advertisement

Cerpen Maaf Kupinta Tingkatan 2

71 %
29 %
advertisement
Information about Cerpen Maaf Kupinta Tingkatan 2
Books

Published on March 9, 2014

Author: najwanabila_

Source: slideshare.net

Description

Antonologi Tingkatan 2 :)
advertisement

    Fauzi seorang anak yang kematian ayah tinggal bersama-sama dengan ibu dan ayah tirinya. Ayah tirinya sangat menngongkong kehidupannya. Ayah tirinya tidak membenarkan Fauzi menonton televisyen terutama acara hiburan dan filem-filem. Ayahnya hanya membenarkan Fauzi menonton televisyen untuk rancangan berita ataupun hal ehwal semasa. Bapa tirinya juga mengongkong perjalanan hidupnya. Ayah tirinya juga tidak mengizinkan Fauzi pulang ke rumah terlalu lewat malam dan sering mengambil tahu dengan siapa Fauzi berkawan. Satu peristiwa telah menimpa hidup Fauzi. Kepala Fauzi berbenjol kerana terjatuh dan terhantuk pada tiang. Fauzi lari menaiki basikal ke rumah neneknya. Dia benci dan marah kepada ayah tirinya. Setelah lama tinggal di rumah neneknya, ayah dan ibunya berbincang untuk menghantar Fauzi ke asrama. Cikgu Zainuddin, Kaunselor sekolah telah membantu bagi membolehkan Fauzi tinggal di asrama. Semasa di asrama Fauzi sering dilawati oleh ibu dan bapa tirinya. Ibunya sering membawa buah tangan semasa melawat Fauzi. Manakala ayah tirinya memberi wang saku untuk kegunaan di asrama. Semasa di asrama Fauzi telah sedar daripada kesilapannya dan berubah sikap. Hal inidemikian kerana dia sentiasa dinasihati oleh rakan karibnya Syahir dan juga ustaznya. Pada hari terakhir persekolahan sebelum cuti hujung tahun, Fauzi tidak sabar untuk pulang ke kampung menemui keluarganya. Selepas makan malam di kampung, Fauzi mengambil kesempatan memohon kemaafan daripada ayah tirinya atas segala kesalahan dan salah faham terhadap ayah tirinya. Ibunya berasa bangga dengan perubahan sikap Fauzi. Fauzi mula menolong ayah tirinya di sawah dan di laut. Dia juga turut menunjuk ajar adiknya dalan pelajaran.

 Keinsafan akan membawa kebahagiaan. Fauzi tidak sedar bahawa bapa tirinyasayang kepadanya dan bersikap bertanggungjawab dalam menjaganya. Setelahtinggal di asrama yang agak jauh dari rumahnya, Fauzi mula berfikir. Dia dinasihati oleh kawannya dan guru Pendidikan Islamnya. Hasilnya, dia insaf.

Persoalan kasih sayang ayah tiri terhadap anak: Ayah tiri Fauzi amat menyayangi Fauzi dan sanggup melawat Fauzi di asrama. Dia juga bersikap tegas dalam mendidik Fauzi. Persoalan ketegasan semasa mendidik: Ayah tiri Fauzi melarang Fauzi menonton cerita-cerita yang tidak berfaedah. Dia juga melarang Fauzi keluar malam dan mengambil tahu dengan siapa anaknya berkawan. PERSOALAN Persoalan persahabatan: Syahir dan Fauzi amat akrab bersahabat ketika di Asrama A. Mereka sering pulang ke kampung bersamasama.

Fauzi >tinggal di Asrama A >mempunyai seorang ibu dan seorang ayah tiri >mempunyai seorang sahabat yang bernama Syahir >ayahnya meninggal dunia akibat penyakit barah >mempunyai seorang nenek bernama Sapiah >memendam rasa tidak puas hati terhadap ayah tirinya >pelajar yang aktif dalam kegiatan sukan pintar dalam pelajaran >Terharu apabila bersalaman dengan ayah tirinya semasa di asrama Ayah Tiri >ayah tiri Fauzi dan sangat menyayanginya >memberi wang saku kepada Fauzi ketika melawat Fauzi di asrama >baik kepada anak tirinya >tegas dalam mendidik anak WATAK & PERWATAKAN Ibu >suka mengawal pergerakan anaknya >kadang-kadang tidak bersetuju cara ayah tiri mendidik Fauzi >.selalu membawa buah tangan seperti kuih semasa melawat Fauzi di asrama

Tempat >Rumah:Fauzi menonton televisyen. >Asrama A:Fauzi tinggal di Asrama A. >Rumah Nenek Sapiah:Fauzi lari ke rumah neneknya ketika menghadapi masalah dengan keluarganya. >Stesen bas:Fauzi dan Syahir menunggu bas untuk pulang ke kampung. >Sekolah:Ayah tiri dan ibunya datang ke asrama untuk melawat Fauzi. Masa >Waktu malam: ketika di Asrama A Fauzi dan Syahir berbual sebelum tidur. >Waktu pagi:Fauzi bangun dan bersiap-siap untuk balik ke kampung. >Cuti sekolah akhir tahun:Fauzi pulang ke kampung untuk menghabiskan cuti. >Lima minggu:jarak masa Fauzi bercuti akhir tahun. Masyarakat >Pelajar:Fauzi dan Syahir merupakan pelajar sebuah sekolah menengah dan tinggal di Asrama A. >Petani:Ayah tiri Fauzi merupakan seorang petani yang mengerjakan sawah. >Pendidik:Cikgu Zainuddin merupakan seorang guru kaunseling yang menguruskan kemasukan Fauzi ke asrama. >Masyarakat yang bersifat prihatin:Ayah tiri Fauzi sangat prihatin terhadap pelajaran Fauzi dan selalu bertanya dengan siapa dia berkawan. >Masyarakat yang mementingkan pelajaran:Ayah tiri Fauzi selalu bertanya tentang kerja sekolah yang diberikan oleh guru kepada Fauzi. LATAR

Kata ganda:Berbalam-balam. bukubuku, kegiatan-kegiatan, kawan-kawan, kerja-kerja.  Sinkope:Ayahku tidak seperti ayahmu.  Hiperbola:Daun padi kelihatan terliuk-liuk dibelai mesra oleh angin malam.  Peribahasa:Buah tangan. 

     Nilai berdikari:Fauzi berdikari sendirian ketika tinggal di asrama A. Nilai kerajinan:Ayah tiri Fauzi rajin ke sawah dan ke laut untuk mencari rezeki untuk keluarganya. Ayahnya juga rajin melawat Fauzi di asrama. Nilai kasih sayang:Ayah tirinya sangat sayang kepada Fauzi dan sanggup menghulurkan wang saku setiap kali melawat Fauzi. Nilai kesyukuran:Fauzi bersyukur kerana dia sedar daripada kesilapannya yang bersikap buruk sangka terhadap ayah tirinya. Nilai hormat-menghormati:Fauzi sangat menghormati ayah tirinya.

     Kita hendaklah taat kepada kedua-dua orang tua kita. Contohnya, Fauzi taat kepada ayah tirinya walaupun ayah tirinya bersikap tegas terhadapnya. Kita perlu berbincang dalam membuat satu keputusan penting. Contohnya, Ayah tiri dan ibu Fauzi telah berbincang sebelum menghantar Fauzi ke asrama. Kita hendaklah mengasihi ibu dan ayah kita. Contohnya Fauzi sangat menyayangi ibu dan ayahnya. Kita hendaklah menolong orang ketika berada dalam kesusahan. Contohnya, Cikgu Zainuddin menolong Fauzi untuk mendapat tempat tinggal di asrama. Kita hendaklah meminta maaf apabila elakukan kesalahan. Contohnya, Fauzi memohon maaf daripada ayah tirinya atas kesalahannya

Add a comment

Related presentations

Related pages

cikgu azhar: CERPEN "MAAF KUPINTA" KOMSAS TINGKATAN 2 (LET ...

Simpati kepada mangsa kezaliman di seantero dunia: doakan kesejahteraan mereka; juga kepada mangsa bedilan tentera haram Yahudi di Genting Gaza.
Read more

BAHASA MELAYU: KOMSAS Tingkatan 2

KOMSAS Tingkatan 2 Erti Sebuah Pengorbanan 1 Link 1 Link 2 ... Maaf Kupinta Klik ... Cerpen Anak Penggunting ...
Read more

tintalidaf: Cerpen: Maaf Kupinta

Cerpen: Maaf Kupinta. MAAF KUPINTA ( Rejab FI ) ... Modul KOMSAS Tingkatan 1. ... (2) 2014 (9)
Read more

Copy of CERPEN MAAF KUPINTA TINGKATAN 2 - prezi.com

Gaya Bahasa CERPEN: MAAF KUPINTA Tema Keinsafan akan membawa kebahagiaan. Fauzi tidak sedar bahawa bapa tirinya sayang kepadanya dan bersikap ...
Read more

Mari Belajar Bahasa Melayu: Cerpen: Maaf Kupinta Tingkatan 2

karangan,tatabahasa,komsas,panduan mengarang,sastera,peribahasa,surat kiriman,cereka,pengalaman,format pmr/spm,bahan bantu mengajar
Read more