Assgmt seni sem 5

45 %
55 %
Information about Assgmt seni sem 5
Education

Published on March 7, 2014

Author: aidamurat

Source: slideshare.net

Description

seni

HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBAE1403 MENGGAMBAR NAMA : AIDA BINTI SAMAT NO. MATRIK :730624016516001 NO K.PENGENALAN :730624016516 NO.TELEFON : 0197194668 EMEL : ida_murat@oum.edu.my Tutor’s name : PN MARIANA BT TUKIMAN Learning Centre:OUM Johor Bahru SMP PPG MEI 2013 Disediakan oleh: Aida Bt Samat Page 1

HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013 ISI KANDUNGAN: 1.0 Pengenalan…………………………………………………………………….3 2.0 Proses Artistik dengan menggunakan kaedah apresiasi seni………………….4 2.1 proses Artistik berkaitan Tema………………………………………….5 2.2 Proses Artistik berkaitan bahan…………………………………………6 2.3 Proses Artistik berkaitan Teknik………………………………………6-7 2.4 Proses artistik berkaitan Penilaian……………………………………8-9 3.0 Maklumat sokongan 3.1 Perkaitan Dengan Kreativiti dan Psikologi Kanak-kanak…………….10-12 4.0 Kesimpulan…………………………………………………………… 12-13 5.0 Rujukan……………………………………………………………….14-15 6.0 Lampiran………………………………………………………………15 Disediakan oleh: Aida Bt Samat Page 2

HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013 1.0 Pengenalan Sistem pendidikan di Malaysia mempunyai matlamat yang jelas iaitu melahirkan insan dan bangsa yang cemerlang melalui Falsafah Pendidikan Negara(FPN).Justeru peranan guru seni sebagai „input‟ seharusnya cemerlang terlebih dahulu sebelum menentukan „output‟ iaitu murid memperolehi kecemerlangan selaras dengan hasrat FPN .Pendidikan Seni Visual sebenarnya lebih menjurus untuk membawa satu perubahan individu kepada sikap dan nilai murni dengan memupuk diri dalam pengalaman estetik dan membentuk emosi yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Bagi melahirkan individu yang imaginatif,kreatif berpengetahuan dan berdaya peka terhadap ciri-ciri estetik merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang besar bagi seorang guru Pendidikan Seni Visual.Seni juga merupakan satu saluran penyataann diri kerana melalui aktiviti seni seperti melukis,mewarna, kraf tangan dan sebaginya akan memberi kepuasan,lapang perasaan, emosi yang stabil dan ketenangan kepada individu.Malah di sinilah pentingnya guru Pendidikan Seni Visual memainkan peranan supaya melestarikan subjek Pendidikan seni Visual sebagai salah satu alternatif sumbangan ke arah perkembangan emosi dan sahsiaah diri yang positif dalam diri murid. Guru Pendidikan Seni Visual seharusnya menguasai ilmu psikologi kanak-kanak kerana kefahaman terhadap aspek diri murid akan menerap penghayatan seni dan menggambarkan kematangan mereka.Guru juga dapat membuat ramalan terhadap tingkah laku murid yang bersesuaian dengan peringkat umur dan seterusnya dapat membantu guru merancang perubahan tingkah laku positif murid dengan memberi motivasi atau pengajaran yang sesuai dengan tahap umur murid.Apabila menemui sesuatu tingkah laku yang berlaku pada murid guru boleh mengaitkannya dengan tahap umur,latar belakang murid dan di sinilah bermulanya peranan guru menyediakan aktiviti yang sesuai dalam meningkatkan prestasi pembelajarannya.Adakalanya emosi dalaman murid diluahkan melalui hasil seni dan kepekaan guru memahami perubahan tingkah laku murid sebenarnya dapat membantu mengatasi masalah yang berlaku.Peranan guru Pendidikan Seni Visual sebagai pelaksana kurikulum juga dapat menyatukan pelbagai murid yang berlainan latar belakang seterusnya meningkatkan rasa syukur terhadap Tuhan,menghargai keindahan alam persekitaran dan warisan bangsa .Selain itu juga dapat menggalakkan murid-murid melaksanakan pemerhatian aktif,interaksi yang kreatif dengan alatan serta apresiasi seni. Disediakan oleh: Aida Bt Samat Page 3

HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013 2.0 Proses artistik dengan menggunakan kaedah apresiasi seni Herbert Read seorang tokoh pengkritik seni telah menyatakan bahawa “ Art is creative self expression” dan “Works of art express and communicative universal values” Kreatif adalah kebolehan untuk mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.Bagi mereka yang berpendapat bahawa seni adalah penyataan diri sebenarnya dalam diri kanak-kanak itu sendiri terdapat daya kreatif yang hebat yang memerlukan jalan keluar untuk menyatakan ekspresi diri.Malah sebagai seorang guru perlu berperanan membimbing dan memberi ruang dan peluang untuk murid-murid melukis tentang apa yang mereka mahu, tentang apa yang mereka lihat dari kaca mata mereka sendiri bukan melukis tentang apa yang orang lain fikirkan Apresiasi seni merujuk kepada membuat penilaian atau mempunyai kepekaan terhadap sesuatu gambaran,imej atau objek dalam sesuatu pembelajaran.Memberi penghargaan terhadap sesuatu hasil kerja seni adalah salah satu cara seseorang itu boleh berinteraksi dengan diri sendiri dan orang lain.Sehubungan itu, untuk membincangkan secara terperinci mengenai proses artistik dengan menggunakan kaedah apresiasi seni ini,saya telah menjalankan pengajaran Seni di kelas 3 Gemilang.Kelas ini terdiri daripada kumpulan murid cerdik dan sederhana.Sesi pengajaran dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Karya yang saya dipilih ialah hasil kerja muridadik Nurizzah Arifah.Disebabkan ada gabungan teknik yang dipilih, justeru sesi pengajaran berlangsung sebanyak dua kali(2jam) dalam tempoh dua minggu.Pada satu jam pertama saya memilih untuk melaksanakan teknik percikan terlebih dahulu kerana penggunaan warna air memerlukan perhatian dan kawalan guru terutama dari segi kebersihan dan keselamatan murid.Manakala pada minggu kedua saya meminta muridmurid membawa huruf-huruf yang dipilih untuk menyiapkan kad ucapan Hari Ibu.Pada sesi pengajaran kedua hanya melibatkan teknik gosokan dan tampalan huruf-huruf. Disediakan oleh: Aida Bt Samat Page 4

HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013 Tahun : 3 Gemilang Bidang : Menggambar Tema : Menghasil kad ucapan Hari Ibu Alat dan Bahan : Berus gigi, kertas lukisan, palet , warna air, pelbagai jenis daun, berus lukisan, krayon, tudung saji, majalah, akhbar. Teknik :Percikan, gosokan dan tampalan 2.1 Proses Artistik berkaitan Tema Tema yang dipilih adalah berkaitan menghasilkan Kad Ucapan hari Ibu.Tema ini dipilih kerana ia rapat dengan kehidupan sebenar murid apatah lagi sambutan hari ibu baru sahaja diraikan pada bulan Mei yang lalu.Pembelajaran yang berkaitan dengan pengalaman sedia ada murid sebenarnya juga banyak membantu murid menjana idea Disediakan oleh: Aida Bt Samat Page 5

HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013 untuk menghasilkan kad ucapan yang kreatif.Contohnya, murid membuat bentuk “love” yang menggambarkan luahan perasaan kasih sayang seorang anak kepada ibunya.Pemilihan tema yang tepat dan berkaitan dengan pengalaman murid juga membantu objektif pengajaran dapat dicapai. Berdasarkan Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day(2001) ,peringkat 6-9 tahun adalah Peringkat Membuat Simbol. Pada peringkat siri perkembangan ini kanakkanak sangat terpengaruh dengan alam sekeliling.Tahap ini juga kanak-kanak sudah boleh menghasilkan simbol yang mudah dikenalpasti kerana mereka telahpun mempunyai kawalan seimbang dan teratur dari segi pergerakan tangan.Dalam konteks ini pemilihan tema yang dipilih memainkan peranan kerana ia turut membantu perkembangan kognitif kanak-kanak. 2.2 Proses Artistik Berkaitan Bahan Semasa menjalankan aktiviti seni penggunaan bahan yang betul amat penting agar tidak berlaku pembaziran.Penggunaan bahan yang salah sudah tentu tidak dapat menghasilkan karya seni yang berkualiti.Bagi menghasilkan Kad Ucapan Hari Ibu alat dan bahan yang digunakan ialah berus gigi, kertas lukisan, palet, warna air, pelbagai jenis daun, berus lukisan,krayon,tudung saji, majalah dan akhbar.Berus gigi digunakan untuk menghasilkan percikan.Warna air dibancuh di dalam palet dengan menggunakan berus lukisan.Semasa membuat bancuhan guru perlu memberi bimbingan dan kawalan agar bancuhan tidak terlalu pekat dan cair.Pada peringkat asas aktiviti percikan kadar cairan warna seelok-eloknya sederhana agar percikan lebih halus dan serata.Pelbagai jenis daun dipilih untuk menghasilkan corak-corak daun dalam aktiviti percikan.Manakala tudung saji pula digunakan untuk memberikan kesan jalinan apabila kertas lukisan digosokkan ke atasnya dengan menggunakan warna krayon.Huruf-huruf SELAMAT HARI IBU diperolehi daripada majalah dan akhbar.Selebihnya boleh digunakan untuk mengalas kertas lukisan semasa aktiviti percikan dijalankan supaya warna tidak terpercik ke kawasan lain. 2.3 Proses Artistik Berkaitan Teknik Berdasarkan hasil kerja murid seperti gambar di atas murid telah menghasilkan aktiviti percikan secara bebas ke atas permukaan kosong. Teknik percikan ialah salah satu aktiviti menggambar dalam kerja-kerja seni dan ia merupakan teknik hiasan catan Disediakan oleh: Aida Bt Samat Page 6

HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013 secara mendetik, mengetuk atau menjentik bulu berus yang akan menghasilkan kesan “ a speckled granite-style finish”.Titik-titik air atau warna yang berserakan terhasil bila warna terhempas ke suatu permukaan.Sebelum percikan dilakukan pastikan alas kertas lukisan denga akhbar untuk mengelakkan percikan yang tidak diingini.Terlebih dahulu pelbagai jenis daun disusun di atas kertas lukisan.Celup berus gigi dalam warna air dan percikkan dengan menggunakan hujung jari.Percikan dihasilkan dengan menggunakan tiga warna yang berlainan iaitu didahului dengan warna cerah-kuning, hijau dan merah.Sebelum menggunakan warna lain pastikan ubah kedudukan susunan daun untuk menghasilkan corak daun yang berbeza dan pastikan berus gigi dicuci dengan bersih semasa membuat percikan seterusnya. Selain teknik percikan,murid juga telah mengaplikasikan gabungan teknik lain iaitu gosokan dan tampalan.Semasa gosokan dilakukan murid menggunakan permukaan tudung saji.Permukaan kasar pada tudung saji tersebut telah menghasilkan kesan jalinan yang menarik apabila digosok dengan menggunakan krayon.Ia adalah satu proses penerokaan di mana murid dapat menggambar dengan menggunakan deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka.Seterusnya dapat dilihat murid mengaplikasikan kreativiti dengan membuat bentuk “love” dengan menggunakan kertas lukisan yang mempunyai kesan gosokan tersebut..Kemudian murid membuat tampalan huruf-huruf “ SELAMAT HARI IBU” yang diambil daripada majalah-majalah lama. Terdapat juga beberapa unsur seni yang didapati daripada karya seni murid di atas seperti jalinan, warna, garisan, ruang dan rupa.Unsur garisan dapat dilihat daripada objek buatan manusia iaitu tudung saji apabila gosokan menggunakan krayon dilakukan pada permukaan tudung saji.Aplikasi garisan ini secara tidak langsung mencipta jalinan tampak di mana teknik gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh sebagai subjek iaitu menggunakan krayon untuk digosokkan atas permukaan tudung saji bagi mendapatkan kesan jalinan.Dengan adanya jalinan sebenarnya dapat memberikan kesan menarik. Susunan pelbagai daun pada permukaan kertas lukisan telah membentuk rupa motif yang cantik.Rupa mempunyai garisan luar dan sempadan yang mengelilinginya.Kesan bentuk daun yang ditonjolkan.Rupa daun yang dihasilkan ini juga merujuk kepada rupa organik yang tidak terikat pada bentuk yang khusus dan tidak bersudut. Manakala unsur seni warna yang dipilih adalah terdiri dari warna-warna asas(primer) iaitu merah,biru dan kuning.Warna sekunder yang digunakan dalam hasil karya seni Disediakan oleh: Aida Bt Samat Page 7

HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013 murid tersebut pula ialah warna hijau.Penggunaan warna seperti merah dan kuning juga dikenali sebagai warna-warna panas yang memberikan gambaran bertenaga dan terang.Kemudian apabila dipercikkan dengan warna hijau memberi kesan kontra kerana hijau adalah warna sejuk yang tenang, dingin dan selesa.Secara keseluruhannya harmoni telah wujud melalui unsur-unsur warna iaitu warna panas, warna sejuk atau campuran pelbagai jenis warna.Tujuan menghasilkan kesan harmoni ialah untuk menarik perhatian pada sesuatu objek. Unsur penegasan juga dapat dilihat pada karya seni murid melalui tampalan potongan bentuk “love” yang bewarna merah,biru dan jingga serta huruf-huruf SELAMAT HARI IBU.Ia berfungsi sebagai daya penarik, pemusatan atau fokus pengkarya iaitu untuk menghasilkan kad ucapan hari ibu.Secara tidak langsung dapat mengelakkan kebosanan dengan memberi variasi yang berbeza bukan sekadar percikan warna semata-mata. Ruang pula merujuk kepada kawasan yang dikelilingi garisan atau dalam erti kata lain ia wujud di sekeliling rupa dua dimensi dan bentuk tiga dimensi.Percikan yang dihasilkan murid memenuhi ruang lukisan dengan maksimun kecuali pada bahagian yang ditutupi daun yang bertujuan untuk menimbulkan kesan bentuk-bentuk daun yang pelbagai jenis. Dalam konteks seni visual terdapat juga imbangan iaitu satu keadaan gubahan yang seimbang dari segi sempadan, sama kecerahan warna tetapi imbangan pada karya seni murid di atas ialah imbangan simetri yang bersifat seimbang di sebelah kiri dan kanan.Ini dapat diperhatikan pada susunan huruf dan bentuk “love” yang ditampal pada kedudukan simetri. Selain itu susun atur huruf-huruf dan bentuk “love” yang sempurna, kemas dan teratur secara tidak langsung telah mewujudkan kesatuan yang menimbulkan sentimen perasaan yang menyentuh hati dan selesa bagi seorang ibu apabila membacanya. 2.4 Proses Artistik Berkaitan Penilaian. Karya seni yang dihasilkan oleh murid Tahun 3 ini boleh dianggap berjaya kerana dapat melahirkan ekspresi mood seorang ibu.Perkataan SELAMAT HARI IBU menjadi subjek utama kerana ia sudah cukup menggambarkan luahan kasih sayang seorang anak dan tanda penghargaan kepada ibu tersayang walaupun sekadar tiga frasa ungkapan yang ringkas iaitu SELAMAT HARI IBU.Malah ia bertepatan dengan hasrat seorang anak yang ingin memberi ucapan hari ibu melalui hasil kerja seni-kad ucapan yang kreatif dan menarik. Disediakan oleh: Aida Bt Samat Page 8

HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013 Penilaian bagi guru PSV dapat diterjemahkan dari segi keaslian karya seni itu sendiri yang dihasilkan berdasarkan pengalaman murid yang mungkin beranggapan kata-kata ucapan adalah satu bentuk luahan perasaan kepada ibu tersayang melalui pemberian kad ucapan yang dihasilkannya sendiri.Secara tidak langsung ia juga dapat memberi satu gambaran kesedaran kepada kita semua tanda ingatan kepada insan yang paling istimewa bukan sekadar pemberian hadiah yang mahal semata-mata.Kad ucapan yang ringkas dan sederhana boleh diketengahkan kepada murid-murid juga sebagai satu hadiah bermakna kepada ibu.Murid menggunakan teknik percikan sebagai asas utama digabungkan dengan teknik gosokan dan tampalan huruf-huruf bagi penghasilan karya yang menimbulkan corak yang menarik. Selain itu, perbincangan hasil kerja seni murid boleh juga dilakukan tanpa mengetahui siapa yang menghasilkan karya tersebut supaya komen boleh dibuat tanpa mengira berat sebelah pihak dan ia lebih bersifat bebas dan terbuka.Malah semasa membuat penilaian dan menganalisa sesuatu hasil kerja murid guru PSV memainkan peranan penting sebagai pembimbing kepada murid-murid yang ingin menjalankan proses apresiasi seni.Pameran hasil kerja murid juga merupakan satu penghargaan cara membina penghormatan diri terhadap murid. Justeru guru haruslah peka terhadap persepsi yang ingin dikemukakan murid tentang sesuatu hasilkerja terutama dari segi aspek budaya, fungsi, perasaan, keaslian, kreativiti, teknik penghasilan, tujuan dan objektif.Di antara beberapa aspek yng turut perlu diambil kira oleh guru dalam membimbing murid membuat apresiasi seni ialah tajuk, tema, masa, “subjek matter”, alatan, media, teknik, asas senireka, sejarah, kejayaan sesuatu idea atau konsep.Malah penilaian sesuatu hasil kerja boleh dinilai dalam bentuk skala dari satu( lemah) hingga sepuluh ( terbaik).Semasa membuat penilaian guru perlu melatih murid agar menghormati pembuat karya walaupun tidak berapa menarik dan dilihat dari sudut pandangan yang positif.Seni harus disertai dengan perasaan, penghargaan dan refleksi diri. Hasil seni itu sendiri sebenarnya banyak berkait rapat dengan kehidupan sebenar murid. Secara keseluruhannya, karya seni yang dihasilkan oleh murid ini berjaya dan ia menjadi platform luahan perasaan hatinya bagi menghargai kasih sayang terhadap ibunya.Walaupun terdapat juga sedikit percikan yang kurang menjadi disebabkan penggunaan campuran air yang banyak tapi ia tidak menjejaskan keseluruhan hasil seni murid tersebut. Disediakan oleh: Aida Bt Samat Page 9

HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013 3.0 Maklumat Sokongan 3.1 Perkaitan Dengan Kreativiti dan Psikologi Kanak-kanak Berdasarkan dengan karya seni murid tahun 3 di atas menunjukkan terdapat unsur kreativiti yang diaplikasikan dalam penghasilan kad ucapan hari ibu.Setelah menggunakan teknik percikan secara bebas ke atas permukaan lukisan yang kosong, murid telah menggabungkan teknik gosokan yang menghasilkan kesan jalinan yang menarik.Kemudian di akhirnya murid telah menampal huruf-huruf di atas kertas yang digosokkan dengan menggunakan krayon tadi.Skop pemikiran murid tidak terhad kepada teknik percikan semata-mata dan di sinilah murid menggunakan kreativitinya dengan menggabungkan teknik yang lain pula.Selain itu, pengalaman persekitaran turut menyumbang ke arah kreativiti murid.Faktor-faktor sekeliling sama ada media massa, pembacaan yang menggalakkan individu menghargai pengorbanan seorang ibu melalui ucapan-ucapan penghargaan turut menggalakkan lagi kanak-kanak meneroka, mencuba menterjemahkan luahan kasih sayang mereka dengan pemberian kad ucapan kepada ibu.Sebenarnya kanak-kanak itu sendiri memang dilahirkan kreatif dan penyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang suka meneroka dan penuh perasaan ingin tahu.Perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran bagi kanak-kanak.Menurut Calvin W.Taylor(1915-2000) seorang ahli psikologi mennyatakan bahawa tidak semua manusia dilahirkan mempunyai bakat yang sama.Taylor percaya pengembangan bakat berkaitrapat dengan cara guru meransang pemikiran mereka.Justeru amatlah besar peranan guru PSV memberi ransangan dan membimbing dalam usaha meningkatkan lagi kreativiti murid-murid. Teori perkembangan artistik kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain menyatakan pada Peringkat Schematic (7-9 tahun) lukisan yang dihasilkan mula mengikut konsep dan skema tertentu,Kanak-kanak mula bijak membahagikan ruang pada kertas lukisan.Ini dapat dilihat pada hasil karya murid di atas penyusunan huruf-huruf ada keseimbangan kiri dan kanan. Penghasilan seni oleh kanak-kanak disifatkan sebagai luahan dan ekspresif .Di sinilah menguji keupayaan perkembangan kognitif dan kreativiti mereka.Karya seni kanak-kanak lebih bersifat peribadi dan tersendiri dan bertitik tolak daripada faktor inilah mereka perlu diberi pengetahuan asas mengenai lukisan sebelum didedahkan dengan pelbagai aktiviti seterusnya meransang kreativiti mereka. Disediakan oleh: Aida Bt Samat Page 10

HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013 Karya : Jackson Pollock Judul : Autumn Rhythm Teknik: Percikan Karya Jackson Pollock adalah contoh penggunaan teknik percikan yang berjaya digambarkan dengan luahan perasaan sebenar dengan renjisan warna yang bebas.Di sini dapat dilihat beliau mementingkan kespontanan dan kebebasan dalam berkarya.Tiada lakaran dilakukan dan perasaan diluahkan secara tidak dirancang.Teknik percikan juga diaplikasikan dalam hasil karya murid seperti contoh di awal penerangan tugasan ini.Walaupun terlalu jauh untuk dibuat perbandingan namun apa yang ingin diketengahkan ialah teknik percikan sebenarnya boleh memberi pengetahuan kepada murid untuk bebas berkarya tidak terikat dengan sesuatu objek dan imej tertentu. Kreativiti itu sendiri adalah kebolehan untuk mencipta, mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.Malah mereka yang kreatif berkemampuan untuk mengubah sesuatu idea asal kepada sesuatu yang berbeza dengan memanipulasikan idea tersebut dengan pelbagai teknik dan cara. Ahli Psikologi Jean Piaget, berdasarkan teori perkembangan kognitif beliau menyatakan pada tahap umur 6-12 tahun kanak-kanak mula menguasai konsep ruang.Ini dapat diperhatikan daripada karya yang dihasilkan oleh adik Nurizzah percikan yang dihasilkan memenuhi ruang kecuali pada ruang yang ditutupi oleh daun yang bertujuan untuk menghasilkan corak-corak daun.Keupayaan otot-otot kecil lebih baik justeru percikan dan tampalan yang dibuat kelihatan kemas dan cantik.Pertumbuhan mata yang lebih baik amat membantu kanak-kanak menjalankan kerja-kerja yang halus seperti teknik percikan ini. Dari segi perkembangan sosial dan emosi pada tahap perkembangan psikososial Erikson yang keempat pada tahap umur 6-12 tahun,peranan guru dan rakan sebaya Disediakan oleh: Aida Bt Samat Page 11

HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013 memberi pengaruh yang besar ke atas perkembangan kanak-kanak kerana masa di sekolah bersama guru dan rakan-rakan agak lama.Justeru mereka mula menunjukkan sikap berminat dan tekun menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.Naluri ingin mencuba sesuatu yang baru amat tinggi dan di sini pentingnya guru memberi bimbingan dan motivasi agar karya seni yang dihasilkan menarik dan menimbulkan kepuasan hati pada murid.Penghargaan amat memberi impak positif kepada murid untuk menyiapkan kerja seni yang diberikan guru. 4.0 Kesimpulan Peranan guru Pendidikan Seni Visual amat menyumbang ke arah melahirkan generasi yang kreatif.Laura Chapman menyatakan bahawa proses kreativiti merupakan proses penghasilan atau artistik.Justeru untuk memperkembang kreativiti murid, guru Pendidikan Seni Visual perlu menggunakan pelbagai cara dalam menghasilkan karya.Perkara yang paling penting sekali sebagai seorang guru Pendidikan Seni Visual seharusnya menguasai ilmu dalam bidang seni visual supaya guru mempunyai pengalaman yang lebih banyak semasa mengajar.Secara umum, seni berkaitan dengan hal-hal keindahan atau estetika kehidupan dan persekitaran yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan kerohanian individu dalam masyarakat.keadaan ini sebenarnya banyak membantu dalam proses penjanaan idea bagi meransang minda murid supaya hala tuju yang diinginkan dapat dicapai.Menurut Martin (1986)seni juga disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta pengetahuan untuk melahirkan idea yang berbentuk nyata.Kemahiran perlu mendapat latihan yang secukupnya supaya menghasilkan sebuah karya seni yang indah. Sebagai guru yang bertindak sebagai penyampai ilmu malah tidak keterlaluan juga sebagai penyambung warisan keseniaan yang sedia ada.Mata pelajaran Pendidikan seni Visual begitu memainkan peranan penting dan sewajarnya tanggapan yang mengatakan Pendidikan Seni Visual tiada kepentingan dalam kehidupan hendaklah disangkal kerana sejarah telah membuktikan kesenian banyak membangun ke arah pembentukan tamadun manusia.Mengenali bangsa yang berjaya ialah melalui seni selari dengan perkembangan teknologinya.Ia juga berkait rapat dengan kreativiti dan ini bertepatan dengan matlamat pelajaran Pendidikan seni Visual untuk melahirkan insan yanag harmonis,kritis dan kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.Kanak-kanak yang melibatkan diri secara aktif juga menyumbang kepada ke arah perkembangan sosio-emosi yang positif kerana mereka boleh menghasilkan luahan perasaan melalui hasil seni mereka.Keadaan ini juga akan dapt menajamkan persepsi dan imaginasi mereka melalui pancaindera.Murid yang kreatif Disediakan oleh: Aida Bt Samat Page 12

HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013 mempunyai daya imaginasi yang tinggi yang di luar kotak pemikiran murid biasa.Seni dan falsafah menjadi faktor penting dalam masyarakat kerana ia saling memerlukan.Seni juga boleh menjadi agen perubahan dan di di sinilah titik permulaan peranan guru Pendidikan Seni Visual Disediakan oleh: Aida Bt Samat Page 13

HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013 5.0 RUJUKAN Chapman, Laura, H. (1988). Approaches to Art in Education, Harcourt Brace Jovanovich Inc. New York Haslinda Madon. (2011). HBAE1403. Menggambar, Kuala Lumpur: Meteor Doc Sdn.Bhd. Hassan Langgulung.(1997). Kreativiti Dan Pendidikan. Suatu Kajian Psikologi danFalsafah. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia.(1998). Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual, KBSR.KL:DBP. Kementerian Pendidikan Malaysia (1985). Buku Panduan Khas Pendidikan Seni Visual,KBSR.KL:DBP.(Tahun Satu hinga Tahun Enam). Mazlan. M. (1997). Pendidikan Seni 1: Prinsip Pendidikan Seni. KL: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Prof. Dr.Hj Abdul Shukor Hashim,et.al. (2011). HBAE1203. Perkembangan Seni Kanak-kanak, Kuala Lumpur: Meteor Doc Sdn.Bhd. Rousliluddin Ambia,Mohd Jamel Hj,Mohd Taslim Abd Rahim,Manan Sarbani.(2011).HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual.Kuala Lumpur:Meteor Doc.Sdn.Bhd. Shaharuddin Hashim, Dr. RohizaniYaakub. (2003). Psikologi Pembelajaran dan Personaliti.PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Pahang Darul Makmur. Sharifah Alwiah Alsagoff. (1987). Psikologi Pendidikan 1.Konsep-konsep Asas Psikologi dan Psikologi Pendidikan, Psikologi Perkembangan.Longman.Selangor. Rujukan Internet: Laman sesawang Disediakan oleh: Aida Bt Samat Page 14

HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013 http://senivisual2.blogspot.com/2010/01/kepentingan-pendidikan-seni Dicapai pada 14 Jun 2013 http://jbc6024.tripod.com/falsafah.html Dicapai pada 15 Jun 2013 http://chikya87.blogspot.com/2010/04/kepentingan-kreativiti-dalam-pendidikan.html Dicapai pada 20 Jun 2013 http://skdarau.tripod.com/kbsr.html Dicapai pada 20 Jun 2013 http://tiejay.tripod.com/psikologi.htm Dicapai pada 23 Jun 2013 http://afizayu-arshad.blogspot.com/2011_11_01_archive.html Dicapai pada 1 Julai 2013 www.oocities.org/zulmz65/hbae1103psv.pdf Dicapai pada 1 Julai 2013 http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/lukisan.html Dicapai pada 2 Julai 2013 http://panitia-psvskpk.blogspot.com/search/label/GAMBAR%20MAUJUD-binaan 6.0 LAMPIRAN -Hasil Kerja Seni Murid Disediakan oleh: Aida Bt Samat Page 15

Add a comment

Related presentations

Related pages

Assgmt seni sem 5 - Education - documents.tips

Sem 5 H.MI204 Уурхайн малталт нэвтрэлт бэхэлгээ 1.Өрөмдлөг тэсэлгээний ажлын тооцоо 1.1 ...
Read more

assgmt batu seremban - Documents

Assgmt seni sem 5 seni ASSGMT QGJ3053 terkini.docx Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun Kertas kerja Kejohanan ...
Read more

ૐ|| ***@rtzskill*** ||ૐ: NOTA SEMESTER

SENI SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA PISMP SEM 6. ... Pengetahuan Asas Seni (Klik Disini) PELAJAR PISMP SEM 5,6,7 (BUKU PANDUAN PRAKTIKUM) (Klik Disini)
Read more

Şevval SAM Ben Seni Sevdiğimi - YouTube

Şevval SAM Ben Seni Sevdiğimi barbaros mrt. ... Şevval Sam - Hey Gidi Karadeniz - Ander Sevdaluk - Yeni Klip 2013 - Duration: 5:35.
Read more

SibeL PamuK-SeN ve BeN - YouTube

SibeL PamuK-SeN ve BeN ... 5:24. 2pRiDe7 328,192 views. 5:24 Eylem Aktaş ... ♥ Kalbim Seni Çok Seviyor Gizleyemem Artık Senden ...
Read more

senivisual-gcpsvsmkbera: Kerja Kursus Pendidikan Seni ...

Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual - Kajian Rekaan Seni Visual 2611/3 SPM Tahun 2013
Read more