Akta 196 undang undang amanah

45 %
55 %
Information about Akta 196 undang undang amanah

Published on March 23, 2014

Author: alippg27

Source: slideshare.net

UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 196 AKTA AMANAH (KOMPETENSI BADAN PERUNDANGAN NEGERI) 1949 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Trusts (State Legislatures Competency) Act 1949. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006

Undang-Undang Malaysia2 AKTA 196 AKTA AMANAH (KOMPETENSI BADAN PERUNDANGAN NEGERI) 1949 Pertama kali diperbuat … … … 1949 (Ord. No. 25 tahun 1949) Disemak … … … … … … 1977 (Akta 196 m.b.p. 1 Disember 1977) CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 2001

Amanah (Kompetensi Badan Perundangan Negeri) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 196 AKTA AMANAH (KOMPETENSI BADAN PERUNDANGAN NEGERI) 1949 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran 3. Badan Perundangan Negeri diberi kuasa untuk meluluskan undang- undang yang mengadakan peruntukan bagi penubuhan amanah 4. Meminda undang-undang yang sedia ada 5. Pengiktirafan amanah di seluruh Semenanjung Malaysia 6. Kecualian JADUAL

Undang-Undang Malaysia4 AKTA 196

Amanah (Kompetensi Badan Perundangan Negeri) 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 196 AKTA AMANAH (KOMPETENSI BADAN PERUNDANGAN NEGERI) 1949 Suatu Akta untuk memberikan kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk meluluskan undang-undang yang mengadakan peruntukan bagi penubuhan amanah. [30 Ogos 1949] Tajuk ringkas 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Amanah (Kompetensi Badan Perundangan Negeri) 1949. (2) Akta ini hendaklah terpakai hanya di Semenanjung Malaysia. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “sedia ada” ertinya sedia ada pada permulaan kuat kuasa Akta ini. *“Semenanjung Malaysia” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 & 1967 [Akta 388], dan termasuklah Wilayah Persekutuan. Badan Perundangan Negeri diberi kuasa untuk meluluskan undang-undang yang mengadakan peruntukan bagi penubuhan amanah 3. (1) Badan Perundangan Negeri berwibawa untuk meluluskan undang-undang yang mengadakan peruntukan, berhubung dengan apa-apa perkara atau hal yang dinyatakan dalam Jadual, bagi *CATATAN—Semuasebutanmengenai“MalaysiaBarat”hendaklahditafsirkansebagaisebutanmengenai “Semenanjung Malaysia”–lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996], subseksyen 5(2).

Undang-Undang Malaysia6 AKTA 196 penubuhan apa-apa amanah tertentu dan pelantikan pemegang- pemegang amanah berkenaan dengannya, dan bagi apa-apa hal lain yang bersampingan atau berbangkit berhubung dengannya sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Badan Perundangan itu, dan dari semasa ke semasa untuk meminda atau memansuhkan mana-mana undang-undang itu. (2) Yang di-Pertuan Agong boleh, dengan perintah, menambah atau meminda Jadual. Meminda undang-undang yang sedia ada 4. Jika mana-mana Enakmen Negeri yang sedia ada mengadakan peruntukan, berhubung dengan apa-apa perkara atau hal yang dinyatakan dalam Jadual, bagi penubuhan apa-apa amanah tertentu, maka Badan Perundangan Negeri berwibawa untuk meminda atau memansuhkan Enakmen itu sebagaimana yang difikirkannya patut. Pengiktirafan amanah di seluruh Semenanjung Malaysia 5. Apa-apa amanah yang ditubuhkan dengan sempurna oleh atau di bawah suatu undang-undang Negeri, sama ada diluluskan sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah, selagi undang-undang Negeri itu masih berkuat kuasa, diiktiraf dengan sewajarnya sebagai demikian di seluruh Semenanjung Malaysia. Kecualian 6. Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh hak dan kuasa Parlimen untuk meluluskan apa-apa undang-undang yang difikirkannya patut berhubung dengan amanah dan pemegang amanah.

Amanah (Kompetensi Badan Perundangan Negeri) 7 JADUAL [Seksyen 3] Amanah Agama Islam Biasiswa Negeri Endowmen Pendidikan Negeri Khairat dan Institusi Khairat Taman Negeri Kemajuan Kawasan Bandar Amanah Warisan Negeri

Undang-Undang Malaysia8 AKTA 196 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 196 AKTA AMANAH (KOMPETENSI BADAN PERUNDANGAN NEGERI) 1949 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari L.N. 610/1951 Perintah Amanah (Kompetensi 01-11-1951 Badan Perundangan Negeri dan Selat) 1951 P.U. (A) 404/1990 Perintah Amanah (Kompetensi 23-11-1990 Badan Perundangan Negeri) (Pindaan Jadual) 1990

Amanah (Kompetensi Badan Perundangan Negeri) 9 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 196 AKTA AMANAH (KOMPETENSI BADAN PERUNDANGAN NEGERI) 1949 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Jadual L.N. 610/1951 01-11-1951 P.U. (A) 404/1990 23-11-1990

Add a comment

Related pages

Undang-undang Malaysia - Wikisource

Undang-undang Malaysia. From Wikisource. Jump to: navigation, ... Akta Majlis Upah 1947: 196: Akta Amanah (Kewibawaan Badan Perundangan Negeri) 1949: 197:
Read more

Aplikasi Perubahan Undang Undang Jabatan Notaris (UUJN ...

Share Aplikasi Perubahan Undang Undang Jabatan Notaris (UUJN) Dalam Akta Notaris. ... Akta 196 undang undang amanah Dalam Undang Dalam ...
Read more

Portal Rasmi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang - AKTA 258 ...

Apakah tanggungjawab pemegang amanah mengikut Akta 258? ... diaudit kepada YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri melalui Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, ...
Read more

RANG UNDANG-UNDANG AMANAH LUAR PESISIR LABUAN 1996

RANG UNDANG-UNDANG AMANAH LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN Fasal 1. ... oleh Akta ini, undang-undang yang sepatutnya bagi amanah
Read more

UNDANG-UNDANG MALAYSIA - Federal Government Gazette

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1424 AKTA KeTerANGAN (PINDAAN) 2012. 4 Undang-Undang Malaysia Ak t A A1424 Seksyen baru 73A A 2. Akta Keterangan 1950 [Akta 56 ...
Read more

KDN syor gubal undang-undang daftar penulis blog - Parti ...

... akan mencadangkan undang-undang digubal ... KDN hanya mengawal penerbitan akhbar melalui Akta Mesin Cetak ... MOUNTDWELLER Parti Amanah ...
Read more

Kanun Tanah Negara - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia ...

Undang-undang berkaitan: F.M.S Land Code 1926 Akta Kanun Tanah Negara 1963 Akta Kanun Tanah Negara 1996 Akta Kanun Tanah Negara 2007 (Pindaan) Status: Unknown;
Read more