Contoh Kertas Kerja / Proposal Event Politeknik Merlimau - Hari Keluarga

60 %
40 %
Information about Contoh Kertas Kerja / Proposal Event Politeknik Merlimau - Hari Keluarga
Education

Published on March 12, 2014

Author: iamsyazwanlatif

Source: slideshare.net

KERTAS KERJA PERMOHONAN KELULUSAN HARI KELUARGA JABATAN PELANCONGAN & HOSPITALITI SESI DIS 2014 ANJURAN : PELAJAR DIPLOMA SEMESTER 5 NUR FARHANA BINTI MOHD PADZIL NOR HAFIZAH BINTI PAKURUDIN MOHAMAD SYAZWAN BIN ABD LATIF MOHAMAD SYAZWAN BIN SALLEH MUHAMAD AFIEQ BIN MOHD KAMAL MOHAMAD KHAIR BIN YAHYA MOHAMAD ASYRAF HASAN BIN HASAN (BHK 5C) PENGURUSAN HOTEL & KATERING HT 517 - EVENT OPERATION

2 KEPUTUSAN: DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN ULASAN: __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ ………………………………. TIMBALAN PENGARAH POLITEKNIK MERLIMAU TARIKH :- KEPUTUSAN: DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN ULASAN : ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ………………………………. PENGARAH POLITEKNIK MERLIMAU TARIKH :-

3 KERTAS KERJA PROGRAM HARI KELUARGA YANG BERTEMAKAN “UKHWAH TERJALIN KESIHATAN TERJAMIN” BERSAMA SEMUA PENSYARAH & PELAJAR JABATAN PELANCONGAN & HOSPITALITI SESI JUN 2014 HT517 - EVENT OPERATION PELAJAR: DIPLOMA PENGURUSAN HOTEL DAN KATERING SEMESTER 5 ( BHK 5C ) TEMPAT: PMM MALL TARIKH: 22 OGOS 2014 (JUMAAT) PROGRAM BERSAMA SEMUA PENSYARAH & PELAJAR JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

4 1.0 PENGENALAN Program Hari Keluarga yang bertemakan Ukhwah Terjalin Kesihatan Terjamin ini adalah program yang akan mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan pengalaman yang perlu diadaptasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang perhotelan dan katering. Dengan adanya program sebegini, pelajar mampu untuk belajar cara menguruskan sesebuah majlis yang melibatkan tetamu yang berprofil tinggi. Program ini sedikit sebanyak membantu mengeratkan lagi ukhwah di antara pelajar dan pensyarah. Daripada program yang berfaedah ini, pelajar akan memperolehi pengalaman baru yang akan membantu mereka kelak. Selain itu, semangat kerjasama dapat diwujudkan dalam usaha melaksanakan program ini. 2.0 TUJUAN Program Hari Keluarga yang bertemakan Ukhwah Terjalin Kesihatan Terjamin ini adalah program yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar Semester Lima (5) Diploma Pengurusan Hotel dan Katering ( BHK 5C) seramai 27 orang pelajar, bagi memenuhi kursus HT517 - Operasi dan Pengurusan Majlis. Kursus ini merupakan salah satu kursus yang menggalakkan para pelajar menganjurkan dan menguruskan sesuatu majlis. Kursus ini juga membantu dan melatih para pelajar untuk meningkatkan kemajuan diri dalam melaksanakan sesebuah majlis supaya majlis tersebut berjalan dengan lancar dan sempurna seperti yang dirancang. Program ini juga bertujuan untuk memberikan impak yang positif kepada hasil pembelajaran subjek HT517 - Operasi dan Pengurusan Majlis.

5 3.0 COURSE LEARNING OUTCOME (CLO) i. Menunjukkan pemahaman kepada konsep asas operasi acara dan pengurusan dalam industri pelancongan dan hospitaliti. ii. Pelan, reka bentuk, dan menyelaras perancangan acara yang berkesan, laman web dan pengurusan kemudahan, dan program acara. iii. Sediakan satu cadangan, dokumentasi dan penuh laporan lengkap untuk aktiviti acara. iv. Menunjukkan komitmen kepada prinsip profesionalisme dan etika dalam pengurusan acara. 4.0 OBJEKTIF PROGRAM Objektif program ini adalah: i. Mengeratkan hubungan silaturahim di antara pelajar dan pensyarah Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti. ii. Memupuk kesihatan jasmani dan suntikan rohani dalam mengeratkan hubungan bersama pelajar dan pensyarah. iii. Untuk memberi gambaran yang sebenar dan pengalaman kepada para pelajar dalam menguruskan dan mengendalikan sesebuah majlis.

6 5.0 PERLAKSANAAN PROGRAM Berikut adalah butir-butir pelaksanaan program: Nama Program : Hari Keluarga Jabatan Pelancongan & Hospitaliti Tema : Ukhwah Terjalin Kesihatan Terjamin Tarikh : 22 Ogos 2014 Hari : Jumaat Masa : 8.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari Tempat : Pmm Mall 6.0 SASARAN PENYERTAAN Program Hari Keluarga yang bertemakan Ukhwah Terjalin Kesihatan Terjamin” ini adalah program semester lima (5) daripada kelas BHK 5C Pengurusan Hotel dan Katering. Program ini disertai oleh semua pensyarah dan pelajar Jabatan Pelancongan & Hospitaliti Politeknik Merlimau Melaka yang dianggarkan seramai 500 orang.

7 7.0 TENTATIF PROGRAM MASA AKTIVITI 8.00 A.M – 8.30 A.M Pendaftaran & Senamrobik 8.30 A.M – 9.00 A.M Perasmian Program “Hari Keluarga” Yang Bertemakan “Ukhwah Terjalin Kesihatan Terjamin” Oleh Pengarah Politeknik Merlimau Melaka. 9.00 A.M – 10.10 A.M Aktiviti Berlangsung (Game A) - Belalai Gajah - Sedapnya Epal - Blind Chef - Futsal - Kareoke 10.10 A.M – 10.40 A.M (Game B) - Perang Dunia - Jus Limau - Jalan Konkrit 10.40 A.M – 11.00 A.M (Game C) - Tarik Tali - Timang Sayang - Kelakarnya Saya 11.00 A.M -12.00 P.M Penutup & Penyampaian Hadiah

8 8.0 SENARAI BELANJAWAN Sila rujuk Lampiran A (Muka Surat 11) 9.0 AKTIVITI SUKANEKA Sila rujuk Lampiran B (Muka Surat 12) 10.0 PERATURAN PERMAINAN Sila rujuk Lampiran C (Muka Surat 13) 11.0 PELAN SOKONGAN Sila rujuk Lampiran D (Muka Surat 24) 12.0 Senarai Nama Sila rujuk Lampiran E (Muka Surat 26)

9 13.0 PENUTUP Program Hari Keluarga bertemakan “Ukhwah Terjalin Kesihatan Terjamin” ini dapat dilaksanakan mengikut perancangan bagi mencapai objektif yang ditetapkan dan dapat memotivasikan diri semua pelajar. Program ini juga diharapkan dapat memberi input yang berguna kepada para pelajar. Selain itu, program seperti ini dapat melahirkan semangat berpasukan antara satu sama lain. Semoga program ini dapat memberikan pendedahan pada peringkat awal tentang cara- cara untuk melaksanakan sesebuah projek. Dengan kerjasama daripada pihak Jabatan Pelancongan & Hospitaliti adalah menjadi harapan pelajar Semester Lima (5) Diploma Pengurusan Hotel & Katering agar program ini dapat direalisasikan dan berjalan lancar. Diharap segala perancangan yang telah dibuat untuk program ini akan dapat dilaksanakan dan akan mendapat keberkatan serta keredhaan daripada-Nya.

10 Disediakan oleh, ………………………………… NUR FARHANA BINTI MOHD PADZIL Setiausaha, Program Hari Keluarga, Jabatan Pelancongan & Hospitaliti, Politeknik Merlimau Melaka. Tarikh: Disokong Oleh, ………………………………… ZULIANA BT ALIMAN Ketua Program Pengurusan Hotel & Katering, Jabatan Pelancongan & Hospitaliti, Politeknik Merlimau Melaka. Tarikh: Disemak Oleh, …………………………………. ABDUL RAZAK BIN WARI Pensyarah Kursus HT517, Jabatan Pelancongan & Hospitaliti, Politeknik Merlimau Melaka. Tarikh: Disahkan Oleh, …………………………………… KHAAIRUDDIN BIN KHALIL Ketua Jabatan Pelancongan & Hospitaliti, Politeknik Merlimau Melaka. Tarikh:

11 LAMPIRAN A SENARAI BELANJAWAN BIL PERKARA KUANTITI HARGA (RM) JUMLAH (RM) 1 MAKANAN (SARAPAN PAGI ) Mee Hoon Goreng + Kuih Muih 1000 2.00 2000.00 2 MEDIA Banner 2 150 300.00 Name Tag 40 2.50 100.00 Banting 5 50.00 250.00 3 HADIAH Hamper (Individu ) 9 10.00 90.00 Hamper (Kumpulan) 15 58.50 877.50 4 CENDERAMATA Pengarah/TPA/TPSA 3 25.00 75.00 Ketua Jabatan 1 25.00 25.00 Pensyarah 2 25.00 25.00 Penanda Buku 49.00 1.50 73.50 5 KEBERSIHAN Plastik Sampah 6 Paket 5.00 30.00 6 URUSETIA Kad Jemputan 5 3.00 15.00 7 AKTIVITI (PERALATAN) Tepung 6 Paket 2.50 15.00 Riben 4 3.00 12.00 Tali 2 Gulung 5.00 10.00 Gula 2 Paket 2.70 5.40 Limau Nipis 1kg 5.00 5.00 Cawan Plastik 3 1.70 5.10 Belon 10 Paket 5.00 50.00 Selipar Jepun 4 Pasang 2.50 10.00 JUMLAH 3988.50

12 LAMPIRAN B AKTIVITI SUKANEKA Seramai 27 orang pelajar BHK 5C disertai oleh pelajar & pensyarah akan menyertai program ini. NO. AKTIVITI 1. Senamrobik Bersama Pelajar & Pensyarah. 2. Bermain Futsal Memakai Kain Pelekat & Kain Batik. 3. Belalai Gajah Disertai Oleh Penasihat Akademik & Pelajar. 4. Sedapnya Epal Disertai Oleh Pensyarah. 5. Blind Chef Disertai Oleh Pelajar. 6. Perang Dunia Disertai Oleh Pelajar. 7. Jus Limau Disertai Oleh Pelajar. 8. Tarik Tali Dusertai Oleh Pensyarah, Pelajar & Valedict Krew. 9. Karaoke Terbuka Kepada Semua Orang. 10. Jalan Konkrit Disertai Oleh Pelajar. 11. Timang Sayang Disertai Oleh Pensyarah & Pelajar. 12 Kelakarnya Saya Disertai Oleh Pensyarah & Pelajar. Tempat terlibat :  Padang Ragbi Politeknik Merlimau Melaka  PMM Mall

13 LAMPIRAN C PERATURAN PERMAINAN 1. Belalai Gajah Peserta : Penasihat Akademik & Pelajar Bil. Kumpulan : 18 Kumpulan Bil. Ahli Kumpulan : 8 Orang & Seorang Penasihat Akademik *Terbuka kepada 15 kelas sahaja. Peraturan:- 1) Permainan dilakukan sebanyak 3 pusingan & setiap pusingan disertai 6 kumpulan. Dua kumpulan yang berjaya ke pusingan akhir akan bersaing untuk menentukan pemenang. 2) Pelajar dikehendaki pusing sebanyak 5 kali dalam posisi yang telah ditetapkan. 3) Kemudian pelajar dikehendaki berlari kepada Penasihat Akademik bergilir-gilir sehingga pelajar yang terakhir memberi riben kepada Penasihat Akademiknya. 4) Apabila Penasihat Akademik mendapat riben tersebut daripada pelajar terakhir, Penasihat Akademik dikehendaki terus berlari kepada urusetia untuk menentukan pemenang. 5) Pengadil akan mengadili dalam permainan ini.

14 2. Sedapnya Epal Peserta : Pensyarah Bil. Ahli : 20 Orang Pensyarah Peraturan :- 1) Permainan dilakukan sebanyak 2 pusingan & setiap pusingan disertai 10 orang pemain. Dua orang yang berjaya ke pusingan akhir akan bersaing untuk menentukan pemenang. 2) Tangan pensyarah akan diikat kemudian pensyarah harus berlari ke epal yang diikat dengan tali yang digantung pada tiang. 3) Pensyarah harus memakan epal itu sehingga isinya habis. 4) Epal yang jatuh dikira tersingkir. 5) Pengadil akan mengadili dalam permainan ini.

15 3. Blind Chef Peserta : Pelajar Bil. Peserta : 15 Orang Peraturan :- 1) Mata peserta akan ditutup dengan kain & peserta harus merasa makanan di atas meja. Peserta boleh merasa, menghidu & memegang makan tersebut. 2) Kemudian peserta harus meneka apakah makanan tersebut. 3) Sekiranya peserta salah meneka atau memberi jawapan, peserta akan dikenakan denda. 4) Pengadil akan mengadili dalam permainan ini.

16 4. Jus Limau Peserta : Pelajar Dan Pensyarah Bil. Kumpulan : 10 Kumpulan Bil. Ahli Kumpulan : 5 Orang Peraturan :- 1) Permainan dilakukan sebanyak 3 pusingan & setiap pusingan disertai 5 kumpulan. Dua kumpulan yang berjaya ke pusingan akhir akan bersaing untuk menentukan pemenang 2) Setiap peserta harus membaling dadu. Setiap mata dadu menentukan setiap buah limau. 3) Kemudian peserta harus memilih satu nombor di atas satu meja. Di bawah meja tersebut tersembunyi jenis-jenis sudu daripada yang kecil sehingga yang besar. 4) Setiap sudu menentukan kuantiti gula yang akan dicampur pada jus limau tersebut & peserta harus meminumnya. 5) Pengadi; akan mengadili dalam permainan ini.

17 5. Perang Belon Peserta : Pelajar Bil. Kumpulan : 15 kumpulan Bil. Ahli Kumpulan : 6 orang Tempoh Masa Permainan : 5 Minit Peraturan:- 1) Setiap kumpulan akan diberi satu warna belon & setiap peserta akan diikat satu belon di kaki. 2) Kemudian setiap kumpulan harus memecahkan belon kumpulan yang lain. 3) Masa yang ditetapkan adalah 5 minit, selepas masa tamat, warna belon yang paling banyak dikira pemenang. 4) Pengadil akan mengadili dalam permainan ini.

18 6. Futsal Pak Lebai Peserta : Pelajar Lelaki Bil. Kumpulan : 6 Kumpulan Bil. Ahli Kumpulan : 5 Orang Tempoh Masa Permainan : 10 Minit Peraturan:- 1) Permainan dilakukan sebanyak 3 pusingan & setiap pusingan disertai 2 kumpulan. Dua kumpulan yang berjaya ke pusingan akhir akan bersaing untuk menentukan pemenang. 2) Peserta hendaklah memakai kain pelekat atau kain batik semasa bermain futsal. 3) Kaedah-kaedah bermain seperti futsal yang biasa dimainkan. 4) Pengadil akan mengadili dalam permainan ini.

19 7. Karaoke Peserta : Terbuka Kepada Semua Orang. *Berlansung dari pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. *Pelajar & Pensyarah juga boleh tujukan lagu & ucapan kepada sesiapa yang mereka inginkan.

20 8. Tarik Tali Peserta : Pensyarah, Pelajar & Valedict Team Bil. Kumpulan : 4 Kumpulan Bil. Ahli Kumpulan : 20 Orang Peraturan :- 1) Permainan dilakukan sebanyak 2 pusingan & setiap pusingan disertai 2 kumpulan. Dua kumpulan yang berjaya ke pusingan akhir akan bersaing untuk menentukan pemenang. 2) Pengadil akan berdiri di tengah-tengah antara 2 kumpulan & kumpulan yang berjaya menarik tali sehingga melebihi garisan yang ditetapkan akan dikira pemenang. 3) Pengadil akan mengadili dalam permainan ini.

21 9. Jalan Konkrit Peserta : Pelajar Bil. Ahli Kumpulan : 6 orang *Satu kumpulan terdiri daripada 6 orang. *Terbuka kepada 16 kumpulan sahaja. Peraturan:- 1) Permainan dilakukan sebanyak 4 pusingan & setiap pusingan disertai 4 kumpulan. Dua kumpulan yang berjaya ke pusingan akhir akan bersaing untuk menentukan pemenang. 2) Setiap kumpulan akan diberi 3 biji batu bata. 3) Pemain hendaklah berjalan di atas batu bata sehingga di garisan penamat. 4) Pemain yang memijak rumput hemdaklah mengulangi semula pemainan ini. 5) Pengadil akan mengadili dalam permainan ini.

22 10. Timang Sayang Peserta : Pensyarah & Pelajar Bil. Ahli Kumpulan : 6 Orang *Terbuka kepada 20 kumpulan. Peraturan:- 1) Permainan dilakukan sebanyak 4 pusingan & setiap pusingan disertai 5 kumpulan. Dua kumpulan yang berjaya ke pusingan akhir akan bersaing untuk menentukan pemenang. 2) Pemain harus membaling belon yang berisi air ke belakang & pemain dibelakangnya harus menyambut belon tersebut. 3) Pemain yang terakhir harus menjaringkan belon pada jaring yang disediakan kemudian belon tersebut harus disambut oleh pemain yang menjaga dibawah jaring tersebut. 4) Satu kumpulan terdiri daripada 6 biji belon. Belon yang pecah tidak akan diambil kira. 5) Pengadil akan mengadili dalam permainan ini.

23 11. Kelakarnya Saya Peserta : Pensyarah, Pelajar Bil. Kumpulan : 20 Kumpulan Bil. Ahli Kumpulan : 2 Orang Peraturan:- 1) Permainan dilakukan sebanyak 2 pusingan & setiap pusingan disertai 10 kumpulan. 2) Peserta & pensyarah dikehendaki memilih kotak rahsia yang telah disediakan. Kemudian pelajar harus ‘make over’ pensyarah dengan menggunakan barang yang berada di dalam kotak tersebut.. 3) Selepas ‘make over’ dilakukan, pensyarah harus memperagakan pakaian yang telah dipakaikan & berjalan dengan buku yang ditelakkan di atas kepala sampai ke garisan penamat. 4) Pensyarah tidak dibenarkan memegang buku yang berada di atas kepala semasa berjalan. 5) Pengadil akan mengadili dalam permainan ini.

24 LAMPIRAN D PELAN SOKONGAN Sekiranya cuaca tidak mengizinkan untuk menjalankan aktiviti yang dirancang, semua aktiviti akan dilangsukan di Dewan Platinium kecuali acara Tarik Tali dan Futsal Pak Lebai. Antara aktiviti sokongan adalah seperti berikut :- 1. Ping Pong Selipar Peserta : Terbuka Kepada Semua Orang. Bil. Peserta : Individu Peraturan:- 1) Peserta harus menggunakan selipar untuk bermain ping pong. 2) Kaedah-kaedah bermain seperti ping pong yang biasa dimainkan. 3) Pengadil akan bertanggungjawab permainan.

25 2. Music Chair Peserta : Terbuka kepada semua orang. Bil. Pemain : 20 orang *Permainan ini dilakukan sebanyak 4 pusingan. *Terdiri daripada kumpulan pensyarah lelaki, kumpulan pensyarah perempuan, kumpulan pelajar lelaki & kumpulan pelajar perempuan. Peraturan:- 1) Setiap pemain harus merebut kerusi yang telah disediakan. 2) Jumlah pemain haruslah lebih daripada jumlah kerusi yang telah disediakan. 3) Pemain yang gagal mendapatkan tempat duduk di kerusi dikira gagal. 4) Pemain yang bertahan hingga akhir permainan diiktiraf pemenang. 5) Pengadil akan mengadili dalam permainan ini. LAMPIRAN E

26 SENARAI NAMA PELAJAR BHK 5C BIL NO. PENDAFTARAN NAMA 1. 14BHK12F2001 Nurul Aqilah Nini Mokhtar 2. 14BHK12F2002 Nur Sakinah Binti Muzatkar 3. 14BHK12F2003 Muhammad Afieq Bin Muhamad Kamal 4. 14BHK12F2004 Rufaidah Binti Abdul Halim 5. 14BHK12F2005 Nadia Nabila Binti Mazzeni 6. 14BHK12F2006 Muhammad Zhafri Bin Mohd Zaki 7. 14BHK12F2007 Nur Alwani Binti Zarida 8. 14BHK12F2008 Mohamad Syazwan Bin Abd Latif 9. 14BHK12F2009 Mohd Imran Bin Abd Wahab 10. 14BHK12F2010 Noor Farihan Binti Fahruddin 11. 14BHK12F2011 Aisyah Solihah Maulad Musa 12. 14BHK12F2012 Afiqah Binti Omar 13. 14BHK12F2013 Fatimah Az Zahra Nbinti Ismail 14. 14BHK12F2014 Fayhansly A/L Yusoff 15. 14BHK12F2015 Nur Farhana Binti Mohd Padzil 16. 14BHK12F2016 Norhasuhaidi 17. 14BHK12F2017 Norizan Binti Sulaiman Shah 18. 14BHK12F2018 Amirul Syakirin Bin Abdul Rasid 19. 14BHK12F2019 Nur Shahirah Binti Mus Dad 20. 14BHK12F2020 Nur Amilin Binti Suhaimi 21. 14BHK12F2021 Nor Hafizah Binti Pakurudin 22. 14BHK12F2022 Mohamad Syazwan Bin Salleh 23. 14QHK12F2002 Mohamad Khair Bin Yahya 24. 14QHK12F2003 Nor Hidayu Binti Mohd Yusof 25. 14QHK12F2005 Nur Atiqah Binti Zakaria 26. 14QHK12F2006 Nur Zakiah Binti Zakaria 27. 14QHK12F2007 Rohanizah Binti Othman

27

28 PROJEK GANTT CHART PROGRAM HARI KELUARGA JABATAN PELANCONGAN & HOSPITALITI PERKARA BULAN MINGGU 2014 JUN JULAI OGOS 1 2 3 4 5 6 7 8 Persediaan Proposal Perbentangan Cadangan Kelulusan Cadangan Perbincangan Kumpulan Penambahan & Pengurangan Aktiviti Perbincangan Akhir Kelulusan Cadangan Akhir Persediaan Akhir Perbentangan Akhir

Add a comment

Related presentations

Related pages

Contoh Proposal Batik | Best Movie

Contoh kertas kerja / proposal event politeknik merlimau , Contoh kertas kerja / proposal event politeknik merlimau - hari keluarga 1. kertas kerja ...
Read more

bücher verkaufen Fantastische 7 Kumpulan Contoh Proposal ...

bücher verkaufen Kumpulan Contoh Proposal Makanan ... event politeknik merlimau - hari keluarga 1. kertas kerja permohonan kelulusan hari ...
Read more

Kumpulan Contoh Surat Dan Proposal | 2016 Car Release Date

... Contoh Proposal,Resep,Kata kata.Contoh Kertas Kerja / Proposal Event Politeknik Merlimau – Hari Keluarga ... KERTAS KERJA PERMOHONAN KELULUSAN HARI ...
Read more

Kumpulan Contoh Proposal Usaha Makanan | Best Movie

Contoh kertas kerja / proposal event politeknik merlimau , Contoh kertas kerja / proposal event politeknik merlimau - hari keluarga 1. kertas kerja ...
Read more

Contoh Kertas Kerja Proposal Event Politeknik Merlimau

Contoh kertas kerja / proposal event politeknik merlimau hari keluarga 1 kertas kerja permohonan kelulusan hari keluarga jabatan pelancongan.
Read more

Contoh Kertas Kerja Proposal Event Politeknik Merlimau ...

Contoh Kertas Kerja / Proposal Event Politeknik Merlimau - Contoh Kertas Kerja / Proposal Event Politeknik Merlimau - Hari Keluarga 1. KERTAS KERJA ...
Read more

watch movies online Awesome 5 of Contoh Proposal Kerja ...

watch movies online Contoh Proposal Kerja free movies ... event politeknik merlimau - hari keluarga 1. kertas kerja permohonan kelulusan hari ...
Read more

watch movies online Best 5 of Kumpulan Contoh Proposal ...

Kumpulan resep masakan, makanan sehat dan berbagai tips tentang makanan.Contoh kertas kerja / proposal event politeknik merlimau - hari keluarga 1. kertas ...
Read more