advertisement

Ikhtiar Hidup - Pembelajaran Luar

100 %
0 %
advertisement
Information about Ikhtiar Hidup - Pembelajaran Luar
Education

Published on March 13, 2014

Author: sandracillarinduh

Source: slideshare.net

advertisement

DISEDIAKAN OLEH : SANDRA CILLA BINTI ENDIRE HAFIZAH BINTI HASAN MOHAMMAD HILMI HAFIZ MOHAMMAD IKMAR BIN EDERUS

•Size up the situation •Use all your senses •Remember where you are •Vanquish fear and panic •Improvise •Value living •Act like the natives •Learn basic skill

Pengenalan  Membantu individu yang berada dalam keadaan dan tempat yang bahaya.  Penggunaan kemahiran :  Membuat unggun api  Cari dan membina tempat berteduh  Cari air yang bersih untuk diminum  Cari makanan yang selamat dimakan  Dalam keadaan dan tempat yang kering, basah, panas, sejuk, gurun, pedalaman atau pulau

Objektif 1) Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut, hutan, bukit, gunung- ganang atau sebagainya. 2) Memperolehi pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari sumber makanan, tempat perlindungan dan punca-punca air. 3) Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa menjalani ikhtiar hidup.

TEKANAN KEADAAN IKHTIAR HIDUP a. Kelaparan b. Kehausan c. Kesakitan d. Kesejukan dan kepanasan e. Keletihan f. Kesepian dan ketakutan g. Panik  Tekanan-tekanan ini jika tidak diatasi boleh melemahkan semangat mereka untuk terus hidup dan keluar dari keadaan tersebut.

Asas bagi ikhtiar hidup  Terdapat 5 asas untuk meneruskan hidup dalam pelbagai situasi ini iaitu : 1. Tempat berteduh ( shelter ) 2. Air ( water ) 3. Makanan ( food) 4. Api ( fire ) 5. Perangkap binatang ( trap & snares )

Shelter ( tempat berteduh )  Melindungi diri dari bencana atau kesejukan  Sebagai tempat untuk tidur dan berehat  Dibina sendiri  Kita mesti pastikan kawasan yang kita pilih untuk membina shelter adalah: berdekatan dengan punca air mudah untuk membuat unggun api Mudah untuk mencari makanan

Pondok pelindung angin  Pondok ini didirikan dengan rangka bumbung berbetuk ‘ V’ terbalik  Bumbung ditongkat oleh dua batang tiang  Bumbung boleh dibuat dari apa saja jenis daun seperti daun bertam, nipah, senduduk, lalang dan sebagainya.  Pondok ini sesuai didirikan di kawasan lereng bukit, kawasan permatang yang sempit , kawasan tanah lapang dan juga di kawasan tepi pantai.

Pondok Pisang Sesikat  Pondok ini didirikan dalam keadaan mempunyai empat tiang  Tiang hadapan lebih tinggi dari tiang belakang  Bumbung dibuat curam kebelakang  Di bahagian hadapan dibuat cucur atap (tabir layar)  juga boleh didirikan dengan menggunakan dua tiang sahaja dgn bumbung belakang diturunkan terus di atas tanah  Pondok ini sesuai didirikan di kawasan tanah tinggi dan dilereng bukit.

Pondok satu minggu  Pondok ini didirikan dengan menggunakan empat tiang, berlantai serta mempunyai tangga dan berbumbung.  Di bahagian hadapan mempunyai cucur atap dan boleh didirikan dalam apa juga keadaan muka bumi.  Kebiasaannya pondok ini didirikan untuk tempat tinggal dalam jangka masa satu minggu.  Ianya juga dapat menghindarkan diri dari gangguan binatang-binatang buas.

Perlindungan Semulajadi  Selain daripada beberapa jenis pondok di atas gua, banir pokok , anjung batu dan juga lereng lekuk juga amat sesuai dijadikan tempat untuk berteduh.  pemilihan tempat tersebut perlu ditinjau terlebih dahulu dari aspek keselamatan.  Elakkan tempat-tempat yang berbahaya seperti kawasan batu-batu yang longgar kedudukannya, kawasan laluan angin, laluan binatang, sarang serangga dan sebagainya.

 Shelter yang biasa seperti gua, ikat tali pada pintu masuk gua untuk memudahkan untuk cari jalan keluar.  Jika memilih gua untuk dijadikan tempat berteduh, buat unggun api di kawasan pintu masuk gua supaya dapat menghalang binatang daripada memasuki atau mendekati gua.  Jika memilih untuk membuat lubang dibawah tanah sebagai tempat berteduh, pastikan pintu masuk ke lubang itu ditutup dengan kulit kayu dan ranting pokok.

 Kita juga boleh membina shelter yang berbentuk condong menggunakan kayu dan ranting-ranting pokok, di atas binaan ranting dan kayu itu kita letakkan plastik.  Daun-daun kayu untuk menutupi shelter tersebut dan mengurangkan kesejukan serta dapat mengelak dari panas dan hujan.

 Manusia hanya dapat hidup dan bertahan dalam tiga hari sahaja tanpa air.  Manusia akan kehilangan air dalam 2-3 liter dalam 1 hari dalam suhu yang biasa. Tapi akan lebih bila berada dalam suhu yang panas dan kawasan yang kering.  Kekurangan air akan menyebabkan dehidrasi, kelesuan, sakit kepala, pitam, pening dan boleh menyebabkan kematian. Air

 Dalam keadaan kering yang melampau, kita boleh melakukan beberapa perkara untuk mengurangkan kehilangan air dalam badan. Antaranya : 1. Bernafas menggunakan hidung bagi mengelakkan air keluar melalui pernafasan dengan mulut 2. Jangan merokok. 3. Berehat dan tidak melakukan kerja berat. 4. Jangan makan terlalu banyak kerana air di dalam badan akan digunakan untuk menghadam ; kuantiti akan berkurang.

kelesuan

SUMBER AIR BERSIH  Air hujan yang bertakung dalam bekas yang bersih dan dalam tumbuhan adalah selamat diminum.  Air yang didapati dari tasik, kolam, paya, air pasang, sungai perlu dibersihkan terlebih dahulu.

Cara membersihkan air adalah:-  guna iodin ,klorin atau rebuskan.  masukkan 5 titik iodin kedalam semua air yang ditemui, jika air agak sejuk gunakan 10 titik iodin, biarkan selama 30 minit sebelum diminum  atau panaskan air dalam masa 1minit jika berada pada paras laut, tambah setiap 1minit untuk setiap penambahan 300 meter melebihi paras laut, 10 minit untuk tempat yang tidak diketahui pada paras apa.

 penting untuk masak makanan, air dan untuk memanaskan badan bila berada dalam suhu yang sejuk  mengelakkan dari binatang buas  cara untuk membuat nyalaan api 1)pilih satu tempat yang selamat 2)himpunkan bahan bakar 3)longgokkan bahan bakar dengan sesuai dimana pembakaran akan dibuat NYALAAN API

4) hadapkan kanta pembesar kearah cahaya matahari dan diatas longgokan bahan bakar 5) biarkan cahaya putih yang menembusi kanta mengenai bahan bakar, tunggu sehingga bahan bakar membara 6)apabila bahan bakar mula membara, tambahkan lagi bahan bakar yang lain dan anginkan sedikit sehinnga ianya betul-betul mengeluarkan api.letakkan ranting dan daun kering 7)kanta boleh digantikan dengan guna plastik putih yang berisi air atau cermin

 Hujan yang turun akan menyebabkan bahan yang mudah terbakar amat sukar dicari  Dapatkan beberapa potong kayu yang agak besar  Belah bahagian luar yang basah dan gunakan hanya bahagian dalam yang kering  Sekiranya sukar untuk membelah kayu tersebut kita boleh meraut bahagian permukaan luar sama seperti membuat ‘ bunga jarau’  Gunakan bahagian dalam yang kering. Sekiranya kayu basah…..

 Satu kayu lembut yang dijadikan dulang dan satu kayu keras yang dipakai sebagai pengguris  Dihujung kayu dulang itu dibuat satu lubang untuk mengumpul habuk kayu akibat penggurisan bertubi-tubi ke atas dulang oleh kayu keras.  Apabila kayu pengguris itu digeselkan tidak berhenti-henti haba panas akan dirasai diikuti dengan asap yang keluar dari bakaran bara habuk kayu yang terperangkap dalam lubang dulang  Bara yang panas itu dipindah keatas daun-daun dan ranting-ranting kering yang telah disediakan Cara lain….

 manusia boleh hidup dalam beberapa minggu sahaja tanpa makanan  untuk mendapatkan makanan : boleh tangkap ikan  buat perangkap binatang  cari tumbuhan serta pucuk yang tidak beracun  serangga boleh beri 65-80% protein berbanding daging lembu  serangga yang perlu dielakkan untuk dimakan :- MAKANAN

1. serangga bersengat 2. berbulu dan berwarna terang 3. berbau keras 4. labah-labah dan serangga perosak seperti nyamuk dan lalat  buang semua sayap atau kaki serangga serta masak sebelum dimakan lebih –lebih lagi serangga yang mempunyai cangkerang keras dan parasit  cacing atau ulat tak perlu dimasak, hanya cucikan sahaja

Boleh di makan

Tidak boleh dimakan

 ikan  burung  haiwan amphibia  haiwan mamalia

Kemahiran memasak tanpa alat Memasak nasi menggunakan buluh  Ruas buluh boleh digunakan untuk memasak nasi seperti memasak lemang  Seruas buluh dipotong dan dibersihkan, daun pisang muda digulungkan dan dimasukkan ke dalam ruas buluh  masukkan beras dan air ke dalam ruas buluh tersebut  tutup lubang buluh dengan menggunakan daun  boleh dimasak secara melintang  Tebukan satu lubang bersegi empat ditengahnya.Buatkan pemegang  Bersihkan buluh tersebut sebelum diiisikan dengan beras.

 Perangkap terbahagi kepada dua: i. Perangkap berumpan  kadangkala serupa sahaja bentuknya dengan perangkap yang tidak menggunakan umpan  Dengan umpan ia akan menarik perhatian binatang yang hendak ditangkap supaya masuk ke dalam perangkap  Tentukan terlebih dahulu binatang yang hendak ditangkap dan umpan yang sesuai bagi binatang tersebut. PERANGKAP BINATANG

ii. Perangkap tidak menggunakan umpan  Perangkap jenis ini pula tidak memerlukan apa-apa umpan bagi menarik perhatian binatang  persediaan memasang perangkap jenis ini adalah dengan cara melihat kepada kesan perjalanan, tempat binatang bermain atau tempat binatang tersebut mencari makan atau minum  jerat jenis ini tidak memilih apa jenis binatang  Binatang yang biasa dijerat menggunakan perangkap ini seperti seladang, kijang,landak,rusa dan sebagainya.

Jerat Bidas  Jerat atau perangkap jenis ini boleh digunakan dengan umpan ataupun tidak  Jerat jenis ini menggunakan kayu panjang yang menjadi sebagai pembidas serta tali sebagai penjerat  Binatang yang sesuai dijerat menggunakan jerat ini ialah seperti ayam hutan, burung dan juga tupai.

Menunggu Bantuan Dengan adanya tempat perlindungan dan bahan makanan maka besar kemungkinan orang yang hilang itu dapat bertahan seberapa lama mungkin sebelum tiba anggota mencari dan menyelamat untuk menamatkan penderitaan yang dihadapinya.

Add a comment

Related presentations

Related pages

Ikhtiar Hidup - Pembelajaran Luar - Education

Ikhtiar Hidup - Pembelajaran Luar ...
Read more

PENDIDIKAN LUAR (IKHTIAR HIDUP) | CEKGU AZLAN

PENDIDIKAN LUAR – IKHTIAR HIDUP Pengenalan Pendidikan Luar Pendidikan luar adalah berdasarkan falsafah ikhtiar hidup dari tamadun lampau Mesir, India ...
Read more

SANDRA CILLA ENDIRE - HubSlide

Ikhtiar Hidup - Pembelajaran Luar 3 months ago. Leadership & Management. Contingency of leadership dynamic leadership class of UTM (2014) 3 months ago
Read more

Pembasmian Kemiskinan Melalui Program Amanah Ikhtiar ...

Pembasmian Kemiskinan Melalui Program Amanah Ikhtiar: Kajian Kes ... rendah di bandar atau luar bandar di mana ... dapat meningkatkan taraf hidup ...
Read more

REKREASI: PENGENALAN IKHTIAR HIDUP

Ikhtiar hidup Istilah Inggeris- ... Di dalam konteks kegiatan luar, ikhtiar hidup ialah usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya ...
Read more

IKHTIAR HIDUP - id.scribd.com

Scribd is the world's largest social reading and publishing site.
Read more

IKHTIAR HIDUP - Documents - dokumen.tips

IKHTIAR HIDUP. by tiffany-teoh. on Dec 14, 2015. Report Category: Documents. Download: 0 Comment: 0. 2. views. Comments. Description. IKHTIAR HIDUP.
Read more