Kajian penghasilan fiber batik

50 %
50 %
Information about Kajian penghasilan fiber batik
Design

Published on March 9, 2014

Author: rosediibrahim

Source: slideshare.net

Nafas Baru dalam Persembahan Kraf Batik ‘Batik in Fiberglass’ Rosedi Bin Ibrahim @ Abdul Rahim Jabatan Kemahiran dan Kejuruteraan, Kolej Komuniti Batu Pahat, Johor Abstrak : Kajian ini dilakukan bagi menghasilkan produk baru berasaskan batik dengan memberi nafas baru penggunaan di Malaysia. Kain Batik biasanya ia digunakan sebagai kain batik sarung dan kain cadar, langsir, alas tilam, sarung kusyen, sarung bantal, beg tangan dan berbagai-bagai jenis barang kegunaan seharian yang indah dan cantik. ‘Batik in Fiberglass’ merupakan satu inovasi bagi memberi nafas baru dalam mempelbagaikan penggunaan batik dalam menghasilkan produk untuk industri kraf hiasan dalaman. Inovasi ini adalah dalam menghasilkan panel batik ( batik yang telah dikeraskan). Sifat yang ada pada ‘ fiberglass’ dipilih kerana ia dapat menjadikan kain batik yang sedia ada menjadi keras dan lebih kukuh untuk dijadikan panel batik. 1.0 PENGENALAN Kain Batik merupakan kegemaran penduduk tempatan. Biasanya ia digunakan sebagai kain batik sarung dan batik ela untuk dibuat baju kurung. Selain dijadikan pakaian, kain batik ela boleh diubahsuai untuk menghasilkan kain cadar, langsir, alas tilam, sarung kusyen, sarung bantal, beg tangan dan berbagai-bagai jenis barang kegunaan seharian yang indah dan cantik. ‘Batik in Fiberglass’ merupakan satu inovasi bagi memberi nafas baru dalam mempelbagaikan kegunaan batik dan seterusnya memperkembangan lagi industri batik tanah air. Ia boleh dijadikan panel kabinet, bidai, lampu hiasan dan sebagainya. Impak daripada inovasi ini akan merancakkan lagi pertumbuhan dan perkembangan sosial ekonomi di Malaysia.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif penghasilan ‘Batik in Fiberglass’ adalah untuk : i. Membuat inovasi di dalam industri kraf batik dengan menghasilkan panel batik ii. Mempelbagaikan lagi kegunaan batik. iii. Meluaskan penggunaan batik di dalam industri hiasan dalaman. 3.0 PERSOALAN KAJIAN Batik digunakan sebagai kain batik sarung dan batik ela untuk dibuat baju kurung. Selain dijadikan pakaian, kain batik ela boleh diubahsuai untuk menghasilkan kain cadar, langsir, alas tilam, sarung kusyen, sarung bantal, beg tangan dan berbagai-bagai jenis barang kegunaan seharian. Maka kami telah mendapat satu idea untuk menggabungkan kain batik yang sedia ada dengan bahan fiberglass (Batik in Fiberglass) Kajian kes kami ialah penggunaan batik dalam menghasilkan produk untuk industri kraf hiasan dalaman. Inovasi ini adalah dalam menghasilkan panel batik ( batik yang telah dikeraskan). Daripada panel batik ini maka boleh membuat kabinet, lampu hiasan, bidai dan sebagainya. 4.0 SOROTAN KAJIAN 4.1 BATIK Batik ialah salah satu bidang kraftangan tradisional yang terkenal di Malaysia. Ia dihasilkan melalui proses penerapan lilin dan pencelupan warna. Sejarah perkembangan batik di Malaysia dipercayai bermula pada abad ke 15 Masehi. Perkembangan awal memperlihatkan kesan dan pengaruh batik daripada jawa. Mulai tahun 1930-an hingga selepas Perang Dunia Kedua, perusahaan batik di Malaysia telah berkembang dengan pesat. Para pengusaha batik di negerinegeri Kelantan dan Terengganu merupakan perintis kepada perkembangan

batik di negara ini. Hasil-hasil batik tempatan tinggi mutu ciptaan dan rekacoraknya. Ini melambangkan satu kemahiran kerjatangan yang kreatif di kalangan pembuat-pembuat batik tanah air. Daya tarikan batik bukan sahaja terkenal di kalangan penduduk tempatan malah ia turut mendapat sambutan dari pelancong-pelancong asing yang datang dari luar negeri. Di Malaysia, batik dihasilkan melalui beberapa teknik antaranya ialah Batik Blok, batik skrin dan batik cating. 4.2 FIBERGLASS REINFORCED PLASTIK Fiberglass Reinforced Plastic (FRP) adalah material yang sangat baik untuk digunakan dalam berbagai produk dari bahan komposit relatif moden yang terdiri dari berbagai komponen. FRP diperkenalkan pertama kali oleh Industri Permainan Russel pada tahun 1983. Serat fiber yang sangat halus dengan diameter kecil yag dianyam membentuk helaian kain fleksibel yang bernama Chopped Strand Mat dan Woven Roving. Serat ini ditempatkan dalam cetakan untuk kemudian diberi cairan Resin Polyester yang telah dicampur dengan Catalyst. Pencampuran Resin Polyester dengan Catalyst ini bertujuan untuk mempercepat proses reaksi/pengeringan. Proses ini diulang sehingga ada banyak lapisan serat fiber sesuai yang ketebalan dinginkan. Bahan yang dihasilkan kuat, ringan dan tahan karat. 4.3 BATIK IN FIBERGLASS Sifat yang ada pada ‘ fiberglass’ dipilih kerana ia dapat menjadikan kain batik yang sedia ada menjadi keras dan lebih kukuh untuk dijadikan panel batik. Daripada panel batik, maka ia boleh dipelbagaikan lagi mengikut citarasa pengguna samaada untuk membuat cabinet, lampu hiasan, bidai, bingkai gambar dan sebagainya. Gabungan dua elemen fiber yang diikat dengan resin ini akan menghasilkan satu inovasi dalam mewarnai industri kraf di Malaysia.

5.0 PERKEMBANGAN IDEA 5.1 PERKEMBANGAN IDEA Inovasi ‘Batik in Fiberglass’ terhasil daripada berfikir bagaimana cara untuk menghasilkan batik yang keras, kukuh dan ringan. Bagi menyelesaikan masalah ini tercetuslah berbagai idea, antaranya ialah : i. Batik + Resin = batik itu licin, cantik tetapi tidak kukuh + ii. = Batik + Resin + Fiberglass = batik yang licin, berkilat, kuat dan kukuh + = +

5.2 INFORMASI BAHAN YANG DIGUNAKAN i. Gelcoat digunakan untuk melicinkan pemukaan ii. Batik merupakan bahan asas yang akan di fiberglasskan iii. Resin sebgai bahan pengikat diantara ibatik dan fiberglass iv. Fiberglass mesh digunakan untuk menguatkan produk v. Kayu digunakan untuk membuat bingkai dan sebagainya 5.3 LAPISAN BAHAN-BAHAN DALM PROSES PENGHASILAN Hasil panel ‘ Batik in Fiberglasas ‘

5.4 PROSES PENGHASILAN Bahan dan peralatan yang digunakan Mengukur kain batik dan fiberglass

Proses memotong fiberglass Membersihkan meja kerja

Melaraskan kain batik di atas meja kerja Meratakan resin pada kain batik

Meletakkan lapisan fiberglass Meletakan resin di permukaan bagi lapisan kedua

Membiarkan selama sekitar 30 minit bagi proses pengerasan Panel batik yang telah mengeras

Mengukur Memotong dan membentuk

Hasil

5.5 INSPIRASI REKA BENTUK YANG UNIK Setelah panel ‘Batik in fiberglass ‘ terhasil langkah seterusnya boleh dibuat dalam pelbagai bentuk yang dikehendaki dan sangat sesuai digabungkan dengan seni reka kayu untuk dijadikan sebagai produk kraf. 6.0 RUMUSAN Projek inovasi ini telah berjaya menghasilkan pane batik (Batik in Fiberglass). Di harap inovasi ini dapat membantu menaikkan industri batik diperingkat global.

Add a comment

Related presentations

My Music Magazine Pitch

My Music Magazine Pitch

October 30, 2014

music mag pitch

Questionaire charts

Questionaire charts

November 4, 2014

bk

Final research

Final research

November 5, 2014

final research

Cersaie 2014

Cersaie 2014

October 30, 2014

allestimento in cartone per il Cersaie 2014 alberi in cartone scultura in cartone

Quarta turma do workshop de Infografia, ministrado por Beatriz Blanco e Marcos Sin...

Related pages

KAMI: NOTA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Banyak kajian yang dijalankan bagi mengenal pasti kebolehan kanak ... Penghasilan imej seperti pokok, ... proses pembuatan batik, pasu tanah liat, wau, ...
Read more

Seni Visual STPM

... dan artistik.

Portfolio karya seni hendaklah mengandungi
• kajian dan ... Seperti plastik, fiber, ... penghasilan batik lukis ...
Read more

Penternakan Udang Galah - pmr.penerangan.gov.my

... Malah sebenarnya kajian ... disamping operasi pembenihan dan ternakan manakala pihak penternak kecilan dan sederhana dapat membantu dalam penghasilan ...
Read more

MODUL 2 P.AM ESEI - pt.scribd.com

MODUL 2 STPM BAHARU PENGAJIAN AM BAHAGIAN C (PENULISAN ESEI) 1 SOALAN 1. Industri batik telah berkembang pesat dan rakyat Malaysia kini mula menghargai ...
Read more

Cerita SENI

Cerita SENI Wednesday, ... Seni Batik, SeniLukis dan Seni ... c. Tempuh Masa Proses Penghasilan d.
Read more