Ayat terbitan(perluasan)

60 %
40 %
Information about Ayat terbitan(perluasan)
Education

Published on March 15, 2014

Author: diahrodzi

Source: slideshare.net

Description

BMM,Perluasan,Ayat Terbitan

Disediakan oleh: Nor Asnida binti Mad Daud NorAzila binti Abiden Nurul Hidayah binti Zakaria Nur Zawani binti Mhd Fakhruddin Rodhiah binti Md Rodzi

PERLUASAN Perluasan frasa nama sebagai objek Perluasan frasa nama sebagai predikat Perluasan dengan kata hubung Perluasan melalui proses komplementasi AYATTERBITAN

Proses Perluasan  Ayat yang mengalami perluasan ialah ayat terbitan yang mana berasal dari ayat dasar.Proses perluasan terjadi apabila ditambah unsur lain atau unsur baharu.Dalam ilmu bahasa Melayu terdapat beberapa jenis proses perluasan  Perluasan frasa nama sebagai objek  Perluasan frasa nama sebagai predikat  Perluasan dengan kata hubung  Perluasan melalui proses komplementasi

Perluasan Frasa Nama sebagai Subjek  Perluasan frasa nama sebagai subjek berlaku dengan proses pemancangan yang.Ia dilakukan melalui proses relativasi.Contohnya  Bomba memadam kebakaran  Bomba itu abang saya  Bomba yang memadam kebakaran itu adalah abang saya  Dalam ayat (a) dan (b) merupakan dua ayat yang berbeza.  Bagi mengabungkan ayat terbabit maka yang telah dipancangkan kedalam ayat terbabit menjadi contoh di (c).  Dalam keadaan yang sebenar bomba tersebut perlu diulang sebanyak dua kali namun ia hanya diulang sekali sahaja sebagai subjek dalam ayat tersebut.

Perluasan Frasa Nama sebagai Predikat  Perluasan Frasa Nama sebagai predikat dapat dilakukan dengan memancang frasa relatif yang bagi menggantikan frasa nama yang sama atau serupa dengan predikat yang digugurkan sebagaimana contoh dibawah  Ibu membeli sayur  Sayur itu segar  Ibu membeli sayur yang segar  Ayat (a) dan (b) merupakan ayat asal yang belum lagi mengalami proses perluasan predikat.  Dalam ayat (c) kita dapat melihat berlakunya proses perluasan predikat apabila frasa relatif yang telah dipancangkan kedalam ayat tersebut.  Frasa nama yang sama dalam ayat tersebut telah digugurkan.

Perluasan dengan Kata Hubung  Perluasan ayat dengan kata hubung boleh berlaku dengan menggunakan kata hubung bagi mengagbungkan dua atau lebih ayat. Antara kata hubung ialah dan,serta,lalu,jika,walaupun,sungguhpun,kerana dan sebagainya.Antara contoh perluasan dengan menggunakan kata hubung ialah 1. (a) Ali suka belajar 1.(b) Abu suka belajar 1.(c) Ali dan Abu suka belajar  Dalam contoh tersebut kata hubung dan telah digunakan bagi perluasan ayat tersebut.

2.(a) Ali suka belajar 2.(b) Rakan-rakan Ali suka belajar 2.(c) Ali serta rakan-rakannya suka belajar Dalam contoh 2 kata hubung serta telah digunakan.

3.(a) Ali rajin 3.(b) Ali penyakit lelah 3.(c) Ali rajin tetapi mempunyai penyakit lelah  Dalam contoh 3,kata hubung tetapi telah digunakan untuk menghubungkan ayat (a) dengan ayat (b).

Perluasan melalui Proses Komplementasi  Perluasan melalui proses komplentasi bermaksud mengubah ayat menjadi satu frasa nama dan memancangkan ayat tersebut kepada satu ayat lain sebagai ayat komplemen dan pelengkap sebagaimana contoh dibawah  (a) Kerajaan memberitahu  (b) Ekonomi Malaysia meningkat  (c) Kerajaan memberitahu bahawa ekonomi Malaysia meningkat.  Dalam contoh (a) dan juga (b) merupakan ayat yang belum mengalami proses komplementasi dan contoh (c) adalah contoh yang sudah mengalami proses komplementasi dengan adanya perkataan bahawa.

TAMAT

Add a comment

Related presentations

Related pages

Cemerlang Bahasa Melayu: KONSEP AYAT TERBITAN

KONSEP AYAT TERBITAN 1. ... Proses transformasi mengakibatkan pengguguran,penyusunan dan perluasan. TAJUK: PROSES PENERBITAN AYAT PROSES PENGGUGURAN. 1.
Read more

RAMLI BIN YAHYA: SINTAKSIS - PROSES PENERBITAN AYAT

KONSEP AYAT TERBITAN ... dalam ayat atau frasa.Proses transformasi mengakibatkan pengguguran,penyusunan dan perluasan. TAJUK: PROSES PENERBITAN AYAT ...
Read more

sintaksis bahasa melayu: AYAT TERBITAN

Maksud ayat terbitan : ... struktur memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa.Proses transformasi mengakibatkan pengguguran,penyusunan dan perluasan. ...
Read more

Ayat Terbitan - Documents

Proses Perluasan Ayat yang mengalami perluasan ialah ayat terbitan yang mana berasal dari ayat dasar.Proses perluasan terjadi apabila ditambah unsur ...
Read more

Zain Bersaudara: Ayat Dasar dan Ayat Terbitan

Maksud ayat terbitan : ... struktur memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa.Proses transformasi mengakibatkan pengguguran,penyusunan dan perluasan. ...
Read more

SINTAKSIS- PROSES PENERBITAN AYAT | cemerlang bahasa dan ...

KONSEP AYAT TERBITAN ... sesuatu unsur dalam ayat atau frasa.Proses transformasi mengakibatkan pengguguran,penyusunan dan perluasan. PENERBITAN AYAT : ...
Read more