafal dengan bersungguh sungguh. Akhirnya aku berjaya. Dua hari kemudian, sekali lagi aku dipanggil oleh Cikgu Rahman ke hadapan kelas untuk menghafal sifir tujuh dan lapan. Aku telah berjaya menghafal dengan lancar. Cikgu Rahman memuji dan menghadiahkan aku RM5.00. Hari itu adalah yang paling menggembirakan aku. Walaupun peristiwa itu telah lama berlaku, namun masih segar dalam ingatanku sehingga ke hari ini. Dengan menghafal sifir tersebut, pencapain aku dalam mata pelajaran Matematik semakin baik dan sentiasa dipuji oleh Cikgu Rahman. at 8:23 AM 1 comment: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest Terpisah dari keluarga Semasa cuti sekolah yang lalu,aku dan keluarga pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.Suasananya penuh sesak dengan orang ramai.Semasa di sana,aku begitu asyik melihat pelbagai pameran sehingga aku terpisah daripada keluargaku

Apabila menyedarinya,aku berasa sangat cemas dan cuba menenangkan perasaanku sendiri.Apatah lagi aku dikelilingi oleh orang-orang yang aku tidak kenali.Dalam kesesakan orang ramai itu,aku pergi dari sebuah gerai ke sebuah gerai untuk mencari mereka.Namun hampa. Aku tidak cepat berputus asa,lalu aku pergi ke kaunter pertanyaan.Aku menceritakan keadaan diriku kepada pengawai yang bertugas.Kemudian,pengawai itu membuat pengumuman.Hampir satu jam aku menunggu di situ,namun tiada seorang puu ahli keluargaku yang datang menjemputku. Tiba-tiba aku teringat akan telefon bimbit ayahku.Tetapi aku terlupa pula nombornya.Aku berasa sangat sedih dan tidak dapat menahan perasaanku.Aku menagis.Aku semakin bimbang akan diriku .Aku berfikir-fikir untuk pergi ke tempat letak kereta dan menunggu mereka di sana,tetapi takut. Oleh sebab itu,aku mengambil keputusan untuk terus menuggu di kaunter pertanyaan itu.Tiba-tiba aku tepandang kelibat seseorang yang aku kenali.Aku menjerit kegembiraan apabila melihat ibuku.Aku terus memeluknya sambil menangis teresak-esak Ayah mengingati aku agar tidak leka lagi.Aku berjanji akan mematuhi nasihat mereka.Aku berasa sangat bersyukur kerana dapat bertemu semula dengan keluargaku at 8:15 AM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest Majlis Persaraan Guru Besar Sekolah Saya

Hari itu merupakan hari yang paling menyedihkan kerana Guru Besar di sekolah saya iaitu,Puan Zakinah binti Ismail akan bersara.Beliau telah banyak berjasa dalam memajukan sekolah.Beliau juga sangat dihormati oleh masyarakat setempat. Majlis Persaraan beliau telah dihadiri oleh semua guru Desa Tasik.Tuan Pengawai Pelajaran Daerah juga turut meraikannya.Para jemputan ditempatkan di dataran yang berada di perkarangan sekolah.Selain itu,majlis tersebut turut dihadiri Jawatankuasa PIBG,dan ibu bapa murid. Tepat jam 9.00 pagi,ketibaan Guru Besar disambut dengan meriah.Semua guru mengiringi beliau ke dataran.Kemudian,beliau memeriksa pembarisan kehormat yang terdiri daripada Murid Tahap Dua yang lengkap berpakaian seragam unit beruniform. Beliau diringi oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Kemudian,beliau dan semua jemputan menjamu selera dengan juadah yang disediakan.Sambil menjamu selera mereka dihiburkan dengan persembahan murid-murid sekolah yang berbakat.Juadah pada hari itu adalah nasi minyak,ayam masak merah,gulai daging dan acar timun.Murid-murid turut menikmati juadah tersebut di kantin sekolah. Selepas jamuan,para tetamu dan semua murid berkumpul di dewan sekolah. Suasana sayu menyelubungi dewan sekolah sejurus mendengar Guru Besar berucap buat kali terakhir.Pengawai Pelajaran Daerah menyampaikan sijil penghargaan kepada Guru Besar.Guru Besar turut menerima cenderahati daripada pihak sekolah. Semua murid beratur panjang di laluan keluar di kawasan sekolah.Guru Besar bersalam dengan semua murid dan para jemputan.Suasan semakin sayu apabila Guru Besar masuk ke keretanya sambil melambai-lambaikan tangannya sebelum meninggalkan kawasan sekolah. KEBURUKAN MAKANAN RINGAN KEPADA KANAK-KANAK Makanan ringan sangat mudah didapati di kedai runcit. Makanan ringan seperti kentang goreng, keropok, dan biskut bersalut coklat sangat digemari oleh kanak-kanak. Terdapat banyak keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak.

Makanan ringan tidak baik untuk kesihatan. Makanan ini banyak mengandungi bahan pengawet, pewarna, dan perasa tiruan. Bahan-bahan ini tidak mempunyai zat untuk membantu pembesaran kanak- kanak. Kanak-kanak tidak mengetahuinya kerana tidak dinyatakan pada label pembungkus makanan tersebut. Makanan ringan juga boleh merosakkan gigi kanak-kanak. Pewarna makanan ringan ini melekat pada gigi dan lidah kanak-kanak. Lebihan gula dalam makanan ini juga berbahaya kepada gigi. Kelalaian memberus gigi memburukkan lagi masalah ini kepada kanak-kanak. Kanak-kanak hari ini lebih terdedeh kepada pelbagai jenis penyakit yang dihadapi oleh orang dewasa. Kanak-kanak mudah diserang penyakit darah tinggi dan kencing manis.Ada juga yang menghadapi masalah obesiti atau kegemukan. Hal ini kerana,pengambilan makana ringan yang berlebihan tanpa mengira masa dan tempat. Makanan ringan berjaya mempengaruhi berjimat cermat kanak-kanak. Meraka sering menghabiskan duit saku untuk membeli makanan ringan. Hal ini kerana, mereka terpengaruh dengan iklan makanan ringan di televisyen. Baki duit saku sekolah yang sepatutnha disimpan, digunakan untuk membeli makanan ringan. Sesungguhnya, makanan ringan ringan banyak keburukannya. Ibu bapa perlu memantau tabiat makan anak-anak agar meraka tidak ketagihan makanan ringan. Sebaik-baiknya, galakkan anak-anak memakan buah-buahan daripada makanan ringan. Faedah Menabung Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak kecil. Menabung memberi banyak faedah kepada kita. Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat. Oleh sebab itu, kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa

bekalan air dan makanan ke sekolah. Justeru, baki duit yang diberi ibubapa dapat disimpan ke dalam tabung. Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini boleh digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Selain itu, wang simpanan juga membantu kita membeli barang-barang keperluan diri kita sendiri. Ibu bapa pasti akan berasa bangga dengan sikap kita yang pandai berjimat cermat dan berdikari itu. Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit wang itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan jika ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan. Justeru kita tidak perlu meminta-minta kepada orang lain. Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita menyimpan wang di dalam bank, kita akan mendapat sebahagian keuntungan atau faedah bank. Wang ini boleh digunakan untuk menampung kehidupan masa hadapan. Justeru kita dapat hidup dengan selesa dan tidak menyusahkan orang lain. Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya. Bak kata pepatah, 'ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis'. Oleh itu , mulalah menabung dari sekarang kerana 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Pelajar Cemerlang

Kecemerlangan dalam bidang akademik merupakan idaman dan impian setiap pelajar. Pelajar cemerlang merupakan aset negara. Golongan pelajar seperti inilah yang akan mencorakkan masa depan negara. Antara ciri utama pelajar cemerlang ialah pencapaian yang memberangsangkan dalam bidang akademik. Pelajar cemerlang sentiasa memberikan tumpuan terhadap pelajaran dan proses pembelajaran di sekolah. Pelajar seperti ini akan membuat persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan. Justeru, pelajar cemerlang akan belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan seperti kata peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Selain itu, pelajar cemerlang ialah pelajar yang mengutamakan disiplin diri. Disiplin merupakan penentu kejayaan seseorang dalam kehidupan. Pelajar cemerlang sentiasa mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak sekolah mahupun ibu bapa. Oleh hal yang demikian, pelajar yang berdisiplin tidak akan mendekati gejala sosial yang merugikan agama, bangsa dan negara. Pelajar yang cemerlang juga merupakan pelajar yang cergas dalam kegiatan kokurikulum. Pelajar cemerlang akan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti luar bilik darjah secara aktif seperti kegiatan-kegiatan persatuan, badan beruniform, permainan dan sukan. Pelajar cemerlang sedar bahawa penyertaan mereka dalam aktiviti tersebut akan dapat menyihatkan tubuh badan mereka. Badan yang cergas akan membina otak yang cerdas.

Seterusnya pelajar cemerlang ialah pelajar yang bijak menguruskan masa kerana masa ituemas. Pengurusan masa yang terancang membolehkan segala kerja dan program berjalan dengan lancar. Pelajar seperti ini akan menyediakan waktu belajar peribadi di rumah. Pelajar yang merancang jadual waktu sudah pasti dapat menyiapkan kerja rumah, kerja kursus dan membuat ulang kaji secara sistematik. Ijmalnya, mentimun dan pisau di tangan kita. Justeru, kitalah yang wajar mencorakkan nasib dan masa depan kita, bukannya orang lain. Oleh itu, berusahalah membalas jasa kedua-dua orang tua kita yang tersayang dengan menjadi pelajar cemerlang. (

Add a comment

Related pages

Harga W995 Baru - Harga 2016

Karangan kelas 6 a7 1. 2012-05-16 20:39 Laporan Sambutan Hari Guru Pada hari Isnin,17 Mei 2011 yang lalu,Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma telah ...
Read more

[2] SILABUS KELAS 6 - es.scribd.com

pake! .buku Pendidikan Kewarganega raan un!uk #ekolah Dasar Kelas 0I1 !erbi!an 2#I#1 karangan ... Kelas VI (6) Semester 4 untuk ... misaln a7 kelelawar dan ...
Read more

Free Dan Sartain Dudesblood Amazon Mp3 Music Download ...

Dan Sartain Dudesblood Amazon Karangan Kelas 6 A7 Slidesharenet Banarsi Nagada Song Queen Pen Feat Miss Jones Adna Alan Kaplan Chief Keef Animal Nation The ...
Read more

Soal UTS Kelas 4 Semester 1 Kurikulum 2013 - Melihat.net

6. Sikap yang ... Karangan eksposisi adalah… Soal UTS Kelas 4 Semester 1 Kurikulum 2013 Silahkan ... A1, A2, A3, A4, A4s, A5, A6, A7, A8, A9, A10 dalam ...
Read more

A7 - FISA 7 - Education - documents.tips

A7 - FISA 7. by ana-tudor. on Nov 22, 2014. Report Category: Education. Download: 0 Comment: 0. 499. views. Comments. Description. A7 - FISA 7. Download A7 ...
Read more

Tema Karangan Berdasarkan Unit Buku Teks Tingkatan 4 Dan 5 ...

TEMA KARANGAN BERDASARKAN UNIT BUKU TEKS TINGKATAN 4 Unit 1 : SENARIO MASYARAKAT KITA Masyarakat Malaysia Alaf Baru Tradisi K!iranan Dala" Masyarakat Unit ...
Read more