BAHAN PENCEMARAN DAN PEPARU

33 %
67 %
Information about BAHAN PENCEMARAN DAN PEPARU
Education

Published on February 18, 2014

Author: salasiahyahaya

Source: slideshare.net

Description

PENYAKIT YANG MENYERANG PEPARU, BAHAN TERCEMAR YANG MENGGANGGU PEPARU

Pembentangan: “Kepentingan sistem respirasi yang sihat” ARE-MAR RAMDHAN AFIQQ ZULKIFLY

BAHAN CEMAR UDARA

ASAP ROKOK Asap rokok mengandungi banyak bahan yang membahayakan. Antaranya adalah nikotin, tar, karsinogen dan karbon monoksida. • Nikotin - dadah beracun yang menyebabkan ketagihan dan merosakkan tisu otak. • Tar - bahan lekit yang membunuh sel dan menyebabkan kanser. • Karsinogen - agen penyebab kanser. • Karbon Monoksida - gas beracun tanpa bau dan warna yang menghalang hemoglobin daripada angkut oksigen ke seluruh tubuh. • Perengsa - bahan yang menyebabkan rasa tak selesa pada laluan pernafasan.

GAS KARBON MONOKSIDA • Gas ini biasanya diperolehi daripada asap kenderaan. Gas beracun ini tidak berwarna dan berbau. Kesan gas karbon monoksida akan menyebabkan hemoglobin gagal mengangkut oksigen ke seluruh badan

SULFUR DIOKSIDA • Biasanya gas sulfur dioksida ini datangnya daripada asap kilang. Gas ini juga beracun. Tidak mempunyai warna namun mempunyai bau yang menyesakkan! Gas sulfur dioksida menyebabkan rasa tak selesa pada laluan pernafasan, batuk, sukar bernafas, bronkitis dan kanser peparu. *Gas sulfur dioksida juga adalah gas yang sama yang menyebabkan hujan asid

JEREBU • Jerebu terhasil daripada wasap eksoz kenderaan, pembakaran terbuka dan juga kebakaran hutan. Jerebu terdiri daripada zarah pepejal yang sangat halus, seperti habuk dan asap.

TOKSIN • Toksin dibebaskan ke udara melalui asap rokok, wasap ekzos kenderaan dan juga pembakaran bahan api. Contoh toksin yang membahayakan adalah sebatian plumbum dan juga oksida nitrogen yang ada dalam udara. Toksin ini menyebabkan keracunan yang boleh membunuh sel, merosakkan otak dan peparu, batuk dan juga penyakit peparu seperti emfisema.

Pelbagai penyakit yang berkaitan dengan sistem respirasi

BRONKITIS • Punca: Jangkitan virus dan bakeria, debu dan asap rokok Gejala: Batuk berkahak, sesak nafas, sakit kepala Kesan: Radangan pada bronkus (saluran udara ke paru-paru).

ASMA • Punca: Debu, bulu binatang, asap, udara dingin Gejala: Nafas berbunyi, sakit dada, batuk, nafas pendek Kesan: Saluran pernafasan mengalami penyempitan

EMFISEMA • Punca: Asap rokok dan kekurangan enzim alfa1-antitripsin Gejala: Sesak nafas, penurunan selera makan, penurunan berat badan Kesan: Alveolus rosak. Isipadu paru-paru lebih besar (paru-paru bengkak) kerana gas karbon dioksida yang seharusnya dikeluarkan dari paru-paru terperangkap di dalamnya.

PNEUMONIA • Punca: Jangkitan virus dan bakteria seperti bakteria streptokokus dan bakteria Mycoplasma pneumoniae.) Gejala: Batuk berkahak kuning, sakit dada, sesak nafas dan demam. Kesan: terjadinya radang paru-paru.

BATUK KERING • Punca: Jangkitan bakteria Mycobacterium tuberculosis Gejala: Deman, penurunan selera makan, penurunan berat badan, batuk lebih tiga minggu Kesan: Proses resapan oksigen terganggu kerana terdapat bintik-bintik kecil pada dinding alveolus.

KANSER PARU-PARU • Punca: Asap rokok, radiasi radioaktif, bahan kimia beracun, stres atau faktor keturunan. Gejala: Batuk, sakit pada dada, sesak napas, batuk berdarah, mudah lelah dan berat badan menurun. Kesan: Sel sihat bertukar menjadi sel kanser.

AMALAN MENGEKALKAN UDARA YANG BERSIH

• 1. Tidak melakukan pembakaran terbuka 2. Tidak merokok di tempat terbuka 3. Mengharamkan penggunaan bahan toksin dalam penyembur

• 4. Mengurangkan penggunaan penghawa dingin 5. Penguatkuasaan undang-undang yang berterusan

CARA UNTUK MEMPERBAIKI KUALITI UDARA

• 1) Mewajibkan semua kilang menggunakan penapis asap Pihak berwajib harus memastikan kilang dan syarikat yang terlibat dengan aktiviti membebaskan asap kilang ke udara agar memasang penapis apas pada cerobong kilang masingmasing. Ini adalah bagi memastikan tiada bahan berbahaya yang disebarkan bersama-sama asap kilang tadi dan juga mengurangkan kuantiti asap yang dikeluarkan.

• 2) Menganjurkan kempen kesedaran kepada masyarakat Kempen kesedaran boleh dianjurkan bagi mendidik masyarakat dalam menangani isu ini dengan lebih baik. Sekurang-kurangnya kempen cinta alam sekitar seperti ini dapat meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai perihal pentingnya menjaga alam sekitar.

• 3) Tanam lebih banyak pokok Usaha menanam lebih banyak pokok juga dapat memperbaiki kualiti udara kita. Dengan jumlah pokok yang lebih banyak, bermaksud kuantiti gas karbon dioksida dapat dikurangkan. Malah kuantiti gas oksigen yang dibebaskan oleh tumbuhan juga dapat diperbanyakkan lagi.

• 4) Gunakan petrol tanpa plumbum Penggunaan petrol tanpa plumbum juga dapat meminimumkan pembebasan logam berbahaya ke udara. Sekalipun petrol tanpa plumbum adalah lebih mahal berbanding petrol berplumbum, namun sekiranya kesemua kita mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap alam sekitar, kita boleh bekerjasama bersama-sama mengurangkan pencemaran.

• 5) Berkongsi kenderaan/pengangkutan awam Amalan berkongsi kenderaan juga merupakan amalan yang dapat mengurangkan pencemaran udara. Dengan jumlah kenderaan yang sedikit berada di jalanraya, sudah tentu jumlah bahan cemar yang dibebaskan ke udara juga adalah lebih sedikit. Selain dapat mengurangkan pembebasan bahan cemar ke udara, amalan berkongsi kenderaan ini juga dapat menjimatkan wang.

THANKS FOR WACTHING HOPE N-JOY

Add a comment

Related presentations

Related pages

5 Bahan Cemar Udara ~ CiKGUHAiLMi

Nikotin - dadah beracun yang menyebabkan ketagihan dan merosakkan tisu otak Tar - bahan lekit yang membunuh sel dan menyebabkan kanser peparu Karsinogen ...
Read more

CONTOH FOLIO BAND 6 BAB-5 PENCEMARAN UDARA

Nikotin - dadah beracun yang menyebabkan ketagihan dan merosakkan tisu otak Tar - bahan lekit yang membunuh sel dan menyebabkan kanser peparu Karsinogen ...
Read more

BAHAN PENCEMARAN DAN PEPARU - Education

Bahan API Fosil Dan Pencemaran Alam Sce 3103 1 PENEROKAAN BAHAN A. Pemerolehan Ilmu ( TUGASAN 1 ) i) Bahan api fosil dan pencemaran alam Pengertian Bahan ...
Read more

My Share Learning Content: 8.3 Kesan Pembuangan Sisa ...

Kesan Pembuangan Bahan Sisa dan ... Plumbum dan merkuri meracuni otak dan sistem saraf Nikel menyebabkan kanser peparu Arsenik dan ... Bahan pencemaran ...
Read more

Yo Hime: 5 Bahan Cemar Udara - saberturia.blogspot.com

BAHAN PENCEMAR ALAM 1. ASAP ROKOK : Nikotin - dadah beracun yang menyebabkan ketagihan dan merosakkan tisu otak Tar - bahan lekit yang membunuh sel dan ...
Read more