Dinar Emas

50 %
50 %
Information about Dinar Emas
News-Reports

Published on November 5, 2008

Author: zakion7

Source: authorstream.com

Slide 1: DINAR EMAS Posted by Dr. Mahathir Mohamad at November 4, 2008 2:46 PM | Permalink | Comments (227) | TrackBacks (0) | Previous Blog 1. Ramai juga yang bertanya berkenaan Dinar Emas termasuk juga BBC yang mengadakan wawancara dengan saya baru-baru ini.2. Apa yang sudah jadi kenyataan yang tidak lagi dapat dinafi oleh negara-negara di dunia ialah sistem kewangan yang ada sekarang sudah gagal untuk diguna dalam ekonomi dan dagangan baik dalam negeri atau antarabangsa.3. Keputusan Bretton-Woods selepas Perang Dunia Kedua ialah semua matawang negara di dunia ditentukan nilainya mengikut nilai tukaran dengan matawang Amerika Syarikat. 4. Tetapi di tentukan juga yang nilai Dolar Amerika ialah sebanyak 35 Dollar untuk satu ouns emas. Ini bermakna secara tidak langsung semua matawang dinilai mengikut sekian banyak emas. Slide 2: 5. Di masa itu semua matawang adalah kukuh. Tetapi Britain, pada tahun 1966 telah turunkan nilai Pound British. Malaysia telah rugi banyak kerana simpanan (reserve) kita adalah dalam matawang Pound. Pada satu masa Pound yang bernilai Ringgit Malaysia 8.30 telah turun kepada Ringgit Malaysia 3.60.6. Kemudian Presiden Richard Nixon membuat keputusan bahawa Dollar Amerika tidak lagi terikat dengan emas. Amerika telah tolak apa yang dipanggil sebagai "Gold Standard". Amerika juga memutuskan bahawa pasaran akan tentukan nilai Dolar Amerika.7. Tetapi negara-negara lain masih percaya akan kekuatan ekonomi Amerika dan meneruskan ikatan nilai matawang mereka dengan Dollar. Slide 3: 8. Satu lagi keputusan dunia antarabangsa ialah nilai dagangan antarabangsa ditentukan dengan nilai Dollar Amerika dan bayaran juga dibuat dengan Dollar Amerika. Ini menyebabkan permintaan bagi Dollar Amerika menjadi kuat dan sekali gus menjamin nilai Dollar Amerika tidak jatuh walaupun tidak lagi diukur dengan sekian banyak emas.9. Pada satu masa dahulu bank besar dibenarkan mencetak dan mengeluarkan "Bank Notes" sebagai wang yang sah dipergunakan. Kemudian pemerintah mengambil alih pengeluaran matawang.10. Bank mengeluarkan pinjaman daripada modal dan deposit oleh pelanggan. Kadang-kadang jumlah pinjaman melebihi wang yang ada dalam bank. Tetapi ini dihadkan. Walaupun demikian pinjaman yang dikeluarkan kerap kali jauh lebih banyak dari had yang ditentukan. Slide 4: 11. Apabila pendeposit mengeluarkan simpanan mereka beramai-ramai maka bank tidak mampu untuk membayar balik kepada pendeposit kerana semua wang telah diberi pinjam bahkan lebih daripada itu. Dalam keadaan ini bank mesti di selamatkan (bail-out) oleh Kerajaan.12. Melihat bahawa bank boleh mengeluarkan pinjaman hampir tanpa had (unlimited) maka penyangak pun merancang untuk guna duit bank yang tidak terhad ini untuk meraih keuntungan atas angin. Maka berlakulah dagangan matawang, pinjaman kepada peminjam yang keupayaan membayar tidak terjamin, penjualan pinjaman yang dikeluarkan oleh bank kepada syarikat insurans dan syarikat gadaian (mortgage company) dan lain-lain. Jumlah semua transaksi ini amat besar, bernilai berbilion dolar. Apabila ramai peminjam tidak dapat bayar hutang atau servis hutang, maka mereka yang membeli pinjaman bank dapati mereka akan rugi berbilion dolar. Slide 5: 13. Dan banyak lagilah penyalahgunaan sistem bank Barat yang dilakukan. Demikian Amerika dengan kekayaannya yang besar sekalipun tidak dapat menampung berbilion dolar kerugian oleh bank, syarikat, insuran, syarikat mortgage, hedge funds, merchant dan investment bank dan lain-lain.14. Sesungguhnya sistem bank dan matawang Barat sudah gagal. Dunia harus kaji untuk menggantinya dengan sistem lain termasuk perbankan Islam dan dagangan dengan matawang khusus seperti Dinar Emas.15. Tidak seperti duit kertas emas tetap mempunyai nilai dimana-mana dalam dunia. Dinar Emas dicadang hanya untuk menyelesaikan bayaran dagangan antarabangsa. Slide 6: 16. Apakah ada cukup emas dalam dunia untuk dijadikan wang antrabangsa? Sudah tentu tidak.17. Tetapi kita tidak perlu bayar dengan dinar emas sepenuhnya. Memadai jika kita bayar cuma lebihan antara import-eksport antara dua buah negara.18. Jika sebuah negara mengeksport 100 juta Dinar kepada sebuah negara lain dan negara itu pula mengeksport kepada negara pertama barangan atau khidmat yang bernilai 110 juta Dinar, maka bayaran yang harus dibuat oleh Bank Negara negara yang pertama hanyalah 10 juta Dinar emas. Jika tidak ada Dinar Emas yang mencukupi maka bayaran boleh dibuat kemudian dengan eksport bernilai 10 juta Dinar. Slide 7: 19. Kita bukan sahaja boleh ada dagangan antara dua buah negara tetapi antara beberapa buah negara. Sebenarnya bank-bank mengguna cara ini untuk menyelesaikan bayaran cheque kepada beberapa bank yang telah terima dan mengeluarkan bayaran berasas kepada cheque lain-lain bank.20. Sudah tentu akan ada banyak masalah pada permulaan. Tetapi pakar-pakar boleh cari jalan untuk selesaikan atau atasi kelemahan sistem Dinar Emas ini.21. Bank Negara Malaysia pernah runding dengan sebuah negara lain dan penggunaan Dinar Emas memang boleh dilaksanakan. Tetapi entah kenapa Bank Negara Malaysia tidak dapat menjayakan sistem ini. Slide 8: 227 Comments By muarif on November 4, 2008 2:57 PM SALAM BUAT TUN SEKELUARGA. TUN, Sokong 100% kerajaan perlu menilai semula kaedah ini secara serius dan komprehensif. Wassalam TUN. By Yahya Khan on November 4, 2008 2:59 PM Salaam Tun, You are the best PM of Malaysia and best politician of Asia so far. We love you and support you on your policies. Wish you a good health. Slide 9: By BaDaNg79 on November 4, 2008 3:02 PM You are the malay best sir!!! By Zahar on November 4, 2008 3:04 PM assalamualaikum Saya amat kagum dengan penjelasan Tun ini yang pendek tetapi padat dengan data dan fakta. Andainya kita ada seorang ahli ekonomi yang boleh menerangkan konsep yang sukar ini sepertimana Tun telah menerangkannya disini. Terima kasih. By salamat munak on November 4, 2008 3:06 PM saya juga sokong cadangan Tun itew..huhu p/s; kan best klu semua menteri ade blog sendiri..y not? ('0') Slide 10: By Abi Qalam on November 4, 2008 3:11 PM Yg Bhg Tun, Sesiapapun yg bersih akal fikirannya akan memikirkan perkara ini. Bg Saya yg tak pandai ekonomi ni menjadi terlalu hairan dengan masalah ekonomi disebabkan oleh perkara-perkara virtual seperti yg Tun sebutkan. Pelik betul! Dan lebih pelik lagi bila bayaran menggunakan kertas yg tiada jaminan nilai yg tetap, apa bezanya dengan duit pokok pisang jepun? By Falcon on November 4, 2008 3:11 PM Slide 11: Salam Tun, Perkembangan ekonomi semasa dunia kelihatan pasang surutnya. Negara Malaysia juga dijangka akan menghadapi keadaan sebagaimana Singapura dilanggar todak. Negara kita memerlukan golongan bijak pandai seperti Hang Nadim yang menggunakan batang pisang untuk melemahkan serangan todak kepada Singapura satu ketika dahulu. Idea dan tindakan yang bijak dan realistik adalah amat penting untuk menepis serangan tsunami ekonomi yang dahsyat ini. Semoga Allah pelihara negara ini dari badai ganas yang menggila melanda dunia di saat ini. Wassalam Slide 12: By kedahan on November 4, 2008 3:11 PM Salam Tun..Saya rasa bukan setakat matawang sahaja untuk kita bertukar kearah Islam, cara hidup, dan politik juga berlu beralih kepada Islam... www.politictoday.com By leading on November 4, 2008 3:13 PM Tun An article, titled "Family ties take root in Malaysian politics" appears on http://www.themalaysianinsider.com today I am amused by the quotes:"The ones that keep coming back for more are the sons, daughters and grandchildren of yesteryear's leaders," said a comment posted on political blog www.bakrimusa.com. Slide 13: "It is, to them, their birthright to be accorded such positions as their fathers and forefathers. If you are not born to 'the families', then you must marry into one!" Personally, I like those articles on http://www.themalaysianinsider.com and interestingly, http://www.themalaysianinsider.com is now ranked 95 on http://www.alexa.com/site/ds/top_sites?cc=MY&ts_mode=country〈=none I strongly recommend this http://www.themalaysianinsider.com to all. Regards,http://www.leading.com.my Slide 14: By DiLL Langkawi on November 4, 2008 3:15 PM Salam Tun, Dari dulu lagi saya setuju dengan cadangan Tun untuk adakan altenatif penyelesai dagangan tanpa melibatkan dollar USD, iaitu dgn perkenalkan Dinar Emas. Tapi itulah, hendak seribu daya tak nak seribu dalih. I'm an accountant, i know that your ideas are absolutely correct. We learn from clearing house cheque between banks, they use similar principles. Only 'surplus' we pay, the other hands we write it off between exports & imports. So apa tunggu lagi? Skrg ni bukan ekonomi dunia merudum tetapi ekonomi Amerika. sb dah negara2 terikat ngan Amerika, so inilah kesannya. pendek kata, lagi tinggi pergantungan ekonomi sesebuah negara itu kepada Amerika, lebih buruk lah kesannya kepada ekonomi negara berkenaan. Syukur, walaupun Amerika merupakan punca export utama Msia tetapi dengan adanya 'diversify' dlm prdagangan, tempias kita akan dapat tak teruk spt Singapura!! Sekian.. Syabas Tun. Slide 15: By Vinoth on November 4, 2008 3:17 PM Salam Tun, Yes you are right this time. It would be wise for Bank Negara to study this option.Thanks for the great idea. By xavi on November 4, 2008 3:19 PM salam tun first time dapat bg komen awal hehehehehe Slide 16: By lihatlah on November 4, 2008 3:20 PM Salam ALL TAHNIAH NAJIB. dapat jd President. BILA nak cantas Org2 pAKDOLLAH N kj. DI harap org dan perwakilan UMNO Memilih calon yg benar2 layak untuk memimpin UMNO bagi memantapkan lagi EKONOMI MELAYU. UNDI untuk UMNO bukan UNTUK DUIT. Buang dan nyahkan calon2 yg guna duit.... Jgn bagi rakyat MARAH utk PRU13.... Kalo tidak Umno akan terkubur pru13 nanti jika Org TINGKAT 4 tidak di cantas Slide 17: By kgboy on November 4, 2008 3:21 PM Assalamualaikum Tun, Saya tak pernah ketinggalan membaca tulisan Tun, tetapi ini kali pertama saya memberi komen. Saya harap Tun akan terus memberi nasihat kepada pemimpin negara terutamanya ketika menghadapi saat getir krisis kewangan sekarang. Semoga Tun sekeluarga dipanjang umur.. Slide 18: By akupunya on November 4, 2008 3:23 PM Assalamualaikum, 1. Untuk mengubah perkara yang sudah menjadi kebiasaan adalah sukar. Apatah lagi yang telah memberi keuntungan kepada kita. 2. Ekonomi juga perlukan keadilan. Keadilan di mana pihak yang mengeluarkan barang tidak ditindas oleh pihak yang membeli, dan sebaliknya. 3. Di dalam Islam, amalan perniagaan adil sudah awal2 diperingatkan. di dalam timbangan sehinggalah kepada budaya berhutang. 4. Seperti bermain dam, ekonomi sesebuah negara atau pergerakan ekonomi itu boleh dirancang. hendak dinaikkan atau diturunkan, ia terpulang kepada pihak yang berkepentingan, samada berkepentingan jahat atau baik. Slide 19: 5. Budaya bailout di Malaysia pada satu ketika telah menampakkan satu budaya membela kroni di atas syarikat2 yang berkepentingan kepada kerajaan. ramai melihat ia adalah tindakan menyelamatkan kantung poket si anu itu, berbanding daripada dilihat dari faktor ekonomi yang bersifat nasional. 6. Kerajaan pada hari ini harus bersikap terbukan dan telus di dalam menyebarkan maklumat mengenai ekonomi dunia. Kerajaan tidak harus menjadi badut yang dikeluarkan untuk menggembirakan penonton, sedangkan penonton sudah tahu ia hanya satu lawak bodoh. Tindakan menyembunyikan fakta sebenar daripada rakyat adalah satu tingkahlaku kerajaan yang membodohkan diri mereka sendiri. Jika inflas itu wujud di kadar 6%, sebarkan ia. Jika banyak syarikat luar sudah lari dari Malaysia, beritahu seperti mana ia berlaku. Jika FDI semakin berkurang, katakan ia berkurang, bukan dengan menambungkan kekurangan dengan cerita2 dongeng dan tahyul. 7. Apa guna menjadi Gabenor Bank Negara, tetapi mulut telah ditutup dengan pelekat super glue? Slide 20: 8. Beginilah, senang sahaja untuk berdepan dengan sessi kegawatan ekonomi pada hari ini. Kuncinya ialah berjimat dan bersederhana. Antara orang yang bergaji rm1000 sebulan dengan orang yang bergaji rm 100,000 sebulan, bezanya hanya dari segi figurasi nombor dan kemewahan, tetapi dari segi keperluan asas, ia adalah sama sahaja. apa yang eprlu dimakan, apa yang perlu dibuat dan apa yang mesti dibuat adalah sama di kalangan semua manusia. 9. Pembaziran menyebabkan kita terus rugi . Apatah lagi jika duit yang kita laburkan itu, sudah tidak tahu hendak dibuat apa. 10. Seperti perbandingan membeli kereta, antara Porshe berhargara setengah juta ringgti berbanding dengan saga dengan harga rm50K, kedua2 sama sahaja, 4 tayar danberbumbung, boleh diguna dari titik A ke titik B. yang bezanya ialah kelesaaan, kemewahan dan gaya sahaja. 11. Kecekapan dan kecerdikan mengurus adalah kunci kepada keselamtan ekonomi, samada pada sudut makro atau mikro. SELAMAT MENUNAIKAN HAJI KEPADA JEMAAH HAJI DARI SELURUH DUNIA KE MADINAH DAN MEKAH. SEMOGA HAJI TAHUN INI MENGINSAFKAN RAMAI ORANG ISLAM DAN MEMBENTUK MUSLIM YANG SEJATI, MANUSIA YANG BERETIKA. Slide 21: By dugong_darat on November 4, 2008 3:23 PM Salam Tun... Saya amat teruja bila mengetahui hasrat Tun untuk melaksanakan Dinar Emas... I believe in Dinar Emas sbb dgn cara ini kestabilan mata wang dunia dpt dicapai...konsep Dinar Emas ni sepatutnye dikembangkan lagi...dulu saya join satu MLM yg berniaga barang kemas dan saya di sekolahkan oleh satu orang nih yang mencerita why we should invest in gold... pendek kate... konsep nih mmg patut dilaksanakan dulu...buktinya... sekrang... so kome PKR la sendiri.... wassalam TUN... Slide 22: By Malaymind on November 4, 2008 3:25 PM Penggunaan Dinar Emas pada pendapat saya adalah tidak mustahil. Namun begitu, ia memerlukan perjuangan berterusan untuk mendapatkan sokongan majoriti negara di dunia. Oleh kerana dominasi Amerika Syarikat terlalu besar, mereka tidak akan tunduk kepada tekanan ini. Begitu juga negara - negara lain yang berkepentingan. Usaha menggunakan dinar emas ini sepertimana kata Tun, perlu dipelopori oleh kita dan negara - negara Islam, namun ia merupakan satu usaha yang tidak mudah. Teruskan usaha Tun, if i can help you to achieve it, I sure will. Slide 23: By shake_nik on November 4, 2008 3:26 PM Salam Tun,As usual, a good idea. I wonder if this will remain just an idea. Mmmm.... By cikkiahmenulis on November 4, 2008 3:26 PM As'kum ayahanda Tun, Harap Tun boleh terus bersuara dalam hal ini, dan memperpanjangkan kepada pihak yang sepatutnya dalam negara. Mungkin sesuatu boleh dilakukan oleh ahli-ahli ekonomi negara. Wassalam. By Emetjais on November 4, 2008 3:30 PM Salam Tunmalaysia tiada clout seperti Amerika Syarikat(AS).AS ada teknologi & kuasa nuklear walaupun tiada wang lagi.AS dah berhutang dengan China dsb untuk hidup.Sejak dari dahulu lagi 'Might is Right'.Di suatu masa nanti bila kita dah ada teknologi & nuklear seperti AS, kita akan dihormati & disegani. Dinar Mas atau apa saja akan dilaksanakan.Meanwhile, kita just shut up, jangan bergadoh & belajar tentang teknologi moden. Slide 24: By Jinggo on November 4, 2008 3:30 PM Salam Tun, Penggunaan dinar emas akan lebih menstabilkan matawang berbanding dengan apa yang ada sekarang berdasarkan kestabilan nilai emas itu sendiri. Apa yang pastinya nilai emas pula akan menjadi buruan pasaran spekulatif dan akibatnya nilai emas juga akan melonjak tinggi dan boleh jatuh pada kadar yang pantas hasil permainan pasaran kewangan antarabangsa. Bolehkah Tun berikan pendapat? Jinggo Rock – Slide 25: By suregamat on November 4, 2008 3:32 PM Assalamualaikum Tun yang disayangi dan dihormati, Saya bersependapat dengan Tun dalam hal ini. Dinar Emas boleh dijadikan sebagai bukti fizikal keupayaan/kapasiti negara berdagang dan segala transaksi urusniaga boleh dilakukan secara elektronik. Ide ini memang baik untuk perdagangan antarabangsa dan domestik.Naik turun harga Dinar Emas boleh ditentukan End of Part 1 : End of Part 1 Posted by Dr. Mahathir Mohamad at November 4, 2008 2:46 PM

Add a comment

Related presentations

Related pages

Gerai Dinar - Business and Entrepreneurship Free Education

Gerai Dinar, Resources on Islamic Gold Dinar, Gold Based Capital, Business and Entrepreneurship Education
Read more

Gold dinar - Wikipedia, the free encyclopedia

The gold dinar (Arabic: ﺩﻳﻨﺎﺭ ذهبي ‎‎) is an Islamic medieval gold coin first issued in 77 AH (696-7 CE) by Caliph Abd al-Malik ibn Marwan.
Read more

Ultimate Wealth Protector | Public Gold

LBMA Dinar; Non LBMA Gold Bar; Silver. ... Public Gold News Digest. ... Keraguan Akan Kenaikan Bunga The Fed Dorong Penguatan Harga Emas;
Read more

Rumah Dinar

Kebutuhan Dinar Emas di masyarakat pada saat ini lebih tinggi dari tingkat produksi Dinar Emas di Logam Mulia, PT. Aneka Tambang, maka sering tidak ...
Read more

出会い系サイトを上手く活用しましょう

出会い系サイトを利用するなら、しっかりとルールを守りましょう。そうすればあなたもきっと上手くいくはずです。
Read more