Bahaya taksub mazhab / Perilous of extremism.

100 %
0 %
Information about Bahaya taksub mazhab / Perilous of extremism.

Published on December 11, 2016

Author: FazrilIzzan

Source: slideshare.net

1. FANATIK MAZHAB FEKAH DAN KESAN NEGATIFNYA TERHADAP PEMIKIRAN UMAT Pengarang: SAHIBUS SAMAHAH PROF. MADYA DATO’ ARIF PERKASA DR MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN

2. 2 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat © 2016, Jabatan Mufti Negeri Perlis Cetakan Kedua 2016 Atur Huruf & Reka Letak: No. 102, Persiaran Wawasan, Batu Hampar, Seriab, 01000 Kangar, Perlis Tel : 012 474 3077 Diterbitkan oleh : JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS Tingkat 1, Blok A, Bangunan Dato’ Mahmud Mat, 01000 Kangar, Perlis. Tel : 04-979 4428, Fax : 04-976 3844 PROGRAFIX SDN. BHD. Hak Cipta Terpelihara. Tiada dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini di dalam apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain sebelum mendapat izin bertulis daripada SS Mufti, Jabatan Mufti Negeri Perlis. ISBN 978-967-13496-2-5 PENGARANG: Sahibus Samahah Prof. Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin Mufti Kerajaan Negeri Perlis PENASIHAT: Sahibul Fadhilah Tuan Haji Roslan bin Esa Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Perlis EDITOR: Ustazah Nafizah bt. Abd. Halim Ustaz Mohamad Abdul Kadir bin Sahak Puan Huda bt Johari SIDANG REDAKSI

3. 3 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat Kandungan TITAH PERUTUSAN DYTM TUANKU RAJA MUDA PERLIS PENDAHULUAN Maksud Taksub Mazhab Fekah Hukum Tidak Terikat Dengan Satu Mazhab Keluar Mazhab Bukan Bererti Menghina Mazhab Beberapa Kesan Negatif Taksub Mazhab i. Menyebabkan Dipinggirkan Al-Quran Dan Al-Sunnah ii. Menyempitkan Ruang Hukum Dan Ijtihad iii. Enggan Mendengar Pendapat Lain Dan Bersikap Keras iv. Berfikiran Singkat Dan Hilang Sikap Kritis PENUTUP 5 6 10 13 23 28 28 38 50 54 58

4. 6 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 2 ‫ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ‬ ‫ﺍﻟﺮﺣﻤﻦ‬ ‫ﷲ‬ ‫ﺑﺴﻢ‬ ��‫�ﺑﺎ‬‫�ﻭ�ﻌﻮﺫ‬،‫�ﻭ�ﺴﺘﻐﻔﺮﻩ‬،‫�ﻭ�ﺴﺘﻌﻴﻨﻪ‬‫�ﻧﺤﻤﺪﻩ‬،��‫ﺍ��ﻤﺪ‬ �ُ‫�ﷲ‬‫���ﺪﻩ‬‫�ﻣﻦ‬،‫�ﺃﻋﻤﺎﻟﻨﺎ‬‫�ﺳ�ﺌﺎﺕ‬‫�ﻭﻣﻦ‬،‫�ﺷﺮﻭﺭ�ﺃﻧﻔﺴﻨﺎ‬‫ﻣﻦ‬ �‫�ﻟﻪ،�ﻭﻣﻦ�ﻳﻀﻠﻞ�ﻓﻼ��ﺎﺩﻱ�ﻟﻪ،�ﻭﺃﺷ�ﺪ�ﺃﻥ�ﻻ‬ ‫ﱠ‬‫ﻞ‬ ِ‫ﻀ‬ ُ‫ﻓﻼ�ﻣ‬ �‫ﺇﻟﻪ�ﺇﻻ�ﷲ�ﻭﺣﺪﻩ�ﻻ�ﺷﺮ�ﻚ�ﻟﻪ،�ﻭﺃﺷ�ﺪ�ﺃﻥ�ﻣﺤﻤﺪﺍ�ﻋﺒﺪﻩ‬ :‫ﺳﻮﻟﻪ،�ﺃﻣﺎ��ﻌﺪ‬‫ﺭ‬‫ﻭ‬ PENDAHULUAN Sikap fanatik dan taksub telah membutakan mata banyak pihak dalam membuat penilaian yang betul. Justeru itu Al-Quran melarang sikap sebegini dan menyuruh umat ini bersikap adil dan sederhana dalam semua keadaan.

5. 7 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 3 Firman ALLAH dalam Surah Al-Maidah: 8:� � َ ‫ﻻ‬َ‫�ﻭ‬ ۖ ِ‫ﻂ‬ ۡ‫ﺴ‬ِ‫ﻘ‬ ۡ ‫ﭑﻟ‬ِ‫�ﺑ‬ َ‫ﺀ‬ ٓ ‫ﺍ‬ َ‫ﺪ‬َ� ُ ‫�ﺷ‬ ِ‫ﻪ‬ ‫ﱠ‬ ‫ﻠ‬ِ‫�ﻟ‬ َ‫�ﻥ‬ِ‫ﻣ‬ ٰ‫ﱠ‬‫ﻮ‬ َ ‫�ﻗ‬ ْ ‫ﻮﺍ‬ ُ ‫ﻮﻧ‬ ُ �� ْ ‫ﻮﺍ‬ُ‫ﻨ‬ َ‫ﺍﻣ‬َ‫�ﺀ‬ َ‫ﻳﻦ‬ ِ‫ﺬ‬ ‫ﱠ‬ ‫ﺎ�ٱﻟ‬َ�‫ﱡ‬� َ ‫ﺄ‬ َٰٓ‫ﻳ‬ َ‫ﻨ‬ َ ‫�ﺷ‬ ۡ‫ﻢ‬ ُ ‫ﻜ‬‫ﱠ‬‫ﻨ‬ َ‫ﻣ‬ِ‫ﺮ‬ ۡ‫ﺠ‬َ‫ﻳ‬�� ُ‫ﺏ‬َ‫ﺮ‬ ۡ ‫ﻗ‬ َ ‫�ﺃ‬ َ‫ﻮ‬ ُ�� ْ ‫ﻮﺍ‬ ُ ‫ﻟ‬ ِ‫ﺪ‬ۡ‫�ٱﻋ‬ ْۚ ‫ﻮﺍ‬ ُ ‫ﻟ‬ ِ‫ﺪ‬ۡ‫ﻌ‬ َ �� ‫ﱠ‬ ‫ﻻ‬ َ ‫�ﺃ‬ ٰٓ� َ �َ‫�ﻋ‬ ٍ‫ﻡ‬ۡ‫ﻮ‬ َ ‫�ﻗ‬ ُ‫ﺎﻥ‬ � َ‫ﻥ‬‫ﻮ‬ ُ ‫ﻠ‬ َ‫ﻤ‬ۡ‫ﻌ‬ َ ��‫ﺎ‬ َ‫ﻤ‬ِ‫�ﺑ‬ ُۢ��ِ‫ﺒ‬ َ ‫�ﺧ‬َ‫ﻪ‬ ‫ﱠ‬ ‫�ٱﻟﻠ‬ ‫ﱠ‬‫ﻥ‬ِ‫�ﺇ‬ َۚ‫ﻪ‬ ‫ﱠ‬ ‫�ٱﻟﻠ‬ ْ ‫ﻮﺍ‬ ُ‫ﻘ‬‫ﱠ‬‫ٱﺗ‬َ‫�ﻭ‬ ٰۖ‫ﻯ‬َ‫ﻮ‬ ۡ‫ﻘ‬‫ﱠ‬‫ﻠﺘ‬ِ‫ﻟ‬٨ Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”

6. 8 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 4 Demikian juga ALLAH menyebut dalam Surah Al-Nisa ayat 135: �ۡ‫ﻮ‬ َ ‫ﻟ‬َ‫�ﻭ‬ ِ‫ﻪ‬ ‫ﱠ‬ ‫ﻠ‬ِ‫�ﻟ‬ َ‫ﺀ‬ ٓ ‫ﺍ‬ َ‫ﺪ‬َ� ُ ‫�ﺷ‬ ِ‫ﻂ‬ ۡ‫ﺴ‬ِ‫ﻘ‬ ۡ ‫ﭑﻟ‬ِ‫�ﺑ‬ َ‫�ﻥ‬ِ‫ﻣ‬ ٰ‫ﱠ‬‫ﻮ‬ َ ‫�ﻗ‬ ْ ‫ﻮﺍ‬ ُ ‫ﻮﻧ‬ ُ �� ْ ‫ﻮﺍ‬ُ‫ﻨ‬ َ‫ﺍﻣ‬َ‫�ﺀ‬ َ‫ﻳﻦ‬ ِ‫ﺬ‬ ‫ﱠ‬ ‫ﺎ�ٱﻟ‬َ�‫ﱡ‬� َ ‫ﺄ‬ َٰٓ‫ﻳ‬ �ۡ‫ﻭ‬ َ ‫�ﺃ‬ ‫ﺎ‬�‫ﻴ‬ِ‫ﻨ‬ َ ‫�ﻏ‬ ۡ‫ﻦ‬ ُ ‫ﻜ‬َ‫�ﻳ‬ ‫ﻥ‬ِ‫�ﺇ‬ َۚ‫�ﻥ‬ِ�َ‫ﺮ‬ ۡ ‫ﻗ‬ َ ۡ ‫ٱﻷ‬َ‫�ﻭ‬ ِ‫ﻦ‬ۡ‫ﻳ‬ َ‫ﺪ‬ِ‫ﻟ‬َٰ‫ﻮ‬ ۡ ‫�ٱﻟ‬ ِ‫ﻭ‬ َ ‫�ﺃ‬ ۡ‫ﻢ‬ ُ ‫ﻜ‬ ِ‫ﺴ‬ ُ‫ﻧﻔ‬ َ ‫�ﺃ‬ ٰٓ� َ �َ‫ﻋ‬ ‫ﻮ‬ ُ ‫ﻟ‬ ِ‫ﺪ‬ۡ‫ﻌ‬ َ ��‫ﻥ‬ َ ‫�ﺃ‬ ٰٓ‫ﻯ‬َ‫ﻮ‬َ� ۡ ‫�ٱﻟ‬ ْ ‫ﻮﺍ‬ُ‫ﻌ‬ِ‫ﺒ‬ ‫ﱠ‬ � َ ‫�ﺗ‬ َ ‫ﻼ‬ َ ‫�ﻓ‬ ۖ ‫ﺎ‬ َ‫ﻤ‬ِ�ِ�� ٰ� َ � ۡ‫ﻭ‬ َ ‫�ﺃ‬ ُ‫ﻪ‬ ‫ﱠ‬ ‫ﭑﻟﻠ‬ َ ‫�ﻓ‬‫ﺍ‬ٗ��ِ‫ﻘ‬ َ ‫ﻓ‬�‫ﻥ‬ِ‫ﺇ‬َ‫�ﻭ‬ ْۚ ‫ﺍ‬ �‫ﺍ‬ٗ��ِ‫ﺒ‬ َ ‫�ﺧ‬ َ‫ﻥ‬‫ﻮ‬ ُ ‫ﻠ‬ َ‫ﻤ‬ۡ‫ﻌ‬ َ ��‫ﺎ‬ َ‫ﻤ‬ِ‫�ﺑ‬ َ‫ﺎﻥ‬ َ ��َ‫ﻪ‬ ‫ﱠ‬ ‫�ٱﻟﻠ‬ ‫ﱠ‬‫ﻥ‬ِ‫ﺈ‬ َ ‫�ﻓ‬ ْ ‫ﻮﺍ‬ُ‫ﺿ‬ِ‫ﺮ‬ۡ‫ﻌ‬ ُ ��ۡ‫ﻭ‬ َ ‫�ﺃ‬ ْ ‫ٓﺍ‬‫ۥ‬ ُ‫ﻮ‬ ۡ ‫ﻠ‬ َ ‫ﺗ‬١٣٥ Maksudnya: “Wahai mereka yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka

7. 9 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 5 sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” Taksub mazhab juga adalah satu ancaman terhadap perkembangan minda umat ini ke arah yang lebih positif dan berdaya saing. Taksub menyebabkan pemikiran seseorang menjadi sempit, beku, tidak adil dalam membuat penilaian dan tidak mampu mencetuskan idea-idea baharu yang lebih segar. Buku kecil ini membincangkan dengan ringkas tentang taksub mazhab serta beberapa kesan negatifnya terhadap pemikiran umat.

8. 10 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 6 MAKSUD TAKSUB MAZHAB FEKAH Fanatik1 mazhab adalah perkara yang dilarang syarak. Fanatik mazhab di sini bermaksud taksub mazhab. Taksub Mazhab )���‫�ﺍﳌﺬ‬ ‫ﺍﻟﺘﻌﺼﺐ‬( jika dikaitkan dengan masalah fekah bermaksud: “Berpegang dengan sesuatu pandangan dalam masalah fekah secara keras dan enggan melepaskannya sekalipun dirinya mengetahui bahawa pandangan tersebut salah, atau tidak berasas atau lemah, atau menyanggahi dalil syarak yang lebih kuat dan ada pendapat lain yang lebih benar atau kuat”. 1 Fanatik berasal daripada bahasa Inggeris yang bermaksud “a person who is enthusiastic about something and may have extreme or dangerous opinions (especially about religion or politics)”. (lihat: New Oxford English-English-Malay Dictionary, m.s. 286, Shah Alam: Fajar Bakti 2005). Dalam Kamus Dewan fanatik diertikan: “(orang yang) keterlaluan pada satu pegangan atau pendirian (biasanya berkaitan dengan keagamaan)”. (Kamus Dewan Edisi Ketiga, m.s. 349, Kuala Lumpur DBP 1996).

9. 11 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 7 Takrif ini adalah kesimpulan yang dibuat oleh penulis rumusan dari pandangan tokoh-tokoh berbagai aliran. Antaranya Prof Dr. Muhammad Raft ‘Uthman yang menyebut: “Taksub mazhab adalah sesuatu yang dibenci dan dilarang di sisi syarak. Ini kerana maksud taksub mazhab ialah seseorang beriltizam dengan pendapat tertentu dalam masalah syarak dan enggan berubah, sedangkan dalam masa yang sama antara dirinya dengan Allah azza wajalla dia sedar pendapat tersebut tidak sahih, atau lemah, dan mazhab lain, atau ahli fekah lain telah memberikan pendapat yang sahih. Namun dia meninggalkan pendapat yang sahih tersebut dan mempertahankan pendapat yang lemah lagi bertentangan dengan yang sahih. Ini sikap yang dikecam di sisi syarak, kerana seseorang itu wajib beramal dengan apa yang dia yakin benar dari segi dalil dan kesahihannya. Seseorang tidak boleh berpegang dengan sesuatu pandangan sedangkan dia tahu pandangan itu lemah, atau tidak sahih. Sejarah Islam tidak sunyi dari golongan yang mengikut mazhab tertentu secara taksub yang hampir berlawanan dengan pemikiran Islam yang sahih. Umpamanya kita dapati

10. 12 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 8 salah seorang ahli fekah mazhab Hanafi, iaitu al-Karkhi menyebut: “Setiap nas yang menyanggahi mazhab kita, maka nas tersebut sama ada ditakwilkan, atau dimansuhkan”. Majoriti terbesar ulama umat ini tidak bersetuju dengan cara yang seperti ini, yang tidak boleh dianggap betul dari segi ilmiah. Pendapat ini membawa tuannya ke peringkat mensucikan para imam sedangkan mereka sendiri tidak sampai ke peringkat sebegitu” 2 . Di sana banyak lagi kenyataan berbagai penganalisa yang membawa maksud yang hampir sama. Sebahagiannya akan disebutkan selepas ini. 2 Hatim Muhammad ‘Abd al-Qadir, al-Ta’asub al-Mazhabi Atharuhu ‘Ala al-Mazahib al-Islamiyyah. http://www.al-forqan.net.

11. 13 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 9 HUKUM TIDAK TERIKAT DENGAN SATU MAZHAB Sebelum kita meneliti kesimpulan tokoh-tokoh sarjana Islam yang bersifat sederhana dan seimbang3 , kita lihat dahulu apa yang disebut oleh Dr. Said Ramadan al-Buti yang merupakan seorang tokoh yang keras membantah sesiapa yang tidak bermazhab. Kata beliau: “Sesungguhnya tiada dalil syarak yang mewajibkan muqallid4 beriltizam secara berterusan 3 Banyak petikan yang akan disebut nanti, membabitkan tokoh-tokoh fekah semasa. Ini bukanlah bermaksud pandangan sarjana di zaman terdahulu sudah tidak relevan untuk zaman sekarang. Sebaliknya, pandangan sarjana terdahulu yang bersifat prinsip hukum adalah sentiasa sesuai untuk sepanjang zaman. Namun di dalam tulisan ini, banyak pendapat tokoh-tokoh semasa dipetik kerana melihat ia lebih praktikal dengan masyarakat di zaman kini yang memerlukan pandangan-pandangan yang segar lagi semasa. 4 Muqallid ‫ﻣﻘﻠﺪ‬ berasal dari perkataan taqlid ‫ﺗﻘﻠﻴﺪ‬ yang akhirnya diguna dalam Bahasa Melayu dengan sebutan taklid. Dalam fekah ia bermaksud: “mengambil pendapat orang lain tanpa mengetahui dalilnya dan kekuatan dalil tersebut”. (Zaidan: Dr Abd al-Karim, Al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, m.s. 410, Beirut:

12. 14 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 10 dalam taklidnya kepada sesuatu mazhab fekah. Tiada pula dalil yang menegahnya untuk bertukar dari mazhabnya ke mazhab yang lain. Telah ijmak kaum muslimin bahawa muqallid boleh mengikut mana-mana mujtahid yang dia mahu sekiranya telah sampai kepadanya mazhab atau pandangan mereka yang sebenar. Umpamanya, dia boleh mengikut setiap hari imam yang berbeza-beza dari mazhab yang empat. Sekalipun muncul pada zaman yang akhir ini mereka yang mencela muqallid bertukar mazhab, namun itu merupakan taksub yang dimurkai syarak dan batil dengan sepakat kaum muslimin” 5 . Muassasah al-Risalah, 1990). Kata al-Syaukani: “Maka kesimpulannya, taklid itu ialah seseorang tidak bertanya mengenai dalil al-Quran dan al-Sunnah SAW bahkan hanya bertanya mazhab imamnya sahaja. Jika dia melepasi hal itu dengan bertanya al-Quran dan al-Sunnah maka dia bukan muqallid”. (Al-Syaukani, Muhammad bin ‘Ali, Al-Rasail al- Salafiyyah, m.s. 192, Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi 1994). 5 Al-Buti: Dr. Said Ramadan, al-Lamazhabiyyah, m.s. 37, Damsyik: Maktabah al-Farabi (.t.t).

13. 15 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 11 Jika ini pendapat al-Buti yang keras dalam masalah mazhab, tentu jumhur ulama yang sederhana dan terbuka akan mempunyai pandangan yang lebih luas dalam hal ini. Dalam tulisan ini akan dipetik beberapa kenyataan-kenyataan utama dari mereka. Antaranya;  Dr Wahbah al-Zuhaili dalam bukunya Al-Rukhas al- Syar’iyyah meletakkan satu tajuk berbunyi �‫ﺍﻡ�ﻣﺬ�ﺐ�ﻣﻌ�ﻥ�ﺃﻣﺮ�ﻣﻄﻠﻮﺏ‬��‫�ﻞ�ﺍﻟ‬�‫ﺷﺮﻋﺎ‬��� (Adakah beriltizam dengan mazhab tertentu perkara yang dituntut syarak?). Beliau menyebut tiga pendapat. Namun beliau telah mentarjihkan (memilih sebagai pendapat yang kuat) pendapat yang menyatakan tidak wajib. Kata beliau: “Kata majoriti ulama: Tidak wajib bertaklid kepada imam tertentu dalam semua masalah atau kejadian yang berlaku. Bahkan harus untuk seseorang bertaklid kepada mana-mana mujtahid yang dia mahu. Jika dia beriltizam dengan mazhab tertentu, seperti mazhab Abu Hanifah, atau Al-Syafi’i atau selainnya, maka tidak wajib dia berterusan. Bahkan boleh untuk dia berpindah- pindah mazhab. Ini kerana tiada yang wajib

14. 16 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 12 melainkan apa yang diwajibkan ALLAH dan RasulNya. ALLAH dan RasulNya tidak pula mewajibkan seseorang bermazhab dengan mazhab imam tertentu. Hanya yang ALLAH wajibkan ialah mengikut ulama, tanpa dihadkan hanya tokoh tertentu, dan bukan yang lain. Firman ALLAH: ��������� Maksudnya: “Maka bertanyalah kamu kepada Ahl al-Zikr jika kamu tidak mengetahui.” Ini kerana mereka yang bertanya fatwa pada zaman sahabah dan tabi’in tidak terikat dengan mazhab tertentu. Bahkan mereka bertanyakan sesiapa sahaja yang mampu tanpa terikat dengan hanya seorang sahaja. Maka ini adalah ijmak (kesepakatan) dari mereka bahawa tidak wajib mengikut hanya seseorang imam, atau mengikut mazhab tertentu dalam semua masalah. Kemudian, pendapat yang mewajibkan beriltizam dengan mazhab tertentu membawa kepada kesusahan dan kesempitan, sedangkan mazhab adalah nikmat, kelebihan dan rahmat. Inilah pendapat yang paling

15. 17 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 13 kukuh di sisi ulama Usul al-Fiqh. Maka jelas dari pendapat ini, bahawa yang paling sahih dan rajih di sisi Ulama Usul al-Fiqh adalah tidak wajib beriltizam dengan mazhab tertentu. Harus menyanggahi imam mazhab yang dipegang dan mengambil pendapat imam yang lain. Ini kerana beriltizam dengan mazhab bukan suatu kewajipan – seperti yang dijelaskan -. Berdasarkan ini, maka pada asasnya tidak menjadi halangan sama sekali pada zaman ini untuk memilih hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh mazhab-mazhab yang berbeza tanpa terikat dengan keseluruhan mazhab atau pendetilannya” 6 .  Kata ‘Abd al-Karim Zaidan: “Sesungguhnya syariat Islam adalah hujah mengatasi seluruh mazhab. Bukanlah mazhab yang menjadi hujah mengatasi syariat Islam. Apabila jelas kepada pengikut sesuatu mazhab bahawa mazhabnya salah dalam masalah tertentu, sementara kebenaran berada pada pendapat yang lain dan masalah itu cukup jelas 6 Al-Zuhaili, Dr Wahbah, al-Rukhas al-Syar’iyyah, m.s. 17-19, Beirut: Dar al-Khair 1993.

16. 18 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 14 baginya, maka hendaklah dia bertukar mazhab kepada pendapat yang benar dalam masalah tersebut. Harus bagi pengikut sesuatu mazhab mengikut mazhab lain dalam sebahagian masalah. Ini kerana tidak wajib kepadanya untuk terikat dengan semua ijtihad mazhabnya. Dengan syarat ia disebabkan oleh dalil7 yang menuntutnya berubah dari mazhabnya ke mazhab yang lain dalam masalah tertentu. Demikian juga harus untuk dia bertanya mana-mana ahli fekah bukan dari mazhabnya dalam sebarang hukum syarak. Dia 7 Saya katakan: ini bagi mereka yang bertaklid di peringkat awal dengan memahami dalil sama ada secara detail atau secara umum. Jika seseorang tidak memahami apa-apa sebelum ini dan tidak pula mampu memahaminya, maka tiada sebab untuk kita mewajibkan dalil untuknya dalam mazhab baru – jika dia tidak mampu - sedangkan dia tidak diwajibkan dalam mazhab sebelumnya. Sebagai seorang yang tidak mampu memahami dalil, dia boleh mengikut apa sahaja mazhab yang diterangkan kepadanya tanpa sebarang syarat baru.

17. 19 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 15 boleh beramal berdasarkan apa yang difatwakan kepadanya” 8 .  Dr Yusuf al-Qaradawi lebih jelas lagi dalam masalah ini. Beliau menyebut di dalam bukunya �‫ـﻪ‬‫ﻘ‬‫�ﺍﻟﻔ‬��‫ـ‬‫ﺴ‬�‫ﺗ‬ ‫ـﺮ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ﺻ‬‫ـﻠﻢ�ﺍﳌﻌﺎ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ﺴ‬‫ﻟﻠﻤ‬ di bawah tajuk: �‫ـﺪ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ﻴ‬‫ـﺮﻓﺾ�ﺍﻟﺘﻘﻠ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ﻧ‬�‫ـﺎﺫﺍ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ﳌ‬ ‫ـﺔ‬‫ـ‬‫ﻴ‬‫ـ�ﻴﺔ�ﺍﳌﺬ�ﺒ‬‫ـ‬‫ﺼ‬‫ﻭﺍﻟﻌ‬ (Mengapakah kita menolak taklid dan taksub mazhab): “Sesungguhnya terikat dengan mazhab-mazhab itu bererti beriltizam dengan sesuatu yang dari segi syarak dan agama ia tidak diperintahkan atau diwajibkan. Ini kerana tiada kewajipan - atas nama agama dan syarak - melainkan apa yang diwajibkan oleh ALLAH dan RasulNya. ALLAH dan rasulNya tidak pula mewajibkan mengikut mazhab tertentu dari mazhab yang empat. Apa yang diwajibkan ialah mengikut Al- Kitab dan Al-Sunnah. Adapun mazhab-mazhab ini, ia lahir selepas agama telah sempurna dan wahyu telah terputus; iaitu pada kurun kedua atau ketiga 8 Zaidan: Dr Abd al-Karim, Al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, m.s. 412- 413.

18. 20 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 16 hijrah. Maka tidak terbayang untuk agama mewajibkan mengikut mazhab-mazhab sedangkan ianya belum wujud lagi ketika itu. Tiada sebarang dalil dari Al-Quran, atau Al-Sunnah atau ijmak yang mewajibkan kita mengikut mereka. Adapun pendapat golongan muqallid bahawa wajib mengikut mazhab-mazhab tersebut tidak boleh dianggap muktabar. Ini kerana tidak boleh bertaklid kepada orang yang dia juga bertaklid.”9 . Sehinggakan jika mereka berijmak sekalipun, maka ijmak mereka tidak dianggap muktabar. Sebabnya, ijmak yang muktabar ialah ‘kesepakatan para mujtahidin’ pada sesuatu zaman, bukan ‘kesepakatan para muqallidin’. Para ulama secara keseluruhannya – termasuk golongan muqallidin - telah mentarjihkan bahawa orang awam tiada mazhab baginya. 9 Maksudnya golongan muqallid bukan mujtahid yang boleh diikuti pendapat mereka. Bagaimana kita ingin berpegang kepada mereka, sedangkan mereka sendiri bertaklid kepada orang lain?!! Dalam kata lain bagaimana kita ingin menjadikan panduan orang yang dirinya sendiri memerlukan panduan. Mereka tiada kemampuan atau kebebasan membuat keputusan sendiri.

19. 21 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 17 Mazhabnya ialah mazhab ulama yang memfatwakan untuknya..”10 .  Dalam bukunya yang lain, al-Qaradawi menyebut: “Perkara yang penting untuk anda mengetahuinya bahawa hukum orang awam mengikut salah seorang imam-imam mazhab ialah harus dengan syarat-syaratnya. Ianya bukan sesuatu yang wajib seperti yang dikatakan oleh golongan mutakhir. Ini kerana tiada kewajipan kecuali apa yang diwajibkan oleh Al-Kitab dan Al-Sunnah. Keduanya tidak mewajibkan seseorang terikat dengan mazhab. Maka tidak menjadi halangan untuk seseorang muslim bebas dari terikat dengan mana-mana mazhab. Dia boleh bertanya berkaitan agamanya kepada sesiapa sahaja di kalangan ulama. Tanpa perlu terikat dengan seseorang ilmuan sahaja tanpa bertanya orang lain. Inilah jalan para sahabah dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan cara yang baik pada zaman sebaik-baik kurun. ALLAH telah selamatkan mereka dari taklid yang dicerca ini. 10 Al-Qaradawi: Dr Yusuf, Taisir al-Fiqh li al-Muslim al-Mu’asir, m.s. 37-39, Beirut: Muassasah al-Risalah 2000.

20. 22 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 18 Sebaik-baik manusia untuk bebas dari terikat dengan mazhab ialah sesiapa yang baru menganut Islam. Maka tiada kepentingan mewajibkannya apa yang tidak diwajibkan ALLAH ta’ala. Dia boleh bertanya sesiapa sahaja dari kalangan ulama yang dia mahu. Wajib ditulis untuk mereka buku-buku fekah yang memudahkan tanpa terikat dengan mazhab tertentu.”11 . Banyak lagi kenyataan yang lain, apa yang disebutkan di sini hanya sebahagian kecil sahaja. Bahkan kenyataan tokoh-tokoh ilmuan atau sarjana Islam dahulu begitu banyak jika hendak dipetik. Umpamanya kenyataan-kenyataan bernilai oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dalam Majmu’ al- Fatawa. 11 Al-Qaradawi: Dr Yusuf, Kaif Nata’amal Ma’ al-Turath, m.s. 83-84, Kaherah: Maktab Wahbah 2001.

21. 23 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 19 KELUAR MAZHAB BUKAN BERERTI MENGHINA MAZHAB Ramai yang tersalah faham dengan menganggap bahawa apabila seseorang keluar dari mazhabnya bererti dia menghina mazhab atau imam mazhab tersebut. Atau seakan dia menganggap dirinya lebih bijak dari imam mazhab. Dakwaan ini tidak benar. Ia adalah lambang ketaksuban yang dibenci syarak. Jika hal ini ditanya semula kepada yang mendakwa demikian; apakah anda yang tidak mengikut mazhab lain selain dari mazhab anda, bererti anda menghina mazhab-mazhab lain dan menghina imam-imam mereka? Apakah anda yang enggan mengikut mazhab- mazhab lain bererti mendakwa diri lebih ilmuan dari imam-imam dari mazhab yang lain tersebut?. Apakah dengan mengikut mazhab Al-Syafi'i bererti menghina imam-imam lain?. Ini adalah cara fikir yang salah. Dalam buku Al-Rukhsah al-Syar’iyyah disebutkan: “Sesungguhnya berbeza dengan keseluruhan imam-imam yang empat atau sebahagian mereka bukan bererti menghina keimaman mereka, bukan pula merendahkan kedudukan mereka, tidak juga

22. 24 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 20 meremehkan keluasan ilmu, kesahihan ijtihad dan kejujuran mereka mencari kebenaran. Sesiapa yang menyangka demikian maka dia benar-benar jahil tentang hakikat dan sejarah umat ini”12 . Ini kerana para imam tidak maksum. Bukan semua pendapat mereka kuat dalam setiap masalah yang mereka bincangkan atau ijtihadkan. Maka kita dapati ramai tokoh mazhab itu sendiri membebaskan diri dari mazhab mereka dalam sebahagian masalah yang mereka bincangkan. Sama ada mereka memegang pendapat tokoh-tokoh lain dalam mazhab mereka yang berbeza dengan imam mazhab mereka, atau mereka mengambil pendapat luar dari mazhab sama sekali. Dalam masa yang sama wujudnya golongan yang tersalah faham atau terlebih lebih had, apabila ingin membebaskan diri dari taksub, dia turut mengkeji dan menghina mazhab dan para imamnya. Ini tidak 12 Kamil: Dr ‘Umar ‘Abd ALLAH, Al-Rukhsah al-Syar’iyyah, m.s. 198, Mekah: al-Maktabah al-Makkiyyah 1999.

23. 25 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 21 mungkin dapat diterima oleh seorang mukmin yang memahami ilmu dengan disiplinnya yang jelas. Al-Qaradawi cuba menjelaskan hal ini ketika mengulas tajuk: “Apakah yang kita maksudkan dengan bebas dari bermazhab?.” Beliau menjelaskan apakah maksud seruan beliau tentang bebas dari mazhab dengan katanya: “Kebebasan kita dari sikap keras dalam bertaklid dan taksub mazhab tertentu tidak bermaksud kita mencerca mazhab-mazhab, atau menghina kedudukan para imam r.ahum. Ini tidak mungkin untuk dilakukan oleh seorang muslim yang mencium haruman ilmu. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah telah mengarang kitab yang bernilai lagi masyhur mengenai hal ini. Beliau namakan ‫ﺭﻓﻊ�ﺍﳌﻼﻡ�ﻋﻦ�ﻷﺍﺋﻤﺔ�ﻷﺍﻋﻼﻡ‬ yang mana diterangkan dalamnya keuzuran buat para imam apabila mereka meninggalkan hadith. Beliau menjelaskan bahawa tiada seorang pun di kalangan mereka yang sengaja menyanggahi Rasulullah SAW, atau cuba berpaling dari sunnah baginda yang thabit. Demikian juga kebebasan dari mazhab ini tidak bermaksud kita tidak memerlukan lagi fekah dan buku mazhab-mazhab tersebut. Bukan juga tidak

24. 26 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 22 memerlukan alasan, kesimpulan, pendetilan dan perbincangan yang berharga mazhab-mazhab tersebut. Tidak seorang pun penuntut ilmu yang mencari kebenaran dan ketepatan serta dalil-dalilnya syak tentang nilai perkara-perkara itu. Namun yang kita maksudkan kebebasan dari mazhab ialah: seorang faqih (ahli fekah) tidak mengikat dirinya dengan ikatan yang tidak diwajibkan oleh Allah dan RasulNya. Maka dia hendaklah mengambil pandangan dari mana-mana mazhab sekalipun, yang didapati lebih kuat hujahnya berdasarkan penilaian syarak. Ini lebih melapangkan umat, lebih memudahkan mereka, memberikan ruang yang luas untuk mereka menapis dan mentarjih pendapat berdasarkan maqasid al-Syara’ dan kemaslahatan manusia”13 . Maka membebaskan diri dari keterikatan dengan mazhab tidak bermaksud seseorang ingin menghina mazhab, atau tidak juga bermaksud seseorang boleh menghina para imam mazhab. Sebaliknya bermaksud bebas dari terikat dengan hanya satu aliran mazhab semata. Namun kebebasan dari mazhab bermaksud mengambil manfaat dari semua khazanah mazhab 13 Al-Qaradawi, Taisir al-Fiqh li al-Muslim al-Mu’asir, m.s. 36.

25. 27 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 23 tanpa terikat setelah meneliti proses pendalilan dan mencari pegangan yang lebih diyakini menepati Al- Quran dan Al-Sunnah. Bagi orang awam yang tidak mampu memahami dalil, pembebasan bermaksud mereka boleh mengikuti fatwa dari mana-mana tokoh ilmuan yang mereka yakini tanpa terikat dengan hanya tokoh mazhab tertentu. Maka membebaskan diri dari pandangan sesuatu mazhab bukanlah kesalahan selagi tidak bermaksud menjadikan agama sebagai mainan. Maka seseorang boleh memakai pendapat yang menyatakan bersentuh lelaki dan perempuan tidak membatalkan wuduk sekalipun dia secara umumnya bermazhab Al- Syafi’i yang mempunyai pandangan yang berbeza. Tiada apa-apa proses penukaran mazhab seperti mempelajari wuduk Hanafi atau seumpamanya. Ajaran seperti ini adalah lambang ketaksuban mazhab. Ia menyanggahi pendapat sarjana-sarjana fekah yang terbilang lagi bebas dari ketaksuban. Bahkan pandangan yang seperti inilah yang menyusahkan jamaah haji beramal dengan keluasan mazhab-mazhab yang wujud dalam Islam.

26. 28 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 24 BEBERAPA KESAN NEGATIF TAKSUB MAZHAB Ketaksuban kepada mazhab fekah mempunyai kesan negatif yang banyak dalam berbagai perkara. Namun di sini hanya difokuskan tentang kaitannya dengan pembangunan pemikiran umat. Jika diperincikan kesan-kesan negatif dalam hal ini juga banyak. Namun disebut di sini secara ringkas dan umum; i. Menyebabkan Dipinggirkan Al-Quran Dan Al- Sunnah Al-Quran dan Al-Sunnah adalah teras kepada pembangunan minda dan pemikiran umat. Kedua sumber inilah yang menjana pemikiran umat agar bergerak dan membangun. Jika keduanya dipinggirkan, maka hilanglah kekuatan jati diri dan pembangunan umat. Ketaksuban boleh menyebabkan kedua sumber agung ini dipinggirkan. Hal ini berlaku kepada golongan yang taksub mazhab secara langsung atau tidak langsung, sedar atau tidak sedar. Mereka sanggup meminggirkan nas-nas Al-Quran atau Al-Sunnah hanya disebabkan tidak serasi dengan pendapat mazhab

27. 29 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 25 mereka. Sehingga apabila diberikan hujah berdasarkan hadith yang sahih mereka akan berkata “ini tidak boleh, tidak sama dengan mazhab kita”. Mereka ini telah melanggar titah perintah ALLAH dalam Surah Al-Hujurat ayat 1: �ۖ‫ۦ‬ ِ‫ﻪ‬ِ‫ﻮﻟ‬ ُ‫ﺳ‬ َ‫ﺭ‬َ‫�ﻭ‬ ِ‫ﻪ‬ ‫ﱠ‬ ‫�ٱﻟﻠ‬ ِ‫ﻱ‬ َ‫ﺪ‬َ‫�ﻳ‬ َ‫ﻥ‬ۡ�َ‫�ﺑ‬ ْ ‫ﻮﺍ‬ُ‫ﻣ‬ ِ ّ‫ﺪ‬ َ ‫ﻘ‬ ُ ‫�ﺗ‬ َ ‫�ﻻ‬ ْ ‫ﻮﺍ‬ُ‫ﻨ‬ َ‫ﺍﻣ‬َ‫�ﺀ‬ َ‫ﻳﻦ‬ ِ‫ﺬ‬ ‫ﱠ‬ ‫�ٱﻟ‬‫ﺎ‬َ�‫ﱡ‬� َ ‫ﺄ‬ َٰٓ‫ﻳ‬ � ٞ‫ﻴﻢ‬ِ‫ﻠ‬َ‫�ﻋ‬ ٌ‫ﻴﻊ‬ِ‫ﻤ‬ َ‫�ﺳ‬َ‫ﻪ‬ ‫ﱠ‬ ‫�ٱﻟﻠ‬ ‫ﱠ‬‫ﻥ‬ِ‫�ﺇ‬ َۚ‫ﻪ‬ ‫ﱠ‬ ‫�ٱﻟﻠ‬ ْ ‫ﻮﺍ‬ ُ‫ﻘ‬‫ﱠ‬‫ٱﺗ‬َ‫ﻭ‬ Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mendahului (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.” Kata al-Imam Izz al-Din bin ‘Abd al-Salam (w. 660H): “Antara yang paling menghairankan, golongan ahli fekah yang bertaklid mengikut pendapat dhaif imam mereka sekalipun mereka tidak mempunyai hujah untuk mempertahankannya. Namun mereka terus bertaklid. Mereka meninggalkan pendapat yang mempunyai dalil yang jelas dari Al-Quran, Al-Sunnah dan Qias yang

28. 30 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 26 sahih. Ini disebabkan jumud bertaklid kepada imam mereka. Bahkan mereka cuba berhelah untuk menolak apa yang jelas dari Al-Quran dan Al-Sunnah, dan cuba mentakwilkan keduanya dengan takwilan yang jauh lagi batil semata-mata untuk mempertahankan mazhab mereka”14 . Katanya lagi: “Dahulunya orang ramai bertanya para ulama yang mereka pilih tanpa bertaklid kepada mazhab. Tiada siapa pun yang membantah mereka yang bertanya tersebut. Hinggalah lahirnya mazhab- mazhab ini dan mereka yang taksub bertaklid kepadanya. Sehinggakan seseorang mengikut imamnya sekalipun pendapat imam berkenaan jauh dari dalil. Semata-mata kerana taklid, seakan imamnya nabi yang diutuskan. Ini menyimpang dari yang hak dan menjauhi kebenaran. Tiada seorang pun mereka yang berakal bersetuju dengan perbuatan seperti ini”15 . 14 Petikan dari Waliyy ALLAH al-Dahlawi, Al-Insaf fi Bayan Asbab al-Ikhtilaf, m.s. 99, Beirut: Dar al-Nafais 1993. 15 Ibid m.s 99.

29. 31 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 27 Al-Imam Ibn Qaiyyim al-Jauziyyah (w. 751H) menyebut: “Yang lebih pelik dari semua itu16 ialah sikap kamu wahai golongan taklid!. Kamu ini jika mendapati ayat Al-Quran yang bersesuaian dengan mazhab kamu, maka kamu akan terima apa yang jelas dari ayat itu dan berpegang kepadanya. Teras kamu dalam perkara berkenaan ialah pendapat mazhab kamu, bukan ayat tersebut. Jika kamu dapati ayat lain yang setanding dengannya menyanggahi pendapat mazhab kamu, kamu tidak akan menerimanya. Kamu akan cuba membuat berbagai takwilan dan mengeluarkannya dari maksudnya yang jelas, kerana tidak bersesuaian dengan mazhab kamu. Inilah juga yang kamu lakukan kepada nas-nas Al-Sunnah. Jika kamu dapati satu hadith yang sahih bersesuaian dengan mazhab kamu, kamu menerimanya. Kamu kata “kami ada sabda Nabi SAW begini dan begitu”. Jika kamu dapati seratus atau lebih hadis sahih yang berbeza dengan mazhab kamu, kamu tidak pandang kepadanya, walaupun satu 16 Ini petikan ketika beliau menceritakan sikap golongan ahli taklid yang taksub. Sila lihat kitab tersebut, ia amat bermanfaat.

30. 32 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 28 hadis..”17 . Hal ini kita dapat saksikan, di mana sikap golongan taksub mazhab hanya menyebut dalil-dalil yang menyokong mazhabnya dan melupai atau sengaja membutakan mata jika dikemukakan dalil-dalil yang menyanggahi pendapat mazhabnya sekalipun dia yakin dalil-dalil itu benar. Namun dia akan membiarkannya tanpa mahu mengambil peduli. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi: “Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar darinya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab tersebut bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah SWT. Seakan-akan mereka menganggap imam-imam mazhab 17 Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 2/195, Beirut: Dar al-Fikr (t.t).

31. 33 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 29 mempunyai kuasa membuat syari`at18 dan perkataan mereka adalah hujah syarak yang dipegang dan tidak boleh dibangkang. Ini sebenarnya menyanggahi tunjuk ajar imam-imam mazhab itu sendiri, kerana sesungguhnya mereka telah melarang orang ramai bertaklid kepada mereka atau selain mereka. Ini juga menyanggahi apa yang dipegang oleh golongan salaf umat ini iaitu para sahabah dan mereka yang selepas sahabah19 sepanjang kurun-kurun yang awal yang merupakan sebaik-baik kurun dan yang paling dekat kepada petunjuk Nabi. Justeru itu, para ulama besar umat ini dan para muhaqqiqnya20 membantah sikap melampau di dalam taklid mazhab yang menyamai apa 18 Ini kerana kuasa menentu syariat hanyalah milik Allah SWT. 19 Maksudnya tabi`in dan tabi’ al-tabi`in. 20 Muhaqqiq daripada perkataan tahqiq yang bermaksud seseorang yang mengkaji, menyemak dan memastikan kekuatan atau kesahihan sesuatu hujah atau fakta.

32. 34 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 30 yang dilakukan oleh ahli kitab yang mengambil paderi dan pendita mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah”21 . Penyataan-penyataan para imam dalam melarang umat dari taksub kepada kepada mereka tanpa dalil amat banyak. Antara yang banyak membuat kenyataan itu, ialah imam kita, Al-Imam Al-Syafi’i. Antaranya beliau menyebut: ���‫ﺇﺫﺍ����ﺍ��ﺪﻳﺚ�ﻓ�ﻮ�ﻣﺬ����ﻭﺇﺫﺍ����ﺍ��ﺪﻳﺚ�ﻓﺎﺿﺮ�ﻮﺍ�ﺑﻘﻮ‬ ‫ﺍ��ﺎﺋﻂ‬22 Maksudnya: “Apabila sahihnya sesuatu hadith maka itulah mazhabku. Jika sahihnya sesuatu hadith maka campakkan pendapatku ke dinding”23 . 21 Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah bain al- Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Mazmum, m.s 202, Kaherah: Dar al-Sahwah 1991. 22 Al-Zahabi : Muhammad bin Ahmad, Siyar A’lam al-Nubala, jld 10, m.s.35 Beirut: Muassasah al-Risalah 2001. 23 Di samping itu hendaklah kita sedar, bahawa bukan semua hadith Sahih yang tidak diamalkan oleh al-Imam al-Syafi`i disebabkan beliau tidak menemuinya. Demikian juga imam-

33. 35 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 31 ‫ﺖ�ﻓ��ﺎ����ﺍ�����ﻓ��ﺎ�ﻋﻦ�ﺍﻟﻨ���ﺻ���ﷲ�ﻋﻠﻴﻪ‬ ْ‫ﻤ‬ ‫ﱠ‬ ‫�ﻞ�ﻣﺴﺄﻟﺔ�ﺗ�ﻠ‬� ‫�ﻋﻨﺪ‬‫ﻭﺳﻠﻢ‬�����‫�ﻋ��ﺎ‬‫ﺍﺟﻊ‬‫ﺭ‬���‫�ﻓﺄﻧﺎ‬‫�ﻗﻠﺖ‬‫�ﻣﺎ‬‫�ﺑﺨﻼﻑ‬‫�ﺍﻟﻨﻘﻞ‬‫ﺃ�ﻞ‬ ‫ﺣﻴﺎ�ﻲ�ﻭ�ﻌﺪ�ﻣﻮ�ﻲ‬24 Maksudnya: “Setiap perkara yang aku telah perkatakannya, sedang ada riwayat sahih di sisi ulama hadith daripada Nabi SAW yang menyanggahi apa yang aku ucapkan, maka aku menarik balik ucapanku semasa hidupku dan selepas mati”. imam yang lain. Di sana ada syarat-syarat yang lain untuk seseorang ahli ilmu berpegang dengan sesuatu hadith, seperti mengetahui ilmu nasikh mansukh, sabab al-wurud, gharib al-Hadith, musykil al-hadith dan lain-lain. Maka tidak wajar bagi seseorang yang tidak memahami ilmu-ilmu ini di samping bahasa ‘arab, usul al-Fiqh juga perkara-perkara berkaitan dengannya lalu cuba mengeluarkan ijtihad secara sendirian terhadap hukum-hakam syarak tanpa meneliti huraian-huraian berbagai pihak. Jika dia bukan ahli ilmu dia hendaklah menyandarkan fahamannya kepada mana-mana imam-imam yang muktabar, atau kepada ahli ilmu yang berkemampuan. Dibimbangi penguasaannya yang tidak luas menyebabkan dia tersalah faham. 24 Ibid, 2/266.

34. 36 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 32 Justeru itu, murid agung Al-Imam Al-Syafi’i, iaitu al-Muzani (w. 264H) menyebut: “Aku ringkaskan ini dari ilmu Al-Syafi’i dan apa yang semaksud dengan perkataannya. Untuk memudahkan sesiapa yang inginkannya. Dengan aku memaklumkan bahawa Al- Syafi’i melarang bertaklid kepadanya atau selainnya. Tujuan ringkasanku supaya seseorang dapat melihat dan mengetahui ilmu Al-Syafi’i, dengan aku memaklumkan kepada sesiapa yang inginkan ilmu Al- Syafi’i bahawa Al-Syafi’i melarang taklid kepadanya atau selainnya.”25 . Demikian juga para imam yang lain, mereka menentang sikap taksub kepada mereka sehingga meminggirkan kebenaran. Hal ini sangat berbeza dengan sesetengah pengikut mazhab itu sendiri. Dr Marwan Ibrahim al-Qaisi ketika membicarakan tentang sebab-sebab kejumudan fekah islami, menyebut antara sebabnya: “Taksub mazhab oleh para fuqaha (ahli fekah) setiap mazhab. Taksub ini sehingga ke peringkat menganggap kesucian pendapat para 25 Petikan dari Waliyy ALLAH al-Dahlawi, Al-Insaf fi Bayan Asbab al-Ikhtilaf, m.s. 100.

35. 37 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 33 imam mazhab setanding dengan nas-nas syarak. Bahkan kadang-kala menganggap pendapat mereka itulah nas-nas syarak. Antara yang membuktikan hal ini ialah ungkapan Abu Hasan al-Karkhi, iaitu salah seorang ahli fekah mazhab Hanafi, di mana beliau menyebut: “Setiap ayat Al-Quran yang menyanggahi pendapat tokoh-tokoh mazhab kita maka ia ditakwilkan atau dimansukh. Setiap hadith juga demikian, iaitu ia ditakwilkan atau dikeluarkan”. Taksub yang seperti ini telah menutup pintu ijtihad dan membuka pintu taklid yang mempunyai kesan buruk yang membawa jumud dan bekunya fekah islami dan ia tidak seiring untuk mengikuti perubahan sedangkan keanjalan itu wujud dalam syariat.”26 . Ketaksuban yang seperti ini adalah satu kemungkaran yang mesti ditentang kerana ia mengajak umat meninggalkan Al-Kitab dan Al-Sunnah dan memberikan darjah kemaksuman kepada insan selain rasul. 26 Al-Qaisi, Dr Marwan Ibrahim, Ma’alim al-Huda Ila Fahm al- Islam, m.s. 70-71, Saudi: Syirkah ‘Abd al-Aziz (t.t).

36. 38 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 34 ii. Menyempitkan Ruang Hukum Dan Ijtihad Keterikatan dengan sesuatu mazhab hanya menyempitkan ruang fikiran seseorang. Ia menjadikan ruang ijtihad terbatas dalam lingkungan mazhab semata dan tidak berkembang. Ini seperti yang disebutkan oleh beberapa tokoh terdahulu. Sebabnya, sebahagian pandangan mazhab itu amat sempit, sedangkan dalil yang menyokongnya tidak begitu kukuh. Golongan yang taksub seakan lupa sifat Islam yang mudah dan memudahkan pengikutnya. Firman Allah Surah Al-‘Araf: 157: �‫ۥ‬ُ‫ﻪ‬ َ ‫ﻭﻧ‬ ُ‫ﺪ‬ ِ‫ﺠ‬َ‫�ﻳ‬ ‫ﻱ‬ ِ‫ﺬ‬ ‫ﱠ‬ ‫�ٱﻟ‬ ‫ﱠ‬‫ﻲ‬ِ ّ‫ﻣ‬ ُ ۡ ‫�ٱﻷ‬ ‫ﱠ‬� ِ�‫ﱠ‬‫�ٱﻟﻨ‬ َ‫ﻝ‬‫ﻮ‬ ُ‫ﺳ‬‫ﱠ‬‫�ٱﻟﺮ‬ َ‫ﻥ‬‫ﻮ‬ُ‫ﻌ‬ِ‫ﺒ‬ ‫ﱠ‬ �َ‫�ﻳ‬ َ‫ﻳﻦ‬ ِ‫ﺬ‬ ‫ﱠ‬ ‫ٱﻟ‬ � ِ‫ﻭﻑ‬ُ‫ﺮ‬ۡ‫ﻌ‬ َ ۡ ‫ﭑﳌ‬ِ‫�ﺑ‬‫ﻢ‬ ُ�ُ‫ﺮ‬ ُ‫ﻣ‬ ۡ ‫ﺄ‬َ‫�ﻳ‬ ِ‫ﻴﻞ‬ ِ‫ﻧﺠ‬ِ ۡ ‫ٱﻹ‬َ‫�ﻭ‬ ِ‫ﺔ‬ٰ‫ﯨ‬ َ‫ﺭ‬ۡ‫ﻮ‬‫ﱠ‬‫�ٱﻟﺘ‬�ِ�� ۡ‫ﻢ‬ ُ� َ‫ﻨﺪ‬ِ‫�ﻋ‬‫ﺎ‬ً�‫ﻮ‬ُ‫ﺘ‬ ۡ ‫ﻜ‬ َ‫ﻣ‬ � ُ‫ﻢ‬ ِ�ۡ� َ ‫ﻠ‬َ‫�ﻋ‬ ُ‫ﻡ‬ِ ّ‫ﺮ‬ َ‫ﺤ‬ُ�َ‫�ﻭ‬ ِ‫ﺖ‬ َٰ�ِ ّ‫ﻴ‬ ‫ﱠ‬ ‫�ٱﻟﻄ‬ ُ‫ﻢ‬ُ� َ ‫�ﻟ‬ ‫ﱡ‬‫ﻞ‬ ِ‫ﺤ‬ُ�َ‫�ﻭ‬ ِ‫ﺮ‬ َ ‫ﻨﻜ‬ ُ ۡ ‫�ٱﳌ‬ ِ‫ﻦ‬َ‫�ﻋ‬ ۡ‫ﻢ‬ُ�ٰ‫ﯩ‬َ�ۡ�َ�َ‫ﻭ‬ َ ‫ﺚ‬ِ� َٰٓ‫ﺒ‬ َ � ۡ �‫ٱ‬�� ۚۡ‫ﻢ‬ ِ�ۡ� َ ‫ﻠ‬َ‫�ﻋ‬ ۡ‫ﺖ‬ َ ‫ﺎﻧ‬ َ ��� ِ� ‫ﱠ‬ ‫�ٱﻟ‬ َ‫ﻞ‬ َٰ ‫ﻠ‬ ۡ ‫ﻏ‬ َ ۡ ‫ٱﻷ‬َ‫�ﻭ‬ ۡ‫ﻢ‬ ُ�َ‫ﺮ‬ۡ‫ﺻ‬ِ‫�ﺇ‬ ۡ‫ﻢ‬ُ�ۡ�َ‫�ﻋ‬ ُ‫ﻊ‬َ‫ﻀ‬َ�َ‫ﻭ‬ � ٓ‫ﻱ‬ ِ‫ﺬ‬ ‫ﱠ‬ ‫�ٱﻟ‬ َ‫ﻮﺭ‬‫ﱡ‬‫�ٱﻟﻨ‬ ْ ‫ﻮﺍ‬ُ‫ﻌ‬َ‫ﺒ‬‫ﱠ‬‫ٱﺗ‬َ‫�ﻭ‬ُ‫ﻭﻩ‬ُ‫ﺮ‬َ‫ﺼ‬ َ ‫ﻧ‬َ‫�ﻭ‬ُ‫ﻭﻩ‬ ُ‫ﺭ‬‫ﱠ‬‫ﺰ‬َ‫ﻋ‬َ‫ۦ�ﻭ‬ ِ‫ﻪ‬ِ‫�ﺑ‬ ْ ‫ﻮﺍ‬ُ‫ﻨ‬ َ‫ﺍﻣ‬َ‫�ﺀ‬ َ‫ﻳﻦ‬ ِ‫ﺬ‬ ‫ﱠ‬ ‫ﭑﻟ‬ َ ‫ﻓ‬

37. 39 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 35 َ‫ﻥ‬‫ﻮ‬ ُ� ِ� ۡ‫ﻔ‬ ُ ۡ ‫�ٱﳌ‬ ُ‫ﻢ‬ ُ�� َ‫ﻚ‬ِ‫ﺌ‬ َٰٓ ‫ﻟ‬ْ‫ﻭ‬ ُ ‫ٓ�ﺃ‬‫ۥ‬ُ‫ﻪ‬َ‫ﻌ‬ َ‫�ﻣ‬ َ‫ﻝ‬ِ‫ﻧﺰ‬ ُ ‫ﺃ‬ Maksudnya: “Mereka yang mengikut Rasulullah (Muhammad SAW) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan dia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.” Dalam Surah Al-Baqarah 185, ALLAH SWT berfirman : �َ‫ﺮ‬ ۡ‫ﺴ‬ُ‫ﻌ‬ ۡ ‫�ٱﻟ‬ ُ‫ﻢ‬ ُ ‫ﻜ‬ِ‫�ﺑ‬ ُ‫�ﺪ‬ِ‫ﺮ‬ُ‫�ﻳ‬ َ ‫ﻻ‬َ‫�ﻭ‬َ‫ﺮ‬ ۡ‫ﺴ‬ُ� ۡ ‫�ٱﻟ‬ ُ‫ﻢ‬ ُ ‫ﻜ‬ِ‫�ﺑ‬ُ‫ﻪ‬ ‫ﱠ‬ ‫�ٱﻟﻠ‬ ُ‫�ﺪ‬ِ‫ﺮ‬ُ‫ﻳ‬ Maksudnya: “Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.”

38. 40 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 36 Dalam hadith Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: �‫ﻮﺍ‬ُ�ِ‫ﺭ‬‫ﺎ‬ َ ‫ﻗ‬َ‫ﻭﺍ�ﻭ‬ُ‫ﺩ‬ ِ ّ‫ﺪ‬ َ‫ﺴ‬ َ ‫�ﻓ‬ ُ‫ﻪ‬َ‫ﺒ‬ َ ‫ﻠ‬ َ ‫�ﻏ‬ ‫ﱠ‬ ‫ﻻ‬ِ‫�ﺇ‬ ٌ‫ﺪ‬ َ‫ﺣ‬ َ ‫�ﺃ‬ َ‫ﻳﻦ‬ ِ ّ‫�ﺍﻟﺪ‬ ‫ﱠ‬‫ﺎﺩ‬ َ ‫ﺸ‬ُ�� ْ‫ﻦ‬ َ ‫ﻟ‬َ‫�ﻭ‬ٌ‫ﺮ‬ ْ‫ﺴ‬ُ�� َ‫ﻳﻦ‬ ِ ّ‫�ﺍﻟﺪ‬ ‫ﱠ‬‫ﻥ‬ِ‫ﺇ‬ َ ‫ﺃ‬َ‫ﻭ‬‫ﻮﺍ‬ُ‫ﻴﻨ‬ِ‫ﻌ‬َ‫ﺘ‬ ْ‫ﺍﺳ‬َ‫ﻭﺍ�ﻭ‬ُ‫ﺮ‬ ِ‫ﺸ‬ْ�‫ﺔ‬ َ� ْ � ‫ﱡ‬‫�ﺍﻟﺪ‬ َ‫ﻦ‬ِ‫�ﻣ‬ ٍ‫ﺀ‬ْ� َ ��َ‫�ﻭ‬ ِ‫ﺔ‬ َ‫ﺣ‬ ْ‫ﻭ‬‫ﱠ‬‫ﺍﻟﺮ‬َ‫�ﻭ‬ِ‫ﺓ‬َ‫ﻭ‬ ْ‫ﺪ‬ َ ‫ﻐ‬ ْ ‫ﺎﻟ‬ِ‫ﺑ‬27 Maksudnya: “Agama itu mudah. Tiada seorang yang memberat-beratkannya melainkan dia menjadi susah. Maka bersederhanalah, dekatilah yang tepat dan gembirakanlah mereka” (Riwayat al-Bukhari). Dalam hadith lain Umm al-Mukminin ‘Aisyah menyebut: � َ ‫ﺬ‬ َ ‫ﺧ‬ َ ‫�ﺃ‬ ‫ﱠ‬ ‫ﻻ‬ِ‫�ﺇ‬ ِ‫ﻦ‬ْ�َ‫ﺮ‬ ْ‫ﻣ‬ َ ‫�ﺃ‬ َ‫ﻥ‬ْ�َ‫�ﺑ‬ َ‫ﻢ‬ ‫ﱠ‬ ‫ﻠ‬ َ‫ﺳ‬َ‫�ﻭ‬ ِ‫ﻪ‬ْ‫ﻴ‬ َ ‫ﻠ‬َ‫�ﻋ‬‫ﻪ‬ ‫ﱠ‬ ‫�ﺍﻟﻠ‬� ‫ﱠ‬ �َ‫�ﺻ‬ ِ‫ﻪ‬ ‫ﱠ‬ ‫�ﺍﻟﻠ‬ ُ‫ﻝ‬‫ﻮ‬ ُ‫ﺳ‬َ‫ﺭ‬� َ�ِ ّ� ُ ‫�ﺧ‬‫ﺎ‬ َ‫ﻣ‬ ‫ﺎ‬ ً‫ﻤ‬ ْ ‫ﺛ‬ِ‫�ﺇ‬ ْ‫ﻦ‬ ُ ‫ﻜ‬َ‫�ﻳ‬ ْ‫ﻢ‬ َ ‫ﺎ�ﻟ‬ َ‫ﺎ�ﻣ‬ َ‫ﻤ‬ ُ�َ‫ﺮ‬ َ‫ﺴ‬ْ� َ ‫ﺃ‬28 Maksudnya: “Rasululah tidak diberi pilihan antara dua perkara kecuali baginda mengambil yang paling mudah. Ini selagi ia tidak merupakan dosa”. 27 Riwayat al-Bukhari, jld 1, m.s 23, Beirut : Dar Ibn Kathir 1987. 28 Riwayat al-Bukhari, jld 3, m.s. 1306, Muslim, jld 4, m.s. 1813, Beirut : Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi t.t.

39. 41 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 37 Kita tidak boleh menafikan sebahagian pendapat mazhab agak sempit dan membebankan. Ini seperti pandangan-pandangan mazhab Al-Syafi’i dalam sebahagian hukum-hakam taharah29 . Demikian juga pandangan mazhab Hanafi mengenai haiwan laut yang dihalalkan. Di sini disebutkan beberapa contoh ringkas: 1. Di sini saya sebutkan apa yang dicatatkan oleh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam risalahnya: ‫ﻟ�ﻲ�ﺗﻨ���ﻣﺆﺳﺴﺔ�ﺍﻟﺰ�ﺎﺓ����ﺍﻟﺘﻄﺒﻴﻖ�ﺍﳌﻌﺎﺻﺮ‬� “Aku masih teringat, beberapa tahun dahulu aku telah melawat negera-negara Asia Tenggara. Antaranya Indonesia dan Malaysia. Di sana antara soalan penting yang berulang kali ditanyakan kepadaku, khas di 29 Kata al-Qaradawi : Sekiranya terdapat di sana mazhab yang begitu keras dalam perkara taharah dan najis seperti mazhab al-Syafi’i RA, maka tiada alasan untuk mewajibkan orang ramai berpegang dengannya. Ini kerana ia menyebabkan orang ramai menjadi susah terutamanya di ladang dan kampung (Al-Qaradawi, Taisir al-Fiqh li al-Muslim al-Mu’asir, m.s. 40).

40. 42 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 38 Malaysia, oleh Canselor Universiti Malaya, para pensyarah dan pelajarnya ialah: “Adakah wajar siasah ekonomi Islam yang tidak mewajibkan zakat kepada peladang-peladang besar yang memiliki ratusan, bahkan ribuan hektar tanaman getah, atau teh, atau kelapa, atau mangga dan lain-lain, dalam masa yang sama mewajibkan zakat ke atas petani-petani kecil yang bertani gandum atau padi dalam kawasan yang kecil? Mungkin mereka juga tidak memiliki tanah pertanian tersebut, sebaliknya hanya menyewa?!!. Bentuk dan cara soalan ini bukan sekadar khayalan atau rekaan. Bahkan ia menggambarkan keadaan yang berlaku di sana. Keadaan yang digunakan kesempatan tersebut oleh golongan komunis dan seumpamanya untuk memburukkan gambaran dan hakikat zakat mempengaruhi golongan muslim yang berpendidikan…sebab hal ini berlaku ialah kerana majlis-majlis agama Islam mereka terikat dengan mazhab yang diamalkan di sana iaitu mazhab Al-Syafi’i RA Ia adalah sesempit-sempit mazhab empat dalam mewajibkan zakat tumbuhan dari bumi. Mazhab Al- Syafi’i tidak mewajibkan melainkan apa yang menjadi makanan asasi sahaja, dan tidak selain itu. Bukan di sini

41. 43 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 39 untuk di bincangkan pandangan tersebut. Aku telah bincangkannya dalam bukuku Fiqh al-Zakah, sila rujuk. Apa yang ingin aku katakan di sini ialah; sesungguhnya pendapat Al-Imam Al-Syafi’i atau imam-imam yang lain (r.ahum) hanyalah ijtihad. Empunya diberikan pahala, sama ada salah ataupun betul. Maka menjadi hak kita untuk meninggalkan pendapat tersebut apabila ternyata kepada kita ia lemah dan selainnya lebih kuat”30 . 2. Demikian juga keterikatan dengan mazhab mengekang banyak pihak dari melihat pandangan yang lebih luas dan mudah berdasarkan dalil-dalil yang kukuh. Ini seperti pegangan yang mewajibkan wanita berpurdah. Dalil-dalil dalam masalah tersebut tidaklah begitu kukuh jika dibandingkan dalil-dalil pihak yang tidak mewajibkannya. Ini seperti yang disebut oleh al- Imam al-Nawawi (meninggal 676H) di dalam kitabnya Al-Majmu’ katanya: “Sesungguhnya aurat wanita yang merdeka ialah seluruh badannya kecuali muka dan kedua tapak tangan. Inilah pendapat Al-Imam Al-Syafi`i, 30 Al-Qaradawi: Dr Yusuf, Likai Tanjah Muassasah al-Zakah fi al-Tatbiq al-Mu’asir, m.s. 15-16, Beirut : Muassasah al- Risalah 1994.

42. 44 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 40 Al-Imam Malik, Al-Imam Abu Hanifah, Al-Imam Al- `Auza`i, Al-Imam Abu Thaur dan lain-lain. Demikian juga dalam satu riwayat daripada pendapat Al-Imam Ahmad.”31 . Di zaman ini, antara ulama yang kuat menegaskan wajah wanita adalah aurat ialah Al-Syeikh Ibn Baz RH dalam fatwa-fatwanya yang banyak, diikuti oleh kebanyakan para ulama di Saudi. Sementara yang menyatakan wajah wanita bukan aurat adalah majoriti ulama dahulu dan semasa. Ulama dahulu seperti yang jelaskan oleh Al-Nawawi dan semasa antaranya Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya ‫ﺃﺓ‬‫ﺮ‬‫ـ‬‫ﻤ‬‫ﺍﻟﻨﻘﺎﺏ�ﻟﻠ‬� Al-Niqab li al-Mar’ah” Al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani RH dalam�‫ـﻨﺔ‬‫ـ‬‫ﺴ‬‫ـﺎﺏ�ﻭﺍﻟ‬‫ـ‬‫ﺘ‬‫ـ��ﺍﻟﻜ‬‫ـ‬��‫ـﻠﻤﺔ‬‫ـ‬‫ﺴ‬‫ﺃﺓ�ﺍﳌ‬‫ﺮ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ﳌ‬‫ـﺎﺏ�ﺍ‬‫ـ‬‫ﺒ‬‫ﺟﻠ‬ Jilbab al-Mar’ah al-Muslimah fi al-Kitab wa Al-Sunnah” dan kitabnya yang akhir sebelum beliau meninggal sebagai jawapan dan tambahan kepada kitab tersebut iaitu�‫ـﻢ‬‫ﺤ‬‫ـﺮﺩ�ﺍﳌﻔ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ Al- 31 Al-Nawawi: Muhyi al-Din bin Zakaria, Al-Majmu’ Syarh al- Muhazzab, jld 3, 169, Beirut: Dar al-Fikr.

43. 45 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 41 Radd al-Mufhim. Dalil-dalil dalam masalah ini sangat kuat, seperti yang al-Albani jelas dan tegaskan. Namun ketaksuban mazhab telah mengongkong wanita arab di sesetengah negara seperti Arab Saudi dan beberapa negara Teluk dalam masalah ini. Bagi sesetengah ulama yang taksub dalam masalah ini, bagi mereka membuka purdah seolah-oleh kesalahan yang amat berat. Ini membebankan wanita dalam perkara yang syarak memberikan ruang keluasan untuknya. Apatah lagi pada zaman yang imej Islam difitnah dengan berbagai tuduhan khianat kononnya Islam menindas wanita. Pendapat majoriti, di samping kukuh dari segi dalil, lebih memudahkan wanita berurusan dalam hidup mereka. Juga boleh menangkis perasaan fobia sesetengah pihak terhadap Islam. 3. Di Malaysia, orang yang cedera parah atau luka yang berbalut disuruh berwuduk (membasuh anggota yang tidak cedera), menyapukan air atas balutan dan bertayamum. Ini kerana berpegang kepada pendapat

44. 46 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 42 dalam mazhab Al-Syafi’i32 . Cuba bayangkan, orang yang sihat hanya perlu berwuduk, sementara yang sakit perlu melakukan tiga langkah yang menyusahkan. Walaupun ada ulama yang menyebut hal itu, namun dalil-dalil yang menyokong ijtihad itu dhaif. Tambahan pula tidak selari dengan ruh taisir (memudahkan) yang ada dalam syariat. Sebenarnya, dalam masalah ini, kebanyakan ulama menyatakan: Dia hanya perlu menyapu air pada balutan berkenaan. Dia tidak perlu menyampaikan air pada kulit di bawah balutan tersebut. Bab ini dipanggil al-Mash ‘ala al-Jabirah wa al-‘Isabah iaitu menyapu di atas balutan patah dan luka. Namun begitu oleh kerana hadith-hadith dalam masalah ini kesemuanya tersangat dhaif, ini seperti yang dinyatakan oleh para ulama hadith seperti al- Baihaqi, dan tegaskan hal ini oleh al-Albani dalam 32 Sehingga penulis-penulis dalam Mazhab al-Syafi’i di zaman kini masih terikat dengan pandangan ini. Antaranya lihat kitab Al-Fiqh al-Manhaji ‘Ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i karya Dr Mustafa Khin dan Dr Mustafa al-Bugha (lihat: jld 1, m.s. 68, Damsyik: Dar al-Qalam 1992).

45. 47 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 43 Tamam al-Minnah33 , maka berlaku perbezaan pendapat di kalangan ulama dalam masalah ini. Apa yang dapat dirumuskan dari perbahasan para ulama fekah, ialah dua pendapat yang mudah diikuti; Pertama: Hanya perlu sapu di atas balutan tersebut. Dia tidak diwajibkan berwuduk sebelum memakai balutan tersebut. Ketika berwuduk atau mandi wajib dia hanya perlu sapu air di atas balutan tersebut, tanpa perlu membasuhnya, atau melalukan air di bawahnya, atau menanggalkannya. Inilah pendapat terpilih daripada kebanyakan ulama Fekah34 . Kedua: Disebabkan hadith-hadith dalam perkara ini terlalu dhaif, maka terdapat ulama fekah yang berpegang kepada tidak wujud hukum sapuan atas balutan patah atau luka. Sebaliknya anggota yang cedera, atau dibalut tersebut tidak perlu sebarang 33 Lihat: Al-Albani, Muhammad Nasir al-Din, Tamam al- Minnah, m.s. 134-135, Riyadh: Dar al-Rayah 1998. 34 Lihat: ‘Abd al-Karim Zaidan, Al-Mufassal fi Ahkam al- Mar`ah, jld 1, m.s. 140, Beirut: Muassasah al-Risalah 1994.

46. 48 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 44 sapuan atau basuhan kerana telah gugur kewajipan syarak ke atas anggota tersebut. Ini pendapat yang dikemukakan oleh al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi (wafat 456H). Kata beliau ketika memberikan alasan pandangannya : “Dalilnya firman Allah: � ۚ ‫ﺎ‬َ�َ‫ﻌ‬ ۡ‫ﺳ‬ُ‫�ﻭ‬ ‫ﱠ‬ ‫ﻻ‬ِ‫ﺎ�ﺇ‬ ً‫ﺴ‬ ۡ‫ﻔ‬ َ ‫�ﻧ‬ُ‫ﻪ‬ ‫ﱠ‬ ‫�ٱﻟﻠ‬ ُ ‫ﻒ‬ِ ّ ‫ﻠ‬ َ �ُ‫�ﻳ‬ َ ‫ﻻ‬ (maksudnya) “Allah tidak bebankan kepada seseorang kecuali apa yang dia terdaya”. Juga sabda Nabi SAW: ُ‫ﻪ‬ْ‫ﻨ‬ِ‫ﻮﺍ�ﻣ‬ ُ ‫ﺗ‬ ْ ‫ﺄ‬ َ ‫�ﻓ‬ٍ‫ﺮ‬ ْ‫ﻣ‬ َ ‫ﺄ‬ِ‫�ﺑ‬ ْ‫ﻢ‬ ُ ‫ﻜ‬ ُ ‫ﺗ‬ْ‫ﺮ‬ َ‫ﻣ‬ َ ‫ﺍ�ﺃ‬ َ ‫ﺫ‬ِ‫ﺇ‬َ‫ﻭ‬�‫ﻢ‬ُ‫ﺘ‬ْ‫ﻌ‬ َ ‫ﻄ‬َ‫ﺘ‬ ْ‫ﺎ�ﺍﺳ‬ َ‫ﻣ‬35 (Apabila aku perintah kamu dengan sesuatu perintah, maka datangilah ia dengan kadar kemampuan kamu).” Berdasarkan dalil Al-Quran dan Al-Sunnah, sesuatu kewajipan gugur apabila seseorang tidak mampu. Maka gantian kepada yang gugur itu hendaklah berasaskan syarak. Syarak pula tidak wajib diikuti kecuali adanya dalil daripada Al-Quran atau Al-Sunnah. 35 Riwayat al-Bukhari, jld 6, m.s. 2658.

47. 49 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 45 Namun, tiada dalil Al-Quran atau Al-Sunnah yang menggantikan basuhan dengan sapuan atas balutan patah atau ubat bagi anggota yang tidak mampu dibasuh”36 . Salah satu pendapat di atas boleh untuk diamalkan dan lebih mudah dari seseorang terikat dan taksub kepada mazhabnya sehingga akhirnya meninggalkan solat. Bahkan pendapat al-Imam Ibn Hazm lebih praktikal secara hujah dan perbandingan. Memudahkan hal ini adalah baik dari memberikan pendapat mazhab yang lemah lagi menyusahkan pesakit sehingga kemungkinan mereka meninggalkan solat. Banyak contoh-contoh terutamanya dalam urusan muamalat yang membebankan umat jika terikat dengan hanya satu mazhab sahaja. Taksub mazhab hanya menyempitkan minda dan cara fikir seseorang. 36 lihat: Ibn Hazm al-Andalusi, Al-Muhalla, jld 1, m.s. 316, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah t.t.

48. 50 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 46 iii. Enggan Mendengar Pendapat Lain Dan Bersikap Keras Ketaksuban juga membawa seseorang memusuhi saudara muslimnya yang lain tanpa alasan yang benar. Ini akan terjadi apabila seseorang menganggap kebenaran itu hanya dipelopori oleh mazhabnya. Maka selain dari mazhabnya adalah tidak benar dan patut ditentang. Justeru kita dapati, hanya kerana berbeza mazhab dalam pendapat dan amalan maka mereka menghukum sesat. Ini seperti yang berlaku kepada golongan konservatif agama di Nusantara ini yang menganggap sesiapa yang tidak bermazhab Al-Syafi’i sesat, atau patut dipulaukan, atau dipinggirkan. Ini adalah taksub yang dibenci agama dan memundurkan umat untuk melangkah lebih luas. Mereka enggan mendengar hujah-hujah di luar daerah mazhab mereka. Seakan semua amalan atau pendapat yang tidak dikenali dalam mazhab kita adalah salah walau apa sekalipun hujahnya. Kata Muhammad bin Salih al-‘Ali: “Kebiasaannya, taksub kepada sesuatu pandangan atau mazhab membawa kepada sejenis sikap keras terhadap sesiapa yang menyanggahi pandangan dan

49. 51 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 47 mazhabnya. Inilah yang berlaku kepada sebahagian pengikut mazhab fiqh yang lidah mereka petah (mencerca) sesiapa yang berbeza dengan mereka…Orang yang taksub terlindung dari penilaian secara ilmiah dan berhati-hati dalam hukuman. Dia tidak melihat melainkan keburukan dan kesilapan orang yang berbeza dengannya. Ini membawanya kepada sikap keras, mengkritik dan menyakiti.”37 Kata Muhammad Qutb ketika membincangkan tentang kemunduran ilmu, tamadun, ekonomi pemikiran dan budaya di Dunia Islam: “Dari sudut yang lain, dijumudkan ilmu-ilmu syarak dalam bentuk yang dipelajari sebelum lima kurun lalu - sekurang-kurangnya -. Ditambah dengan masuk ke dalamnya serangan pemikiran Greek dari ilmu kalam yang tidak berguna dan bermanfaat. Lebih dari itu ilmu kalam telah menukarkan pengajian akidah kepada perkara-perkara yang menyusahkan minda lagi tidak berguna dan memayahkan. Mengubah akidah dari inti kandungan 37 Muhammad bin Salih bin Yusuf al-‘Ali, Insaf Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah m.s. 113-114, Jeddah: Dar al-Andalus al- Khadra` 1420H.

50. 52 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 48 yang hidup kepada isu-isu falsafah yang membawa kepada pertengkaran tanpa sebarangan natijah dan tujuan. Lebih daripada itu pelajar-pelajar agama telah bertukar menjadi para penghafal bukan pemikir. Seseorang pelajar kelihatan berilmu hanya dengan kadar apa yang dia hafal daripada teks, syarah dan nota kaki. Namun dia tidak dapat berfikir untuk dirinya dan tidak juga dapat berfikir secara sendiri. Maka para ulama kehilangan keaslian ilmu, jadilah mereka itu golongan taklid yang hanya memetik dari orang lain. Bahkan ditambah lagi keburukan ketiga, iaitu taksub mazhab yang mengenai keseluruhan para pelajar. Setiap orang taksub dengan mazhab yang dia membesar di dalamnya. Dia menjadikan kemuncak jihadnya untuk agamanya, semata-mata untuk membuktikan mazhab dan syeikhnya melebihi mazhab dan syeikh orang lain..”38 . Golongan yang taksub ini tidak berusaha untuk mempersembahkan Islam dalam wajah yang lebih menepati dalil dan mudah untuk umat pada zaman yang 38 Muhammad Qutb, Waqi‘una al-Mu‘asir, m.s. 176. Jeddah: Muassasah al-Madinahli al-Sahafah 1987.

51. 53 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 49 serba mencabar ini. Sebaliknya mereka sibuk berbalah jika ada orang yang tidak terikat dengan mazhab yang menjadi ketaksuban mereka. Perjuangan mereka hanya untuk mempertahankan mazhab bukan keluasan dan keindahan Islam itu sendiri. Golongan taksub sepatutnya sedar bahawa kebenaran tidak terhimpun hanya dalam satu mazhab. Kata ‘Abd al-Karim Zaidan: “Pendapat mazhab-mazhab yang muktabar diterima oleh pengikut mereka di atas andaian benar dan ia menyampaikan seseorang kepada hukum Allah. Hendaklah difahami bahawa andaian benar ini dikongsi oleh semua mazhab islamiah yang muktabar, bukan hanya terkumpul pada satu mazhab. Maka tidak harus untuk pengikut salah satu mazhab ini menganggap bahawa telah terhimpun dalam mazhabnya kebenaran dalam setiap pandangan. Lalu menganggap salah sesiapa yang menyanggahi mazhabnya. Ini perkara yang tidak pernah diucapkan oleh mana-mana mazhab, tidak pernah mereka menyandarkan hal seperti ini kepada diri mereka dan tidak pernah menganggap kebenaran hanya terkumpul

52. 54 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 50 dalam ijtihad mereka. Bagaimana mungkin pengikut mereka pula mendakwa perkara yang seperti ini?!!”39 iv. Berfikiran Singkat Dan Hilang Sikap Kritis Taksub mazhab juga membunuh keupayaan menilai dengan cara yang seimbang. Golongan yang taksub sanggup memutar apa sahaja fakta demi untuk kepentingan taksub. Pemikiran mereka menjadi sempit dan mereka gagal membuat penilaian yang seimbang. Sehingga dalam sejarah ada yang sanggup membuat hadith palsu untuk membela mazhabnya, antaranya: �‫�ﺲ�ﺃﺿﺮﻋ���ﺃﻣ���ﻣﻦ‬‫ﺭ‬‫ﺟﻞ�ﻳﻘﺎﻝ�ﻟﻪ�ﻣﺤﻤﺪ�ﺑﻦ�ﺇﺩ‬‫ﺭ‬���‫����ﺃﻣ‬‫ﻥ‬‫ﻳ�ﻮ‬ ���‫ﺍﺝ�ﺃﻣ‬‫ﺮ‬‫ﺟﻞ�ﻳﻘﺎﻝ�ﻟﻪ�ﺃﺑﻮ�ﺣﻨﻴﻔﺔ��ﻮ�ﺳ‬‫ﺭ‬���‫����ﺃﻣ‬‫ﻥ‬‫ﺇﺑﻠ�ﺲ�ﻭ��ﻮ‬ ��‫ﺍﺝ�ﺍﻣ‬‫ﺮ‬‫�ﻮ�ﺳ‬ Maksudnya: “Akan ada di kalangan umatku seorang lelaki yang dipanggil Muhammad bin Idris, dia memberi mudarat kepada umatku lebih daripada iblis. Akan ada pula seorang lelaki di kalangan umatku dipanggil Abu 39 Zaidan: Dr Abd al-Karim, Al-Sunan al-Ilahiyyah, m.s. 147, Beirut: Muassasah al-Risalah 2002.

53. 55 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 51 Hanifah, dia adalah lampu umatku, dia adalah lampu umatku”. Hadith ini direka oleh Makmun bin Ahmad al- Harawi yang hasad dengan perkembangan pengikut al- Imam Al-Syafi’i di Khurasan40 . Kata al-Jarahi (w 1162H): “Tiada suatu pun hadith sahih mengenai pujian atau cercaan terhadap Abu Hanifah dan Al-Syafi’i. Semua yang disebut mengenai hal berkenaan adalah palsu lagi dusta” 41 . Hadith-hadith palsu seperti di atas dibuat oleh golongan ektremis mazhab. Kesempitan taksub melupakan mereka bahawa memalsukan hadith menjerumuskan mereka ke dalam neraka. Demikian juga ketaksuban menjadikan ulasan seseorang tersasar dari nilaian yang objektif dan ilmiah. Umpamanya Taj al-Din al-Subki (w. 771H) yang merupakan tokoh dalam mazhab Al-Syafi’i telah 40 Lihat: Al-Sayuti, Tadrib al-Rawi, m.s. 182. Beirut: Dar al-Fikr 1993. 41 Al-Jarahi, Kasyf al-Khafa,, jld 2, m.s. 420. Beirut: Dar Ihya al-Tutath al-‘Arabi. (1351H)

54. 56 Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat 52 membuat penilaian tentang kebenaran mazhabnya seperti berikut: ‫ـﺎﺯ‬‫ـ‬���‫ـﻼﺩ�ﺍ‬‫ـ‬‫ﺑ‬�‫ـﺎ‬‫ـ‬‫ﻣ‬‫ﻭﺍ‬‫ـﺎ‬‫ـ‬‫ﻀ‬‫ـ�ﺡ�ﺃﻳ‬‫ـ‬�‫ـﻢ�ﺗ‬‫ـ‬‫ﻠ‬‫ﻓ‬���‫ـﺎﻓ‬‫ـ‬‫ﺸ‬‫ـﺬ�ﺐ�ﺍﻟ‬‫ـ‬‫ﻣ‬�‫ـﻮﺭ‬‫ـ‬�‫ـﺬ�ﻇ‬‫ـ‬‫ﻨ‬‫ﻣ‬ �‫ـ‬‫ـ‬��‫ـﺬﺍ‬��‫ـﺎ‬‫ـ‬‫ﻨ‬‫ـ��ﻳﻮﻣ‬�‫ﻭﺍ‬‫ـﺔ‬‫ـ‬‫ﻣ‬‫ـﺔ�ﻭﻻﺍﻣﺎ‬‫ﺑ‬‫ـﺎﺀ�ﻭﺍ��ﻄﺎ‬‫ـ‬‫ﻀ‬‫ـﺎﻓﻌﻴﺔ�ﺍﻟﻘ‬‫ﺸ‬‫ـﺪﻱ�ﺍﻟ‬‫ـ‬‫ﻳ‬‫ﺍ‬ �‫ـﻨﺔ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ﺳ‬�‫ـﺘ�ﻥ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ﺳ‬‫ـﻼﺙ�ﻭ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ﺛ‬‫ـﻤﺎﺋﺔ�ﻭ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ﺴ‬‫ـﻦ�ﺧﻤ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ﻣ‬�‫ـﺎﺱ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ﻨ‬‫ـﺔ�ﻭﺍﻟ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ﻨ‬‫ـﺔ�ﻭﺍﳌﺪﻳ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ـ‬‫ﻜ‬‫ﺑﻤ‬ ‫ﻥ‬‫ـﻠﻮ‬‫ـ‬‫ﺼ‬�‫�ﷲ�ﻭ‬‫ﻝ‬‫ـﻮ‬‫ـ‬‫ﺳ‬‫ﺭ‬�‫ـ�ﺪ‬‫ـ‬�‫ـ��ﻣ‬‫ـ‬��‫ﻥ‬‫ـﻮ‬‫ـ‬‫ﺒ‬‫ﻳﺨﻄ‬�‫ـﻪ‬‫ـ‬‫ﻤ‬‫ـﻦ�ﻋ‬‫

Add a comment