DOKTRIN KOSMOLOGI ISLAM ABAD PERTENGAHAN

50 %
50 %
Information about DOKTRIN KOSMOLOGI ISLAM ABAD PERTENGAHAN

Published on October 25, 2018

Author: ALIFFITRI5

Source: slideshare.net

1. Oleh : Muhammad Alif Fitri bin Abdul Halim Fakulti Pengajian Islam UKM

2. Kosmos Logos Kosmologos (Kosmologi)

3.  Suatu percubaan untuk mengkaji bagaimana sesuatu kelompok manusia memandang alam natural dan alam supernatural serta masyarakatnya dan juga diri mereka sendiri.  ilmu tentang kejadian langit dan Bumi.

4. Pengaruh doktrin kosmologi Yunani dalam doktrin kosmologi Islam mengenai kejadian alam semesta Pemahaman tentang kejadian alam semesta menurut doktrin komologi Islam daripada sumber- sumber klasik Islam terpilih.

5. Ilmu Falak Ilmu Bumi ‘Ajaib al-Makhluqat wa al-Hayawanat wa Ghara’ib al- Maujudat karangan al-Qazwini (w.682 H). Nuzhah al-Musytaq fi Ikhtiraqal al-Afaaq karangan al-Idrisi (w.560 H). Al-Qanun al-Mas’udi karangan al-Biruni (w.440 H). Al-Muqaddimah karangan Ibnu Khaldun (w.808 H). Rasail Ikhawan as- Safa’ karangan Ikhwan as-Safa’. Mu’jam al-Buldan karangan Yaqut al- Hamawi (w.626 H). Nukhbah ad-Dahr fi Aja’ib al-Barr wa al- Bahr karangan al- Anshari (w.727 H ). Nukhbah ad-Dahr fi Aja’ib al-Barr wa al- Bahr karangan al- Anshari (w.727 H ). Rasa’il Jabir bin Hayyan karangan Jabir bin Hayyan (w.199 H). At-Tafhim li Awa’il Sina’ah at-Tanjim karangan al-Biruni (w.440 H).

6. Alam A’la Alam Asfal

7. Bumi pusat alam Dipelopori oleh Ptolemy Almagest

8. “The Ptolemaic order of spheres from Earth outward is : Moon, Mercury, Venus, Sun, Mars, Jupiter, Saturn, Fixed Stars, Primum Mobile.”

9. “Falak itu merupakan satu bulatan yang terbentang dan bercantum antara satu sama lain menjadikannya satu bebola yang dinamakan alam. Orbit yang paling hampir sekali dengan unsur-unsur ialah orbit bulan kemudian orbit Utarid kemudian orbit Zuhrah kemudian orbit Matahari kemudian orbit Marikh kemudian orbit Musytari kemudian orbit Zuhal kemudian orbit bintang-bintang tetap dan kemudiannya orbit falak al-A’zham”

10. Tujuh Iklim Bumi Dipelopori oleh Ptolemy Geographia

11. “Dan mula-mula perbahasan tentang perihal bentuk muka Bumi muncul melalui apa yang dinamakan oleh Ptomely sebagai al-Jugrafiyyah ( geografi ).”

12. •Al-UluwiyyatAlam A’la •As-SufliyyatAlam Asfal

13.  “Telah menyebutkan ahli-ahli sejarah bahawa dalam bahagian pertama di dalam kitab Taurat ada disebutkan bahawa Allah s.w.t telah menciptakan jauhar. Kemudian, Dia memandang jauhar tersebut dengan pandangan ketuhanan, maka melelehlah jauhar tersebut sehingga mengeluarkan naiklah daripadanya asap dan jatuhlah daripada mendapan. Maka dari asap itulah Dia menciptakan langit dan daripada mendapan itulah Dia menciptakan Bumi.”

14.  “Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan Bumi itu pada asalnya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya.” ( Surah al-Anbiya’ : 30 )

15.  Apa yang berada di atas falak bulan dinamakan ‘alam a’la .  Apa yang berada di dalam alam a’la dinamakan al-uluwiyyat.  Terdiri daripada : Bulan, utarid, Zuhrah, Matahari, Marikh, Musytari, Zuhal, Bintang2 Tetap dan Falak A’zam.

16.  “Tuhan telah menetapkan Matahari di tengah-tengah alam semesta seperti mana ibu kota sesebuah negeri diletakkan di tengah-tengah dan istana pemerintah di tengah-tengah ibu kota. Di bawah Matahari terdapat Zuhrah, Utarid, Bulan, sfera udara dan Bumi. Manakala di atasnnya ( Matahari) terdapat lima sfera iaitu Marikh, Musytari, Zuhal, bintang-bintang tetap dan Muhit ( falak a’zham).”

17.  Apa yang berada di bawah falak bulan ialah ‘alam asfal.  Apa yang berada dalam alam asfal dinamakan as-sufliyyat.  Terdiri daripada : Unsur2 Yang Empat, Pembahagian 7 Iklim dan 10 bahagian, haiwan, tumbuhan dan galian.

18.  “Di tengah-tengah sfera Bulan terdapat Bumi dan pada hakikatnya ia merupakan bahagian yang terendah sekali. Bumi keseluruhannya adalah bulat tetapi dilihat secara terperinci ia berpemukaan kasar di mana terdapat puncak gunung-ganang timbul darinya dan juga lekuk- lekuk pada permukaannya. Namun demikian, jika dilihatnya secara keseluruhan, ia tidak terkeluar daripada bentuk bulatnya kerana gunung yang paling tinggi sekalipun adalah sangat kecil berbanding dengan keseluruhannya.”

19.  “Dan adapun sukuan yang berpenghuni ini telah dibahagikan oleh para sarjana sebanyak tujuh iklim. Setiap iklim terbentang dari barat ke timur pada Garisan Khatulistiwa. Namun, garisan iklim ini bukanlah garisan secara zahir tetapi ia hanyalah satu garisan yang diadakan menggunakan ilmu astronomi. Di setiap iklim tersebut terdapat kota-kota,kampung-kampung dan umat-umat yang tidak serupa antara satu sama lain. Di setiap iklim juga terdapat gunung- ganang yang besar serta mata-mata air, sungai yang mengalir, perigi, galian, tumbuh-tumbuhan, serta haiwan-haiwan yang pelbagai.”

20.  “Mereka yang membincangkan tentang geografi membahagikan kawasan iklim ini menjadi 10 bahagian dari arah barat ke timur. Dalam setiap bahagian, mereka menyebutkan negeri-negeri, kota-kota, gunung-gunung, sungai-sungai dan jarak-jarak perjalanan…Dalam membahaskan tentang perkara itu, kami mengambil rujukan daripada kitab Nuzhah al-Musytaq yang disusun oleh al-Idrisi…”

21.  “Kami akan menunjukkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di ufuk mahupun pada diri mereka sendiri sehingga jelaslah kepada mereka kebenaran itu…” ( Surah Fussilat : 53 )

Add a comment