15 Tips Kemanusiaan - Makan & Minum di Lapangan

0 %
100 %
Information about 15 Tips Kemanusiaan - Makan & Minum di Lapangan
Education

Published on April 24, 2014

Author: ShahrulPeshawar

Source: slideshare.net

Description

Makan dan Minum di Lapangan amat penting. Kalau misi anda hanya 8 hari sahaja di lapangan, dan 4 hari dihabiskan keluar masuk tandas, betapa ruginya misi tersebut.

15TIPSHUMANITARIAN MOHD SHAHRULAZILAN SAID Pengarah Eksekutif MRA MAKAN & MINUM di Lapangan Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada yang lain

1 Bawa stok makanan kering sedia makan dari Malaysia Di ground zero, kita mesti menjangkakan yang terburuk. Dan yang terburuk itu ialah tiada makanan yang sedia dimakan oleh kita, samada tiada stok makanan atau tiada makanan halal.

2 Sediakan bekalan makanan tenaga tambahan Di ground zero kita perlukan makanan yang tidak kompleks untuk disediakan, kena tumis, kena pecah minyak, mesti ada santan dan sebagainya. Kita perlu ada stok makanan yang sedia dimakan.

3 Bawa juga stok makanan kunyah-kunyah Ada masanya di ground zero, kita perlu berjaga sepanjang malam (mengikut giliran), jadi kita perlu ada sedikit bekalan kunyah-kunyah seperti kacang, kerepek, kuaci dan sewaktunya. Gula- gula dan biskut juga boleh dibawa.

4 Minum Air Mineral sepanjang misi Di Ground Zero, idealnya ialah untuk minum air mineral dari botol yang belum dibuka. Kadang kala sukar untuk mendapatkan bekalan, tapi kalau terpaksa, minumlah air yang di masak bukan air panas dari paip shower.

5 Kalau kehabisan stok, makan makanan tempatan yang panas dan segar Kalau stok yang dibawa kehabisan, jangan buntu. Cubalah makanan tempatan, dapatkan makanan yang panas dan segar-segar. Jangan samakan anda dengan orang tempatan. Kita perlu pastikan kita tidak sakit perut dan lemah.

6 Elakkan meminum minuman ditepi-tepi jalan Di ground zero dimana air adalah bahan asasi yang penting, anda tetap tidak boleh kompromi dengan air bersih walaupun dahaga yang amat sangat. Anda lihatlah kebersihan sekitar kawasan tersebut terlebih dahulu. Air dalam botol, tin dan kotak tiada masalah tapi jangan campurkan dengan ais.

7 Elakkan makan buah potong ditepi jalan Buah potong akan dibasahkan dengan air bagi menyegarkannya, kita tidak tahu berapa lama buah itu telah dipotong dan air mana yang digunakan untuk membasahkan buah tersebut, kalau nak juga belilah buah yang belum dipotong.

8 Pastikan Peralatan seperti pinggan, piring, cawan, sudu dan garfu dalam keadaan bersih dan dicuci. Sekiranya anda tidak menggunakan peralatan pakai buang, sila pastikan peralatan anda semuanya dalam keadaan bersih dan dicuci. Jika tiada air untuk cuci, carilah peralatan yang boleh dibuang selepas guna atau boleh di refill (tambah semula).

9 Elak minum air dari sumber primer di Ground Zero Seboleh mungkin, elakkan dari meminum air dari sumber primer, contohnya terus dari telaga, dari sumur, dari sungai, dari kepalan salji atau dari lopak-lopak air. Anda tidak tahu apakah benda yang bercampur dengan air tersebut.

10 Elakkan short-cut dengan menggunakan air panas dari paip Jangan cari penyakit dengan membuat air atau memasak mee segera menggunakan air paip yang panas.

11 Pastikan tandas sentiasa dalam keadaan bersih dan hygiene Antara punca sakit perut yang paling mudah ialah air yang tercemar. Justeru, anda kena sentiasa pastikan tandas dalam keadaan bersih dan ceria. Jangan biarkan atau benarkan tandas anda kotor dan terbiar.

12 Sentiasa Cuci Tangan Jadikan amalan untuk mencuci tangan setiap kali sebelum anda menjamah apa-apa makanan. Cucilah tangan, paling tidak gunakan tisu basah untuk pastikan tangan anda bebas dari kuman

13 Elakkan makanan yang diperam dan dijeruk Makanan ini elok dan ada khasiatnya yang tersendiri, namun bagi orang yang baru tiba di kawasan tersebut, cuba rasa dulu dan ambillah sekadarnya. Perut anda belum tentu boleh menerimanya, nanti meragam.

14 Biasakan rasa sikit dahulu Kalau ok baru tambah Jangan ikutkan nafsu dan tertipu dengan rupa bentuk sesuatu makanan tersebut. Anda perlu rasa dahulu dan kemudian tambah bila perlu.

15 Elakkan makanan pedas dan berempah Mungkin anda memang seorang yang biasa memakan pedas dan berempah, tetapi bila berada di kawasan yang anda tidak biasa, ianya mungkin menjadi sebaliknya.

Makan dan Minum di Lapangan 15 Tips Humanitarian

Add a comment

Related presentations

Related pages

Alat Dan Bahan Makan Yang Akan Dibawa - dokumen.tips

... Merah Indonesia yang terdapat di PMI Cabang seluruh ... Lapangan YONKAV 8 Beji V. DAFTAR ... Alat Makan dan Minum Lembar Kuisioner ...
Read more

Materi manajemen aksi - Education - documents.tips

... seperti kebutuhan makan, minum ... yang sifatnya universal seperti keadilan sosial, kebebasan, kemanusiaan, ... wartawan dan pihak lain di lapangan.
Read more

Lapangan 18 - documents.tips

Documents.tips. Upload Login ... ROHINGYA dilancar Kerjasama TNB-MRA di Batu ... Malaysia KESUKARELAWANAN dan PATRIOTISME LAPANGAN 18 ...
Read more

5 Olahraga yang Bikin Jantung Sehat - PeduliSehat.info

... kemanusiaan itu ... di lapangan, peningkatan kebutuhan 100 persen di kawasan ... anak lain di usia yang sama. Meskipun sudah makan ...
Read more

Lapangan 17 by MOHD SHAHRULAZILAN - issuu

Title: Lapangan 17, Author: MOHD SHAHRULAZILAN, Name: 17_lapangan, Length: 30 pages, Published: 2012-08-02T00:00:00.000Z. E Majallah MRA siri ke 17.
Read more