Isl 9 penyediaan rancangan pelajaran kemahiran membaca

0 %
100 %
Information about Isl 9 penyediaan rancangan pelajaran kemahiran membaca
Education

Published on March 8, 2014

Author: viniyasih

Source: slideshare.net

Description

BMM 3104

BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU Norsiah Saleng Asihwiniy A/P Francisco

Objektif Rancangan Pelajaran Kemahiran Membaca • Ketika menyediakan objektif, guru perlu merujuk kepada objektif yag dinyatakan dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah dan menengah.

Objektif dalam Huraian Sukatan Bahasa Melayu sekolah rendah 5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan gaya pembacaan yang sesuai. 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang

6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks. 6.1 Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet. 6.2 Mengenal pasti pelbagai genre penulisan. 6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks.

6.4 Membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh. 6.5 Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus. 6.6 Membuat ramalan berdasarkan sesuatu cerita atau maklumat yang diberi dalam bahan ilmu.

7.0 Membaca, menaakul dan menghayati kandungan tels yang dibaca 7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat. 7.2 Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat dan gaya bahasa daripada bahan sastera dan bukan sastera yang dapat membawa kesan tertentu kepada pembaca. 7.3 Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berkualiti untuk meningkatkan dan memperkukuhkan minat membaca.

Objektif Huraian Sukatan Bahasa Melayu sekolah menengah 7.0 Mendapat maklumat daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca dan ditonton. 7.1 Mengenal pasti dan menyatakan gambaran keseluruhan, idea utama, isi penting dan isi relevan tentang bahan yang didengar, dibaca dan ditonton. 7.2 Memahami dan menyatakan maksud perkataan sukar berdasarkan konteks.

7.3 Mengemukakan soalan untuk mendapatkan penjelasan lanjut. 7.4 Membaca pantas secara imbasan dan luncuran untuk membuat rujukan pelbagai bahan bercetak dan bahan elektronik. 7.5 Memahami dan meneliti maksud tersurat dan tersirat daripada sesuatu bahan. 7.6 Membezakan fakta dengan pandangan dalam bahan yang dirujuk. 7.7 Memahami laras bahasa bagi pelbagai bahan untuk memperoleh maklumat.

8.0 Memproses maklumat untuk keperluan tertentu 8.1 Menyaring maklumat mengikut klasifikasi. 8.2 Menyusun maklumat mengikut keutamaan. 8.3 Membuat pertimbangan secara teliti terhadap maklumat yang telah disusun. 8.4 Mengolah maklumat secara koheran untuk tujuan tertentu. 8.5 Mentafsirkan maklumat yang telah dipilih secara rasional untuk membuat inferens.

8.6 Menyemak semula maklumat dan memutuskan sama ada hendak menerima, menambah atau menolak pilihan. 8.7 Menilai secara keseluruhan sesuatu maklumat dengan memberikan alasan yang kukuh. 8.8 Membuat rumusan dengan alasan yang munasabah.

Langkah-langkah Sebelum, Semasa dan Selepas  Meliputi empat peringkat :     Peringkat Kesediaan Membaca Peringkat Mendirikan Asas Peringkat Melatih Kemahiran Membaca Peringkat Penggunaan Kemahiran Membaca.

Peringkat Kesediaan Membaca • Peringkat penguasaan membaca pada tahap I sekolah rendah. • PdP kemahiran membaca pada tahap ini perlu dijalankan dengan teratur (sebelum, semasa, selepas). • Peringkat Sebelum : Mengenal pasti muridmurid bersedia menguasai kemahiran membaca berdasarkan enam ciri.

(i) Keadaan jasmani atau fizikal – Penglihatan, pendengaran, pertuturan, umur, jantina, kemampuan urat saraf dan perkembangan fizikal murid sesuai untuk menerima PdP kemahiran membaca. (ii) Pengalaman dan Persekitaran – Pastikan murid mendapat pendedahan dengan bahan bacaan di rumah sebelum ke sekolah. (iii) Emosi, motivasi dan sahsiah – Memastikan murid tidak mengalami masalah emosi (menganggu tumpuan) (iv) Kecerdasan dan perkembangan kognitif – Mengenal pasti tahap kecerdasan (IQ) murid

(v) Daya diskriminasi – Memastikan murid mempunyai kebolehan untuk membezakan (diskriminasi) pendengaran dan diskriminasi penglihatan. (vi) Penguasaan bahasa – Memastikan murid menguasai kemahiran bertutur dengan baik dan menguasai perbendaharaan katanya.

• Semasa Menjalankan PdP: Mengesan tahap kesediaan murid dengan menggunakan rekod inventori. • Rekod Inventori :Inventori sikap dan minat :Inventori kesediaan membaca • Inventori kesediaan membaca mencatatkan beberapa faktor – keupayaan penglihata, pendengaran, pertuturan, keadaan persekitaran, faktor emosi, motivasi, intelek dll) • Melakukan pemerhatian sbg langkah semasa. • Memerhati perkembangan dan keadaan murid secara menyeluruh (kemampuan pertuturan, tingkah laku dan penglibatan)

• Langkah Selepas : Menjalankan ujian kesediaan (menguji daya diskriminasi penglihatan dan pendengaran murid). • Ujian untuk pendengaran – mengandungi soalan tentang unsur-unsur bunyi yang berbeza. • Ujian untuk penglihatan – aktiviti menyusun objek, gambar, rajah dll mengikut urutan.

Peringkat Mendirikan Asas • Menyediakan murid dengan pengetahuan tentang bentuk, huruf, bunyi dan sebutan huruf-huruf, suku kata, perkataan dan ayat. • Peringkat Sebelum : Memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran serta BBM yang sesuai.

• Langkah Semasa : memilih pendekatan pengajaran yang sesuai ketika menjalankan aktiviti. (pendekatan binaan, cerakinan, eklektik/ pendekatan A,B,C atau D) • Langkah Selepas Aktiviti : Menjalankan aktiviti pengukuhan unutk meningkatkan tahap pemahaman murid.

Peringkat Melatih Kemahiran Membaca • Latihan yang diberikan kepada murid untuk membaca dengan kuat, mempunyai sebutan, intonasi dan gaya yang betul. • Melatih murid (khususnya di sekolah menengah) untuk memahami dan meneliti bahan bacaan dengan mendalam. • Mengutamakan peranan guru dalam menguasai ilmu tentang bacaan intensif dan ekstensif.

• Peringkat Sebelum : Guru perlu mengetahui konsep bacaan intensif dan ekstensif. • Bacaan Intensif – Memperkembangkan kebolehan untuk meneliti, memahami dan mentafsirkan kandungan bahan bacaan dengan tepat di samping mengkaji ciri-ciri tatabahasa seperti struktur ayat, frasa, kausa serta maksud perkataan berdasarkan konteks berlainan. • Bacaan Ekstensif/meluas – Aktiviti bacaan di luar bilik darjah yang melibatkan bahan-bahan lain selain buku teks.

• Langkah Semasa : Guru menjalankan aktiviti dan menggunakan bahan yang sesuai sama ada untuk aktiviti bacaan intensif/ekstensif. • Aktiviti bacaan intensif : o Mengenal pasti maksud perkataan berdasarkan konteks yang berlawanan dengan tepat o Memahami maksud dengan tepat yang terkandung dalam sesuatu bahan yang dibaca. o Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajar o Memahami kebolehan menghuraikan unsur tatabahasa (morfoflogi dan sintaksis) yang terkandung dalam bahan yang dibaca. o Memahami bahasa kiasan dan simpulan bahasa yang terdapat dalam bahan bacaan

o Mengenal pasti isi-isi penting dalam petikan o Menilai atau mengulas isi-isi yang terdapat dalam bahan bacaan o Membuat rumusan terhadap bahan yang dibaca o Mengesan dan memahami isi tersirat o Mengesan dan menetukan nada dalan bahan yang dibaca o Memahami dan menggunakan kandungan bahan bacaan o Meneka maksud keseluruhan konteks secara seimbas lalu. o Mengenal pasti laras bahasa berlainan berdasarkan kepelbagaian bidang ilmu dalam bahan yang dibaca.

• Melakukan aktiviti bacaan ekstensif untuk : o Membina keyakinan diri murid untuk membaca tanpa bantuan orang lain o Membantu murid memahami keseluruhan kandungan bahan bacaan unuk menambah ilmu pengetahuan o Mambantu murid menambah kepantasan membaca o Meningkatkan penguasaan bahasa murid o Memperluas perbendaharaan kata murid o Membimbing murid menikmati kehalusan dan keindahan bahasa o Mendedahkan murid dengan laras bahasa yang berlainan o Memperkembang daya kreatif murid dalam penggunaan bahasa.

• Langkah Selepas: Menjalankan pengukuhan ketika bacaan intensif dan bacaan ekstensif dijalankan.

Peringkat Penggunaan Kemahiran Membaca. • Peringkat kemahiran tertinggi yang dicapai khususnya oleh murid-murid menengah atas. • Langkah Sebelum: Memastikan murid menguasai kemahiran membaca dengan kadar kepantasan yang tinggi dan memahami dengan cepat bahan yang dibaca.

• Langkah Semasa: Menjalankan beberapa aktiviti yang sesuai untuk meningkatkan penggunaan kemahiran membaca murid-murid. o Soal jawab dengan murid untuk menerapkan pengetahuan tentang kosa kata, istilah dan laras bahasa dalam pelbagai bidang o Menggalakkan murid menggunakan kamus untuk memahami maksud singkatan perkataan, mengenal pasti makna perkataan dengan tepat berdasarkan konteks serta memahami aspek tatabahasa yang terdapat dalam kamus o Membimbing murid mencari isi-isi penting dalam bahan bacaan berdasarkan senarai kandungan, indeks, lampiran dll

o Manggalakkan murid manggunakan perpustakaan untuk membuat rujukan dan membimbing mereka untuk mencari buku dengan sistem katalog o Menggalakkan murid menggunakan sumber rujukan lain spt muzium, arkib utk bahan rujukan yang tidak dicetak, dibukukan atau diterbitkan. • Langkah Selepas: Guru menilai murid melalui 2 kaedah. o Penilaian – Menjalankan ujian lisan dan tulisan utk menilai tahap pembacaan dan rujukan yang telah dilakukan. o Pemerhatian – menjalankan kajian kes melalui kaedah pemerhatian untuk menilai kekerapan murid menggunakan kamus, membuat rujukan, berkunjung ke perpustakaan, muzium, arkib/ institusi lain.

Bahan Bantu Mengajar • Bahan bantu mengajar (BBM) adalah bahan yang dapat membantu seseorang guru dalam proses pengajaran. • Dua golongan utama BBM : Bahan cetak – bahan edaran  Bahan bukan cetak – CD rom

• Dua kategori BBM :i. Sumber manusia - murid-murid dan guru ii. Sumber bukan manusia - buku teks, buku ruukan, maalah, akhbar, rakaman video, slaid, bahan grafik, papan tulis dan sebagainnya.

• Guru perlu membina dan menggunakan BBM berdasarkan empat peringkat kemahiran membaca :i. ii. iii. iv. Peringkat kesediaan membaca Peringkat mendirikan asas Peringkat melatih kemahiran membaca Peringkat penggunaan kemahiran membaca

BBM Peringkat Kesediaan Membaca • Memerlukan guru menyediakan murid-murid daripada segi persekitaran, mental dan fizikal. • Guru perlu menyediakan BBM yang dapat menguji kesediaan membaca murid-murid • Guru boleh mengesan tahap kesediaan membaca murid-murid dengan rekod inventori. • Tiga jenis rekod inventori :1. 2. 3. Rekod inventori sikap Rekod inventori minat Rekod inventori kesediaan membaca

 Rekod inventori sikap dan minat o Guru harus mengemukakan beberapa soalan kepada murid dan mencatatnya. o Jawapan untuk rekod inventori sikap adalah berbeza daripada rekod inventori minat kerana rekod inventori sikap memerlukan awapan “ya atau tidak”, manakala rekod inventori minat memerlukan jawapan secara subjektif.  Rekod inventori kesediaan membaca o Mengemukakan soalan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca murid-murid seperti keupayaan penglihatan, pendengaran, pertuturan, emosi, inte lek dan sebagainya. o Jawapan : memerlukan guru mencatatkan jawapan murid dalam dua bentuk, iaitu ya atau

• Peringkat kesediaan membaca memerlukan guru menggunakan BBM untuk mengesan kekuatan dan kelemahan murid-murid. • Guru perlu menjalankan ujian kesediaan untuk menguji daya diskriminasi penglihatan dan pendengaran murid-murid. • BBM untuk menguji diskriminasi pendengaran murid-murid perlu mengandungi bunyi-bunyi alam semulajadi, binatang, buatan manusia, alat muzik dan sebagainya.

• BBM seperti rakaman audio, radio dan CD sebagai ujian diskriminasi pendengaran. • Penglihatan murid perlu diuji dengan objek yang berbeza bentuk, warna, corak dan saiznya. • BBM yang sesuai digunakan seperti alat permainan yang menyerupai bayi (anak patung), bentuk berbeza iaitu segi tiga atau segi empat, gambar dan rajah yang sesuai.

BBM Peringkat Mendirikan Asas • Memerlukan murid-murid mengenali bentuk, huruf, bunyi dan sebutan huruf, suku kata, perkataan serta ayat. • Guru perlu menggunakan pendekatan, kaedah dan BBM yang sesuai serta dapat menarik minat murid untuk belajar membaca. • BBM pada peringkat ini, menjurus pada kaedah dan pendekatan seperti kaedah abjad, kaedah seluruh perkataan, kaedah fonik, pendekatan yang dicadangkan dalam KBSR serta kaedah didik hibur.

 Kaedah abjad :o Dikenali sebagai kaedah huruf dan kaedah mengeja. o Guru menyediakan BBM seperti kad huruf, kad suku kat, kad perkataan dan perisian (software) dalam bentuk cakera padat yang memaparkan huruf-huruf, suku kata dan perkataan BM. o Guru perlu memperkenalkan huruf-huruf konsonan terlebih dahulu sebelum huruf vokal. o Guru boleh menggunakan kaedah didik hibur dengan mencipta lirik berdasarkan huruf, suku kata dan perkataan yang diajar serta membunyikannya bersama-sama murid.

 Kaedah seluruh perkataan :o Guru perlu membina dan menggunakan BBM seperti gambar sama ada gambar yang dilekatkan kad atau gambar yang terdapat di internet atau perisian. o Guru juga memerlukan kad-kad perkataan atau perkataan yang dipaparkan dalam perisian yang sama dengan gambar yang ditunjukkan kepada murid-murid.

 Kaedah fonik :o Memberi penekanan kepada bunyi huruf, contohnya : “beh untuk b”, “uuu untuk u”, “keh untuk k” dan “aaa untuk a” – (buka) . o Guru boleh memperdengarkan bunyi-bunyi huruf dengan menggunakan pita rakaman. o Guru boleh menggunakan kad gambar atau menayangkan gambar yang sama dengan perkataan menggunakan program powerpoint.

BBM Peringkat Melatih Kemahiran Membaca • Murid-murid telah mempunyai asas yang kukuh dalam kemahiran membaca. • Guru perlu melatih murid membaca secara mendalam dan meluas melalui bacaan intensif dan bacaan ekstensif. • Bacaan intensif – petikan daripada bahan bacaan yang menarik dan meliputi pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti buku teks dan buku-buku akademik. • Bacaan ekstensif – aktiviti bacaan yang dilakukan di luar bilik darjah. • Guru perlu menyedikan BBM seperti petikan daripada surat khabar, jurnal, majalah, buletin dan sebagainya.

BBM Peringkat Penggunaan Kemahiran Membaca • Merupakan peringkat kemahiran membaca tertinggi yang dikuasai oleh murid. • Pada peringkat ini, murid-murid bukan sahaja boleh membaca dengan pantas malah boleh memahami sesuatu bahan bacaan dengan cepat dan tepat. • Guru perlu menyediakan BBM seperti buku ilmiah yang tinggi tahapnya dari segi isi kandungan atau penggunaan bahasanya.

• Guru perlu menyediakan bahan edaran tentang teknik mencari bahan yang diperlukan daripada sesebuah buku berdasarkan senarai kandungan, indeks dan lampiran. • Guru juga boleh membimbing murid mencari dan membaca buku-buku ilmiah di perpustakaan menggunakan internet.

Add a comment

Related presentations

Related pages

Pro Forma Kursus Program Sarjana Muda Perguruan Dengan ...

9 Penyediaan Rancangan Pelajaran Kemahiran Membaca Simulasi pengajaran kemahiran membaca berdasarkan rancangan pengajaran
Read more

ILMU PENDIDIKAN: PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

1.Menyediakan rancangan pengajaran harian berdasarkan sukatan pelajaran Kemahiran ... kemahiran-kemahiran seperti membaca, ... PENYEDIAAN RANCANGAN ...
Read more

Pro Forma Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ...

pengajaran kemahiran membaca, penyediaan rancangan pelajaran kemahiran membaca, ... 9 Penyediaan Rancangan Pelajaran Kemahiran Membaca
Read more

~FarhaAmiraFarha~: Tajuk 15 : Penyediaan RPH

Tajuk ini membincangkan cara penyediaan rancangan pengajaran dan pembelajaran harian (RPH) berdasarkan rancangan pelajaran semester dan sukatan pelajaran ...
Read more

proforma bm 2

... Pembaca 2 9 Penyediaan Rancangan Pelajaran Kemahiran Membaca ... pengajaran kemahiran membaca berdasarkan rancangan pengajaran ...
Read more

RPH KSSR Bahasa Melayu Tahun 2 ~ Munsyi Template

... 8.15 hingga 9.15 pagi. Bilanganmurid: ... Isi pelajaran. ... RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KEMAHIRAN MEMBACA Matapelajaran : ...
Read more

AKALseni: ASAS PEMBINAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

ASAS PEMBINAAN RANCANGAN ... LANGKAH PENYEDIAAN RPH ANALISIS SUKATAN PELAJARAN ... Pilih satu / dua kemahiran berfikir dalam sesuatu pelajaran ...
Read more

RANCANGAN TAHUNAN - Home - duwan06

MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP. ... Reka bentuk dan teknologi 1.9 Tanaman sayuran. a. Penyediaan tapak. 1. ... Membuat rancangan jualan. 1.
Read more