Etika Keperibadian Mulia - Bab 3

100 %
0 %
Information about Etika Keperibadian Mulia - Bab 3
Education

Published on February 26, 2014

Author: n_izzuddin

Source: slideshare.net

Description

Toeri Etika Keperibadian Mulia

Menggunakan buku:

Muthualagan et. al (2009). Pendidikan Moral. Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Bab 3 Etika Keperibadian Mulia Disediakan oleh: Nor Izzuddin Bin Norrahman Pensyarah Pengurusan, Perbankan dan Kewangan Islam Kolej Astin, Puchong

Pengenalan… • Konsep Etika Keperibadian Mulia (EKM) ini diperkenalkan oleh falsafah Yunani, iaitu Aristotle Nichomachus (384-322 s.m.). • Beliau merupakan salah seorang murid Plato. • Menurut Aristotle, etika dikaitkan kepada KEPERIBADIAN, sifat, perangai atau ciri-ciri perwatakan. • Persoalan yang ditekan adalah INDIVIDU, bukan perbuatan atau prinsipnya.

Pandangan Aristotle… • Pandangan Aristotle bahawa manusia perlu fokus kepada pembinaan keperibadian mulia mendapat sokongan dari ahli falsafah moden. • Contoh: Clark, 1975 & MacKinnon, 2001 • Aristotle berpendapat tujuan terakhir atau tujuan tertinggi manusia ialah untuk mencapai KEBAHAGIAAN (eudaimonia).

Jenis EKM • Terdapat dua jenis EKM – Keperibadian Mulia Intelektual • Kebaikan / Keistemewaan akal seperti kebolehan memahami dan membuat taakulan yang baik. • Sifat yang boleh dipelajari dan diperolehi dari pertumbuhan dan pengalaman. – Keperibadian Mulia Moral • Merupakan keperibadian seseorang seperti murah hati, berani, jujur dan lain-lain lagi. • Ianya tidak terjadi secara semula jadi. • Ianya tidak diajar oleh guru tetapi melalui latihan yang diulang menjadi kebiasaan.

Jalan Tengah • Keperibadian Mulia adalah ‘jalan tengah’ iaitu melakukan sesuatu secara TIDAK BERLEBIHAN atau TIDAK TERLALU KURANG. • EKM menganggap melakukan sesuatu secara berlebihan atau terlalu kurang adalah satu perbuatan yang salah, tidak betul dan jahat. • Oleh itu, manusia sepatutnya mengambil sikap beserdehana atau jalan tengah.

Contoh Teori Jalan Tengah Perlakuan atau Perasaan Berlebihan Jalan Tengah Terlalu Kurang Kelakuan Sosial Memperhambakan diri Ramah Suka Bergaduh Perasaan Malu Terlalu Malu Sopan Tidak tahu malu Perbelanjaan Boros Murah hati Kedekut Kegentaran (Takut) Kegopohan Keberanian Penakut Kemarahan Panas Hati Kesabaran Kurang semangat Percakapan Bercakap besar Kebenaran Ejekan atau sindiran Batasan Melebihi batas Kesederhanaan Halangan Sumber: Boss, 2001 & MacKinnon, 2001

Sambungan Teori ‘Jalan Tengah’ • Teori ini tidak boleh dikira melalui formula matematik. • Aristotle berpendapat: – sifat mulia meliputi jalan tengah, dan untuk memilihnya, pertimbangan perlu dilakukan secara berhati-hati. – Manusia akan bahagia jika melakukan pilihan yang rasional dalam perbuatan moralnya.

Kritikan terhadap EKM @ Jalan Tengah (1) • Aristotle berpendapat tujuan akhir manusia ialah kebahagiaan hidup. • Namun, TAFSIRAN KEBAHAGIAAN BERBEZABEZA di antara manusia. • Contoh: – Bagi orang yang miskin, menjadi kaya ialah satu kebahagiaan. Akan tetapi bagi orang yang sakit, kebahagiaan ialah apabila dia sembuh kembali. – Jadi, dapat kita lihat perbezaan pendapat kebahagiaan di antara orang miskin dan orang yang sakit.

Kritikan terhadap EKM @ Jalan Tengah (2) • Aristotle menyatakan keperibadian mulia ialah bukan perasaan atau kebolehan semula jadi manusia. • Namun, orang yang mempercayai Tuhan berpendapat SESETENGAH MANUSIA seperti nabi mempunyai keperibadian mulia ANUGERAH DARI TUHAN. • Manusia juga mewarisi sebahagian genetik ibu bapanya. Seseorang anak akan BERSIFAT BAIK ATAU BURUK MENGIKUT KELAKUAN IBU BAPANYA. • Kelakuan juga akan MENGIKUT KEADAAN PERSEKITARAN seseorang tersebut seperti pengalaman, pergaulan, pemerhatian dan peniruan.

Kritikan terhadap EKM @ Jalan Tengah (3) • Teori jalan tengah sukar dilaksanakan kerana ianya SUKAR UNTUK manusia MENENTUKAN JALAN TENGAH di antara dua perkara. • Doktrin ini juga tidak memberi bimbingan dan nasihat berguna kepada manusia kerana manusia masih lagi tidak jelas apakah yang dikatakan ‘tengah’ itu. • Oleh itu, manusia bertindak mengikut naluri.

Kritikan terhadap EKM @ Jalan Tengah (4) • Terdapat kritikan tentang doktrin ini apabila ianya TIDAK MEMBERI PENUMPUAN kepada PERBUATAN.

Kesimpulan • Dalam etika keperibadian mulia (EKM), penekanan diberikan kepada bagaimana untuk menjadi orang yang baik. • Jadi, untuk menjadi orang yang baik, perlu melakukan perbuatan yang baik. • Terdapat beberapa kritikan kepada EKM, tetapi teori ini tidak boleh diabaikan.

Terima Kasih • Soalan?

Nota Bab 3: Etika Keperibadian Mulia

Tutorial • Aplikasikan doktrin jalan tengah dalam memberikan derma kepada anak yatim. Situasi: Anda hanya ada RM50 sahaja untuk bulan ini. • Nyatakan kenapakah anda memilih tersebut.

Add a comment

Related presentations

Related pages

Etika Keperibadian Mulia - Bab 3 - Education - documents.tips

Toeri Etika Keperibadian Mulia Menggunakan buku: Muthualagan et. al (2009). Pendidikan Moral. Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Read more

Etika Keperibadian Mulia - Bab 3, SlideSearchEngine.com

Bab 3 Etika Keperibadian Mulia Disediakan oleh: Nor Izzuddin Bin Norrahman Pensyarah Pengurusan, Perbankan dan Kewangan Islam Kolej Astin, Puchong
Read more

Teori Keperibadian Mulia - Documents

... Bab 3 Toeri Etika Keperibadian Mulia Menggunakan buku: Muthualagan et. al (2009). Pendidikan Moral. Pearson Malaysia Sdn. Bhd. ...
Read more

Etika profesional Kandungan: Isu Etika

Bab 1 Skop dan kajian etika profesional ... Teori keperibadian mulia Teori tindakan betul Bab 3 Nilai dalam etika profesional ... 3/28/2013 3:25:49 PM ...
Read more

TEORI ETIKA MORAL TEOLOGIKAL - pt.scribd.com

3.0 TEORI ETIKA 3. 1 TEORI TELEOLOGI ... (1987). soal keperibadian mulia perlu dibentuk terlebih dahulu. ... BAB 1-Nilai Moral Etika. Teknik Vokal 1 ...
Read more

Free download program Teori Kepribadian Mulia Pdf ...

... Menurut teori keperibadian mulia, etika adalah ... keperibadian mulia ni dipelopori ... business & management journal bunda mulia, vol: 3, ...
Read more

TEORI ETIKA - scribd.com

Keperibadian mulia juga diperoleh melalui pemerhatian dan pergaulan. pemikiran dan tindakan Pengotor dan selekeh dalam pembawaan ... BAB 3 TEORI - TEORI ETIKA.
Read more