15 Tips Kemanusiaan - Membawa tunai di lapangan

50 %
50 %
Information about 15 Tips Kemanusiaan - Membawa tunai di lapangan
Education

Published on April 23, 2014

Author: ShahrulPeshawar

Source: slideshare.net

Description

Berada di lapangan konflik dan bencana, anda akan terpaksa membawa dana dalam bentuk tunai, tiada atm mesin dan kebiasaannya fasiliti `down` di kawasan bencana.

15TIPSHUMANITARIAN MOHD SHAHRULAZILAN SAID Pengarah Eksekutif MRA Membawa Tunai di Lapangan Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada yang lain

1 Bersedia dengan segala risiko dan kemungkinan Di ground zero kawasan bencana dan konflik tidak ada Mesin ATM atau Bank yang beroperasi. Bersedia untuk membawa tunai yang banyak, dalam matawang tempatan ataupun dollar.

2 Sediakan beg atau sesuatu yang sesuai untuk membawa duit Tukaran dari Dollar ke matawang tempatan mungkin memerlukan anda menggunakan 3 atau 4 beg plastik hitam sampah, dan ini sangat menjolok mata. Mengundang pencuri untuk mengekori kita.

3 Bawa pecahan denominasi yang kecil Anda kadangkala akan berada jauh di pendalaman atau kawasan kemusnahan total atau kawasan yang terpencil, tiada fasiliti untuk tukaran wang, maka anda perlu membawa duit dan pecahan yang dirasakan mencukupi.

4 Tidak perlu maklumkan pada staf tempatan jumlah dana yang anda bawa Tidak perlu maklumkan pada staf tempatan seperti penterjemah, pemandu, pengawal dan lain-lain, jumlah dana yang anda bawa samada dalam dollar, ringgit atau matawang tempatan. Anda hanya perlu maklumkan (jika perlu) jumlah yang hendak ditukar sahaja.

5 Sentiasa letakkan duit anda dalam keadaan tersorok Jangan sangka semua orang se`Malaikat` seperti anda. Jangan sangka di kawasan yang baru dilanda musibah dan bencana semua orang insaf dan taubat. Sentiasa pastikan duit anda tersorok dan disimpan di tempat yang selamat dan ada ciri keselamatan.

6 Letakkan duit anda di setiap poket yang ada Letakkan duit yang anda ada di setiap poket yang ada di badan, tetapi anda mesti ingat yang mana pecahan besar dan yang mana pecahan kecil, tujuannya agar tidak menarik perhatian orang ketika membuat pembayaran atau ketika mengeluarkan duit.

7 Elak letakkan duit didalam passport Passport adalah dokumen yang paling banyak digunakan semasa dalam perjalanan, meletakkan duit didalam passport boleh dianggap sebagai hadiah/rasuah kepada imigresen/polis.

8 Maklum dengan kadar tukaran Anda harus maklum dan mahirkan dengan kadar tukaran sesuatu matawang itu dengan US Dollar. Ini membolehkan anda untuk mengagak berapakah jumlah duit yang anda belanjakan, samada berbaloi ataupun tidak.

9 Tukaran USD diluar negara perlukan kepingan yang baru Di kebanyakkan negara mereka hanya menerima kepingan dollar yang merupakan cetakan terkini. Dollar lama dengan kepala George Washington kecil, cetakan edisi 19XX sudah dikira antik dan tidak diterima.

10 Tukaran kepingan USD100 dengan kepingan lain tidak sama nilainya Di kebanyakkan negara jumlah tukaran USD100 dengan kepingan lain:- USD50, USD20, USD10, USD5 dan USD1 adalah tidak sama. Tukarannya lebih kecil nilainya.

11 Kepingan yang terkoyak dan mempunyai cop, terconteng akan ditolak Duit yang buruk, penuh dengan cop, tulisan, terkoyak akan ditolak dan tidak perlu buang masa untuk bertekak.

12 Duit USD berlipat dua juga ditolak Sekiranya anda melipat dua kepingan USD yang anda miliki sehingga bertanda garisan putih ditengah-tengahnya, kebiasaannya duit ini akan ditolak kalaupun diterima, nilainya berkurangan

14 Hati-hati dengan wang tiruan Kami biasa menerima USD100 tiruan terselit dicelah puluhan USD100 yang lain, kerana anda jarang menggunakan duit tersebut.

15 Biasakan dengan denominasi wang tempatan Agar anda tidak tersilap apabila bersedekah. 5000 Rupee Pakistan tidak sama dengan 5000 Afghani walaupun seberang sempadan sahaja.

Membawa Tunai di Lapangan 15 Tips Humanitarian

Add a comment

Related presentations